Support My Blog

Saturday, May 3, 2025

SEMBANG TENTANG BAJA NPK (PART 2)

APAKAH ITU BAJA NPK ?
. Perkataan 'NPK' dalam pertanian adalah merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman kepada mereka yang belajar dan terlibat dalam bidang pertanian. Hanya mereka yang biasa berkebun atau mereka yang mempunyai kerja berkaitan dengan sektor tanaman dan pertanian sahaja merupakan kumpulan yang mana tahu akan maksud NPK. Pada orang ramai yang masih aktif berkebun menggunakan baja kimia yang biasanya ada tertera tulisan NPK pada bungkusannya seperti N:15 P:15 K:15 atau pun baja N:12 P:12 K:17:2 (Sila lihat foto pada bungkusan baja diatas). Tetapi mungkin juga ramai orang ramai yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya. Penulis blog yang telah 39 tahun berkecimpung dalam sektor pertanian dan sering memberi ceramah teknikal kepada agen-agen pengembangan pertanian sudah memang amat biasa dengan perkataan NPK dan juga nombor-nombor yang tertera pada formulasi baja tersebut. NPK sebenarnya singkatan abjad yang bermaksud sebagai unsur kimia iaitu bahan Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (P - Potasium) dimana nombor-nombor yang ditulis disebelahnya pada bungkusan baja NPK adalah ia bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut. Sebagai contoh jika dipaparkan pada bungkusan nbaja N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan unsur Kalium (Potasium) sebanyak 17%. Apa pun penulis blog dapati ia memang amat penting bagi pemain industri pertanian dalam memahami asas kepada formulasi didalam proses pembuatan baja dan tahu keperluan formulasi NPK bagaimana yang dijual kemudian akan dibeli untuk tanaman mereka. Kadar angka NPK ini lazimnya diformulasi mengikut keperluan khusus seperti jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim tanaman, jenis tanah, kaedah pengurusan, fsktor cuaca atau keadaan faktur lain. Artikel pada subuh Raya Aidilfitri ke 8 tahun 2025 ini saya sembang degan menulis dalam blog "Anim Agro Tecgnology" mengenai apa itu baja NPK sebagai asas untuk pembaca semua dapat memahami baja tanaman untuk dirujuk.


Apa pun lazimnya jenis Baja Kimia adalah merupakan pilihan ramai petani terutama didalam mempastikan hasil tanaman terus meningkat. Baja kimia adalah baja yang dihasilkan dengan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi Asid Sulfurik dan Gas Ammonia dalam proses pembuatan baja ammonium sulfat. Apa pun melalui tindak balas kimia dimana bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu ianya akan membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi dua unsur iaitu nitrogen dan sulfur. Selalunya dianalisa dimana kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. Pelepasan unsur pemakanan tumbuhan daripada baja kimia adalah cepat (fast release) jika hendak berbandingkan dengan baja organik (slow release). Dalam pada itu bagi baja mineral disebabkan sifat yang mudah larut dan mudah meresap ke dalam tanah juga penting digunakan untuk tanaman. Dalam pada itu selalunya baja kimia digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu, contohnya sepuluh ke 20 hari selepas proses penanaman, peringkat pembungaan dan pembentukan buah bagi memastikan nutrien daripada baja kimia digunakan sepenuhnya oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan tersebut.


Menarik tulisan beberapa facebook mengenai baja NPK antaranya adalah yang bertajuk 'Sebelum Beli Baja Butiran NPK petani wajib tahu kandungan yang betul untuk tanaman' sesuai disembangkan. Baja butiran yang amat terkenal dikalangan petani dan pekebun kecil adalah yang dipanggil BAJA NPK. Ramai agaknya petani tradisional kurang tahu selengkapnya apa itu baja NPK dan keperluannya sebab pada kebiasaanya baja NPK dijual dengan satu nisbah atau satu rumusan tertentu antaranya 15-15-15 atau 12-12-17. Apa beza setiap nisbah berikut dan apa peranannya terhadap tanaman. Asasnya dimana NPK adalah N bermaksud Nitrogen untuk daun, P bermaksud Posphorus untuk baja akar dan K pula ia bermaksud Kalium atau Potassium untuk kegunan buah dan bunga Jika pada pembungkus baja butiran tertera NPK 12-12-17 dimana ini menunjukkan campuran baja formulasi tersebut mengandungi 12% Nitrogen, 12% Posphorus dan 17% Kalium. Keseluruhan kandungan ketiga-tiga bahan ini adalah 51% di dalam baja. Manakala selebihnya 49% adalah bahan lengai yang digunakan untuk memegang dan mengikat bahan antara satu sama lain dan mengurangkan kadar kepanasan baja apabila digunakan pada tanaman. Apa pun untuk tujuan seperti tumbesaran tanaman dimana petani digalakkan agar menggunakan baja butiran yang mengandungi nilai N (Nitrogen) yang tinggi atau dari nisbah yang sama seperti 15-15-15, 16-16-16 atau 18-18-18. Bagi tujuab mendapatkan akar tanaman yang kuat perlu dipilih baja yang mempunyai unrur P (posphorus) yang tinggi seperti baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) kerana ia mengandungi kadar P 28-32%. Akhir sekali untuk dapat menghasilkan kualiti buah atau bunga yang baik dan kuantiti yang banyak maka unsur baja yang mempunyai nilai K (Kalium) yang tinggi perlu di gunakan seperi baja yang mempunyai kandungan PN (Potassium Nitrat) di mana kandungannya 46% atau baja NPK 12-12-17. Ini bermakna petani perlu faham jika pada setiap tempoh atau tahap tumbesaran tanaman memerlukan baja yang berbeza. Petani komersial perlu kenalpasti dulu objektif dan keperluan tanaman anda sebelum membeli sebarang baja NPK yang terdapat dipasaran.


Dalam kes lain penulis blog sering juga mendengar istilah seperti 'BAJA GEMUK NPK 16-16-16'  yang di dakwa oleh petani dan penjual baja. Bagi mereka yang kurang faham akan keperluan baja NOK ini dan gungsi serta formulasinya akan percaya dan terus membelinya. Didakwa bahaw baja seperti ini menjadikan tanaman c
epat membesar, daun hijau lebat, akar kuat, dan hasil berganda. Apa pun istilah 'Baja Gemuk NPK 16-16-16' mungkin ia dilihat sebagai pilihan terbaik kepada petani yang mahu membeli baja sebab baru mula bercucuk tanam atau mereka yang ada hobi pertanian. Apa pun di laporkan baja gemuk ini memang bek=kesan sebab ia dibuat dengan formula seimbang dan juga lengkap dengan Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K) pada kadar 16% setiap unsur. Unsur N (Nitrogen) 16% akan dapat menggalakkan pertumbuhan daun & batang yang sihat, unsur P (Fosforus) 16% akan menguatkan akar serta  membantu pembentukan bunga dan buah. Sementara itu unsur K (Kalium) 16% membantu meningkatkan daya tahan penyakit dan juga kualiti hasil tanaman. Dalam membaca label dan promosi iklan di nyatakan jika kelebihan Baja Gemuk NPK 16-16-16 adalah dimana ia bercirikan cepat Serap yang kesannya pokok lebih suburdengan kadar pertumbuhan lebih pantas. Selain itu dilaporkan daun jadi lebih lebat dan warna hijau kuat yang menunjukkan ia maksimumkan proses fotosintesis. DIlaporkan juga bahagian akar menjadi kuat dan kukuh nejadikan tanaman lebih stabil dan tahan penyakit. Ia didakwa juga berikan hasil dengan lebih banyak dan lebih berkualiti seperti saiz buah lebih besar, lebih manis dan buah berkualiti tinggi. Baha gemuk ini didakwa sesuai untuk banyak dan pelbagai tanaman termasuk sayuran, buah-buahan, kelapa sawit, getah, padi, cili, durian dan banyak lagi. Apa pun panduan cara penggunaan baja gemuk NPK 16-16-16 dimana bagi tanaman Sayur buah atau Sayur Daun dengan berikan sebanyak 10-20g setiap pokok yang di tabur di sekitar pangkal setiap 2 minggu. Bagi pokok buah-buahan (Masih muda) perlu di berikan 100-200g setiap pokok yang di tabur di sekeliling pokok sebulan sekali. Bagi pokok Buah-buahan (Dewasa) kadar sebanyak 300-500g setiap pokok, tabur sebulan sekali untuk hasil maksimum. Bagi tanaman padi dan tanaman pokok besar kadar disyorkan adalah sebanyak 50kg/ekar dan sesuai ia digunakan pada peringkat awal pertumbuhan dan sebelum berbunga. BAgi tanaman kelapa sawit dan Getah kadar sebanyak 1-2kg setiap pokok diberi setiap 3 bulan sekali untuk pertumbuhan optimum. Meninjau di pasaran dimana anggaran harga baja gemuk (ikut jenama) adalah berlainan akan tetapi sekitar harga RM 212/50kg (1 beg) atau sekitar RM 10/1.2kg (dalam bungkusan repack). Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di rujuk kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA NPK... APAKAH BENDANYA...
SINGKATAN UNSUR...3 JENISNYA...
NITROJEN, POSFORAN... ITU 'NP'
'K' PULA... KALIUM SINGKATANNYA...



By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...