Support My Blog

Sunday, May 4, 2025

KISAH MENARIK TEMPURUNG KELAPA (PART 2)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2024 (Sumber: Laporan Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah menarik tentang tempurung kelapa ianyauntuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Kehebatan tempurung kelapa terserlah dengan kejayaan saintis tempatam cipta '
Penapis Air Mudah Alih Ultra Daripada Tempurung Kelapa Sawit Bantu Rawat Air Tercemar' untuk kisah ini dapat di kongsikan faktanya. Kisah dari UPM Serdang dimana hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 53% daripada air sungai di Malaysia diklasifikasikan sebagai sedikit tercemar atau tercemar dan secara tidak langsung memberi kesan kepada gangguan bekalan air dan kemerosotan kualiti air minuman. Kaedah penjerapan yang tinggi untuk menghasilkan karbon aktif amat diperlukan bagi tujuan melakukan proses penulenan air yang tercemar untuk kegunaan harian. DI UPM dimana Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dato' Dr. H'ng Paik San telah membangunkan inovasi AquaPod, penapis air mudah alih ultra daripada tempurung kelapa sawit bagi membekalkan air tulen untuk kegunaan harian. AquaPod merupakan inovasi mesra alam yang dihasilkan daripada tempurung kelapa sawit. Karbon aktif berstruktur liang mikro yang dihasilkan daripada tempurung kelapa sawit telah menyumbang kepada sifat penjerapan yang sangat tinggi bagi penapis air  sudah alih ultra ini dan sesuai dengan semua jenis paip. Penggunaan karbon aktif berliang mikro yang disintesis daripada biojisim sawit dapat menyingkirkan logam berat, klorin dan mikroorganisma daripada air serta memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung yang membolehkan masyarakat menikmati bekalan air paip yang jernih dan tidak berbau. Inovasi ini dihasilkan melalui dua kaedah iaitu pengaktifan fizikal berterusan dua peringkat dan rawatan ultrasonik bagi menyingkirkan kandungan silika dalam kuantiti yang tinggi dan menghasilkan karbon aktif yang kebanyakannya terdiri daripada liang mikro. Inovasi AquaPod dapat memberi sumbangan besar kepada Malaysia melalui pengurusan sumber yang lebih cekap dan bebas daripada sisa serta meningkatkan kualiti pengurusan sisa. Kini melalui pendekatan proses kebaharuan oleh rawatan bersepadu, tempurung kelapa sawit yang biasanya digunakan sebagai produk berkualiti rendah (arang serta baja) boleh ditukar menjadi produk berkualiti tinggi dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi sosial. Pendekatan proses baharu melalui rawatan bersepadu didapati menghasilkan karbon teraktif gred komersial dengan luas permukaan yang tinggi dan selalu ia mengandungi keseluruhan 80% permukaan mikropori yang menunjukkan penjerapan yang sangat tinggi dengan menggunakan suhu pengaktifan yang rendah. Ciptaan harta intelek ini telah didaftarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan projek ini menerima dana melalui Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 2021/2022 oleh Kerajaan Negeri Selangor, Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICOE) dan Geran Pendanaan Anatarabangsa di bawah Program EVC Management Pty Ltd (Australia) yang menawarkan faedah bukan sahaja kepada industri pertanian tetapi juga kepada industri kelapa sawit. Menurut Asrizam Hj. Esam, Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, PSP, UPM amat mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan.


Agak unik membaca kisah dalam bharian.com yang bertajuk 'Mi kuah tempurung dapat sambutan' untuk dapat ujirasa. Dari Kota Bharu, Kelantan dilaporkan Menu Mi Kuah Tempurung Kelapa di Kampung Buloh Poh semakin mendapat sambutan positif orang ramai sekali gus idea kreatif itu membantu warga emas Rusiah Zat meneruskan perniagaan masakan panas. Kelainan dibuatnya dengan menggunakan tempurung kelapa dibuat selepas dia tertarik dengan keunikan gayung tempurung kelapa yang dijadikan alat mencedok air. Dia yang meminati kraftangan berniat dan dia mahu menjadikan tempurung kelapa satu daripada hiasan di kedainya dan menempah tempurung kelapa berbentuk bulat dan bertapak di Tumpat dan Rantau Panjang. Kini selepas setahun membeli barulah dia dapat tunaikan hasrat saya apabila kedai makan kini boleh dibuka di kedai makan miliknya kira-kira 100 meter daripada Lebuh raya Buloh Poh, Ketereh ke Kota Bharu. Dia baru berniaga mi kuah tempurung dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya menjual antara 30 - 50 buah mangkuk berharga RM5 semangkuk. Selain mi dia juga jual kuey teow dan bihun berkuah di dalam tempurung kelapa selain ada juga pelanggan minta nasi goreng untuk dihidangkan dalam tempurung kelapa. Dia bermula dengan tiga mangkuk tempurung kelapa, kini warga emas itu menyediakan 25 mangkuk tempurung dan sudah menempah lagi 50 tempurung untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dakwanya antara keistimewaan lain makan dalam tempurung kelapa ini, pelanggan dakwa aroma mi kuah lebih terasa asli kerana bau tempurung itu. Mi kuah ini juga dihidang bersama udang sekali gus menjadikan menu ini tarikan utama di kedai saya diaman dia dan anakmnya 
Rosmini gambira hidangan mi kuah dalam tempurung kelapa yang menjadi tarikan di kedai makan mereka di Kampung Buloh Poh, Ketereh. 


Masih berkaitan pencemaran oleh industri kelapa apabila di Perak ada kes '
Kilang proses tempurung kelapa cemarkan udara diarah henti operasi' untuk di kongsikan. Sebuah kilang memproses tempurung kelapa diarah agar menghentikan operasi serta-merta kerana mencemarkan udara sehingga mengundang ketidakselesaan kepada penduduk setempat. Laporan dari JAS Perak nyatakan jika penduduk kampong berhampiran kilang telah mengadu akan gangguan asap dan pihak JAS beberapa kali menerima aduan berhubung isu pencemaran udara oleh kilang yang menghasilkan karbon hitam. JAS membuat iasatan yang dijalankan dan mendapati aduan tersebut adalah berasas dimana tindakan keatas premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sertamerta. Ia berikutan kegagalan mengadakan unit cerobong dan alat kawalan pencemaran udara serta ada kes pembakaran tempurung secara terbuka di luar premis kilang yang mengeluarkan asap. Didalam dan diluar premis ada aktiviti pembakaran tempurung kelapa dijalankan untuk menghasilkan ‘carbon black’ sehingga menyebabkan pencemaran udara yang ketara di sekitarnya. Apa pun kes ini tidak libatkan penahanan serta-merta kerana keadaan sekitar dan peralatan yang masih panas dan boleh membahayakan pegawai penguat kuasa. Disarankan agar syarikat terlibat seterusnya menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dapat dijalankan dengan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku. Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 di bawah akta sama dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera dalam tempoh diberikan. Premis akan dibenarkan beroperasi kembali selepas pihaknya berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang diambil.


Dalam portal bharian.com pula ada kisah '
Guna tempurung kelapa hisap dadah' yang wajar di kongsikan beritanya. Apa pun kisah dari Bandar Seri Jempol, NS dimana pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri mengesan taktik terbaharu penagih menggunakan tempurung kelapa sebagai 'dapur' bagi mengaburi pihak berkuasa dan orang ramai. Pengarahnya, Ismail Ahmad Khairi berkata tempurung kelapa tersebuf yang berkenaan dikosongkan dengan sabutnya dibuang sebelum dua lubang ditebuk dan dipasang dengan tiub bertujuan bagi membolehkannya digunakan untuk menghisap syabu. Apa pun kreativiti penagih dadak memang hebat kerana biasanya pihak AADK cuma menemui 'dapur' jenis biasa iaitu botol kaca dan plastik serta tin minuman diubahsuai untuk dijadikan 'dapur'. Kita tidak pernah menemui tempurung kelapa diubahsuai seperti ini sebelum ini. Hasil siasatan mendapati dimana para penagih berpendapat orang ramai atau pihak berkuasa tidak mencurigai tempurung kelapa yang dibawa mereka jika mereka diperiksa. Kini tempurung kelapa itu ditemui pihaknya ketika Op Gempur Perdana AADK Daerah Jempol di sekitar FELDA Palong  dimana ada seramai 68 orang penagih lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi itu. 
Atikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya berkaitan kisah menarik tempurung kelapa. Semuga semua tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...APA KISAHNYA..
BANYAK MEDIA...MELAPORKANNYA...
MEMANG MENARIK...KONGSI FAKTA...
SUMA MEMBACA...MUDAH FAHAMNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...