Masih teringat memakan Bayam Brazil Celup Tepung ketika membuat tinjauan projek pertanian di Lundu, Sarawak dahulu. Memakan sebungkus daun bayam brazil yang di goreng dengan celup tepong dalam Land Cruiser iaitu perjalanan jauh memang mengasyikkan. Apa pun ia ada di jual di Kedai Menjual Makanan atau Snek di Lundu. Kemudian setelah balik ke Kuarters di Kucing cuba membuat sendiri makanan ini. Rupanya memang senang di buat sendiri. Perlu disediakan bahan-bahan iaitu 1 mangkuk Daun Bayam Brazil yang segar, 1 cawan Tepung beras, 1 sudu teh garam makan, 3/4 cawan Air sejuk dari peti ais, minyak masak untuk menggoreng dan juga serbuk penyedap. Bagi cara-cara membuatnya perlu dahulu dicuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan. Apa pun kemudian dalam sebuah bekas kosong maka boleh dimasukkan tepung beras, garam dan air sejuk dari peti ais dan mesti dikacau hingga sebati. Sebaiknya bancuhan tersebut tidak perlu terlalu pekat atau terlalu cair. Seterusnya ambil daun bayam brazil sehelai demi sehelai dan dicelupkan bayam brazil ke dalam adunan tepung tadi. Diatas kuali mesti dipanaskan minyak dan tunggu minyak cukup panas sebelum memasukkan bayam brazil yang telah dicelup dalam adunan tepung tadi. Kacau dan terbalikkan beberapa kali agar ia masak seragam. Kemudian setelah masak dengan warna tepong kekuningan maka boleh diangkat dan ditoskan minyaknya. Setelah di toskan makan ia boleh di makan terus atau sesuai juga dihidangkan untuk dimakan dengan mencicah bersama sos khas dimana rasanya rangup macam keropok dan lemak.
Makanan ini bukan sahaja orang dewasa yang suka kan tetapi jika sesiapa pandai mengolahnya kanak-kanak juga akan turut suka memakannya. Makanan Telur Dadar Bayam Brazil paling mudah disediakan dan cucu pun suka memakannya. Memasaknya juga amat senang asalkan ada peralatan dan bahan mencukupi. Bahan tersebut adalah 3 biji telur ayam Gred A atau B, secekak bayam brazil (dipotong agak halus), 1 biji bawang merah (hiris halus), bahan garam secukup rasa dan juga minyak (untuk menggoreng) serta serbuk penyedap. Cara menyediakannya adlah dengan membasuh terkur ayam dan di pecahkan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian dicampur telur, bayam, bawang dan garam dan di gaul sehingga sebati. Dia atas kuali di panaskan dan bubuh sedikit minyak masak untuk tujuan menggoreng. Dimasukkan bancuhan telur kedalam kuali dan kemudian di terbalikaan agar masak seragam atas dan bawah. Akhir sekali apabila sudah masak garing maka matikan api dan angkat untuk dimasukkan kedalam bekas hidangan. Telur Dadar Daun Bayam Brazil memang enak di makan dengan nasi panas dan beberapa lauk pauk lain.
Makanan Masak Lemak Sayur Bayam Brazil pernah penulis blog beberapa kali berpeluang ujirasa di beberapa restoren Makanan Melayu untuk hidangan makan tengahari. Memang enak ketika di makan dan nasi serta sayuran ini masih suam panas dengan di kenakan bersama iakan kering atau ayam kampong goreng sebagai lauknya. Makanan ini menyamai dengaan resepi masakan bobor konis atau bobor bayam. Apa pun resepi ini sebenarnya amat mudah di masak dirumah dengan sediakan bahan iaitu 2 ikat sayur bayam brazil, 1 tangkai cili merah, 1 pek santan, garam serta serbuk penyedap. Selain itu perlu ada juga bahan untuk ditumbuk iaitu 1 ekor ikan yang mesti direbus dan ambik isi, 4 ulas bawang merah dan sedikit lada hitam. Cara cara memasaknya dengan menumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat dalam lesung dan ia kemudian dimasukkan isi ikan dan tumbuk lagi. Seterusnya boleh dimasukkan santan kelap dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Langkah penting dimana masakan ini perlu dikacau rata sehingga kuah mendidih. Seterusnya di masukkan bayam brazik dan cili merah dan ia di kacau sehingga sehingga sayur lembut. Akhir sekali boleh di masukkan garam secukupnya dan seterusnya di tutup api dan sedia untuk dihidangkan dan enak di makan dengan nasi panas serta lauk pauk lain.
Resepi seterusnya hampir sama denhan yang diatas tetapi memang ada kelainan makanan Masak Lemak Keledek dengan Bayam Brazil semasa ujirasa di Pusat Pertanian Inderapura, Jabatan Pertanian Pahang dahulu. Apa pun bagi saya yang masih bertugas sebagai PPN )Pengarah Pertanian Neegeri Pahang) masa itu memang suka dengan makanan ini. Jamuan makan selepas mesyuarat bulanan di Pusat Pertanian ini dengan beberapa lauk Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang dan Ikan Tempoyak Pais memang kena dengan selera. Kemudian sebulan di buat sendiri resepi ini di rumah di Kuantan. Perlu disediakan bahan memasaknya iaitu seikat daun bayam brazil, 1 kotak santan kelapa, 5 biji bawang merah ditumbuk, ikan bilis (atau udang kering), 2 biji ubi keledek, garam dan bahan penyedap. Cara Memasak amat mudh iaitu bayam brazil di cuci dengan air dan di toskan. Keledek dibuang kulitnya dan di potong dadu ayau memanjang mengikut selera dan dibasuh bersih. Bahan iaitu bawang dan ikan bilis (atau udang kering) di tumbuk dalam lesung. Kemudian dalam periuk di masukkan santan kelapa, air, ikan bilis dan ubi kedek yang dipotong tadi serta dimasak sehingga ubi empuk. Perlu di ujirasa dan diperasakan dengan garam dan bahan penyedap. Seterusnya akhir sekali adalah memasukkan bahan bayam brazil kedalam periok dan terus di kacau dan jangan sampai 'overcook' maka di tutup api dam masukkan kedalam bekas untuk di hidangkan bersama nasi putih dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dan mesti dibaca keduanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.