BUAH HUTAN atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Spesis Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan salah satu jenis buah hutan yang semakin pupus di Malaysia. Dilaporkan dimana jenis buah kemunting rasanya manis dimana kalangan peminatnya ia sesuai untuk dibuat jem atau jus minuman. Didalam alam bebas dimana buah kemunting amat di sukai dan di makan oleh haiwan liar seperti burung, tupai dan sebagainya sebab ia enak dan manis. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana selalunya buah kemunting yang sudah masak warnanya ungu tua iaitu dengan permukaan seperti berkabut. Setelah bahagian kepalanya dibuang dimana buah kemunting sedia untuk dimakan bersama kulit-kulitnya sekali jika mahu. Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana dikawasan Selatan Thailand ada jenis buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimana ia sering dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam seakan memakan buah mangga dengan pulut sahaja. Pokok dan batang kemunting mampu tumbuh dan mencapai tinggi dua meter dimana selalunya ia mempunyai ciri batang kayunya yang sangat keras dimana di kalangan penduduk kampong zaman dulu akan menjadikannya sebagai kayu api. Pokok kemunting mampu di jdikan tumbuhan hiasan juga dengan sedikit ilmu tanaman ornamental yang menarik. Ini kerana dilihay yang bunganya yang berwarna merah muda dengan benang sari menawan memang ia layak dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Bagi penulis blog dimana selain dari rasa buahnya yang enak didakwa dimana bahagian akar pokok kemunting boleh di rebus untuk tujuan dalam merawat kes muntah darah. Beberapa testimoni menyatakan jika cara mereka merawatnya adalah dengan meminum air rebusan akarnyanya (kuantiti lebih kurang 150 ml) yang perlu diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Didakwa ia juga sesuai untuk merawat sakit perut iaitu mengambil bahagian pucuk daunnya dan mesti di rebus dan airnya di minum. Petua kehebatan pokok ini dimana bagi kalangan wanita bersalin di amalkan iaitu memgambil bahagian pucuk daunnya kemudian di rebus bersama daun inai dan daun jambu dan kemudian airnya akan diminum bagi tujuan membantu mengecutkan rahim. Petua lain kehebatan pokok ini dimana bagi tujuan merawat kes-kes keputihan dimana pucuk dan akarnya dan diminum airnya.
(6) BUAH JENTIK-JENTIK
BUAH JENTIK-JENTIK (Baccaurea polyneura) adalah sejenis buah hutan atau buah nadir yang natif di Malaysia daripada famili Euphobiaceae (ada yang kata ia famili Phyllanthaceae). Kali pertama saya jumpa buah ini ialah semasa lawatan ke Kampong Jeram Ulu, Mukim Bakri, Muar bersama-sama dengan rombongan Pegawai Daerah Muar masa itu iaitu Tn Hj Mislan. Ketika dihulur buah kecil yang isinya merah menyala (lihat foto diatas),saya memang teruja hendak makan kerana buah yang telah masak pada tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik' iaitu pada tahun 2009. Ada dua spesis jentik-jentik yang saya rujuk iaitu jenis Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik hutan. Seingat saya setangkai buah jentik ini mengandungi beratus biji dimakan oleh 3 orang ketua jabatan sehingga habis semua tapi tidak rasa kenyang. Didalam saya merujuk kepada laporan rasmi Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan, lokasi dan pengeluaran hasil buah jentik ini memang tidak direkodkan. Kalau mengikut anggaran saya, mungkin keluasan pokok ini sekitar bawah 20 hektar CHE sahaja kerana kebanyakannya ditanam oleh 'orang lama' dan sebahagian lagi didalam hutan. Tanaman ini yang saya jumpa di Kampong Jeram, ada 2 pokok yang berumur lebih dari 15 tahun dan berbuah lebat. Pokok buah jentik-jentik adalah natif dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo dan tumbuh dikawasan tanah yang bercampur dengan tanaman lain. Pada saya, mengenali keunikannya buah ini adalah apabila sudah masak dan apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya dimakan terus. Daripada tinjauan saya di Pameran MAHA semanjak MAHA International 2012, Jabatan Pertanian ada mempamerkan buah ini dimana sebilangan besar pengunjung terutama gulungan muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik dan bertanya kepada kami. Ramai mereka memang tidak pernah jumpa apa lagi memakannya. Apabila tiba musim pengeluaran hasil (ia buah bermusim), lazimnya kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya. Pokok ini mungkin tidak mempunyai nilai ekonomi dimana banyak pokok ini telah banyak ditebang tanpa memikirkan akan kepunahan habitat pokok ini untuk genarasi akan datang. Ciri umum buah jentik-jentik adalah ia berbentuk bulat kecil dimana ia menyerupai saiz anggur atau buah rambai. Warna buah ini ada;ah kuning kehijauan atau oren muda apabila sudah masak dimana kulitnya agak keras dan tebal namun ia mudah dikupas dengan cara dijentik. Rasa buah jentik-jentik adalah manis-masam dan sesuai dimakan segar sebagai kudapan kerana rasanya yang menyegarkan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.