Support My Blog

Thursday, May 1, 2025

SEMBANG DAUN BAWANG, LOKIO DAN KUCAI

DAUN BAWANG, LOKIO DAN DAUN KUCAI
adalah satu jenis sayuran yang sering ditanam dan dijual di Mlaaysia untuk menambah keenakan makanan terutama jenis-jenis mee. Dilaporkan dimana Bawang Daun atau Daun Bawang 
(Allium fistulotum) adalah sejenis tanaman atau tumbuhan dari keluarga Liliaceae yang di tanam di Malaysia dengan cara atau skala komersial. Tumbuhan ini dipercaayai berasal dari Negara China yang disebarkan keseluruh dunia sebagai salad penambah perisa kepada makanan seperti sop, mee goreng, sukiyaki, kueh mueh dan juga masakan ayam. Penggunaan daun bawang di Malaysia agak signifikan dalam makanan Cina dan Melayu sebagai penyedap bau dan rasa makanan. Nama lain bagi jenis daun bawang adalah seperti Welsh Onion, Bunching Onion (English), Daun Bawang (Malaysia, Indonesia), Ciboule (Peranchis), Buyah (Filipina), khtum sanlok (Kemboja), hanh hoa (Vietnam) dan hom-ton ; hom-chin (Thailand). Artikel ini saya akan bentang teknologi tanaman bawang daun berdasarkan pembacaan buku, pemerhatian persendirian penulis dan perbincangan dengan beberapa petani yang penanam bawang daun di Manjung Perak, Cameroon Highland dan sekitar Johor. Mungkin ramai tidak pasti adakah daun bawang merah (Allium cepa L) yang kita beli dipasar dan ditanam dalam pasu itu daunnya sama dengan bawang daun (Allium fitulosum) ? . Bau dan bentuk mungkin sama tetapi sebenarnya ia dari spesis berbeza. Tidak ada statistik mengenai jumlah luas penanaman dan jumlah pengeluaran bawang daun diseluroh dunia tetapi rekod dari buku menytakan negara yang luas menanam bawang daun adalah Jepun (sebanyak 24,200 hektar atau 564,000 metrik tan/tahun) diikuti oleh negara Korea seluas 18,900 hektar setahun dan Indonesia seluas 24,500 hektar setahun. Malaysia menanam lingkungan 250 - 350 hektar setahun tanaman bawang daun. Pokok bawang daun merupakan herba yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk panjang tirus sama ada berbentuk selinder atau leper bergantung kepada spesis. Daun tumbuh dari pangkal rumpun menegak dengan panjang yang berbeza-beza setinggi 8-12 inchi. Akar bawang daun adalah jenis akar serabut yang keluar dari bulb atau umbisi dalam tanah dan merupakan akar rambut yang cetek. Bunga bawang daun berbentuk komposit berwarna keputihan serta centrifugal berukuran 3-7 cm garispusat. Bawang daun di negara temperate mengeluarkan biji benih yang banyak bersaiz 3 mx x 2.5 mm berwarna hitam berbentuk globose. Tanaman Bawang Daun di Malaysia tidak menghasilkan bijibenih kerana sinaran matahari yang pendek. Merujuk beberapa laporan dimana disetiap 100 gram daun bawang yang boleh dimakan mengandungi sebanyak 92 g air, Protin (1.7 g) , Vitamin A (480 IU), Lemak (0.2 g), Ca (80 mg), Fe (1.0 g), K (200 mg), Vitamin C (33 mg), Niacin (400 mg) dan tenaga sebanyak 105 KiloJoule. Saya suka makan mee goreng yang ada daun bawang dan juga taugeh. Begitu juga dalam sop yang semestinya ada daun saderi dan daun bawang yang menambahkan perisa dan aroma makanan tersebut. Kalau siapa yang suka makan 'char kuey Tiow' pasti tahu yang daun bawang merupakan satu komponen penting. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis fakta dan kisah mengenai daun bawang, lokio dan kucai untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Bagi penulis blog mendapati dimana ketiga-tiga jenis daun tersebut agak serupa tetapi ia sebenarnya berbeza. Apa pun sekali pandang dimana k
etiga-tiga jenis daun bawang ini kerap ditemui pada masakan khas nusantara dan ia asasnya banyak di gunakan sejak dulu oleh kaum Cina dan Melayu juga. Ada pun ramai pembaca blog ini yang mungkin masih keliru dan tidak tahu perbezaannya terutamanya antara daun kucai dan lokio yang mana dilihat sekilas bentuknya yang sangat serupa sahaja.
Kekeliruan ini ditambah juga dengan perbezaan sesetengah kawasan atau negeri dalam menamakan ketiga-tiga jenis daun tersebut. Pengalaman penulis blog yang membuat banayak tinjauan kekebun petani yang menanam daun bawang atau lokio atau kucai membolehkan sudah mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai tanaman ini. Saya pun ada menulis beberapa artikel mengenai perkara ini yang boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa pautan lain dalam blog ini. Apakah sebenarnya yang ada persamaan dan perbezaan di antara daun bawang, lokio, dan daun kucai untuk diketahui akan dijelaskan. Bagi jenis DAUN BAWANG yang paling kerap dibeli dan menjumpainya dalam pelbagai masakan terutamanya dalam telur dadar, meehon goreng dan mee goreng atau bubur dimana ia akan menyebabkan makanan lebih enak. Ramai orang kenal daun ini dan menyebutnya sebagai daun bawang sebab ia paling senang dibezakan ciri-cirinya seperti pada bahagian batang dan daunnya yang mempunyai diameter yang lebih besar.
Tanaman ini masuk dalam kategori bawang meskipun pokoknya dilihat ia banyak diambil bahagian daunnya sahaja dan tidak di ambil bawangnya umbisinya. Akar daun bawang biasanya berserabut manakala rasa dan aromanya seperti rasa bawang bombay walaupun tidak terlalu kekuatan baunya. Penanaman daun bawang boleh dilakukan secara komersil dalaam kebun luas atau mudah sahaja menanamnya didlm pasu keliling rumah sahaja.
 LOKIO atau yang disebut 'Chives' dalam Bahasa Inggeris juga termasuk salah satu jenis bawang dimana dilihat lokio sangat mirip dengan daun kucai akan tapi kedua-duanya jenis tumbuhan yang berbeza. Lokio memiliki bonggol mungil berwarna putih yang menyerupai bawang merah dengan warna daun hijau kecil memanjang. Ada yang menyebutnya sebagai 'bawang daun' dimana lokio mempunyai rasa seperti gabungan bawang putih dengan bawang bombay. Didalam aspek penggunaanya dimana bahan lokio ini biasanya hanya menjadi pelengkap masakan sahaja. Paling agak mudah di bezakan adalah DAUN KUCAI dimana sejak dulu daun kucai umumnya digunakan untuk jenis masakan Cina seperti bubur, isian gyoza dan sebagainya. Tetapi ada juga sejumlah masakan Cina di Malaysia yang memanfaatkan daun ini sebegai pelengkap semasa makan popia, bubur nasi dan tauge goreng. Kucai mempunyai pangkal dan daun pipih memanjang dimana dalam bahasa Inggeris daun kucai sering disebut sebagai 'garlic-chives' kerana aromanya yang sama dengan bawang putih yang sangat kuat. Memang mudah menanam kucai di keliling rumah didalam pasu atau atas batas kecil menggunakan amalan pertanian organik.



Tanaman kucai di daerah Manjung, Perak yang penulis blog kunjungi dimana petani telah bermula sekitar tahun 1965 apabila masyarakat Cina di Kg Baru ini mendapat idea menanam pelbagai jenis sayuran untuk kegunaan sendiri dan dijual. Menurut En Chia lagi, beliau telah mula menanam pelbagai tanaman sayuran dan tanaman kontan di kampongnya termasuk tanaman keledek, ubikayu, kacang tanah, sayur daun seperti sawi, kangkong dan sebagainya. Bagaimana pun pada awal tahun 1980'an terdapat pasaran dan permintaan baik untuk sayuran daun bawang dan kucai. Kini tanaman kucai telah dijadikan tanaman utama di kampong ini dimana kepakaran mereka menghasilkan kucai berkualiti telah menjadikan ia sebagai salah satu pengeluaran sayur kucai di Malaysia sehingga artikel blog saya ditulis selepas lawatan saya ke lokasi disini. Peringkat awal penanaman dahulu petani disini akan membeli benih kucai (diimport daripada negara China) dan menyemainya dalam petak semaian. Apabila sudah hidup kemudian ianya akan dituai berperinglkat. Bagaimana pun kini benih yang digunakan untuk penanaman adalah rizomnya (Sila lihat foto disebelah). Rizom kucai ini akan terbentuk didalam tanah dan mempunyai banyak rimpang (ruas) dimana ia akan dipecah-peahkan semasa hendak menanamnya. Bagaimana pun penggunaan rizom ini sebagai benih akan digantikan dengan biji benih baru setelah 4-5 tahun digunakan apabila ia sudah kurang produktif. Penanaman kucai memerlukan baja organik dan air yang banyak. Baja organik tahi ayam diberikan setiap kali aktiviti memetik hasil dijalankan dengan ditabur merata diatas batas tanaman. Baja lain seperti NPK15:15:15 ada diberikan mengikut jadual pembajaan. Tanaman kucai memerlukan air yang banyak dan sentiasa perlukan aktiviti penyiraman kecuali hari hujan. Pemasangan sistem pengairan dilakukan menggunakan sprinkler dan renjis dengan pam air daripada kolam yang disediakan. Kalau tanaman tidak disiram terutama pada musim panas dan kemarau maka ia akan menganggu kadar pertumbuhannya dan menjejaskan jadual penuaian dan penjualan. Pokok kucai yang subur dapat dilihar akan pertumbuhannya yang sekata dengan warna daun kucai juga seragam. Ada juga petani yang menambah pembajaan mereka dengan baja foliar terutama jika harga kucai ini membaik. Tanaman kucai tidak ada masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya ada serangan koya pada musim tertentu yang peru dikawal dengan pertanian organik.


Menarik sembangkan dimana m
ungkin bagi sesetengah orang boleh membezakan antara daun bawang dan kucai akan tetapi bagaimana pula dengan daun lokio dan kucai. Ketiga-tiga jenis daun bawang ini sering dijumpai dalam masakan di Malaysia baik sebagai pelengkap (garnish) atau bahan hiasan sahaja. Ketiga jenis daun ini mempunyai khasiat yang hampi sama sahaja. Antara khasiatnya hasil beberap kajian dimana Daun ini Tinggi Vitamin C dimana kalangan pembaca mungkin sukar untuk anda percaya yang sebenarnya 100 gram daun kucai boleh membekalkan vitamin C bersamaan 2 kilo buah epal. Vitamin C adalah khasiat yang penting untuk melindungi sel dalam tubuh serta menguatkan daya tahan tubuh bagi melawan penyakit. Daunan ini juga dilaporkan ia Berpotensi Mencegah Kanser hasil beberapa kajian mencadangkan bahawa tumbuhan daripada keluarga bawang termasuk kucai mempunyai potensi untuk melawan kanser dalam tubuh. Kompaun tertentu dalam daun ini termasuk sulfur didapati boleh menghalang kanser untuk merebak. Daun kucai ini mampu Menguatkan Memori dimana ia merupakan sumber yang baik bagi choline dan folate, iaitu komponen yang memainkan peranan penting dalam pastikan keupayaan fungsi memori. Hasil kajian juga mendapati orang yang mengambil lebih makanan dengan kandungan choline mempunyai prestasi yang lebih cemerlang dalam ujian kognitif. pa pun sementara itu ada individu dengan kadar choline yang rendah lebih berisiko untuk alami Alzheimer. Folate pula mempunyai fungsi penting untuk kebolehan kognitif serta kawalan mood seseorang. Ia juga baik untuk menghalang dementia, folate juga memainkan peranan untuk mencegah beberapa masalah kesihatan seperti depression, kanser dan masalah jantung. Fakta ini membuatkan kucai penting sebagai salah satu sumber makanan yang penting bagi mengelakkan masalah lemah upaya ingatan seperti Alzheimer atau kes-kes dementia. Daun ini akan Mengurangkan Keradangan sebab ia diperkaya dengan pelbagai kompaun yang dapat membantu mengurangkan keradangan. Hasil sebuah kajian menunjukkan bahawa daun ini dapat mengurangkan stres oksidatif dan mampu berfungsi sebagai anti radang. Ia didakwa mampu untuk Menghalang Osteoporosis dimana bukan sahaja kaya dengan vitamin C, malah daun ini juga padat dengan vitamin K, sebuah komponen yang cukup penting dalam membina ketumpatan tulang. Vitamin K juga sering disarankan pada bayi dan kanak-kanak untuk menjamin ketumpatan tulang yang lebih baik sepanjang hayat. Baik juga kalau di sembang mengenai perbezaan diantara Daun Kucai Dengan Daun Bawang sebab mungkin ada di antara pembaca yang keliru untuk membezakan daun kucai dengan daun bawang. Memang tak dinafikan kedua-duanya mempunyai rupa yang agak sama. Sebenarnya terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh anda kenalpasti untuk membezakannya. Daun Bawang dilihat ia mempunyai ukuran yang lebih besar, bulat dan panjang. Selain itu, ia juga lebih lembut serta rapuh dan mempunyai bentuk seperti penyedut minuman yang berlubang di tengah. Bagi Daun Kucai pula lebih nipis dan mempunyai rupa yang hampir sama dengan rumput. Satu lagi ciri penting yang anda boleh perhatikan ialah daun bawang yang berwarna hijau lembut dan mempunyai warna putih di bahagian pangkalnya. Diteliti dimana daun kucai pula mempunyai warna hijau yang setara hingga ke pangkal dan ia padat dengan kebaikan seperti vitamin C, vitamin K dan folate, tak sangka rupanya daun kucai ada pelbagai manfaat untuk kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasalam!!!...
DAUN KUCAI, LOKIO... MACAM SAMA...
DAUN BAWANG... MUDAH TANAMNYA...
ADA KELAINAN...SILA BACA FAKTANYA...
BERKHASIAT...JADI ENAK MAKANANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...