Support My Blog

Wednesday, May 14, 2025

SEMBANG PASAL LALANG

LALANG
 (Imperica cylindrica) adalah sejenis tumbuhan yang diketegorikan sebagai Rumpai di kalangan pekebun dan pertanian. Lalang dari keluarga Poaceae mempunyai rizom yang cepat membiak dan terdapat di Asia, India, Micronesia, Australia dan Negara-negara Afrika. Lalang juga dipanggil sebagai Congograss atau Kunai Grass yang tumbuh dengan ketinggian 0.6 - 3.0 meter. Lalang mampu tumbuh di mana ada tanah, cahaya matahari dan air serta cepat membiak dan merupakan satu masalah kepada petani. Artikel ini saya tulis menceritakan perkara berkaitan tumbuhan lalang berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian hampir 30 tahun. Penulis blog yang puluhan tahun terlibat sektor pertanian mendapati dimana lalang mudah membiak terutama dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan. Sebenarnya lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Kawasan tanah gambut yang lapang seperti di Bt 14, Air Hitam , Muar seluas 250 hektar di penohi lalang semenjak kawasan tersebut diterangkan untuk tujuan penanaman kelapa sawit. Walau pun telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis. Penulis masa kecil dulu pernah gigit rizom lalang kerana rasa manisnya untuk mereka yang ingin uijrasa. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis artikel mengenai tumbuhan lalang untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Setakat ini belum ada laporan mengenai penggunaan lalang selain daripada ianya sebagai rumpai merbahaya yang menjadi masaalah kepada petani. Hanya beberapa negara seperti di Papua New Guinea, Afrika dan beberapa kawasan Pendalaman di Asia Tenggara yang menggunakan daun lalang untuk dijadikan atap dan dinding rumah. Kawasan penempatan orang asli kita juga yang masih menggunakan daun lalang sebagai atap dan dinding rumah mereka. Memang sejuk, berangin dan selesa jika kita ada pondok atau rumah yang mempunyai daun lalang waktu tengahari. Bagaimana pun ianya agak merbahaya kerana mudah terbakar. Kawasan tebing sungai dan kawasan lereng bukit yang ditumbuhi lalang mampu membantu mengawal hakisan tanah walau pun lalang tidak menpunyai akar panjang seperti 'vertiver grass'. Rizom Lalang ini mempunyai pucuk yang tajam yang memanjang dalam tanah dan ada yang terus naik di permukaan tanah. Saya masih ingat ketika berjalan di kawasan kebun getah yang ada lalang dengan kaki ayam atau pakai selipar jepun, aduh sakitnya terkena cucuk rizom lalang yang tajam. Rizom ini akan memanjang dalam tanah dan amat sukar untuk dimusnahkan. Hanya racun lalang jenis sistemik (Seperti Round-up) yang mampu membunuh rizom lalang jika aplikasi dibuat dengan betul mengikut kadar. Tanah yang ada lalang jika dibajak dan diterbalikkan permukaan tanah dengan cepat rizom yang ada akar ini akan tumbuh. Saya pernah ambil rizom ini (yang berwarna putih krim) kemudian digigit mempunyai rasa agak manis. Kepada mereka yang belum pernah rasa jus rizom lalang boleh mencubanya. Dalam sistem perkebunan di Malaysia, Lalang perlu dikawal pada peringkat awal penyediaan kawasan sebelum penanaman. Kawasan tanaman semula Getah dan Kelapa Sawit perlu di kawal pertumbuhan lalang untuk mempastikan lalang tidak menjadi masaalah kelak. Cara yang lazim dijalankan ialah dengan membajak tanah (Plough akan mengeluarkan rizom lalang dan memutuskan akarnya seterusnya meendedahkan kepada matahari). Cara lain ialah dengan menggunakan benih tanaman penutup bumi (Centrosema pubecens). Tiga jenis benih tanaman kacang penutup bumi di campurkan dan ditabur diantara barisan tanaman. Tanaman penutup bumi ini tubuh cepat mentutpi ruang tanah dan lalang tumbuh lambat sedikit. Kaedah lain mengawal masaalah lalang ialah dengan menggunakan racun rumpai.


Menarik disembangkan kisah 'Khasiat Pokok Lalang Berbunga Putih' dimana ada rahsia sebenarnya.
Pokok lalang didakwa ia berfungsi sebagai pembersih darah, peningkat selera makan, penawar sakit kuning, keradangan buah pinggang, demam , batuk, kesesakan nafas, muntah berdarah, kencing bernanah dan hidung berdarah. Secara lebih khusus, manfaat tumbuhan lalang adalah untuk mengatasi bengkak yang timbul akibat radang buah pinggang, bengkak ( lebam) dan jangkitan saluran kencing. Ada dakwaan jika tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan akibat darah panas seperti hidung berdarah, batuk darah, air kencing berdarah dan juga kes muntah darah. Lalang digunakan juga untuk merawat buasir serta mengatasi demam yang disertai dengan rasa batuk, selesema, sesak, haus dan tidak hanya itu dimana khasiat lalang juga terletak pada kemampuannya untuk mengatasi sakit kuning dan tekanan darah tinggi. Selain dari akarnya ada manfaat tumbuhan lalang juga berasal dari bunga. Bunganya boleh digunakan dalam rawatan hidung berdarah dan batuk darah yang timbul akibat penyakit paru. Lalang boleh digunakan dengan 2 cara, diminum atau digunakan untuk rawatan luar. Jika hendak diminum, lalang direbus akar atau bunga. Bila yang digunakan adalah akar yang kering beratnya sekitar 15-30 gram, untuk yang masih segar 30-60 gram. Adapun untuk bunganya ia ada digunakan sekitar 5-10 gram sahajatetapi jika lalang masih tunas muda sekitar 5-10 gram ia boleh digunakan. Selain itu akar juga boleh ditumbuk lalu diperah airnya atau juga sesuai untuk dikisar kemudian dijadikan serbuk dan boleh dibancuh untuk di minum airnya. Dilaporkan bagi mendapatkan khasiat lalang melalui pemakaian luar dan yang digunakan adalah bunga serta tangkainya yang kemudian ditumbuk halus lalu ianya dibubuhkan pada tempat luka. Apa pun hasil tumbuk lalang disumbatkan ke dalam hidung jika hendak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Kaedah perawatan dari lalang boleh di digunakan untuk mengubati beberapa penyakit seperti
Mengubati Gangguan Prostat dengan mengabil 60 gr akar Lalang, 30 gr hempedu bumi dan 30 gr pokok dukung anak. Ia kemudian perlu direbus dengan 600 cc air hingga menyusut 200 cc, tapis dan minum airnya. Kehebata rawtan dengan gunakan bahan lalang untuk Mengubati Tekanan Darah Tinggi dengan ambil 100 gm akar Lalang, 15 gm pokok dukung anak dan juga 15 gm kunyit segar. Semua bahan tersebit dibersihkan dan direbus dengan air 800 cc hingga menyusut 300 cc, tapis dan minum airnya apabila suam atau sejuk. Ada juga kehebatan lalang untuk Mengubati Batu Karang iaitu dengan mengamb 100 gm akar lalang, 30 gm daun pecah beling dan 30 gm rambut jagung. Cara menyediakannya adalah dengan merebus dengan 600 cc air hingga menyusut 200 cc dan ditapis dan minum airnya. Ke 4 dimana lalang sesuai diguna untuk dapat Mengubati Hidung Berdarah dengan gunakan 60 gm akar Lalang dan 100 gm akar teratai dan kemudian perlu direbus dengan 800 cc air hingga menyusut 300 cc dan kemuidan di minum airnya. Ke 5 dimana lalang dilaporkan ia diguna untuk Mengubati Batu Hempedu dengan gunakan 100 gm akar lalang direbus dengan 600 cc air hingga menyusut 200 cc dan kemudian di minum airnya. Seterusnya dilaporkan lalang boleh digunakan  untuk Mengubati Asma dengan ambil 60 gm akar Lalang dan juga 15 kuntum bunga kenop kemudian ia direbus dengan 600 cc air hingga menyusut 200 cc dan ditapis dan minum airnya. Dan yang terakhir kegunnaan lalang adalah untuk Mengubati  Masaalah Batu karang iaitu petuanya denga mengabil 100 gm akar Lalang, 30 gr pokok dukung anak, 30 gm daun misai kucing. Bahan ii direbus dengan 700 cc air hingga menyusut 200 cc kemudian ditapis dan minum airnya. APa pun dapatkan nasehat doktor bagi mendapakan rawatan lebih tepat.


Dalam portal hmetro.com di laporkan 'Fenomena bunga lalang' di Malaysia yang keluar pada musim kering. Ada laporan dimana orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan di kawasan padang yang ditumbuhi bunga lalang. Siapa sangka kawasan tepi jalan tidak jauh dari pekan Kuala Ketil, Kedah yang yang sebelum ini dipenuhi belukar bertukar menjadi pemandangan indah apabila dipenuhi tumbuhan bunga lalang. Ini bukan saja menjadi tumpuan pengunjung malah ada pasangan pengantin yang suka untuk menjadikannya sebagai lokasi pengambaran. Pemandangan indah itu mula menyerlah selepas kawasan berkenaan terbakar pada musim panas saban tahun. Bagi pengunjung dari Kuala Ketil, Mohd Shamsul dimana dia tidak menyangka kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu lalu kerana baginya tumbuhan itu biasa saja. Dia awalnya hairan melihat orang ramai memenuhi kawasan ini sebab lazimnya bunga lalang tumbuhan biasa yang dapat dilihat di tempat lain. Tetapi kini dia yang berkunjung dan mendekati sendiri kawasan ini, ternyata memang cantik dan berbeza daripada bunga lalang biasa yang saya lihat. Ramai yang kini tidak melepaskan peluang berkunjung ke kawasan yang berdekatan dengannya itu selepas ia tular di media sosial. Apa pun semakin ramai yang tahu mengenai bunga lalang ini tidak lepas peluang datang bersama kawan-kawan dan bergambar di sini dan lokasi bunga lalang turut menjadi pilihan beberapa jurugambar bagi sesi penggambaran dan fotografi semasa sessi perkahwinan. Pemandangan itu memberi peluang kepada jurugambar perkahwinan mendapatkan lokasi menarik untuk sesi fotografi dan jurugabar mengetahui lokasi ini ketika dalam perjalanan ke rumah pelanggan di Kupang, Baling. Keihatan bunga lalang yang berwarna putih kekuningan memberi kesan berbeza pada gambar, sekali gus memberikan hasil gambar lebih cantik dan sempurna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEJENIS LALANG... MUDAH TUMBUHNYA...
ANCAM TANAMAN...PETANI DUKACITA...
RACUN SISTEMIK...SESUAI KAWALNYA...
MUSIM PANAS... JADI TARIKAN UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...