Dari aspek teknikal dimana projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu Komponen Perancangan projek, Komponen Pembangunan Perumahan dan Kandang kambing, Komponen Makanan ternakan, Kpmponen Pengurusan ternakan dan Komponen Pemasaran. Komponen asas yang pertama iaitu PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING sebenarnya ada terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh semua ternakan kambing. Di samping itu bahan binaan rumah berkenaan juga sebaiknya membantu didalam mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan. Awalnya perlu disediakan susunatur rumah rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa kering. Jarak minima perumahan kambing di antara satu sama yang perlu ada sekurang-kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan berguna bagi dapat merendahkan perpindahan atau penularan jika ada penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain. Jenis ATAP bagi kandang ada terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun apa yang penulis blog tahu pemilihan bahan sebagai atap dalam perumahan kambing perlu mengambil kira daripada segi kos dan keupayaan untuk tidak menyimpan haba. Kawasan keliling kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi rumah kambing perlu ada jarak minima di antara atap dan lantai ialah 8 kaki. Adalah baik sekiranya di antara atap rumah kambing yang biasa, diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya(translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang di samping membantu dalam usaha merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang
Aspek membina Lantai Kandang Kambing unik sebab sebaiknya bahan yang digunakan sebagai lantai kandang kambing sama ada plastik ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1 hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X 2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerjakerja pembersihan dilakukan. Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaikbaiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang. Bagi jenis Lantai Bumi dimana perlu ada ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah. Membina Tangga Rumah Kambing yang kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu yang sesuai dan memudahkan lambing naik kekandangnya. Sebaiknya ia menjadi alternatif baik ialah dengan cara menggunakan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar dan kesat dimana cara ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Akan berlaku kes pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya dimana cara ini akan membantu mengurangkan masalah kepada bahagian kuku panjang bagi kambing.
Disyorkan dimana kandang kambing perlu mempunyai keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12 - 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong bagi makanan dan palong minuman. Terdapat pelbagai jenis bahan binaan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah dengan cara menggunakan penakung air hujan plastik, tong plastik dan palong buatan yang diperbuat dari kayu dimana paras ketinggian palong makan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat. Ini bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya. Palong minuman adalah lebih kurang sama dengan palong makanan. Biasanya kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau palong air yang kurang bersih. Alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan Jenis Paip Minuman Automatik (automated water drinker). Penggunaan paip minuman jenis automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman ternakan tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran air. Perkara asas lain didalam projek menternak kambing adalah isu Keperluan Memasang Pagar. Kawasan seperti projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa penyakit. Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I pipe), angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Dipasang jenis tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk tujuan pemagaran dengan jarak di antara tiang ialah 10 kaki. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAKA TERPILIH... DIPASTIKAN ADA...
MAKANAN SIHAT... RAWAT SAKITNYA...
BOLEH DIJUAL... UNTUNG AKHIRNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
(Malaysia).
(17 Zulkaedah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.