Support My Blog

Wednesday, May 7, 2025

SEMBANG CARA SIANG IKAN DAN GUNA AIRNYA

IKAN PERLU DI SIANG
dan seterusnya di cuci bersih sebelum ia sesuai di masak atau di jadikan makanan lain. Ikan segar yang di tangkap dari laut, tasek, sungai dan kolam atau yang dibeli di pasar atau pasaraya atau pasar malam mesti di siang segera agar kesegarannya masih kekal. Cara menyiang ikan ini ada banyak kaedah bergantung kepada peralatan digunakan, saiz ikan, keudahan premis menyiang ikan, jumlah ikan hendak disiang, tujuan menyiang (dimasak, masuk frozen, dijadikan ikan proses) dan sebagainya. Cara siang ikan kecil amat berlainan dengan menyiang ikan besar seperti ikan tuna berbanding dengan menyiang ikan kembung. Secara umumnya kebanyak surirumah semestinya mereka panda kerja menyiang ikan untuk dimasak sendiri walau pun dizaman moden ini semuanya boleh di beli dengan mudah secara on-line ikan yang sia di siang hanya terus di campakkan kedalam kuali. Bagaimnana pun asasnya menyiang ikan akan gunakan alat seperti pisau atau guting dan mesti gunakan Air Bersih. Air bersih yang dilakukan kepada ikan yang disiang ini selalunya akan di alirkan terus kedalam sinkii dan masuk longkang dan ia terbuang begitu sahaja. Artikel mengenai apakah kegunan air ikan juga agak kurang di tulis dan di bincangkan terutama untuk sektor pertanian. Berbalik kepasa isu menyiang ikan dimana ramai orang 'tidak mahu' sebab ia berbau hanyir, basah, kotor, hamis atau tidak mahir untuk menyiang ikan. Asasnya dimana kerja eyiang ikan mungkin lebih mudah berbanding dengan menyiang ayam sebab ayam ada banyak tulang dan saiznya lebih besar dari ikan rakyat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Aagro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai apakah kaedah menjadikan air basuhan ikan dalam sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Penulis blog kongsikan info kenapa perlu siang ikan sebelum dimasak?. Apa pun kerja membersihkan ikan sebelum memasak bukan hanya untuk menjaga kebersihan akan tetapi juga mempunyai beberapa aspek penting dari sudut kesihatan. Membersihkan ikan penting sebab antaranya ialah ia akan dapat menghilangkan bakteria dan kuman sebabnya sebenarnya ikan segar mungkin mengandungi bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan penyakit bawaan kepada manusia jika tidak dibersihkan. Mencuci ikan juga akan mengeluarkan sisa kotoran dimana proses semasa membersihkan ikan akan mengeluarkan sisa kotoran dan isi perut yang mungkin mengandungi bahan toksik dan ia juga mungkin berbahaya. Membersihkan ikan segar akan dapat memastikan kesegaran dimaba aktiviti ini membolehkan pengguna dapat memeriksa tanda-tanda kesegaran seperti bau, tekstur dan warna iaitu ciri yang penting untuk tujuan keselamatan makanan. Menyiang ikan akan mengurangkan risiko pencemaran silang dimana dengan membersihkan ikan dengan betul dapat mengurangkan risiko pencemaran silang di dapur, terutamanya apabila memasak pelbagai jenis makanan. Siang ikan segar akan memperbaiki rasa dan tekstur dimana proses menyiang ikan boleh ianya membantu dalam cara menghilangkan rasa hanyir dan akan memperbaiki tekstur ikan, menjadikan rasa hidangan lebih baik dan sedap. 
Asasnya cara menyiang ikan ada dua kaedah dimana sama ada lat itu menggunakan Pisau atau Gunting. Cara menyiang ikan dengan gunakan pisau adalah teknik asas yang penting dalam penyediaan hidangan ikan. Perlu gunakan jenis pisau yang tajam dan diasah dulu kalau sudah tumpul. Boleh gunakan pisau khusus siang ikan seperti gunakan pisau filet atau pisau yang tajam dan bersih. Pastikan pisau cukup tajam untuk memudahkan proses pembersihan isi perut ikan dan kemudian ia dibilas ikan di bawah air mengalir untuk menghilangkan kotoran pada permukaannya dan kumpulkan airnya untuk kegunaan lain. Cara membuka perut ikan boleh gunakan pisau untuk membuat sayatan perlahan dari bahagian bawah kepala hingga ke tengah perut. Berhati-hati dengan tidak memotong terlalu dalam agar tidak memecahkan perut ikan dan perlu keluarkan isi perut. Dengan menggunakan jari atau pisau untuk mengeluarkan isi perut ikan. Pastikan semua isi perut dikeluarkan termasuk insangnya dan membuang sisik. Perlu memegang ikan dengan kuat dan gunakan pisau untuk mengikis sisik ikan diman aia dilakukan ini di bawah air mengalir untuk mengelakkan sisik bersepah-sepah. Kemudian dipotong sirip dan ekor dengan gunakan pisau untuk mudah memotong sirip dan ekor. Sesetengah ikan mempunyai sirip dan ekor yang tajam jadi pastikan berhati-hati ketika masa memotongnya. Perlu dicuci ikan sekali lagi di bawah air mengalir untuk memastikan semua sisa kotoran dan isi perut dikeluarkan. Ikan kini telah bersih dan siap untuk dipotong serta disimpan mengikut keperluan memasak.


Kaedah meny
iang ikan guna gunting selalu menjadi pilihan surirumah sebagai salah satu kaedah alternatif yang mudah dan praktikal. Pertama ikan dibilas ikan dengan dilakukan di bawah air mengalir untuk menghilangkan kotoran pada ikan. Dengan menggunakan gunting yang sesuai seperti gunting dapur yang tajam dan bersih dan periksa ia jenis gunting cukup kuat untuk memotong bahagian ikan yang keras. Teruskan menggunting sirip dan ekor dimana dipotong sirip dan ekor. Mulakan dari bahagian bawah dan lakukan dengan berhati-hati. kemudian di buka perut ikan untuk menggunting bawah kepala ikan sehingga ke tengah perutnya. Pastikan anda tidak mencucuk bahagian perut ikan untuk mengeluarkan isi perut dan ia kemudian dikeluarkan isi perut ikan dengan tangan atau alat yang sesuai. Pastikan semua isi perut termasuk insang telah dikeluarkan. Kerja membersihkan sisik walaupun terus menggunakan gunting dimana sisik ikan masih perlu dibuang dengan menggunakan pisau atau alat khas untuk mengikis sisik. Kemudian ikan dicuci bersih dimana setelah semua bahagian yang tidak diingini dikeluarkan dan mencuci ikan sekali lagi di bawah air mengalir untuk memastikan ia bersih sepenuhnya. Seterusnya ikan dipotong setelah dibersihkan iaitu mengikut bahagian yang anda inginkan. Bagi penulis blog amat penting petua menghilangkan bau hanyir ikanIni penting agar ia tidak merosakkan rasa masakan dimana ikan sebaiknya ia diperap dengan jus lemon atau cuka sebab jus lemon atau cuka mempunyai asid yang boleh membantu mengurangkan bau hanyir. Lumurkan ikan dengan jus lemon atau cuka dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya. Gunakan juga bahan garam dan tepung jagung: Taburkan garam dan tepung jagung pada ikan, biarkan sebentar, kemudian bilas. Garam dan teping jagung berfungsi sebagai agen penyerap yang mengurangkan bau. Ia juga boleh dibilas dengan air garam yang membantu didlaam cara mengurangkan bau hanyir dan membersihkan ikan dengan lebih efektif. Cara lain hilangkan hanyir gunakan herba dan rempah dengan memerap ikan dengan herba dan rempah seperti daun parsli atau ketumbar. Cra lain adalah dengan menyimpan dengan cara yang betul bagi memastikan ikan disimpan dengan betul sebelum digunakan. Ikan harus disimpan di dalam peti ais dengan suhu yang sejuk untuk mengelakkan pembentukan bau.


Sering didengan dan disembangkan bagaimana air cuci ikan sesuai di gunkan dalam bidang pertanian. Darumah dimana ada 
terdapat pelbagai sumber nutrien organik yang didapati di dalam air basuhan ikan segar. Bagi penulis blog ini secara tidak langsung air ini ia boleh dijadikan  sebagai baja air yang membantu untuk menyihatkan tanaman dikawasan rumah. Apa pun menggunakan 'baja air cucian ikan' didakwa ia juga dapat menjimatkan kos penanaman dengan cara memanfaat air cucian ikan bila air lebihannya yang kotor lazimnya akan dibuang serta-merta kerana ia mengeluarkan bau yang hanyir. Apa pun secara teori dimana cucian ikan sangat bagus untuk tanaman kerana ia mengandungi nutrien yang sangat baik pada tumbuhan sebab ia mempunyai unsur nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) selain dari unsur mikro yang lain. Ia juga mempunyai beberapa jenis mineral yang sesui untuk tumbuhan. Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana diantara kebaikan menggunakan iar cucian ikan untuk tumbuhan antaranya adalah ia menjadi atau membekalkan nutrien makro dan mikro untuk tumbuhanseperti unsur N, P danK. Air ini dilaporkan ia akan merangsang pertumbuhan vegetatif (awal) tanaman seperti pertumbuhan batang, dahan dan daun. Baja ini dilaporkan mampu untuk mempercepatkan kemunculan bunga seperti tanaman tomato, cili, terung, pokok hiasan berbunga dan tumbuhan lain jika di bubuh secara rutin. Khasiat baja ikan di percayai juga akan mempercepatkan pembentukan buah tanaman dengan baik. Baja ini dilaporkan juga dapat mencegah kehilangan daun, bunga dan buah dan kesannya akan menyihatkan tanaman. paling pasti dimana air basuhan ikan segar akan memperkaya tanah dengan beberapa jenis bahan organik kepada tanaman. Ia jug di laporkan akan meningkatkan aktiviti bakteria tanah yang menyuburkan tumbuhan. Miktob dalam tanah akan mengambil nutrien dan organik sebagai makanannya. Ari basuhan ikan dilaporkan dapat memperbaiki sifat fizikal tanah seperti meningkatkan pengudaraan tanah, kapasiti penahan air yang lebih baik dan juga struktur tanah yang mudah ditembusi oleh akar tumbuhan. Sebaiknya air basuhan ika jangan dibuang tetapi di gunakan untuk dijadikan baja kepada tanaman disekeliling rumah. Semuga artike ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMYIANG IKAN... PENTING DILAKUKAN...
SIANG DENGAN ISAU...JUGA GUNTINGKAN...
KUMPULKAN AIRNYA... SIRAN DI TANAMAN...
POKOK SUBUR... MENUAI DI CEPATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...