Support My Blog

Saturday, May 3, 2025

KISAH MENARIK TEMPURUNG KELAPA (PART 1)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2024 (Sumber: Laporan Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta dan kisah menarik tentang tempurung kelapa ianyauntuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Menarik kisah '
Tempurung jadi arang' didalam hmetro.com untuk di kongsikan faktanya. Dilaporkan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menghasilkan arang dari tempurung kelapa menerusi projek Co & Coal sekali gus mengurangkan lambakan bahan buangan tempurung kelapa yang mencecah 80,000 tan setahun dalam negara. Pasukan Enactus dari Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM itu mendapat idea pada tahun 2014 selepas melihat pembaziran tempurung kelapa di kawasan Kedah lalu memberi inspirasi kepada pasukan berkenaan. Bagi Pengarah projek, Chuang Hui Chang mendakwa proses penghasilan arang kelapa itu mempunyai empat peringkat iaitu proses pemanasan tempurung kelapa, proses pengisaran, proses pembentukan dan proses pengeringan. Proses pertama iaitu pemanasan memerlukan masa kira-kira dua jam bagi proses pengkarbonan dan seterusnya proses pengisaran tempurung bagi dijadikan serbuk arang halus. Kemudian proses pembentukan menggunakan acuan khas apabila serbuk arang akan diadun dengan tepung jagung dan diletakkan dalam acuan selain berakhir dengan proses pengeringan dibawah cahaya matahari. Pihak Co & Coal projek yang berpotensi untuk berkembang maju dan menyasarkan lebih ramai individu termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian untuk melabur dalam projek ini. Mereka kini menjual arang ini pada RM4 sekilogram kepada peniaga sate, pekedai runcit dan restoran yang tidak mempunyai bekalan arang mencukupi bagi perniagaan mereka, malah kini Enactus juga dalam proses muktamad mendapat kontrak pesanan dari Johor Bahru untuk serbuk arang kelapa dan arang kelapa. Chuang yang juga pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan itu berkata, tempurung kelapa biasanya dibuang atau dibakar kerana tiada cara pelupusan yang betul, namun melalui inisiatif itu, penduduk luar bandar sekitar Kedah dapat menjana pendapatan sampingan. Selain itu, ia dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa tempurung kerana pembakaran dibuat secara selamat melalui kaedah ‘closed double barrel burning’. Seramai 26 ahli Enactus dari pelbagai jurusan ketika itu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan sebelum bergerak secara lebih serius termasuk mendapatkan khidmat pakar dari Amerika Syarikat dan Australia bagi merealisasikan idea ini. Apa pun projek Co & Coal adalah program di bawah Enactus UUM yang dijalankan organisasi antarabangsa dengan kerjasama 1,600 institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan 39 negara bertujuan menggerakkan pelajar menjalankan projek komuniti, selain membina kemahiran tanggungjawab sosial. Co & Coal memberi fokus kepada pembaziran tempurung kelapa dan bekalan tempurung kelapa itu diterima daripada pembekal santan setempat dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) secara percuma. Projek ini juga akan diusulkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mendapatkan geran penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan. Inovasi itu berjaya menjadi johan pada Academic and Research Exhibition (ACADREX) 2017 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak. Pasukan Enactus telah mengetepikan 16 pasukan lain dari 10 universiti seluruh negara yang mengambil bahagian dan kemenangan itu membolehkan Enactus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan geran bernilai RM20,000.


Kisah di Kedah berlainan dimana 'Pencemaran udara: Kilang proses tempurung kelapa diarah henti operasi' dilaporan banyak media tempatan. Sebuah kilang memproses tempurung kelapa untuk menghasilkan 'carbon black' diarah menghentikan operasi serta-merta berikutan kes iaitu pencemaran udara yang mengundang ketidakselesaan penduduk setempat. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Pn Sharifah nyatakan pihaknya menerima aduan awam pada Jumaat lalu berhubung pencemaran udara, dan siasatan pada hari sama menunjukkan aduan berkenaan adalah berasas. Premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, semalam, atas kegagalan kilang mengadakan unit cerobong dan alat kawalan pencemaran udara di dalam premis ketika aktiviti pembakaran tempurung kelapa itu. Ia sehingga menyebabkan pencemaran udara yang ketara di kawasan sekitarnya. Apa pun penahanan serta-merta tidak dapat dilakukan serta-merta Jumaat lalu kerana keadaan peralatan yang masih panas dan boleh membahayakan semua pegawai penguat kuasa. Kilang memproses tempurung kelapa bagi menghasilkan ‘carbon black’ yang diarahkan tutup serta-merta berikutan pencemaran udara dimana tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku. Premis diarahkan untuk menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dilakukan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku. Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera dalam tempoh POK terbabit. Premis hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas JAS Kedah berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang diambil oleh premis.  Pihak industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.
Apakah kegunaan tempurung kelapa yang lain?. Banyak portal tempatan nyatakan jika 'Kraf tangan unik tempurung kelapa' merupakan satu kelebihannya. Kawasan  Bagan Datuk merupakan salah satu daerah yang banyak tanaman kelapa. Disana dilaporkan ada seorang bekas pekerja swasta ingin memanfaatkan daerah tempat tinggalnya di Bagan Datuk yang merupakan antara hab penanaman kelapa terbesar negara, dengan mengubah tempurung dan batang tanaman itu menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi. Bagi Mad Saril Ahmad (63) dimana idea mencipta barangan dan perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul di sini pada 2011. Dia melihat ada banyak penanaman kelapa dimana dilihat penjual santan pula bakar tempurung yang tidak digunakan, dari situ saya borong (tempurung). Pada mulanya dia cuma bentukkan tempurung menjadi cenderamata kecil seperti rantai kunci," katanya ketika ditemui di bengkel Saril Kraftani miliknya. Selepas mendapat sambutan ramai dia mula menghasilkan barangan bersaiz lebih besar seperti replika pokok kelapa dan jambangan bunga, malah turut mengubah tempurung menjadi peralatan dapur seperti mangkuk dan sudip. B
apa kepada tiga anak itu berkata dia juga membuat lampu meja dan barang perhiasan daripada batang kelapa yang boleh mencecah harga hingga RM150. Tempahan yang paling banyak diterima adalah daripada pemilik kedai makan yang mahu saya hasilkan mangkuk untuk meletakkan makanan seperti laksa, mi kari dan cendol. Saya juga terima tempahan dari seluruh negara termasuk Kedah, Johor dan Terengganu. Bagi cenderamata pula, saya banyak terima tempahan daripada agensi kerajaan, korporat dan swasta dimana selalu dia dibantu oleh isterinya Fauziah. Kebanyakan kraf tangan dan barangan dihasilkan menggunakan tempurung dan batang kelapa jenis Malayan Tall yang tahan lebih lama. Mengenai proses pembuatan dimana tempurung kelapa perlu dilicinkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan mesin pemotong dan dicantumkan menggunakan gam khas yang dicampur serbuk kayu untuk mengukuhkannya. Proses akhir akan disudahi dengan semburan clear spray untuk mengilatkannya sebelum dijemur. Bagaimanapun, barangan dapur seperti sudu, sudip atau mangkuk tidak perlu disembur kerana ianya sudah mempunyai bahan kimia. Dia bersyukur apabila perniagaan yang diusahakan selama 13 tahun itu mendapat sokongan agensi berkaitan seperti Kraftangan Malaysia dan Jabatan Pertanian yang memberikan bantuan dari segi promosi dan peralatan. Setakat ini dia boleh meraih pendapatan hingga empat angka sebulan walaupun melalui tempahan awal sahaja. Saya merancang untuk membuka galeri sendiri pada masa depan.


Kes bagaimana '
Sosej babi, tempurung kelapa dirampas' dilaporkan oleh hmetro.com yang pelik bunyinyaPihak MAQIS merampas sosej babi dan juga tempurung kelapa yang dirampas daripada lelaki Sweden di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menahan seorang lelaki dari Sweden berusia 30 tahun yang membawa masuk 10 kilogram (kg) sosej babi sejuk beku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (LTABPP) dimana kjadian pada jam 2.30 petang itu terdapat seorang lelaki didapati membawa produk hasil haiwan itu di laluan penumpang lapangan terbang berkenaan. Pengarahnya, Zarina Ramli nyatakan dimana warga Sweden berkenaan menaiki penerbangan dari Qatar dan membawa bungkusan sejuk beku dipercayai sosej babi seberat 10 kg itu tanpa import permit (IP) MAQIS dan juga sijil kesihatan dari negara asal. Larangan import daging babi dan produk yang berasaskan babi melalui laluan udara adalah dilarang sama sekali. Ini kerana, virus ASF amat mudah merebak walaupun dengan kuantiti yang sangat sedikit. Antara produk-produk yang diklasifikasikan sebagai pembawa virus ASF adalah seperti babi hidup, daging babi sejuk beku, daging babi proses seperti babi salai, sosej babi dan produk babi lain. Apa pun didalam perkembangan berasingan dimana pihak MAQIS menahan seorang penumpang warga Thailand berusia 40 tahun bulan lalu yang membawa masuk tempurung kelapa seberat 5 kg yang dipercayai untuk tujuan hiasan tanpa IP daripada MAQIS dan juga sijil Fitosanitasi. Perbuatan dalam mengimport sosej babi dan tempurung kelapa tanpa permit yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) Akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya. MAQIS sentiasa memastikan kemasukan keluaran pertanian ke dalam negara adalah terkawal dan bebas daripada sebarang ancaman penyakit dan serangga perosak selain memastikan ia selamat untuk kegunaan dalam negara. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya berkaitan kisah menarik tempurung kelapa. Semuga semua tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...APA KISAHNYA..
BANYAK MEDIA...MELAPORKANNYA...
MEMANG MENARIK...KONGSI FAKTA...
SUMA MEMBACA...MUDAH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...