Support My Blog

Wednesday, May 28, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 3)

BUAH HUTAN
atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(7) BUAH SENTUL

Buah Sentul (Sandoricum koetjape) ianya merupakan sejenis tumbuhan yang ada terdapat di Malaysia daripada keluarga Meliaceae. Pokok sentul dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Vietnam dan Indonesia serta Kemboja. Pokok Sentul adalah pokok saka yang sederhana besar dengan ketinggian mencapai 30 meter (hampir 100 kaki) terutama yang tumbuh dikawasan hutan. Batangnya adalah jenis kayu keras dengan pokok dewasa mempunyai ukurlilit batang sehingga 90 cm serta kulitnya mempunyai getah putih. Daun sentul berwarna hijau gelap berkilau dan bahagian bawahnya berwarna hijau pucat. Bentuk daun adalah majmuk ‘Trifoliate’ dimana sehelai daun mempunyai 3 anak daun dengan susunan berselang seli. Pemerhatian saya mendapati yang panjang tangkai daun sekitar 18-20 cm dengan 5-25 cm panjang dan lebarnya 3-14 cm. Bunga sentul berwarna hijau kekuning-kuningan dengan sifat dwijantina (Hermaprodite) berukuran 10-25 cm panjang dalam jambak pada ketiak daun. Buah sentuk berbentuk berry dengan ukuran garispusat 5-7 cm yang berwarna kuning keemasan serta berbulu lembut. Kulitnya tebal dan berisi serta liat. Rasa buahnya adalah kelat manis dengan isi warna putih yang lembut mengelilingi bijinya. Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan. Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi. Saya ada merujuk beberapa buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi yang mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri. Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas. Orang Asli ada yang menggunakan kulit kayu pokok sentul dijadikan serbuk bagi rawatan kurap pada kulit.


(8) BUAH ASAM RENDA

Buah Asam Renda atau Asam Kerandas atau Asam Kerenda (Carissa caranda) juga nama Inggrisnya Caranda plum, Nam Phrom, Perunkila dan Cu Huang Guo agak unik. Pokok ini dipercayai berasal dari India. Ia merupakan sejenis pokok renek separa menjalar. Biasa jumpai di kampung sebagai tanaman hiasan halaman rumah. Pokok Asam Kerenda mempunyai bunga berwarna putih dan berbau wangi. Buahnya boleh dimakan mentah atau boleh juga dijadikan jem. Rasa buahnya yang masam menjadi kegemaran kanak-kanak kampung. Dilaporkan iaitu dimana diantara khasiat perubatan tradisional pokok Asam Kerenda seperti bahagian buahnya boleh digunakan untuk mengubati seriawan dan demam, mengubati sembelit, mengawal tekanan darah tinggi, mengubati kegatalan akibat kes seperti digigit serangga. Buah ini juga kaya dengan Vitamin C dan Zat Besi yang baik di gunakan sebagai bahan Anti-inflamasi. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana buah asam renda ialah sejenis buah tropika yang kurang dikenali tetapi popular di kalangan masyarakat tempatan. Buah asam renda berbentuk bulat kecil dan ia menyerupai bentuk buah manggis tetapi lebih kecil. Warna buah ini berwarna merah ketika muda dan berubah menjadi ungu kehitaman apabila buaah ini masak sepenuhnya. Buah asam renda mempunyai rasa masam yang tajam asam keping atau asam jawa dimana disebabkan oleh ciri rasa masamnya yang kuat maka ia jarang dimakan segar dan lebih sering digunakan dalam masakan.


(9) BUAH ROKAM
Buah rokam (Flacourtia rukam) adalah sejenis buagh hutan atau buah nadir yang rami tidak kenali. Pokok ini hidup liar didalam hutan atau di tanam dimana selalu daunnya yang berselang-seli, bertangkai. Buahnya yang bertangkai adalah bujur hingga bujur tertekan atau berbentuk titis dan akan bertukar merah jambu atau merah tua apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Selain buah dimana daun muda dan pucuk muda merah dimakan mentah dalam salad dan ulam. Kalau hendak makan buah rokam boleh digolek buah di antara tapak tangan sebelum dimakan yang bertujuan mengurangkan kekentalan semula jadi buah. Buah rukam elok dimakan dan boleh dimakan segar sendiri atau bersama buah-buahan lain dalam salad sebab ia ada rasa istimewa yang boleh digambarkan sebagai manis dan sedikit masam yang mana sebaiknya dimakan segar. Ia boleh di awetkan dengan dijadikan jem, jeli dan jenis pengawet lain. Apa pun buahnya secara semula jadi manis dan masam iaitu satu ciri yang menjadikannya bahan yang bagus untuk membuat sapuan yang boleh dimakan pada roti, roti bakar, atau sebagai hidangan tambahan. Ia boleh dijadikan minuman dimana jika dibuat minuman yang sejuk memang ia enak. Jus buah-buahan boleh dikeluarkan dan digunakan sebagai asas untuk minuman, smoothie, atau tumbukan buah. Juga, jus boleh dicampur dengan air atau cecair lain untuk membuat minuman dengan rasa yang berbeza. Buah ini boleh di buat sos dan Perasa: Buah rukam boleh dimasak dan dijadikan sos atau chutney yang sesuai dengan pelbagai jenis makanan. Sos boleh digunakan sebagai sos pencicah, perapan, atau untuk membuat makanan berperisa lebih enak. Ia juga sesuai untuk dijadikan gula-gula dan makanan ringan iaitu dijadikan snek manis atau topping atau sesuai dikeringkan. Paling selalu di buat Acar Buah Rukan dimana ia boleh dijeruk untuk kemudian ia dijadikan sos yang masam dan sedap. Menjeruk buah rukan adalah proses mengawet buah dalam campuran cuka, garam, dan rempah ratus. Ini menjadikan rasa buah lebih enak dan membiarkannya bertahan lebih lama. Apa pun ia adalah buah sesuai untuk dijadikan pencuci mulut yang berikan rasa manis yang berbeza dan menarik. Ia boleh digunakan dalam salad buah-buahan, tart buah-buahan, pai, dan gula-gula berasaskan buah-buahan seperti hancur buah-buahan dan tukang kasut. Terkini dilaporkan yang buah rukan boleh dijadikan Aiskrim dan Sorbet kerana ia masam manis pada masa yang sama sesuai untuk membuat hidangan sejuk beku yang lazat dan menyegarkan dengan mencampurkan buah dengan krim atau jus buah. Memang enak meminuk siram buah rokan dicampur dengan jus limau berperisa. Ia boleh menambah rasa uniknya pada minuman yang akan membuatkan anda berasa lebih baik dan menghilangkan dahaga. Kulit Buah Rukam boleh dicampur menjadi puri, kemudian diratakan nipis dan dikeringkan untuk dijadikan kulit buah. Snek yang kenyal dan sihat ini ialah pilihan yang bagus untuk menggulung buah-buahan yang dibeli di kedai, dan mudah untuk disimpan untuk kemudian. Pokok rukam kayunya keras dan digunakan untuk membuat alu atau aci di Filipina. Daun rukan ada digunakan secara tradisional sebagai bahan penghalau serangga semulajadi untuk menyingkirkan pepijat dan perosak. Kulit kayu atau gentian batang boleh digunakan untuk membuat kraf tradisional seperti bakul dan benda lain untuk rumah. Produk pewarna asli yang diperbuat daripada buah rukam atau bahagian lain tumbuhan boleh digunakan untuk mewarnakan kain dan kraf. Daun atau buah tumbuhan Rukam boleh digunakan dalam bunga rampai atau penyegar udara kerana ia mempunyai bau yang harum. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...