Support My Blog

Saturday, May 17, 2025

SEMBANG TENTANG BAYAM BRAZIL (PART 1)

BAYAM BRAZIL
(Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah datau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar. Ramai juga dikalangan peminat yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu lazimnya Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan dimana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cecair cuka.
Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Ada boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau didatas batas kecil yang dipasang papan ditepinya. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman (Sila lihat foto disebelah). Benih bayan brazil boleh didapati daripada membelinya di pasar (keratan bayam brazil yang ada dijual) atau ambil dari rumah rakan (kalau belum ada benih) atau gunakan benih sendiri (jika telah ada tanaman sebelumnya). Potong sekitar 2 - 3 cm panjang pucuk bayam brazil (sederhana matang) dan terus dicucuk diatas tanah yang disediakan didalam bekas. Pastikan ia ditekan sedikit dan siram 2 kali sehari (pagi dan petang). Ia akan keluar akar selapas 2-3 minggu bertanam dan membiak dengan cepat dengan tunas-tunas baru. Anda boleh memetik bahagian pucuknya dengan tangan kerana ia lembut dan rapuh. Pastikan selalu dipeting agar lebih banyak tunas baru keluar dan sentiasa segar. Basuh bersih dengan air mengalir sebekum dimakan sebagai ulaman atau dimasak tumis dan sebagainya.  Artikel petang Ahad ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bayam brazil yang mudah ditanam dan dijaga serta enak dan berkhasiat dimakan segar atau sebagai ulaman untuk bahan rujukkan anda semua.


Penulis blog ujirasa makanan sayuran Bayam Brazil hanya kurang dari 10 tahun lepas dimana sebelum ini memang tidak mahu memakannya. Kini setelah ada menanamnya sendiri di rumah sudah selalu makan sayur bayam brazil goreng dimana ia adalah makanan segar, enak dan selamat di makan serta banyak khasiat. Membuat sayur bayam goreng sedikit pedas amat mudah dan cepat serta sesuai dimakan sebaik sahaja siap dimasak (Sila lihat foto disebelah). 
Sebenarnya ada berpuluh resepi bagaimana hendak memasak bayam brazil ini di rumah. Dulu be;um tahu secara teknikal apa keistimewaan bayam ini berbanding bayam yang lain sebab pada zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain dimana dilaporkan yang sebenarnya bayan ini adalah tidak sama cirinya. Keunikan bagi bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad saja dengan rasa enak. Masyarakat di Brazil sejak dahulu memang sering memakan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun dan ia dilaporkan menyihatkan. Selain dimakan secara mentah dimana di Malaysia dilihat yang ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Beberapa contoh masakan yang ada ia menggunakan bayam Brazil ialah seperti Masakan Kari, Pai,lasagna, Sos pasta, Goreng tumis air, Ssp, Masak lemak cili api, Goreng salut tepung dan beberapa lagi. Membaca dan mengambil tahu akan apakah dia manfaat bayam Brazil ia adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Dilaporkan yang ia akan mendatangkan banyak kebaikan dan baik untuk kesihatan siapa memakannya. Secara ringkasnya dari aspek nutrisi didalam setiap 100 g bayam ada terdapat bahan 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:Anti-kanser. Dilaporkan sama seperti bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala didalam bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut pakar saintis ada didapati kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan dengan pendekatan 'mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya'. Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk jenis kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.


Dalam pada itu bayam brazil ini sudah ia dilaporkan adalah sayuran yang bagus untuk kesihatan mata sebab ia didakwa   mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Dlaporkan yang kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu didalam meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Khasiat bayam ini seterusnya dimana ia mampu Menguatkan tulang sebab ia didakwa antara jenis sayuran yang boleh menyumbang iaitu vitamin K untuk kesihatan dengan kandungan K yang agak tinggi. Bayam ini mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Apa pun sebenarnya memang tidak banyak makanan dari sayuran yang mengandungi vitamin K apa lagi tinggi. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot. Sebagai sayuran hijau di laporkan bayam brazil ini akan Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dimana sesiapa yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah memang disyorkan agar memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini menjadi sangat penting untuk proses kesihatan dan pencernaan. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama. Bayam brazil ini memberikan semua sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya kalangan pembaca blog anim agro technology ini mempunyai serat yang cukup dalam badan anda sebenarnya dia boleh mengatasi masalah sembelit juga.  Kandungan seratnya yang tinggi ini selalunya ia akan dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan seterusnya akan memperbaiki sistem penghadaman. Makan bayam brazil akaan membantu masalah penuaan atau menjadi awet muda. Kalangan wanita yang ingin awet muda perlu mengambil unsur seperti vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid dimana didalam bayam brazil sudah ada dan ia mempunyai sebatian antioksidan juga. Sebatian antioksidan daripada vitamin C ini pula membantu melawan radikal bebas dalam sistem sel manusia dimana selalunya radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepatkan lagi akan proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaran radikal bebas ini juga boleh disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, persekitaran yang tidak sihat, dan gaya hidup yang tidak seimbang. Disebabkan itulah, badan kita bertindak balas dengan menunjukkan penuaan kulit dan fungsi organ. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.
 

Ramai yang kenal bayam brazil yang tidak berlendir dan juga rangup akan selalu suka memakannya. Sayuran ini sesuai dijadikan ulaman apa lagi kalau di jadikan makanan sebagai hidangan 'SALAD' yang didakwa ia menyihatkan (Sila lihat foto disebelah).  Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan asas seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Masyarakat di Brazil mengamalkan makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka dimana sejak lama masyarakat disana tahu khasianya termasuk mampu untuk mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang. Pilih bayam brazil yang tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk ianya dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan. Apa pun dilaporkan yang Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun. Diantara resipi popular di Malaysia yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung. Beberapa kajian melaporkan jika dalam banyak-banyak khasiat Bayam Brazil ini ramai tidak tahu sebab kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini. Sayuran ini dilihat iaitu ia bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya sebenarnya sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Bagi penulis blog memang amat rugi jika pembaca semua tidak menanam sayur ini dirumah dengan membeli atau mita dari kawan akan benihnya dan tanah serta pasu dari nurseri terdekat. Diantara khasiat Bayam Brazil dalam aspek kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang. Selain itu Bayam Brazil juga didakwa ia boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit. Apa amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak. Ke[ada ibu-ibu yang mengandung disyorkan agar mereka memakan Bayam Brazil sebab ia sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin. Sayuran ini juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang. Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan dengan cara ia membantu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. 
Artikel ini ditulis dalam empat segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dan mesti dibaca keduanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
BAYAM BRAZIL... KURANG DI KENALI...
MUDAH DI TANAM... MUDAH DI JAGAI...
BANYAK KHASIAT... SIHAT SUDAH PASTI...
MENU MASAKAN... SESUAI DINIKMATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...