Support My Blog

Monday, May 12, 2025

SEMBANG PASAL PETAI (Part 4)

POKOK PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana akan subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara seperti menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis pelbagai kisah menarik mengenai petai yang seronok membacanya seperti dilaporkan didalam akhbar tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.

 

Makanan atau kuliner atau resepi berasaskan petai banyak jenisnya. Bagaimana pun paling ramai orang suka adalah masak sambal petai dengan pelbagai cara. Petai dilaporkan diantara jenis ulaman terkenal Asia Tenggara dimana ia tetap sangat digemari peminat walaupun baunya kuat. Sebut sahaja tentang petai bagi penulis blog pasti ramai pembaca akan terbayangkan sambal petai yang pedas dimakan bersama nasi panas. Ia sangat menyelerakan. Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean. Ia sememangnya cukup terkenal dalam masakan di Asia Tenggara. Walaupun petai mempunyai bau yang kuat dan haring, rasanya ‘lemak-lemak pahit’ menjadi kegemaran masyarakat kita, tidak kira tua mahupun muda. Banyak olahan masakan seperti sambal dan masak lemak menggunakan petai membuatkan air liur kecur. Terbayangkan keenakan kepingan hijau itu dimakan dengan nasi. Bagi penulis blog ini dimana selain dimasak, masyarakat Malaysia memakannya secara mentah dengan menjadikan petai sebagai ulam. Petai sebagai ulam lazimnya dimakan bersama nasi dengan bahan pencecah seperti sambal atau budu. Bagi penulis blog suka makan petai dengan membuat samba iaitu Sambal Petai Kentang, Sambal Petai Udang dan juga Sambal Petai Sotong Kering. Bagaimana pun kesemuanya mudah sahaja disediakan. Bahan membuat Sambal Petai Kentang perlukan bahan 200 gm petai yang dikupas (cuci bersih), 2 biji kentang (potong dadu), 200 gm kacang panjang, garam secukupnya dan minyak untuk menumis. Sementara itu disediakan juga bahan dikisar iaitu 6 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 5 tangkai cili merah, 1 biji Buah keras dan sedikit udang kering. Cara penyediaan dengan memanaskan minyak dan goreng kentang hingga lembut dan kemudian diangkat dan ketepikan. Seterusnya di tumis bahan yang dikisar sehingga wangi lalu masukkan kacang panjang dan kentang dan kacau sebati dan dimaasukkan petai dan tambah garam secukupnya. Seterusnya perlu di kacau sekejap yang matikan api. khir sekali hidangan sambal petai kentang siap dihidangkan untuk enak dimakan dengan nasi panas terutama lapar di waktu makan tengahari. 


Bagi penulis blog jika masal sambal paling disukai adalah Masakan Sambal Petai Udang yang mudah dimasak. Bagi tujuan ini bahan perlu di sediakan adalah terdiri daripada 250 gm udang (dikupas kulitnya),  200 gm petai, 4 helai daun limau purut, seeikat daun kunyit, 2 batang serai dan bagi bahan dikisar perlu ada 8 biji bawang merah, 4 biji bawang putih, 10 tangkai cili merah dan juga bahan 1 biji buah keras. Jika gunakan bahan cili merah segar ianya lebih enak berbanding dengan menggunakan cili boh atau cili kering -yang dijual dipasaraya. Cara penyediaan adalah dengan menumis bahan yang dikisar terutama cili bersama daun limau purut, serai dan daun kunyit. Kemudian adunan ini di masak sehingga pecah minyak atau sudah naik bau dan baru di masukkan sedikit garam dan gula. Langkah seterusnya adalah dengan memasukkan pula udang (yang sudah dibuang kulitnya) dan biji petai (tidak berkulit atau yang di potong bersama kulit hijaunya). Adunan dalam kuali ini perlu di gaulrata sehingga udang dan petai masak dengan agak sempurna. Jangak masak terlalu lama atau dengan gunakan api yang kuat kerana ini akan menjejaskan rasanya. Tambah bahan perisa untuk dapatkan rasa paling sesuai iaitu tidak terlalu pedas dan udangnya juga tidak 'overcook'. Makanan sambal petai udang sedia di angkat dan siap untuk hidangkan dimakan dengan nasi putih panas bersama keluarga.


Tidak rugi jika disembangkan bagaimana membuat Sambal Petai Sotong Kering untuk dijadikan lauk yang enak. Ramai juga suka makan sambal petai sotong basah dimana ia juga menarik miat ramai yang sukakan petai. Apa pun bagi penulis blog jika menggunakan sotong kering akan memberikan rasa yang amat enak lagi. Bahan-bahan disediakan termasuk 250 gm sotong kering (dipotong dan direbus sebentar), 2 papan petai (dikupas kulit),  7 biji bawang merah (dikisar), 3 biji bawang putih (dikisar), 10 tangkai cili merah, 5 tangkai cili hijau, 1 biji buah tomato (dicincang), 1 batang serai (ditunbuk), 1 sudu besar kicap manis, 1 sudu kecil gula, 2 inci halia (ditumbuk), 2 helai daun salam, Serbuk lada sulah, garam, 30 ml air dan juga ada minyak masak secukupnya. Cara penyediaan dengan mulakan memanaskan minyak untuk tujuan menumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian boleh dimasukkan cili dan petai. Tumis bahan ini sehingga petai masak. Seterusnya dimasukkan bahan daun salam, serai, halia dan sotong kering dan adunan digaul rata. Langkah seterusnya adam memperasakan masakan dengan garam, kicap manis, gula dan lada sulah dan bolehlah ditambahkan air. Biarkan sebentar supaya bahan-bahan meresap ke dalam sotong dengan mereneh guna api kecil. Seterusnya dilihat apabila air kelihatan agak kering sedikit maka bolehlah dittutup api. Ambil dan masukkan kedalam mangkuk untuk dihidang yang enak di makan bersama nasi putih yang suam panas.


Dalam media lokal di laporkan 'Sambal petai Syilis masuki pasaran global' dimana kini syarikatnya kini berjaya mengeluarkan lapan produk. Pengusaha Shahrol Annaz menunjukkan produk Syilis yang kini sudah menembusi pasaran di peringkat antarabangsa (Foto sebelah). Kisah dari Batu Gajah, Perak dimana tiada siapa sangka perusahaan sambal yang bermula secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 2020 kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Jepun, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura. Bercerita mengenai perjalanan perniagaannya, Ketua Pegawai Eksekutif Syilis Food Manufacturing Sdn Bhd, Shahrol Annaz Abdul Nasir berkata, hanya bermodalkan RM100 ketika itu bersama isteri, Siti Nur Suhada yang resepi sambal hijau ikan bilis sesuai untuk ianya dikomersialkan. Dakwanya selepas tiga produk utamanya iaitu sambal hijau ikan bilis, sambal petai dan sambal ikan bilis petai laris, dalam tahun yang sama juga mereka membuka bengkel khas bagi menghasilkan lebih banyak kuantiti produk bagi memenuhi permintaan. DIlaporkan setahun selepas itu, mereka pindah ke kilang baharu di Kawasan Perindustrian Ringan Siputeh dan mendapat pensijilan halal dan Mesti (Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dengan bantuan daripada agensi kerajaan. Paling membantu kami sebenarnya adalah STeP (Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak). Mereka amat berterima kasih kepada Menteri Besar Perak yang mengilhamkan STeP ini kerana disebabkan bantuan agensi kerajaan negeri ini, saya dapat peluang untuk tembusi pasaran antarabangsa yang beroperasi di Ibu Pejabat Syilis Food Manufacturing Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Ringan Siputeh, Pusing. Setiap kali berlangsungnya acara pameran keusahawanan di luar negara, pihak STeP akan membuka peluang kepada usahawan di Perak untuk turut serta dengan membawa produk masing-masing. Peluang itu tidak akan ditolak dan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperluaskan pasaran produk ke negara luar serta mendapatkan pengalaman berharga. Mereka juga menyertai pelbagai pameran antarabangsa ini bukan semata-mata mahu menjual produk yang ada tetapi mendapatkan seberapa banyak peluang serta memperluaskan jaringan rakan-rakan perniagaan dari seluruh dunia. Mereka kini boleh berbangga apabila produk Syilis ini sudah berjaya menembusi pasaran global malah sambal petai keluaran Syilis menjadi produk petai pertama tembusi pasaran Jepun secara sah setelah melepasi ujian makmal di sana sebelum dipasarkan. Apa pun usahawan berusia 36 tahun itu menjelaskan, syarikatnya kini berjaya mengeluarkan lapan produk dan antara yang popular di peringkat antarabangsa adalah sambal nasi lemak, sambal ikan bilis petai serta sambal ikan masin. Kini purata pengeluaran produk setiap hari ketika ini sebanyak 1,000 botol malah menjangkakan jumlah tersebut akan bertambah kepada 3,000 hingga 5,000 pengeluaran sehari.


Agak unik laporan dalam hmetro.com bertajuk 'Pizza sambal hitam, petai kini meletop' untuk disembangkan. Usahawan bernama  Nor Rosidah (tengah) bersama pekerjanya menyiapkan piza sambal hitam dan sambal petai. Produk pizza sambal hitam dan petai, itu menu unik dihidangkan di Restoran Pizza Anak Dol di Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang yang kini mendapat sambutan menggalakkan di daerah berkenaan. Dia yang pada mulanya ada pelanggan pelik mendengar menu menggabungkan unsur barat dan tempatan itu, namun ia mendapat maklum balas positif selepas mereka mencubanya. Idea menghasilkan piza itu tercetus apabila menyedari makanan barat seperti piza tidak begitu popular di daerah berkenaan. Sambal hitam sememangnya popular kerana ia tradisi masakan Pahang dan dari situ saya terfikir untuk menyediakan ‘topping’ berkenaan bersama satu lagi menu, sambal petai. Dakwanya kedua-dua menu ini tiada di restoran lain, ada pelanggan dari luar Pahang datang ke Jerantut semata-mata untuk menikmati dua menu berkenaan. Penduduk tempatan lebih menggemari makanan pedas berbanding manis dan keunikan piza hidangannya dilihat menarik minat orang ramai, khususnya di luar bandar untuk mencuba makanan berasal dari Itali itu. Dia mampu menjual sehingga 300 keping pizza sehari pada hari biasa dan jumlah berkenaan meningkat sehingga 500 keping pada hujung minggu atau cuti umum. Dia kini mempunyai kilang mini yang menyediakan piza sejuk beku di Kampung Tebing Tinggi dan dibantu seramai 13 pekerja. Dia yang memulakan perniagaan sejak Oktober lalu bersama suaminya dimana restorannya juga menyediakan sembilan menu piza lain, antaranya Ayam Aloha, Thousand Island dan Chezzy Lover. Apa pun restoran milik pasangan suami isteri ini turut memberikan piza secara percuma kepada ibu mengandung pada setiap Rabu. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....

NAMANYA PETAI... SEJENIS ULAMAN DIA...

BUAHNYA BERTANGKAI...MAHAL HARGA...
POKOKNYA TINGGI...SUSAH PETIKNYA...
BANYAK KHASIAT... PENCERNAAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...