Support My Blog

Tuesday, May 6, 2025

KISAH MENARIK TEMPURUNG KELAPA (PART 4)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2024 (Sumber: Buku booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah menarik tentang tempurung kelapa ianya untuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Portal berita bernama laporkan kisah  '
Semua 'jadi duit' yang wajar di kongsi dan di tulis semula faktanya. Dari Port Dickson, Negeri Sembilan dilaporkan bukan setakat buah sahaja malah segala apa yang ada pada kelapa (Cocos nucifera) memang ia boleh dimanfaatkan oleh seorang peniaga dimana ia juga termasuk tempurung kelapa. Bagi usahawan muda Mohd Izswan Anuar (31) yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya kini dia mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa. Kini bapa kepada dua anak itu berkata, meskipun pendapatan daripada penjualan arang itu tidak mencecah puluhan ribu ringgit, tetapi sekurang-kurangnya pendekatan itu dapat mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa. Tempurung kelapa diperoleh melalui pelanggan tetap yang membeli kelapa daripada kami. Selalunya kami beli 50 sen bagi satu guni daripada pelanggan, ada juga yang berikan secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja dia mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang. Mereka akan menjual arang ini kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu sebulan sekali. Secara kasarnya, penjualan enam hingga tujuh tan arang tempurung kelapa boleh memberi pulangan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperoleh di usahakan berdekatan dengan kediaman ibu bapanya di Kampung Sawah, Lukut. Kerja pembuatan arang itu dilakukan di kawasan lapang belakang rumah dibantu seorang pekerja. Proses bermula dengan tempurung perlu dibakar dalam tong secara tertutup selama tiga jam sebelum dijemur serta dikeringkan. Selepas itu, tempurung kelapa dipecah dan dibungkus. Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, selain menjual kelapa dan arang, mereka turut menjual kelapa kering dan kerisik yang diusahakan adik perempuannya.. Dia dakwa untuk penjualan kelapa, dia mendapatkan bekalan kira-kira 9,000 biji kelapa kampung di Bagan Datuk, Perak serta enam tan kelapa Indonesia di Batu Pahat, Johor daripada pembekal setiap minggu. Kini menjadi lumrah berniaga kelapa, tidak semua bekalan diterima daripada pembekal itu elok, pasti ada buah yang rosak. Daripada terbuang begitu sahaja, kelapa kering yang rosak itu kami kitar semula dan dijual semula kepada pembekal. Kini perniagaan yang diusahakan kedua ibu bapanya, Anuar Hashim, 55, dan Siti Aida, 52, sejak 20 tahun lalu semakin berkembang hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional. Ibu bapanya menekankan disiplin tinggi serta sering mengingatkan anak-anak agar menjadi peniaga yang amanah dan bertanggung jawab dalam menjalankan perniagaan. Dia cuma perlu mematuhi jadual ditetapkan dimana setiap Isnin penghantaran stok kelapa ke Temerloh, Pahang kemudian pada hari Selasa (pelanggan di Seremban) dan pada hari Rabu (Port Dickson). Seterusnya hari Khamis (mengambil stok kelapa di Rengit, Johor) dan Jumaat (penghantaran ke Seremban), Hari Sabtu (ambil stok di Bagan Datuk, Perak) dan Ahad menghantar bekalan kepada pelanggan di Port Dickson. Baginya tiada istilah penat kerana semasa kecil, ayah menguruskan perniagaan ini dengan pelbagai cabaran, seperti kerosakan lori ketika dalam perjalanan untuk penghantaran namun tidak pernah saya lihat ayah mengeluh. Kini menjadi tanggungjawab saya sebagai anak sulung memastikan perniagaan keluarga ini diteruskan dalam mengambil dan menghantar sendiri bekalan kepada semua para pelanggannya.


Berpindah pula kisah ke Kelantan semula apabila dilaporkan dimana  '
Arang tempurung Noni Fariza terjual hingga ke Negara China' p
erlu untuk dikupas faktanya. Dilaporkan setelah setahun menimba pengalaman bekerja di kilang memproses arang di Pengkalan Chepa dimana ibu tujuh anak ini nekad berniaga sendiri dan memproses serta menjual arang tempurung kelapa sejak 2018. Bagi Noni Fariza (42) mendakwa percaturannya berbaloi apabila perniagaannya diterima masyarakat malah, arang tempurungnya turut mendapat permintaan negara luar seperti China untuk bahan asas dalam kosmetik, ubat gigi dan sabun. Dulu ketika bekerja di kilang, dia menerima upah 20 sen bagi sekilogram arang yang diproses, tetapi kini mampu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit sekali gus dapat menyara keluarga. Walaupun menggunakan khidmat orang tengah, setiap bulan saya mampu memperoleh antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan yang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga selain tiga anak yang masih belajar. Sejak kebelakangan ini, permintaan arang tempurung kelapa sangat tinggi menyebabkan saya terpaksa membelinya daripada beberapa individu di sekitar Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh dan Bachok dimana dia ditemui di bangsal membuat arang berdekatan rumahnya di Kampung Padang Merbau, Kota Bharu. Dia akan bermula pada 7 pagi dengan memandu van untuk keluar mencari dan mengutip tempurung kelapa di kedai santan dan tempat pembuangan sampah dan dibantu tiga anaknya. Tempurung kelapa yang dikutip ini akan dibawa balik dan dibakar di kawasan lapang bagi mengelak asap tebal yang dibimbangi berlaku akan pencemaran udara. Selepas tempurung dibakar, ia akan dibiarkan sejuk sebelum ditutup dengan kain basah selama dua hari dan kemudiannya perlu jalani proses mengayak dengan menggunakan mesin yang dapat menjual sehingga 7,000 kilogram arang tempurung setiap bulan. Dia tidak kisah dihina orang kerana kekerapan mengutip tempurung kelapa terutama di tempat pembuangan sampah kerana itulah sumber pendapatan utama keluarga mereka demi tujuan kelangsungan hidup.


Kisah mengenai tempurung kelapa mendapat 'Sentuhan kreatif pasu tempurung' yang menjadi hasil kraftangan menarik. Dilaporkan sejak PKP dulu aktiviti berkebun dan kerha buat kraftangan menjadi trend baharu dalam masyarakat di negara ini. Ada banyak masa yang terluang di rumah yang memberi peluang kepada mereka melakukan aktiviti ini dengan menanam pelbagai jenis pokok di dalam dan luar rumah. Ia secara tidak langsung memberi limpahan rezeki kepada Azmi Taha dan isterinya mengusahakan perniagaan pasu tempurung kelapa. Dengan kreativiti yang dimiliki, tempurung kelapa yang biasanya dibuang begitu sahaja, dimanfaatkan sebaik mungkin oleh suami isteri yang tinggal di Kemaman, Terengganu ini untuk menjana pendapatan. Apa pun selalunya permintaannya cukup luar biasa sehingga mereka tidak menang tangan untuk menyiap tempahan pelanggan yang diperoleh menerusi Instagram designhoc. Kini dalam tempoh sebulan, mereka mampu menjual sehingga 300 pasu tempurung secara dalam talian di seluruh negara. Dakwa mereka kalau sebelum ini dia dan isterinya menubuhkan syarikat House Of Coconutshell untuk menghasilkan pelbagai aksesori dan produk hiasan dalaman daripada tempurung sejak 20 tahun lalu. Bagaimana sejak setahun lalu, mereka mula menghasilkan pasu daripada tempurung kelapa dan sejak pandemik Covid-19 dilihat ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini aktif dengan aktiviti berkebun. Dia mahir membuat pelbagai jenis pasu yang dihasilkan termasuk pasu gantung, bertingkat dan sebagainya (Sila lihat foto paling atas sekali dan sebelah). Percubaannya kini sudah mendapat perhatian dan sambutan sangat menggalakkan dalam kalangan peminat aktiviti berkebun. Proses untuk menyiapkan pasu tempurung ini bermula daripada membuang sabut kelapa. Kemudian bahagian tengah kelapa ditebuk untuk mengeluarkan air dan isi sehingga tinggal tempurung sahaja. Dengan menggunakan mesin, tempurung ini dilicinkan supaya nampak lebih menarik. Proses seterusnya saya akan ukir atau lukis pasu bergantung kepada permintaan pelangggan. Bagaimanapun dilaporkan ada juga yang minta pasu kosong untuk kelihatan nampak lebih klasik. Setiap hari dia dan isteri mampu menyiapkan sekurang-kurang 20 pasu tempurung. Kini ada banyak pilihan pasu tempurung turut menjadi aksesori hiasan dalaman rumah walau pun hanya dia dan isteri yang bekerja di sini kerana sukar untuk mencari pekerja yang minat dalam bidang ini. Dia ada meminta tempoh seminggu untuk menyiapkan tempahan pelanggan yang kebanyakkannya dibuat secara dalam talian,. Dia berharap berkemampuan bagi menghasilkan lebih banyak pasu tempurung untuk memenuhi permintaan pelanggan dimana dia dan isteri juga aktif menjadi tenaga pengajar untuk melahirkan pelapis dalam bidang kraf tangan ini. Setakat ini sukar untuk bertemu yang betul-betul minat, namun saya akan tetap teruskan. Semoga satu hari nanti ramai yang akan buka mata untuk ceburi bidang ini sebagai kerjaya.


Di bulan tertentu dimana ada 'Rezeki Ramadan, arang tempurung dapat permintaan tinggi' dilaporkan banyak media tempatan. Di Machang, Kelantan dimana setiap bulan ramadan memberi limpahan rezeki kepada pengusaha arang tempurung di Kampung Bukit Ajil, Pulai Chondong yang menerima tempahan lebih satu tan bahan bakar daripada peniaga bazar Ramadan. Bagi pengusaha Sabri Che Mansor (36) nyatakan setiap kali bulan Ramadan maka permintaan arang tempurung keluarannya meningkat tiga kali ganda. Tempurung kelapa ini akan dibakar pembakaran secara tertutup di tapak seluas 0.4 hektar menggunakan lima tong dram. Selepas tempurung dibakar dan menjadi arang, ia akan diletakkan dalam tong dram dan dibiarkan sejuk sebelum ditutup dengan kain basah selama sehari. Kemudian akan diayak bagi mengasingkan arang tempurung hancur dan juga arang tempurung keras," katanya ditemui di bangsal membuat arang tempurung di Kampung Bukit Ajil, Pulai Chondong. Dia mengambil bekalan tempurung dari kedai menjual santan di sekitar Machang dan Tumpat yang diberikan secara percuma. Selalunya setiap hari, dia memproses antara 100 hingga 150 kilogram (kg) tempurung kelapa bagi memenuhi permintaan peniaga. Selalunya dia akan 
meletakkan tempurung kelapa dalam tong dram untuk dibakar bagi menghasilkan arang tempurung ketika ditemui di bangsal membuat arang tempurung di Kampung Bukit Ajil, Pulai Chondong, Machang. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya berkaitan kisah menarik tempurung kelapa. Semuga semua tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...APA KISAHNYA..
BANYAK MEDIA...MELAPORKANNYA...
MEMANG MENARIK...KONGSI FAKTA...
SUMA MEMBACA...MUDAH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...