Sebenarnya ada terdapat beberapa jenis aktiviti pertanian yang tidak memerlukan banyak kuasa untuk dilaksanakan akan tetapi dilihat dengan cara penggunaan traktor tidak akan menjimatkan kos terutama jika saiz ladang berskala kecil. Di Malaysia tahap penggunaan jenis traktor tayar dan traktor crawler masih rendah berbanding dengan penggunaan alatan ini di beberapa negara maju. Selalunya disebabkan kawasan sentuhan antara trek dengan tanah adalah lebih besar dimana jika hendak ia dibandingkan dengan saiz tayar iaitu tekanan yang dikenakan ke atas tanah adalah lebih rendah. Jadi penggunaan jenis traktor crawler dilaporkan ia lebih sesuai untuk operasi di permukaan yang basah dan jenis berpasir. Di samping itu juga trekter jenis Treadmill membolehkan prestasi yang lebih baik di kawasan tanah yang landai atau di kawasan tanah yang kasar. Traktor tayar pula ia dilaporkan lebih sesuai untuk operasi kerja pertanian yang dilakukan pada permukaan tanah yang dipadatkan sebab ia lebih mudah melekat pada rupa bumi jenis ini. Fungsi yang dilakukan oleh traktor pertanian selain kerja tanah adalah untuk fungsi Pengangkutan. Paling sering di lakukan adalah dengan cara menyambungkan treller kepada belakang traktor dimana ia sesuai untuk menghantar beberapa muatan, mengoptimumkan pengangkutannya seperti baja, hasil tuaian tanaman dan juga pengangkutan pekerja. Bila cakap trekter ramai pembaca blog akan terbayang fungsinya menyediakan tanah untuk menanam (Sila lihat foto disebelah). Selain kerja menyediakan tanah ada banyak implement yang sesuai di pasang untuk kerja menanam benih. Alat seperti 'Seed Seeder' atau 'Fertilizer Distributor' yang melekat pada traktor dapat membantu dalam proses menabur benih dan baja ke dalam tanah. Selain itu trekter boleh disambung alatan penyembur (Boom Sprayer) untuk tujuan penyemburan racun serangga dan baja foliar kepada tanaman dengan cekap dan cepat. Akhirnya kegunaan trekter di ladang akan dipasang dengan pelbagai peralatan yang seterusnya ia membantu dalam fasa penuaian tanaman. DI Malaysia isu bagaimana untuk memilih traktor pertanian bukan kritikal seban ia hanya di perlukan di kawasan tertentu yang luas dan komersil sahaja. Apa pun dinyatakan secara umumnya dimana tiada satu model traktor yang lebih baik daripada yang lain sebab setiap jenis trekter ini mempunyai kelebihan dan aspek kekurangan bergantung pada ciri-ciri tanah dan jenis tanaman serta kos serta penyelenggaraan trekter. Bagi penulis blog dimana satu perkara yang pasti iaitu tanpa mengira model yang dipilih adalah perlu untuk membeli jenistraktor yang dikeluarkan oleh syarikat berjenama dengan mempunyai kredibiliti di pasaran serta alatganti yang mudah di perolehi dan kos yang munasabah.
Sesuai sembang begaimana dan aspek kelebihan Traktor Berjalan Dua Roda dalam Pertanian juga. Jenis Traktor berjalan dua roda juga dikenali sebagai 'Traktor Tangan' atau 'Traktor berjalan' ialah alat pertanian serba boleh dan popular yang digunakan oleh petani di seluruh dunia termasuk terdapat di Malaysia. Ia terdiri daripada mesin beroda dua dengan enjin kecil yang menggerakkan mesin dan implement pembajak yang membolehkannya dalam kerja penyediaan tanah dengan berkesan. Sesuai untuk sembang bagaimana ciri kelebihan traktor berjalan dua roda dalam pertanian boleh di bincangkan dalam beberapa aspek. Pertama Trektor ini adalah Serbaguna (Multi-purpose) dimana traktor berjalan dua roda sangat serba boleh dimana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membaja, membajak, menanam dan menuai tanaman. Fleksibiliti ini menjadikannya alat yang sangat baik untuk petani berskala kecil yang perlu melakukan pelbagai tugas di ladang mereka dan tidak mampu membeli mesin berasingan untuk setiap tujuan. Ia juga adalah Trekter Kos efektif dimana kos operasi adalah berpatutan dan memerlukan penyelenggaraan yang minimum yang mana ini juga menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk petani dengan sumber kewangan yang terhad. Lebih-lebih lagi dilihat yang ia menggunakan kurang bahan api daripada traktor yang lebih besar, mengurangkan kos operasi dan menjadikannya pilihan kos efektif untuk petani berskala kecil. Ciri ke tiga dimana trekter ini ada kelebihan Kebolehgerakan (Mobility) dimana traktor dua roda sangat mudah dikendalikan dan boleh mengemudi ruang yang sempit yang menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk ladang kecil dengan ruang terhad. Ia juga mudah dikendalikan, menjadikannya pilihan terbaik untuk petani yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan mesin yang lebih besar. Trekter ini juga Mesra Alam dimana ia mampu menghasilkan kerja mudah di lakukan dan keluarkan tahap bunyi tidak bising yang menjadikannya pilihan mesra alam khusus untuk petani yang prihatin tentang kesan amalan pertanian mereka terhadap alam sekitar. Trekter ini dilaporkan mampu dalam isu Penjimatan Buruh atau boleh menjimatkan tenagakerja di kebun kerana ia boleh melaksanakan tugas dengan cekap, cepat dan efektif. Traktor dua roda adalah pilihan yang serba boleh, kos efektif dan mudah dikendalikan, mesra alam dan menjimatkan tenaga buruh untuk petani berskala kecil.
Mungkin kurang ramai tahu bagaimana dan berapa banyak Traktor yang hendak digunakan secara purata dalam sebuah ladang atau kebun. Di Malaysia kalau hendak tengok trektor boleh pergi kekawasan Sawah Padi atau Ladang Kelapa Sawit atau kebun sayur atau buah-buahan swasta yang luas. Apa pun selalunya bilangan traktor yang digunakan di ladang purata bergantung kepada beberapa faktor iaitu ia termasuk saiz ladang, jenis operasi ladang dan tahap mekanisasi di ladang tersebut. Apa yang penulis blog belajar dan membuat tinjauan dimana bagi Jenis Ladang Kecil (Keluasannya kurang daripada 50 ekar) dimana keperluan trekter traktor biasanya cuma Sebuah (1 unit). Kegunaan biasa trekter ini adalah untuk kerja ringan seperti memotong, mengangkut, membaja dan penanaman berskala kecil. Apa yang penulis blog tinjau dimana kebun sayuran kecil mungkin menggunakan jenis traktor kompak atau utiliti tunggal (20-50 HP) untuk mengendalikan kerja harian. Merujuk penggunaan di USA dimana data daripada USDA iaitu hampir 88% daripada ladang diUSA adalah ladang keluarga kecil dimana petani ini selalunya bergantung pada hanya satu traktor sahaja. Bagi Jenis Ladang Yang Bersaiz Sederhana (keluasan sekitar 50-500 ekar) diperlukan sebanyai 2 - 5 buah trektor dengan kegunaannya adalah meliputi kerja membajak, menanam, menyembur dan kerja pengangkutan. Bagi ladang bijirin seluas 200 ekar mungkin mempunyai satu traktor tanam baris (100-150 HP) untuk kerja lapangan dan traktor utiliti (50-80 HP) untuk tugas umum. Apa pun lazimnya ada banyak ladang bersaiz sederhana juga sering menyimpan traktor tambahan sebagai sandaran untuk mengelakkan masa henti semasa musim puncak. Bagi Jenis Ladang Besar (lebih 500 ekar) disyorkan sebanyak 5 - 20 biji trekter biasa yang berperasi ladang berskala besar seperti kerja pembajakan berat, menabur benih dan semasa kerja penuaian. Selalunya ladang jagung seluas 1,000 ekar mungkin memerlukan traktor kuasa kuda tinggi (200+ HP) untuk kerja membajak berat, bersama dengan traktor yang lebih kecil untuk penanaman tepat. Bagi kategori Jenis Ladang Khusus (Ladang Tenusu, Ternakan, Dusun, Ladang Anggur) dimana ia subjektif iaitu keperluan trekter sekitar 2 - 10 buah bergantung pada saiz ladang. Ia digunakan bagi operasi memberi makan, pengendalian baja dan aplikasi tanaman baris khusus (traktor sempit untuk ladang anggur). Selelunya sebuah ladang tenusu dengan 500 ekor lembu mungkin memerlukan beberapa buah traktor untuk memberi makananan ternakan, pengendalian baja dan kerja lapangan. Akhirnya bagi kategori Jenis Operasi Komersial Besar (Seperti jenis Ladang Korporat atau jenis Perindustrian) diperlukan sebanyak 2 - 50 buah trekter. Apa pun kegunaan biasa trekter bagi ladang pertanian berskala industri dengan armada traktor yang bekerja secara bergilir-gilir. Selalunya di ladang gandum korporat seluas ribuan ekar mungkin menggunakan traktor yang dilengkapi GPS untuk beroperasi 24/7 semasa musim penanaman dan penuaian.
Merujuk beberapa laporan dimana di USA purata ladang ada mempunyai 2-3 traktor akan tetapi operasi yang lebih besar mungkin memiliki 5 atau lebih trekter. di Eropah pula dilaporkan dimana bagi ladang yang lebih kecil mendominasi dimana kebanyakannya petani disana ia mempunyai 1-2 traktor. Dalam pada itu di India pula dilaporkan memang banyak ladang kecil bergantung pada traktor yang dikongsi atau disewa iaitu dengan pemilikan sekitar 0.5 buah traktor setiap ladang secara purata. Akhi sekali sebagai rujukkan di Australia dimana selalunya ladang berskala besar selalunya mempunyai 5 buah trekter keatas kerana saiz tanah yang luas. Apa pun menarik disebangkan dimana diantara faktor utama yang menentukan kepeluan berap buah trekter diperlukan di ladang amat perlu di ketahui. Berikut beberapa pertimbangan asas sebelum membeli trekter. Pertama adalah Saiz Ladang dimana ia merujuk kepada jika ada keluasan yang lebih besar memerlukan lebih banyak jentera untuk menutup tanah dengan cekap. Faktur kedua adalah Jenis Tanaman dimana jenis tanaman berbaris selalunya ia akan memerlukan beberapa traktor untuk peringkat yang berbeza seperti aktiviti membaja, menanam, menyembur. Faktur ke tiga adalah aspek Ketersediaan Buruh atau Tenaga Kerja Ladang dimana bagi ladang dengan lebih sedikit pekerja mungkin lebih bergantung pada mekanisasi. Faktur seterusnya sebelum membeli trektar adalah berkaitan dengan Tahap Penggunaan Teknologi di ladang sebab alatan pertanian dengan ketepatan boleh mengurangkan keperluan untuk berbilang traktor. Pelu di kaji apakah sebenarnya keperluan peralatan yang sesuai dan baik digunakan. Akhir sekali sebelum membeli trekter perlu di kaji akan aspek Pelaburan Kewangan sebab ada juga dilihat sesetengah ladang memilih traktor yang terlebih bilangannya berbanding dengan penggunaannya yang menyebabkan kos penyelenggaraannya juga tinggi. Beli jenis trekter dengan implement yang pelbagai guna atau disesuaikan dengan keperluan ladang tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.