Support My Blog

Friday, May 23, 2025

CARI TAHU PROJEK TERNAKAN KAMBING (Pt 1)

PROJEK MENTERNAK KAMBING
merupakan salah satu dari akriviti penternakan yang mampu mendatangkan pendapatan agak lumayan jika dijalankan dengan baik. Kini menternak kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah dari genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species iaitu Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kpd 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan beberapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg untuk dipasarkan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ilmu asas untuk mulakan projek ternakan kambing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penternakan kambing adalah salah satu perniagaan dalam bidang ternakan ruminan yang menjanjikan. Ia merupakan salah satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Bagi penulis blog dimana disetiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Antara kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan adalah Jualan Kambing Hidup sebagai baka atau untuk produk daging sebagai makanan atau jualan sebagai haiwan peliharaan. Menternak kambing boleh hasilkan produk Susu Kambing, Kulit dan bulu kambing untuk di biat hasil kraftangan atau tekstil, Produk Tanduk Kambing juga boleh dioleh menjadi kraftangan. Selain itu bahagian Usus Kembing sesuai di jadikan bahan benang jahitan pembedahan dan juga Tahi Kambing merupakan sejenis baja organik. Bagi penulis jika hendak dibandingkan dengan aktiviti 
penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan perumahan kambing sekitar seekar dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan iaitu sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau menjadi kawasan ragutan berpusingan (sistem bebas lepas). Menyentuk prospek isu industri industri penternakan kambing di Malaysia adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (122%), telur (114%) dan lembu (25%) akan tetapi dolaporkn dimana tahap saradiri (SSL) pengeluaran sektor kambing dan daging kambing hanya mencapai 9% sahaja.  Penulis blog dapati dimana Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing daripada luar negara seperti dari Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. Berikut adalah jadual perangkaan pengimportan kambing dan daging. Data menunjukkan dimana berlaku kadar peningkatan import di antara 3 - 5% pada setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada dimana dilihat yang aktiviti dalam penternakan kambing adalah industri yang sentiasa terus ia mempunyai permintaan yang tinggi. Sesiapa yang ingin memluakan projek ternakan kambing sesuai membaca artikel ini semuanya.


Sebenarnya di Malaysia dimana aktiviti pe
nternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini. Secara saintifiknya kambing (Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan. Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk. Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia selalunya berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan. Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif. Paling asas mengenali jenis atau baka kambing yang hendak diternak sebab semuanya perlu di rancang dengan betul dan tepat sesuai dengan kawasan, makanan dan risikonya. Sebenarnya setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik dan secara am dimana baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu Jenis Kambing Pedaging (Seperti kambing Boer, Kambing Kacang, Kambing Black Bengal, Kambing Savanna, Kambing Kalahari Red dan Kambing Jermasia. Jenis kedua adlah Baka Kambing Susu (Kambing Alpine, Kambing Saanen, dan Kambing Toggenburg dan ketiga adalah Baka Kambing Dwi Fungsi (diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging) seperti jenis Kambing Jamnapari Anglo-Nubian. Bagaimana pun bakal penternak perlu mendapatkan ilmu menternak kambing daripada pihak JPV atau pihak swasta yang ada menganjurkan kursus asas menternak kambing. Baka kambing yang hendak di ternak dipastikan ada sumber untuk membelinya, mudah di jaga, cepat membesar dan mempunyai nilai harga apasaran yang baik.


Semua balak penternak kambing yang baru ingin memasukki industri ini perlu hadir kursus penternakan kambing. Ini kerana akan di ajar jika haiwan kambing sebenarnya ia  boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan. Sistem ini adalah Kaedah Penternakan Secara Intensif, Sistem Semi Intensif dan juga Sistem Ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung dimana ia menambahkan beban kerja kepada tenaga buruh. Walaupun bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu selalunya ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding dengan sistem penternakan secara bebas lepas. Sistem penternakan semi intensif pula ia bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan. Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini termassuk isu seperti berlaku kehilangan ternakan, ancaman kepada penyakit parasit (kecacingan), isu keracunan makanan dan berlaku isu kekurangan nutrien. Apa pun amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi banyak masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Bagi penulis blog dimana di dalam konsep ini iaitu ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu selalunya banyak bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini memberikan lagi aspek kelebihan dan keuntungan. Selain ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dimana pada masa yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah diberikan baja dan bahan organik darpada sisa najis ternakan. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK KAMBING...BAGAIMANA...
BAKA TERPILIH... DIPASTIKAN ADA...
MAKANAN SIHAT... RAWAT SAKITNYA...
BOLEH DIJUAL... UNTUNG AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
(Malaysia).
(17 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...