Support My Blog

Sunday, May 18, 2025

SEMBANG TENTANG BAYAM BRAZIL (PART 2)

BAYAM BRAZIL
(Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini juga tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah datau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar (Sila lihat foto diatas). Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan dimana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka.  Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Ada boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau didatas batas kecil yang dipasang papan ditepinya. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman (Sila lihat foto disebelah). Benih bayan brazil boleh didapati daripada membelinya di pasar (keratan bayam brazil yang ada dijual) atau ambil dari rumah rakan (kalau belum ada benih) atau gunakan benih sendiri (jika telah ada tanaman sebelumnya). Potong sekitar 2 - 3 cm panjang pucuk bayam brazil (sederhana matang) dan terus dicucuk diatas tanah yang disediakan didalam bekas. Pastikan ia ditekan sedikit dan siram 2 kali sehari (pagi dan petang). Ia akan keluar akar selapas 2-3 minggu bertanam dan membiak dengan cepat dengan tunas-tunas baru. Anda boleh memetik bahagian pucuknya dengan tangan kerana ia lembut dan rapuh. Pastikan selalu dipeting agar lebih banyak tunas baru keluar dan sentiasa segar. Basuh bersih dengan air mengalir sebekum dimakan sebagai ulaman atau dimasak tumis dan sebagainya. Artikel petang Ahad ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bayam brazil yang mudah ditanam dan dijaga serta enak dan berkhasiat dimakan segar atau sebagai ulaman untuk bahan rujukkan anda semua.


Diantara resepi popular dari sayur Bayam Brazil adalah seeperti 
Resepi Bayam Brazil Goreng Udang Kering yang mudah untuk disediakan dan popular di Malaysia. Penulis blog suka akan resepi ini yang berikan rasa lemak udang dan kelembutan bayam brazil ketika makan nasi terutama lapar untuk makan tengahari. Memetik sendiri pucuk bayam brazil dai kawanan tanaman di rumah dan memasuhnya dan memasaknya juga menyeronokkan. Apa pun bagi menyediakan makanan mudah dan berkhasiat ini perlukan bahan seperti sayu mangkok bahan bayam brazi segar, 2 gengam udang kering, 1 biji cili merah, 3 biji cili padi, 1 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/2 inci belacan, 1/2 cawan air, 1 camca besar sos tiram, 3 sudu minyak masak dan bahan perisa lainnya. Memulakan memasak resepi ini dengan cara menumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat gunakan legung atau ada yang kisar gunakan blender (tetapi rasanya kurang enak sebab ada air). Kemudian didalam kuali di panaskan minyak masak untuk tujuan menumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan bahan udang kering. Seterusnya setelah naik bau dan dilihat yang bahan cili sedikit garing maka ia boleh di tambahkan 1/2 cawan air lagi dan dibiarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam kedalam kuali dan kacau sebentar. Apa pun memang masakan ini tidak perlu letak garam sebab udang kering dan sos tiram sudah masin akan tetapi ada yang suka bubuh serbuk perasa. Seterusnya dikacau rata dan kuali ini ditutup api sebab memasaknya memang tidak perlu lama-lama takut nanti sayur bayam brazil ini akan jadi terlebih layu. Seterusnya di masukkan kedalam bekas hidangan untuk di nikmati di makan dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Kekadang penulis blog makan begitu sahaja tanpa nasi.


Bagi penulis blog yang pernah ke Melaka semasa bertugas dulu pernah ada kala di hidangkan resepi Bayam Brazil Tumis Cendawan yang di makan dengan nasi putih dan ikan goreng semasa membuat lawatan ke projek Pertanian Bandar di Air Keroh, Melaka. Makan bersama dengan rombongan dari Putrajaya dan kekawan dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka memang logik sebab peserta projek Pertanian Bandar memang ada menanam banyak jenis sayuran termasuk sayur bayam brazil yang subur dikawasaan perumahan. Bagi membuat makanan ini bahan-bahaan yang diperlukan adalah peralatan memasak, 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 pek cendawan enoki, 2-3 genggam besar daun bayam brazil yang segar, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil lada hitam, 2 sudu besar minyak masak dan bahan garam serta perisa makanan. Cara-cara untuk membuat bayam brazil tumis cendawan dengan menghiriskan bawang merah dan bawang putih. Bahan cendawan pula mesti dibasuh dan jika saiz agak besar boleh dipotong sesuai ikut selera. Kemudian di rendam bayam Brazil sekejap dalam air bersih dan dan bilas atau toskan. Dalam kuali dimasukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Seterusnya di masukkan cendawan yang sesuai digoreng sampai layu. langkah seterunya adalah memasukkan garam dan lada hitam dimana di kacau dan apabila cendawan dah agak perang kemudian barulah boleh di masukkan sayuran bayam. Ia perlu di kacau atau digaul sekejap  sebab bayam Brazil ini adalah jenis sayur yang cepat layu. Tutup api dan masukkan kedalam mangkuk untuk di hidangkan yang enak dimakan dengan nasi putih dan lauk ppauk lain. Semasa makan di Melaka dengan bayam brazil masak cendawan memang seronok kerana memang tengah lapar dan percuma pula.


Paling mudah di masak sebaik sahaja memetiknya di kawasan rumah dimana daun hijau Bayam Brazil yang kemudian dimasak dengan Resepi Kerepek Pedas Bayam Brazil. Makanan kerepek daripada bahan daun sayuran yang paling popular adalah Kerepek Daun Bayam yang sudah di komersilkan dan ada dijual. 
Bagi penulis blog memang suka akan kerepek daun bayam berempah ini sebagai cemilan yang masih baru di saiapkan. Bagaimana pun apabila berpeluang ujirasa kerepek Pedas Bayam Brazil rupanya ia lebih lazat dan tidak mahu berhenti memakannya. Pernah ke sebuah kampong di Kuala Pilah dulu semasa bertugas dan di berikan paket bakul hadiah dan didalamnya ada dua paket kerepek pedan bayam brazil yang enak sekali. Kemudian mendapatkan resepi kuliner ini dari rakan di Negeri Sembilan bagaimana cara membuatnya. Dilaporkan bahan-bahan diperlukan adalah 2 ikat bayam brazil iaitu cuma ambil daun sahaja, 1/2 cawan tepung bestari hot spicy, 1/4 cawan tepung beras, 1/4 cawan tepung gandum, 3/4 cawan air ais yang diambil masih sejukbeku dari peti ais, 1 sudu makan jintan manis (akan di tumbuk), 1 sudu makan jintan putih (juga ditumbuk), 1 sudu kecil ketumbar (ditubuk) dan garam serta bahan peyedap. Cara-cara membuat kerepek ini bermula dengan membersihkan daun bayam brazil sehingga cukup bersih dan toskan. Kemudian dalam lesung campurkan jintan manis, ketumbar dan jintan putih dan di tumbuk halus (sama ramuan membuat rempeyek). Ia kemudian mesti disatukan kesemua tepung dan campurkan bahan tumbuk tadi bancuh dengan air ais. Masukkan air ais sedikit-sedikit hingga dapat bancuhan tidak pekat atau tidak terlalu cair dan sebaiknya ikut keselesaan dan kesesuaian. Dalam kuali di panaskan minyak yang banyak (agar daun kerepek nanti tenggelam) dan di ambil daun bayam brazil sehelai demi sehelai dan di celup dalam bancuhan tepung. Kemudian daun ini yang disaluti adunan tepong cair berempah ini digoreng hingga kekuningan dan kelihatan rangup. Terbalikan daun ini beberapa kali agar mask sekata dan diangkat untuk di toskan minyak. Apabila agak sejuk boleh di masukkan kedapam bekas kedap udara (agar tidak lemau) tetapi paling enak terus dimakan begitu sahaja. Bagi penulis blog memang suka dengan kuliner iini sebagai sejenis makanan yang sihat dan sedap untuk dinikmati. Kini kalau tidak mahu buat makanan ini boleh beli secara on-line di web Shopee dengan harga RM16 satu bekas yang beratnya adalah 300 gram. Artikel ini ditulis dalam empat (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dan mesti dibaca keduanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
BAYAM BRAZIL... KURANG DI KENALI...
MUDAH DI TANAM... MUDAH DI JAGAI...
BANYAK KHASIAT... SIHAT SUDAH PASTI...
MENU MASAKAN... SESUAI DINIKMATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1446H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...