ISU HARGA SANTAN KELAPA mahal muncul lagi pada awal tahun 2025 ini dan memuncak pada April 2025 dimana harga antan segar mencecah RM20/kilogram di Terengganu. Santan kelapa atau 'Coconut Milk' merupakan satu produk dari biji kelapa (Cocos nucifera) yang banyak kegunaannya. Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu, secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat. Santan Kelapa banyak mengandungi zat permakanan seperti Vitamin, Lemak, Asid Laurik serta banyak kandungan mineral (Kalsiam dan Ferum) . Setiap 15 gram santan mengandungi sebanyak 35 kilokalori tenaga, Lemak (3.6 g atau 6% dimana 3.2 gram adalah Lemak Tepu dan sebanyak 0.2 gram adalah Lemak Tidak Tepu), Protin (0.3 gram), Gula (0.2 gram), Serat (0.2 gram) dan bahan Karbohiderat (0.8 gram) serta Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan zat dalam permakanan ini banyak bergantung kepada varieti kelapa dan umur pokok kelapa. Kandungan air dalam santan kelapa adalah komponen paling tinggi. Proses memerah santan kelapa kini telah menjadi mudah dengan penggunaan beberapa mesin seperti mesin parut kelapa, mesin pemerah santan kelapa dan juga alatan lain. Kelapa perlu di buang kulit sabut secara manual menggunakan 'Penyadap' di kebun kelapa sehingga menjadi kelapa bulat. Kelapa ini perlu dipecahkan dan keluarkan airnya (Air kelapa boleh diproses menjadi Nata de Cocoa atau CocoJelly). Keluarkan isi kelapa kemudian dimasukkan terus kedalam mesin pemerah santan kelapa dan menghasilkan santan. Kaedah lain adalah dengan membelah kelapa kepada 2 bahagian dan diparut menggunakan mesin parut kelapa. Parutan kelapa ini perlu dicampur dengan air untuk diperah santannya atau dimasukkan kedalam 'press machine' bagi kuantiti yang banyak. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu harga dan bekalan kelapa dan santan kelapa yang terus meningkat di pasaran Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk bacaan dan juga bagi tujuan pengetahuan semua pembaca blog ini.
Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Santan mahal, peniaga berhenti buat laksam dan laksa lemak' dari Gua Musang, Kelantan wajar di kongsikan infonya. Bagi para peniaga laksam dan laksa lemak dalam daerah ini terpaksa menghentikan jualan hidangan lokal berkenaan berikutan kenaikan harga santan segar yang mencecah hingga RM20 sekilogram sejak seminggu lalu. Menurut seorang yang sentiasa membuat laksam dan laksa lemak Miswati Yah (40) dimana sejak hampir sebulan lalu dia terpaksa menghentikan jualan kerana ketiadaan santan dan harga bahan itu yang mahal. Dakwanya sejak awal Syawal santan semakin sukar untuk diperoleh dan terpaksa membeli kelapa biji dan perlu memprosesnya sendiri untuk santan. Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya. Dia yang menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga dimana dia tidak menggunakan santan kotak kerana makanan tidak dapat bertahan lama dan cepat basi. Apa pun bagi peniaga gerai makanan lain disini iaitu Zalina Abdul Rahman dakwa sejak berlaku masalah santan yang mahal ramai pembuat kuih mengurangkan kuantiti makanan dan ada daripada tidak lagi meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya. Kini ramai pembuat kuih yang terkesan dengan kenaikan harga santan dan kelapa sehingga terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan.
Dalam portal hmetro.com pula di laporkan 'Kelapa melawas punca harga santan naik mendadak' berkitan dengan tajuk artikel kali ini. Di Cheras dimana ada seorang peniaga santan kelapa, Saifuddin Samsuddin menjual santan sebiji pada harga RM2.00. Harga dijangka naik RM3.00 sepanjang bulan Ramadan pada tinjauan di Pasar Pagi Ikan Emas, Cheras baru-baru ini. Dilaporkan yan harga santan dijangka meningkat menjelang Ramadan susulan harga kelapa di pasaran yang tidak menentu sehingga mencecah RM3 sebiji. Tinjauan oleh Harian Metro di Pasar Basah Datuk Keramat mendapati santan dijual pada harga RM8 sekilogram, manakala kelapa parut pula dijual RM10 sekilogram dan RM3.50 sebiji. Aduan dan kelohkesah ini oleh rata-rata peniaga santan mengakui terpaksa menaikkan harga jualan berikutan bekalan kelapa tempatan yang tidak stabil ketika ini selain berlaku isu iaitu peningkatan harga kelapa biji. Bagi Azhar Ishak (59) dakwa dimana harga sebiji kelapa sebelum ini adalah sekitar RM2.20, namun kini meningkat 70 sen kepada RM3 sebiji. Harganya naik sedikit demi sedikit bermula Disember tahun lalu dimana ia bergantung kepada pembekal dimana pada mula-mula naik 20 sen, kemudian 20 sen lagi dan terbaru 30 sen pula. Kalau dia sebelum ini menjual santan dengan harga sekitar RM7 sekilogram akan tetapi terpaksa naikkan harga kepada RM8 bagi menampung peningkatan kos terbabit. Isu bekalan kelapa juga tidak banyak dimana dia cuma boleh dapat 1,000 biji kelapa bagi setiap empat hari daripada pembekal dari Bagan Datuk, Perak dan Sabak Bernam, Selangor. Kadang-kadang berlaku keadaan dia akan dapat buah kelapa segar yang bilangannya kurang daripada itu. Isu kekurangan bekalan komoditi itu terjadi akibat musim kelapa melawas iaitu keadaan putik kelapa gugur dari tandan disebabkan cuaca ekstrem sama ada panas melampau atau hujan lebat. Dijelaskan jika putik kelapa gugur maka bilangan hasil buah kelapa tua pun akan berkurang. Selalunya buah kelapa tempatan akan melawas antara Disember sehingga awal Februari setiap tahun. Nasib sama dikongsikan Muhammad Rani Thani (44) yang turut berdepan masalah kekurangan bekalan kelapa hingga menjejaskan perniagaannya. Dia dakwa kalau sebelum ini dia boleh mendapatkan sekitar 7,000 biji kelapa daripada peraih dari Bagan Datuk dan Kuala Selangor dalam tempoh seminggu, namun sekarang jumlah itu menurun sekitar 4,000 saja. Tambahnya apabila bekalan kelapa biji sikit kesannya agak susah hendak pusing modal, ditambah lagi harga kelapa sama saja walaupun saiz yang dia terima ada besar bercampur saiz ada juga kecil. Selalunya dia akan perlukan dua atau tiga biji kelapa untuk hasilkan satu kilogram santan. Jadi keuntungannya tidak besar mana. Apa pun dakwanya dalam tempoh sebulan, tiba-tiba pembekal kata harga kelapa kampung naik dan dia sebagai penjual hadapi masalah untuk terangkan kepada pelanggan. Hendak jual mahal pun kasihan kepada pelanggan dan kalau jual murah dia akan rugi. Dakwanya berdasarkan pengalaman 10 tahun dalam perniagaan itu dimana kadar permintaan santan ketika Ramadan adalah berbeza iaitu pada minggu pertama puasa, permintaan terhadap santan boleh dikatakan lengang. Namun, pada pertengahan puasa, permintaan terhadap santan akan meningkat naik kerana orang sudah mula berniaga lemang. Ketika itu, kita perlukan bekalan yang banyak sehingga hari terakhir sebelum raya. Sementara itu, seorang lagi peniaga santan iaitu Mohd Nordin (59) berharap bekalan kelapa di pasaran dapat distabilkan semula supaya tiada lagi kenaikan harga kos. katanya kelapa ini masalah dari segi harga saja, mahal pun peniaga seperti saya terpaksa beli. Bulan Ramadan ini mungkin naik harga kerana saya ada dengar mungkin (harga kelapa biji) naik sekitar 10 sen lagi. Katanya kalau ikutkan situasi ini, untung kami tak banyak, ada sikit hendak besarkan anak dan makan belanja dapur. Orang kata cukup-cukup makan.
Akhbar sama laporkan dimana 'Harga santan di Terengganu naik berganda' memang sering di laporkan. Dilaporkan dimana harga santan segar di negeri ini naik berganda daripada RM9 sekilogram kepada RM19 sekilogram sekaligus menyebabkan peniaga terutama pengusaha makanan berasaskan kelapa berada dalam dilema untuk menentukan harga barang. Difahamkan kenaikan terbaharu itu dikatakan bermula kira-kira lebih seminggu lalu dan dijangka meningkat kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini. Kenaikan berterusan itu adalah disebabkan harga borong bagi buah berkenaan ialah RM3.60 berbanding sebelum ini RM3.20 sebiji. Bagi peniaga santan, Wan Mohd Sukri Wan Muda (50) dimana rata-rata pengusaha santan musykil dengan kenaikan harga kelapa kerana mendakwa bekalan bahan berkenaan mencukupi. Dakwanya pada setiap minggu dia memerlukan sebanyak tujuh tan (7 tan) kelapa yang diambil daripada pembekal tempatan dengan harga RM3,000 bagi setiap tan. Dakwanya lagi kalau sebelum berlaku isu bekalan kelapa, harga santan hanya RM9 sekilogram, namun selepas itu bermula Oktober kenaikan berlaku secara berperingkat. Dalam tempoh lima bulan, harga sudah naik sekali ganda dimana isu berlaku dengan harga terbaharu ini, katanya, kos yang terpaksa diperlukan bagi membeli buah berkenaan juga meningkat iaitu sebanyak RM21,000 bagi setiap minggu dengan keuntungan diperolehi bagi setiap kilogram santan hanya sekitar RM2 hingga RM3 saja. Jumlah keuntungan itu berkurangan kalau ditolak dengan gaji pekerja, plastik, letrik, penyelenggaraan mesin pemerah santan, untung bersih hanya beberapa sen sahaja. Menambah lagi dimana jika banyak buah yang rosak maka keuntungan akan menjadi semakin sedikit. Dia yang bermiaga santan di Pasar Chabang Tiga iaitu sejak lebih 30 tahun lalu berkata, setakat ini dia menjual santan segar dengan harga RM18 sekilogram, harga runcit sebiji kelapa RM4, kelapa parut biasa (RM12) dan kelapa parut (putih) RM14 sekilogram. Harga bahan berkenaan dijangka naik sehingga mencecah RM22 sekilogram sebaik menjelang Hari Raya Aidilfitri. Setiap Ramadan dakwanya isu harga makanan berasaskan kelapa seperti ayam percik, lemang, lauk pauk dan kuih muih sedikit tinggi berbanding bulan biasa memang dijangka berlaku sebab ia berkait dengan keberadaan kelapa di pasaran.
Menarik isu kelapa dimana dilaporkan 'Pengguna tertekan, santan kelapa naik harga' yang menjejaskan pihak penjual dan pengguna kelapa di Malaysia. Isu harga sebiji kelapa kini amat mahal manakala untung kami perolehi amat sedikit. Namun pengguna tetap beli santan sebab ia keperluan dakwa seorang peniaga santan dan kelapa parut, Mufarohah Rokip (49). Dia memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga santan segar yang dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini. Kini dia tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga santan berikutan kenaikan (harga sebiji kelapa) di peringkat pembekal menghampiri RM3 sebiji. kalau ada segelintir pelanggan merungut namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut terkesan dengan kenaikan berkenaan. Kasihan juga dengan pelanggan tapi apa boleh buat harga memang naik. Apa pun buat masa ini dia jual santan asli pada harga RM16 sekilogram manakala yang biasa RM8 sekilogram tetapi di tempat lain ada yang jual santan biasa pada harga antara RM9 hingga RM12.50 sekilogram. Untuk kelapa parut pula, saya letak tanda harga RM12 sekilogram tetapi jual RM10 kepada pelanggan di temui wartawan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Bagi seorang lagi peniaga lain yang dikenali Yogi, 29, berkata, harga santan naik sejak dua minggu lalu akibat bekalan mahal diperoleh daripada pembekal dan bukan hanya pelanggan malah peniaga turut terkesan dan dia menjangkakan kemungkinan berlaku lagi kenaikan harga dalam waktu terdekat. Kalau bulan lalu, harga sebiji kelapa RM2.20 namun kini menghampiri RM3 sebiji. Saya terpaksa naikkan harga santan biasa pada harga RM8 sekilogram manakala RM16 sekilogram untuk santan asli. Sebelum ini santan biasa dijual pada harga RM7 sekilogram dan santan asli dijual RM14 sekilogram dan menurutnya, santan seberat 400 gram pula dijual dengan harga RM3. Dalam pada itu, Ramli Ahmad, 65, yang menjual kentang, bawang dan cili turut mengakui harga semasa dijual lebih tinggi berbanding sebelum ini dan katanya ikutkan harga tidak banyak beza berbanding sebelum ini tapi agak mahal terutama untuk yang berniaga dan kurang berkemampuan. Nagi bawang putih dijual RM14 sekilogram, bawang besar RM7, bawang kecil RM8 dan kentang RM4 sekilogram. Kalau hendak beli borong pun tidak untung mana kerana sebahagiannya rosak. Mungkin banyak kelapa yang di petik sebagai kelapa muda, di proses menjadi Minyak Kelapa dara (Sila lihat foto dibawah), di jadikan minyak kelapa dan banyak pokok sudah mati akubat diserang dengan Kumbang RPW. Pokok kelapa yang baru di tanam bekum berhasil lagi dilapangan. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pamneca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.