Bidangusaha menternak kambing bagi penulis blog memang tidak asing sejak remaja dahuu dikampong apabila mempunyai lebih daripada 40 -60 ekor kamping tempatan yang di ternak di kawasan rumah di Muar (Kini Daerah Tangkak), Johor. Menjual kambing saban tahun memberikan pendapatan lumayaan dimana ia memang mendapaat pasaran yang baik. Paling susah menjual kambing adalah cara untuk memombang badan kambing yang sentia bergerak-gerak dan ksming ini sksn menjerit-jerit (mengembek) ketika proses timbangan ini dijalankan (Sila anda lihat foto disebelah). Apabila sudah selesai timbang makan ia akan di bawa didalam bakul khas diatas motosikal dan di buat bayaran (masa itu pembeli kambing belum ada lori kecil seperti sekarang). Sayu juga melihat kambing ini dibawa setelah menjaganya beberapa lama di reban yang selalu di jaga dengan baik. Apa yang penting pastikna akan di beri upah kemudiannya penat menjaga kambing. Pernah juga di belikan sebuah bassikal kecil semasa remaja dan sukanya bukan kepalang. Pada masa ini sudah tidak menternak kambing lagi tetapi ilmu dan kenangan masih melekat didalam hati. Pernah mendengar jika ada melihat para penternak yang baru memulakan ternakan kambing tetapi tidak ada ilmu cukup dan kemudiannya mereka hadapi masaalah ternakannya sakit dan lagi yang lebih ia memilukan ternakannya kemudian mati dimana kes seperti ini ada penternak baru berandaikan untuk mendapat keuntungan akhirnya menjadi kerugian pula. Asasnya dimana penternak perlu tahu berapakah jangka umur seekor kambing secara umum iaitu sekitar 6 hingga 10 tahun sahaja itu pun jika dilakukan aktiviti cara penjagaan yang betul dan mengikuti amalah tahap kebersihan sempurna. Dalam menternak kambing lokal dimana aspek asas penting adalah termasuk dalam mendapatkan baka berkualiti, mempunyai kandang yang ikut spesifikasi, mempunyai kawasan ragutan atau ada bekalan makanan hijau mencukupi, jauh daripada pemangsa, diberikan rawatan kesihatan dan di pantau sentiasa. Minat menternak kambing menjadi asas dalam menternak kambing dan perlu ada MASA untuk menjaga ternakan ini dimana ia tidak boleh di tinggalkan begitu sahaja selama beberapa hari disebabkan keluar dari kawasan kandang kambing seperti melancong dan mrnysmbut pr;bsgsi jrnid perayaan besar. kandang kambing masih perlu di kunjungi setiap hari untuk melepskannya, memberi makanan dan minuman, memasang asap atau api di bawah kandang dan membersihkan tahi kambing mengikut rutin. Kegagalan hadir menternak akan menyebabkan banyak masaalah di kemudian hari.
Penulis blog kongsikan asas kepada makanan kambing agar ianya diberikan dengan cara sistem pemakanan kambing dengan betul dan terbaik. Ada beberapa jenis keperluan asas makanan dan sebagainya yang disyorkan diberi kepada kambing antaranya RUMPUT HIJAU, DEDAK, GARAM MINERAL dan AIR BERSIH YANG MENCUKUPI. Paling ramai tahu didalam menternak kambing dimana keperluan memberikan Makanan Rumput Hijau sebab kambing memerlukan padang rumput untuk memenuhi keperluan makanan mereka atau di ambil dari kawasan lain dan di letakkan didalam kandang (cut-and carry system). Bagaimana pun melepaskan kambing untuk meragut rumput dan dedaunan hijau sekurang-kurangnya lapan jam ragut masa sehari adalah satu sistem yang terbaik, murah dan efektif. Amalah yang penulis blog tau dimana kambing ini diberikan masa meragut selepas tengah hari atau pada waktu petang. Sebaiknya jangan sekali-kali melepaskan kambing di padang yang basah selepas hujan atau di awal pagi sebab ada banyak rumput yang berembun kerana ini selalunya ia boleh menyebabkan penyakit kembung pada kambing. Apa pun jika boleh pastikan dimana kawasan padang rumput terbaik adalah yang mempunyai rumput renek dan menjalar seperti selaput tunggul. Sistem ternakan kambing ada berbagai tetapi jika hanya menggunakan padang rumput ragut sedia ada di kawasan rumah atau kampong maka ia mestilah menggunakan sistem pusingan meragut yang di buat dua atau tiga bahagian untuk meragut bagi memberikan masa pertumbuhan rumput yang sedia di makan. Selaluny sistem ini bukan sahaja membolehkan padang rumput yang tidak digunakan itu memnerikan masa untuk untuk tumbuh semula tetapi juga dapat mengurangkan kes serangan dan masalah parasit. Apa pun perlu di ketahui petua dimana sebelum memlepaskan ternakan anda ke padang rumput perlu dipastikan agar membuang semua tumbuh-tumbuhan yang beracun di kawasan padang ragut atau pun tumbuhaan yang mempunyai getah yang banyak sebab ia membahayakan kambing yang memakannya akan tetapi kalau jumlahnya hanya sedikit tidak mengapa. Apa pun sekiranya tidak ada padang rumput atau mahu hanya membela di dalam kandang sahaja dimana penternak boleh menanam rumput sendiri dikawasan lain atau membeli rumput yang sudah siap diproses atau silaj untuk diberikan. Apa pun rumput hijau ini terdiri daripada rumput liar dan termasuk juga daripada napier atau pun batang-batang jagung yang di potong pendek dengan alatan seperti 'chopper' atau mesin chopper. Kos untuk menyediakan bahan makanan ini di lihat ia dijual jauh lebih murah daripada membeli makanan dedak komersil yang terdapat di pasaran itu pun sekiranya ada, Kalangan para penternak digalakkan mennanam beberapa jenis rumput kisar hijau atau rumput chopper atau rumput di proses menjadi silaj (makanan ini yang dicampurkan gula merah dengan jagung dan juga dedak yang lain beserta garam) dimana selalunya penternak kebanyakan hanya membuaat sendiri ataumembeli terutama ia sesuai digunakan ketika musim hujan. Selain itu penternak boleh menggunakan alternatif makanan seperti jerami padi yang mana ia banyak di lakukan di negara barat dan juga syarikat ternakan besar. Cara ini lebih menjimatkan kerana jerami dijual dengan harga yang murah tetapi kena beli dengan kuantiti yang banyak, dan anda perlu 1 tempat yang kering untuk meletakkan nya. Adalah di syorkan juga agar penternak dapat mengelakkan (mengisar/chopper) daun kelapa sawit kerana membahayakan ternakan dan kajian menberikan cadangan dimana seeloknya diberikan terus pelepah sawit kepada kambing dan jangan di chopper sebab lidi yang di potong akan merosakkan usus dan tidak dapat dihadamkan kambing.
Pada masa ini Makanan Dedak sama ada di buat sendiri atau membeli dedak makanan kambing komerisl sudah popular. Penternak yang memberi dedak kepada ternakan hendak dilakukan sehari sekali sahaja kerana bijirin atau garam yang terdapat di dalam dedak sangat tinggi lemak sehingga kes ini boleh menyebabkan batu karang pada pundi kencing kambing. Apa pun di laporkan ketika pada musim hujan memang amat tidak digalakkan memberi makanan jenis dedak kepada kambing yang sihat secara sepenuhnya. Diyorkan agar mengelakkan kekerapan memberi dedak sehari 3 kali selama sebulan sebab ada kesan negatif kepada kambing. Menurut laporan kajian dimana jika dedak diberi banyak pada waktu selepas kambing pulang ke kandang sahaja kerana ianya dilihat menggalakkan kambing meragut di waktu petang sebanyaknya sehingga kenyang. Ia bermakna memberi sedikit rumput kisar atau dedak di waktu pagi dhulu dn sedikit sahaja sebagai alas perut dan kemudian lepas pada pukul 11 tengah hari atau selepas zohor (selalunya pada waktu ini embun sudah kering) maka kembing dilepaskan dan dibiarkan meragut di padang ragut sampai petang. Kemudian sistem terbaik adalah memberikan makanan dedak ketika pulang kekandang. Kajian mendapati antara sebab utama dedak atau rumput di berikan sedikit diwaktu pagi dengan jumlah sedikit kerana mahu ternakan agar rasa lapar sebentar dan boleh lihat kambing akan meragut rumput sebanyak-banyaknya di kawasan ragutan pada waktu sebelah petang. Apa pun kalau penternak mahu memberi dedak dengan kuantiti yang banyak di waktu pagi dimana cara ini akan menyebabkan kambing kekenyangam dan kurang meragut rumput hijau di sebelah petang dimana kesannya ia akan meningkatkan kos membeli makana dedak untuk ternakan. Memang digalakkan menberi makan dedak mengikut jadual atau bermaksud membuat rutin yang sama setiap hari contoh jika kambing keluar meragut pukul 3 petang maka disyorkan pada setiap hari keluar pukul 3 petang sahaja tanpa mengira cuaca. Kalau kambing ini diberi sarapan pagi pukul 10 maka setiap hari pukul 10 secara rutin dimana semua kambing akan memahami waktu makannya.
Pemberian Air Minuman kambing yang bersih dengan kuamtiti yang secukupnya adalah aspek [enting menternak kambing. Apa pun keperluan memberi air bersih dan segar hendak sentiasa ada di dalam kandang kambing dengan bekas terpakai atau bekas komersil alat minuman air bagi kaambing seperti Bekas dan Alat Minuman Kambing Goat Automatic Drinker COPPER VALVE dengan harga RM20 satu unit di Shopee. Apa pun jika penternak tidak mampu membuat sistem paip tetapi untuk menjimatkan kos maka dibolehkan menggunakan bekas yang berat untuk mengelakkan kesan tumpahan air berlaku. Kuantiti air yang cukup juga dapat mengelakkan penyakit batu karang kepada kambing dimana ia adalah salah satu perkara yang perlu di kenalpasti. Bagi penulis blog dulu menggunakan tong drum di letakan berdekatan kandang kambing dan di atas kandang kambing yang diikat kuat dan air di masukkan dengan paip yang di sambungkan dengan paip rumah dengan hos panjang. Hos panjang ini juga sesekali boleh di gunakan untuk membersihkan lantai dan bawah kandang kambing. Bahan lain di perlukan adalah Garam Mineral dimana sebaiknya garam mineral hendaklah sentiasa ada di dalam kandang ternakan bagi menambah selera kambing terhadap rumput dan makanan lain. Garam mineral juga sangat penting untuk menghadamkan sistem pemakanan harian. Bagi yang mahu menjimatkan kos dimana disyorkan para penternak juga boleh membuat tabung garam menggunakan bahan seperti buluh iaitu dengan menebuk lubang kecil pada buluh tersebut kemudian masukkan garam kasar (boleh guna apa juga jenis garam dipasaran) yang ada atau boleh beri garam bukit atau dengan garam laut sahaja) lalu masukkan air sahaja. Isikan air pada waktu pagi dan petang sahaja dimana kemudian ia boleh di jilat oleh kambing. Terdapat 3 jenis garam mineral yang selalu penternak gunakan iaitu Garam Mineral Blok (yang bwntuknya berpetak-petak), Garam Bukit (berbentuk bulat dan berketul) dan juga Garam Makan atau Garam Dapur Kasar (garam ini sesuai untuk diletakkan di dalam buluh). Pernah di tanya sama ada adakah boleh sesiapa bertindak kasar yang melampau terhadap ternakan dimana sebenarnya tidak boleh sesiapa bertindak kasar kerana boleh mendatangkan stress terhadap ternakan. Apa pun sebaiknya semasa mengurus atau membuat aktiviti yang berkaitan dengan kambing penternak perlu berhati-hati dengan sikapnya. Kambing adalah sejenis haiwan yang mudah berasa takut atau rasa gementar secara semula jadi dan akan berasa tidak senang jika sesiapa cuna berteriak atau cuba meninggikan suara atau memperlakunya dengan kasar. Sebaiknya semasa mengendalikan kambing sesuai gunakan jenis tali yang lebih selamat agar ianya tidak menjerut lehernya atau yang boleh mendatang luka terhadap lehernya. Sebaiknya merawat atau mengubati ternakan adalah digalakkan melakukan kerja secara berramai kerana ia tidak disyorkan berseorang terutama ketika memegang tanduk kambing ketika ingin mengurusnya sebab kekasaran boleh berlaku dan jika dibuat berdua atau 3 orang akan dapat mengurangkan kekasarannya itu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI BERIKAN MAKANAN...JAGA JENISNYA...
KANDANG BERSIH... KAMBING PUN SUKA...
CUKUP UMUR.... DI JUAL DAPAT HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.