Support My Blog

Sunday, May 11, 2025

SEMBANG PASAL PETAI (Part 3)

TANAMAN PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Artikel kali ini dalam blog iaitu  "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis pelbagai kisah menarik mengenai petai yang seronok membacanya seperti dilaporkan didalam akhbar tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.


Banyak artikel menyentuh akan 'Khasiat buah petai' yang sesuai disembangkan. Makan dengan petai memang lazimnya menambahkan selera makan dimana ia juga ada beberapa kesan sampingan. Pertama petai akan 
Meningkatkan tenaga dimana sekiranya anda ingin mencari cara semulajadi untuk meningkatkan tahap tenaga maka cuba tambahkan petai dalam diet harian. Petai merupakan sumber karbohidrat yang baik yang diperlukan oleh tubuh untuk tenaga yang kaya dengan vitamin dan mineral, termasuk zat besi, yang penting untuk pengeluaran sel darah merah. Petai mengandungi sebatian yang boleh membantu meningkatkan pengambilan oksigen dan melancarkan peredaran darah. Khasiat kedua dimana ia adalah bersifat Anti-bakteria dan anti-mikrob sebagai salah satu dari sebatian utama dalam petai iaitu Cyclic polysulphides bertanggungjawab memberi rasa pedas pada petai dan menunjukkan ciri anti-bakteria dan anti-kulat. Selalu juga petai ini digunakan untuk perubatan tradisional bagi meredakan masalah buah pinggang yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam buah pinggang seperti E. coli. Petai juga sebagai Anti-kanser dan anti-radang dengan bahan kandungan seperti Caryophyllene dan Lupeol adalah dua jenis sebatian yang terdapat dalam ekstrak petai dan dikatakan mempunyai sifat anti-kanser. Bahan Lupeol juga didapati mempunyai kesan anti-radang dan anti-artritis. Khasiat ke 4 adalah petai mampu Menurunkan gula dalam darah bila kajian di UKM mendapati bahawa khasiat petai (ekstrak kloroform) mampu untuk mengurangkan paras glukosa darah yang disebabkan oleh aloksan. Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menunjukkan wujudkan kesan hipoglisemik petai dengan dua sterol tumbuhan utama yang terdapat di dalamnya mampu bekerja bersama untuk menghasilkan kesan anti-diabetes. Petai akan Menjaga sistem penghadaman dimana dilaporkan khasiat petai yang seterusnya adalah mampu untuk melancarkan pencernaan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Serat ini membantu untuk mengumpul najis dan memudahkan ia untuk keluar. Bahkan ia juga merupakan sumber prebiotik yang baik iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus. Ke 6 dimana petai akan Mencegah anemia sebab khasiat petai yang sarat dengan zat besi, ia membantu menggalakkan pembentukan hemoglobin dalam darah dan membantu mencegah masalah anemia. Ke 7 dimana petai akan Menurunkan tekanan darah tinggi sebab kandungan potasium yang tinggi dalam petai dikatakan boleh mengurangkan risiko terkena strok atau tekanan darah tinggi. Petai juga mampu Mengatasi sembelit dimana khasiat petai yang tidak diragui dengan kandungan seratnya yang tinggi, ia boleh membantu untuk memulihkan fungsi usus yang normal, dan membantu mengatasi masalah ini tanpa mengunakan julap. Petai mampu Meredakan ulser dimana dalam sesetengah kes, ulser boleh mengurangkan kesan keasidan dan mengurangkan kerengsaan dengan melindungi lapisan perut. Akhir sekali ke 10 dimana petai akan mampu untuk Memberi perlindungan pada hati dimana secara semula jadinya, petai mempunyai kesan pembersihan darah dan detoks badan. Ia bertanggungjawab untuk menapis toksin daripada darah, dan thioproline, agen anti-kanser yang sama yang disebutkan di atas, merangsang detoksifikasi dalam hati dan membantu melindungi hati daripada kerosakan, yang disebabkan oleh pelbagai toksin seperti alkohol dan berlebihan parasetamol. Bagaimana pun pembaca blog anim agro technology perlu tahu akan kesan sampingan makan petai. Ini kerana setiap makanan walaupun ia mempunyai manfaat yang baik kepada kesihatan, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana. Misalnya seseorang yang mengambil petai telalu banyak boleh menyebabkan nafasnya berbau sehingga mengganggu keselesaan ketika berkomunikasi dengan orang lain. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, sakit kepala, dan sebagainya kerana pengambilan yang berlebihan. 


Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Petai berfungsi sebagai ejen antioksidan' diman buah petai yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk kalsium, zat besi dan vitamin sesuai disembangkan. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak tinggi berbanding tumbuhan hutan lain. Petai dikatakan mengandungi lapan peratus protein, 11 peratus karbohidrat, 71% air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). Apa pun biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji petai yang dikupas juga dijadikan sambal tumis bersama udang atau kerang. Di kawasan kampung, pokok ini ditanam bagi mengawal hakisan dan sebagai bahan makanan ternakan. biji petai berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit dan sistem penghadaman. Pokok petai berbuah dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Ogos hingga September dimana pokoknya biasanya ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang. Pokok petai adalah pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 meter. Pokok petai berbatang lurus, berwarna kelabu keperang-perangan, licin manakala bentuk silaranya rendang dan terbuka. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis dikenali sebagai papan atau lenggai dengan panjang lenggai ialah 35 hingga 50 sentimeter (sm) dan lebarnya tiga hingga lima csm dimana setiap lenggai buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut. Lenggai ini buncit mengikut saiz biji. Bijinya berbentuk ovoid bersaiz 1 hingga 2.5 cm. Peminat petai boleh mendapatkan buah petai segar dengan harga berpatutan di musim ia banyak di jual pada msuimnya.


Di Perak dimana di laporkan 'Musim petai bermula di Muallim' iaitu satu daerah baru yang ada dijual petai segar di pekan Slim River. DIlaporkan dimana musim petai di daerah Muallim bermula menyebabkan peraih dan penjual mulai sibuk menjual hasil hutan. Petai banyak didapati di perkampungan Orang Asli di Ulu Slim, Slim Village berhampiran Banjaran Titiwangsa selain Kampung Sungai Jurong, Kampung Balun dan Kampung Sungai Behrang. Dilaporkan bagi peniaga petai di pekan Slim River, Mohd Kamaruzaman (47) ada terdapat lima jenis petai yang dijual iaitu petai padi, petai papan, petai kacang, petai limbat dan petai belalang. Dia memperoleh bekalan dari Orang Asli di Kampung Ulu Slim dengan harga mengikut jenis petai, keadaan petai sama ada muda atau tua serta kekerapan mata petai dan saiz mata petai itu. Jenis Petai padi amat popular dalam kalangan masyarakat Cina kerana dipercayai lebih lemak isinya, rapuh dan rasanya kurang pedar jika dibandingkan dengan jenis petai lain. Seroang peniaga petai lain dekat Kampung Balun iaitu Ali Abd Hamid (37) pula nyatakan kadar permintaan petai semakin meningkat bermula Ramadan menyebabkan dia kerap ke Ulu Slim bagi tujuan mendapatkan bekalan. Lazimnya orang Melayu lebih gemar makan petai papan untuk dijadikan menu masakan atau ulam kerana mata petai ini biasanya lebih besar, apatah lagi yang sudah tua, rasanya lebih sedap. Selalunya ketika musim petai, harga bagi 10 papan biasanya dijual dengan harga RM10 dan dan RM5 bagi empat atau lima papan dimana ia juga akan bergantung kepada keadaan petai itu. Bagi petai yang mempunyai mata agak besar dan kedudukan mata itu rapat, harganya lebih mahal sedikit terutama petai yang sudah cukup tua jika dibandingkan dengan petai muda yang lebih murah," katanya. Peniaga lain iaitu P Menachi, 68, jualan petai adalah hasil pendapatan utama bagi menyara kehidupan keluarga dan dia gembira kerana kembali dapat menjual hasil hutan.


Sering di laporkan dalam media kes seperti 'Lelaki maut jatuh pokok petai' seperti yang dilaporkan di Larut dan Pahang. Ada kisah seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok petai berketinggian lebih 10 meter di kebun buah di Kampung Changkat Perah, Larut, Perak dijadikan panduan. Apa pun dilaporkan oleh Ketua Polis Selama, Superintendan Sarudin Samah mangsa dikenali Hafiz Mohd Isa (54) yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa ditemukan rakannya kira-kira 11 pagi dalam keadaan parah dan kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa. Difahamkan mangsa melakukan kerja-kerja kebun termasuk mengambil upah memanjat pokok jering dan petai sejak berusia 20 tahun dimana mayat mangsa dihantar ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan sellamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu. 
Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
NAMANYA PETAI... SEJENIS ULAMAN DIA...

BUAHNYA BERTANGKAI...MAHAL HARGA...
POKOKNYA TINGGI...SUSAH PETIKNYA...
BANYAK KHASIAT... PENCERNAAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...