Berita dalam Bulletin Utama TV3 laporkan dimana 'Harga santan naik RM20 sekilogram di Terengganu' wajar di kongsikan dan disembangkan. Kisah dari Kuala Terengganu dimana kes kekurangan bekalan kelapa import dari Indonesia memaksa peniaga santan di Terengganu menaikkan harga santan segar sehingga mencecah RM20 sekilogram. Tinjauan Buletin TV3 di Pasar Cabang Kuala Terengganu mendapati harga santan segar mula dinaikkan sejak seminggu lalu. Menurut peniaga kalau sebelum ini santan dijual pada harga sekitar RM15 sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga kelapa, mereka terpaksa menaikkan harga kepada RM20 sekilogram. Bagi seorang peniaga, Wan Yusof Wan Muda ketika ditemui nyatakann dia terpaksa menaikkan harga kerana pembekal kelapa kini menjual pada kadar lebih tinggi dan isu ketiadaan stok kelapa juga menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka buat sementara waktu. Bekalan sekarang ni tak adalah. Kita 100 peratus harap bekalan dari Indonesia. Sekarang di sana tak banyak kelapa dah sebab cuti raya. Masa ni pembekal terlalu lama beraya jadi kita terpaksa tutup, tiada bekalan lima hari ke enam hari. Seorang lagi peniaga lain Wan Mod Shukri dakwa peniaga berharap pihak berwajib segera bertindak menangani isu kekurangan bekalan kelapa. Buah kelapa kurang, buah tempatan pun tak ada dan ambil dari Indon untuk tampung tu pun tak cukup. Kenaikan harga santan segar turut memberi kesan kepada peniaga makanan dan orang ramai, terutama apabila penggunaan santan meningkat sempena musim perayaan. Kenaikan harga dari sehari ke sehari. Pada awal harga RM15 dimana pada hari ini mencecah RM20. Ia jadi bebanpembeli dengan ada sambutan Rumah Terbuka setiap sepanjang syawal. Agak membebankan pengguna dan penjual yang jual ketupat pada harga biasa lagi, RM60 seratus biji. Penggunaan santan kotak tidak setanding dengan santan segar yang mana isu ini menyebabkan masakan kurang enak. Selalunya pada musim perayaan harga santan memang tinggi. Saya rasa masakan orang Terengganu melibatkan penggunaan santan yang tinggi, jadinya untuk kos sekarang agak membebankan. Sebab kalau hendak guna santan kotak dilaporkan yang rasanya tidak sama, masakan dia tidak akan menjadi seenak yang kita guna santan segar. Kes kenaikan harga santan turut menyebabkan beberapa pasar raya di sekitar Kuala Terengganu dilaporkan menghadkan pembelian santan kotak kepada lima kotak bagi setiap transaksi. Menurut Pengarah FAMA Terengganu dakea dimana pihaknya sentiasa memantau bekalan kelapa di Terengganu dan bekalan kelapa dijangka pulih selepas bulan Syawal. Kini bekalan kelapa sudah mula stabil dimana jika berlaku kekurangan pihak FAMA akan meningkatkan bekalan ditempat yang berkurangan dan bekalan bahan berkenaan akan ditambah di premis runcit FAMA dan di setiap daerah di Terengganu.
Dalam portal mstar.com juga melaporkan 'Harga Santan Kini Semakin Mahal Di Terengganu' apabila orang ramai terutama peniaga makanan di negeri ini meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah harga santan yang semakin mahal. Ini berikutan harga kelapa di negeri ini kini meningkat kepada RM1.70 sebiji manakala santan dijual pada harga RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini. Bagi seorang peniaga nasi dagang yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Yam (50) dakwa keadaan itu memang ia membebankan peniaga sepertinya yang banyak pengguna menggunakan santan dalam masakan. Dia juga terpaksa menaikkan harga jualan nasi dagang kerana tidak lagi dapat menampung kos yang semakin mahal. Bagi seorang peniaga nasi lemak Habsah Ali (42) pula berkata kenaikan harga kelapa telah menyebabkan kos pembuatan nasi lemak kini naik hampir sekali ganda. Pihak FAMA dakwa dimana isu kenaikan harga kelapa banyak bergantung kepada bekalan dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pekebun kini lebih suka menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi. Isu bekalan kelapa di Terengganu sekarang ini memang berkurangan dan untuk menampung kekurangan itu, Fama mengimport kelapa dari Indonesia sebanyak 15 tan seminggu. Katanya harga kelapa sekarang ini tidak stabil iaitu antara RM1.20 hingga RM1.70 sebiji. Bagi penulis blog percaya banyak pokok kelapa di Terengganu yang berhasil sudah mati disebebkan oleh serangan oleh serangga Red Palm Weevil (RPW) yang serius sejak tahun 2015 lagi. Beribu-ribu pokok kelapa dewasa yang sedang berbuah sudah mati terutama di sepanjang pesisir pantai di Terengganu. Kerajaan negeri perlu menanam semula pokok kelapa secara serius dan komersil bagi menstabilkan dan menjamin bekalan kelapa di Terengganu akan mencukupi dan lebih stabil.
Sementara itu portal sinarharian.com pula laporkan 'Peniaga santan risau harga kelapa import dijangka naik lagi' yang dilaporkan dari Alor Setar, Kedah. DIlaporkan dimana kalangan para peniaga santan segar di negeri ini gusar susulan harga kelapa import berkemungkinan mengalami kenaikan sekali lagi memandangkan tiada kawalan harga ditetapkan oleh kerajaan setakat ini. Bagi peniaga santan di Taman Wira Mergong Mohd Sufi (41) dakwa ketika ini kenaikan tertinggi dicatatkan sebanyak RM3.20 sekilogram pada minggu lalu. Harga bahan mentah itu telah menunjukkan peningkatan mendadak sejak Oktober tahun lalu dan terus melonjak selepas Aidilfitri dimana ketika Oktober kenaikan harga cuma sebanyak RM1.80 dan peniaga masih boleh terima sebab tidak terlalu membebankan. Semasa raya baru-baru ini dilaporkan harga mentah terus naik hingga RM2.90 sekilogram, jadi saya jual santan pada harga RM18 sekilogram sebab kasihan kepada pelanggan walaupun untung sedikit. Peliknya selepas raya naik lagi, minggu lepas sampai RM3.20 sekilogram dan saya terpaksa jual pada harga RM20/kg dimana ia untuk elakkan kerugian. Kini terdapat ura-ura harga kelapa import akan naik lagi mencecah RM3.50 sekilogram yang mana ia jelas membebankan peniaga kecil. Dia yang sudah berniaga selama lebih sembilan tahun dakwa harga sekarang ini paling teruk dan dia rasa macam hendak putus asa. Kalau harga terus naik tanpa kawalan kesannya memang ramai peniaga akan tutup kedai dimana dia ;azimnya akan ambil bekalan kelapa biji sebanyak 300 kilogram dua kali seminggu. Kekurangan bekalan kelapa biji dari Indonesia dipercayai menjadi punca kenaikan harga, namun beliau belum dapat pengesahan rasmi mengenainya. Dia berharap akan ada campur tangan daripada kerajaan berkaitan isu kelapa ini. Bagi peniaga santan seperti kami, ini sahaja mata pencarian untuk menyara keluarga dan kalau perlu dia akan terpaksa gulung tikar. Bagi peniaga lain bernama Kasmawati Abdul (44) dari Pendang pula memberitahu dia pernah menghentikan operasi ketika kerajaan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri lalu. Ketika itu kerajaan menetapkan harga siling RM17.50 sekilogram sepanjang tempoh berkenaan tetapi saya tidak mampu menjual pada harga tersebut disebabkan harga kelapa yang melambung. Dalam tempoh tersebut dia tidak berani menjual santan melebihi harga siling semasa kerana bimbang dikenakan denda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) walaupun ada sesetengah peniaga berbuat demikian. Dia yang sudah hampir 20 tahun dalam perniagaan ini dan mempunyai pelanggan tetap yang mempercayai kualiti santan asli yang dia bekalkan. Apa pun setakat ini dia masih menjual santan asli pada harga RM22 sekilogram bagi menampung kos bekalan kelapa yang tinggi serta kos operasi lain. Jika keadaan tidak berubah dalam masa terdekat, saya mungkin perlu menghentikan operasi setiap kali bekalan kelapa tidak dapat diperoleh. Dalam kes lain dilaporkan bagi pengusaha ketupat palas, Siti Masrurah (34) dakwa kenaikan harga santan turut beri kesan dan memaksanya menilai semula harga produk palas yang dijualnya. Dia pernah dapat santan RM18 sekilogram akan tetapi itu pun yang sudah merah sebab yang betul-betul elok sekarang memang RM20 ke atas. Kemudian dia terpaksa jug amenaikkan harga ketupat palas seringgit.
Merujuk kepada beberapa laporan kajian bertajuk 'Kehebatan Khasiat Santan Kelapa' sama ada ia baik atau bahaya sesuai di sembangkan. Siapa cakap santan merupakan makanan yang tidak sihat?. Selain digunakan dalam masakan, santan kelapa juga sering digunakan sebagai syampu atau perapi rambut, terutamanya untuk mereka yang inginkan rambut lebat, hitam dan sihat. Santan mempunyai kalori dan lemak tepu yang tinggi dan ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Santan segar dan santan kotak dilihat ia mempunyai tahap nutrisi yang berbeza dimana bagi pengguna sebelum beli sesuai baca dulu fakta nutrisi yang tertulis di belakang pek pembungkus. Pengguna akan menggunakan santan sebagai bahan dalam masakan. Ia bukan sahaja dapat membuatkan lauk rasa lebih berlemak, malahan santan juga boleh digunakan sebagai pemekat dan pemanis. Fakta menarik dimana nilai nutrisi untuk santan segar (240 gram) yang digunakan khas untuk memasak e=terdirii dari sebanyak 552 kkalori, 162 g air, 5.5 g Protein, 57.1 g Lemak, 13.3 g Karbohiderat, 38/4 mg Kalsium, 631 mg Kalium, 3.94 Magnesium, 88.8 mg Zat Besi (Fe), 38.4 miligram (mg) dan sebanyak 6.72 mg vitamin C. Kedua-dua jenis santan segar dan santan kotak bagi penulis blog mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Bagi Jenis Santan Kotak yang harganya lebih murah dengan sekotak kecil cuma RM3.00 - RM3.50 sahaja. Jenis santan kotak selalunya dijamin ia tahan lama walaupun selepas dibuka dan ia mudah disimpan dan senang didapati. Santan kotak sukar untuk kejadian 'pecah minyak' dimana ciri-ciri ini mungkin tidak sesuai untuk sesetengah masakan. Santan kota mempunyai kurang rasa lemak tetapi ciri baunya juga tidak wangi serta ia sesuai diguna untuk masakan berkuah sebab ia sukar pecah minyak.
Berlainan cirinya bagi Santan Segar dimana kini ia mudah didapatkan di kedai runcit atau dipasaraya atau pasar malam atau pecahkan kelapa sendiri dan di perah santannya dimana ia adalah berlainan kualitinya. Selalunya harga santan segar yang di jual di pasar adalah ia harganya lebih mahal. Kalau ada pokok kelapa di kawasan rumah dan berbuah dan gugur ia perlu di buang sabutnya dahulu, di pecahkan tempurung, di keluarkan isinya dan di parut atau d blender sebelum di perah bagi mendapatkan santannya. Kerjanya amat remah dan ia perlukan kemahiran juga. Pendek kata kerja menyediakan santan kelapa segar sendiri memang ia lebih sukar untuk disediakan. Ciri yang paling ketara dimana jenis santan segar ia tidak tahan lama berbanding dengan jenis santan kotak. Kalau hendak menyimpan santan segar perlu segera ianya dibekukan dalam peti sejuk agar ia boleh diguna lebih lama. Paling hebat sebab santan kelapa segar baunya lebih wangi dan akan berikan rasanya juga berlemak apabila di gunakan didalam masakan laup pakuk atau dijadiikan kuih mueh. Bila di masak selalunya santan kelapa segar mudah untuk pecah minyak dimana ia lebih sesuai untuk semua jenis masakan. Penulis blog juga bincangkan ciri Santan Kelapa Serbuk (Powder) yang selalunya harganya jauh lebih murah jika dibanding dengan santan kotak dan santan segar. Bagi santan serbuk pula dimana kalau ia tidak habis digunakan tetap ia boleh disimpan semula. Santan serbuk ini di buat daripada santan kelapa cair yang di keringkan sehingga menjadi serbuk dan ada beberapa kualiti. Kualiti premium adalah ia cuma ada santan serbuk sahaja dan kualiti lain di campurkan dengan tepong atau bahan lain. Ia boleh digunakan untuk buat puding, agar-agar dan nasi lemak dimana kalau di buat kuah kari selalu yang murah akan cepat basi berbanding gunakan santan kotak atau santan segar. Santan serbuk kurang di minati di Malaysia tetapi ia penyelamat untuk makanan yang terlalu cair. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pamneca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
SANTAN KELAPA...KURANG DI MALAYSIA...
SANTAN KELAPA...KURANG DI MALAYSIA...
KELAPA MAHAL.... KURANG BEKALANNYA...
KUOTA IMPORT... DARIPADA INDONESIA...
PENGGUNA MENGELUH...SEBAB HARGA..
KUOTA IMPORT... DARIPADA INDONESIA...
PENGGUNA MENGELUH...SEBAB HARGA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.