TANAMAN PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis pelbagai kisah menarik mengenai petai yang seronok membacanya seperti dilaporkan didalam akhbar tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.
Menarik bagaimana kisah 'Rezeki berbaik dengan Orang Asli' untuk ia disembangkan. Bagi warga emas Muhamad Ridha Abdullah (63) lebih sedekad dia mampu meraih dan menjual hasil hutan terutama petai dekat Sungkai. Petai adalah hasil hutan yang paling popular dan banyak terdapat di kawasan pedalaman terutama di Kampung Orang Asli Menderang dan Jernang berhampiran kaki Banjaran Titiwangsa. Selalunya apabila tiba musim petai kelihatan lambakan pelbagai jenis petai di gerai Muhamad Ridha yang terletak di tepi Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan dengan Restoran Nasi Bamboo Sungkai, Perak. Ketika zaman muda, dia sendiri ke hutan untuk mencari petai di kawasan hutan dan meraih petai daripada Orang Asli. Apa pun disebabkan faktor umur, dia tidak mampu lagi untuk meredah hutan atau bergerak jauh ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan hasil hutan terutama petai. Dakwanya musim petai tidak menentu dimana kalau tiba musimnya akan menyebabkan berlaku lambakan petai di hadapan gerai. Apa pun diantara banyak jenis petai, petai padi antara yang paling banyak mendapat permintaan dan popular dalam kalangan pelanggan daripada kaum Cina. Petai padi walaupun mata petai agak kecil namun rasanya jauh berbeza berbanding jenis petai lain apatah lagi jika dibuat sambal atau ulam mampu meningkatkan selera makan dimana pada musim petai, orang ramai boleh membeli seikat petai yang mengandungi 100 papan petai dengan harga kira-kira RM50 sahaja dimana sebenarnya harga petai biasanya juga bergantung jenis petai. Memang tidak hairan jika melewati jalan itu terutama dari Sungkai-Bidor didapati banyak petai bergantungan di gerai-gerai tepi jalan, selain yang dijual secara longgok. Amat rugi jika orang ramai yang lalu lalang di jalan berkenaan tidak singgah membeli petai yang berasal dari kawasan ini. Dakwanya lagi berdasarkan pengalaman, pelanggan yang membeli petai di kawasan ini akan kembali membeli lagi terutama jika melalui jalan berkenaan ke destinasi tertentu. Kes ini dimana kerja yang mampu saya buat sejak zaman remaja lagi dan pendapatan inilah digunakan untuk menyara kehidupan keluarga. Kalau berniaga ini ada pasang surutnya dan sebagai peniaga saya tidak terlepas daripada mengalami kerugian terutama selepas hasil hutan terutama petai tidak habis dijual. Selain petai, ketika musim tengkujuh didapati ramai Orang Asli di kawasan sekitar menjual cendawan sisir secara borong kepada dia untuk dijual dekat gerai terbabit. Dakwanya sebekas kecil cendawan dijual dengan harga RM5 dan bekas yang besar pula dijual dengan harga RM10 sahaja. Cendawan ini amat disukai warga kota. ia yang juga seorang mualaf dakwa ada ramai lagi penjaja petai di sepanjang jalan dari Sungkai ke Bidor. Ia adalah bentuk persaingan yang sihat dalam perniagaan yang secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk dimana untuk dapat memastikan bekalan hasil hutan tidak putus, sudah tentu saya menjalin hubungan yang baik dengan Orang Asli yang juga pembekal utama sejak berbelas tahun lalu. Hubungan ini menyebabkan gerai saya sentiasa dipenuhi hasil hutan dan buah-buahan bermusim menjadikan gerai ini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada cuti umum atau hujung minggu.
Ada kisah tragedi dimana 'Pencari petai ditemui selamat' apabila Mohd Aidi Hakim ditemui selamat oleh anggota bomba di kawasan hutan dekat Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan. Pencari petai yang dilaporkan hilang di kawasan hutan dekat Kampung Limau Kasturi, Gua Musang sejak pagi semalam ditemui selamat hari ini. Mangsa ditemui tidak bermaya bersandar di pokok petai kira-kira 10 kilometer dari jalan masuk ke hutan oleh pihak sepasukan anggota bomba pada jam 3.30 petang dan dia kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Anuar Abas berkata, lelaki itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari petai sejak jam 5 pagi semalam. Kebiasaannya mangsa keluar mencari petai seorang diri di kawasan hutan, dan akan pulang ke rumah pada hari yang sama walaupun lewat petang. Namun pihak keluarganya yang mengesyaki sesuatu selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah hampir 24 jam, memaklumkan kepada bomba pada jam 12.36 tengah hari ini untuk mengesan mangsa. Operasi yang diketuai Ketua Operasi Mohd Zawawi Yusoff bersama 10 anggota menjejaki laluan masuk mangsa ke hutan berkenaan berdasarkan kesan tapak kaki. Selepas tiga jam operasi dijalankan, mangsa ditemui tersandar di sebatang pokok petai. Dia tidak boleh bercakap kerana terlalu letih berikutan tidak ada bekalan makanan dibawanya dan kita terpaksa memberi bantuan pernafasan sebelum dipapah keluar dan dihantar ke HGM untuk rawatan. Pihak Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Berlainan kisah bagaimana 'Petai segar tembusi pasaran antarabangsa' di laporkan oleh hmetro.com untuk di sembangkan. Kisah dari Bandar Kuala Terengganu dimana pihak FAMA akan memperluaskan pasaran petai di beberapa negara susulan sambutan baik pada program Ekspo Malaysia Fest 2023 di Singapura yang dilaksanakan. Fama bercadang meluaskan pasaran hasil pertanian kategori ulam itu ke beberapa negara lain seperti Vietnam, Kemboja dan Hong Kong. Dilaporkan selain petai, beberapa produk lain seperti pes makanan serta produk berasaskan minuman juga antara yang bakal menembusi pasaran di negara berkenaan. Media dilaporkan ketika di Singapura, FAMA berjaya menjual sebanyak 8,000 papan petai segar dan bercadang meluaskan pasaran petai ke Vietnam dan beberapa negara lain. Semasa Fama Fest 2023 sebelum ini diadakan di Sarawak, Johor, Perak dan Pulau Pinang sejak Februari lalu dengan penyertaan lebih 300 usahawan daripada seluruh negara. Apa pun FAMA juga berjaya mengutip sebanyak RM5 juta hasil nilai jualan produk di empat negeri itu. Jumlah itu adalah hasil sumbangan jualan produk berasaskan industri makanan asas tani, buah-buahan dan florikultur dengan kehadiran seramai 200,000 pengunjung. Terengganu adalah lokasi kemuncak program bagi tahun ini dan kita menyasarkan hasil jualan sebanyak RM600,000 lagi pada penganjuran Fama Fest 2023 di sini selama lima hari bermula semalam hingga Selasa ini," katanya. Fama Fest bukan hanya membantu menjana pendapatan usahawan malah usahawan berpeluang menembusi produk mereka ke pasaran luar negara. DIdakwa sudah ada wakil pengeksport luar negara akan menyertai program di negeri ini bagi membantu usahawan memasarkan produk mereka.
Tertarik tajuk berita 'Abu si pemetik petai' dimana ia hanya seekor Beruk atau Monyet yang diberi nama 'Abu' bekerja denga memetik petai di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah. Melaka untuk disembangkan. Kisah ini dimana kalau lazimnya beruk dilatih untuk memetik kelapa, tetapi lain halnya dengan beruk jantan yang diberikan nama timangan ‘Abu’ oleh Mohd Noor Mohd Sharif (46) yang dilatih untuk turut memetik petai. Apa pun selalunya jika peniaga buah hutan yang lain memanjat sendiri pokok petai yang tinggi namun Mohd Noor tidak perlu bersusah payah berbuat demikian. Sebaliknya dia cukup sekadar dia mengarahkan Abu yang berusia empat tahun memanjat pokok petai dan menggigit tangkai buah berkenaan sebelum dilemparkan ke tanah. Mohd Noor yang berniaga buah hutan seperti petai, jering dan binjai sejak 2012 berkata, dia membeli Abu daripada seorang rakan pada 2013 ketika haiwan berkenaan berusia tiga bulan untuk dilatih memetik kelapa dan petai. Kalau pada mulanya dia menggunakan Abu untuk memetik kelapa akan tetapi apabila dia semakin membesar, saya latih dia memetik petai. Menggunakan monyet sebagai haiwan peliharaan untuk memetik buah kelapa sudah lazim di lakukan aj=kan tetapi untuk memetik petai agak jarang. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....NAMANYA PETAI... SEJENIS ULAMAN DIA...
BUAHNYA BERTANGKAI...MAHAL HARGA...
POKOKNYA TINGGI...SUSAH PETIKNYA...
BANYAK KHASIAT... PENCERNAAN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.