Support My Blog

Tuesday, May 13, 2025

TERNAK UDANG GALAH

UDANG GALAH
(Macrobrachium rosenbergii) adalah salah satu spesies udang air tawar yang paling meluas dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang sangat penting di Malaysia dan beberapa negara lain. Bagi penulis blog dimana industri bagi ternakan udang galah juga mendapat perhatian di Malaysia melalui pengusaha komersial dan juga hidup liar di sungai-sungai sedia ada. Dilaporkan dimana saiz panjang badan purata udang galah dewasa lazimnya ia tidak lebih dari 25cm. Paling di cari pemancing udang galah di beberapa sungai di Malaysia adalah 'Udang Galah Sepit Biru' yang amat seronok ketika menariknya daripada dalam sungai. Penulis blog memang ada hobi memancing udang galah ketika bertugas di Mersing, Segamat dan Muar dimana memancing udang galah dengan sampan sewa merupakan satu aktiviti berbaloi. Udang galah walaupun merupakan udang air tawar akan tetapi selalu larvanya hidup di perairan air payau yang mempunyai kadar saliniti atau kemasinan yang tertentu. Kemudian apabila udang ini membesar menjadi udang dewasa maka ia boleh hidup dalam persekitaran air tawar. Udang galah mempunyai habitat atau taburan yang sangat luas dimana ia juga sering dijumpai di kawasan tropika seperti Malaysia dan negera jiran lain. Apa pun terkini dengan aktiviti penyelidikan berterusan oleh para penyelidik dlaporkan udang galah kini boleh diternak secara komersial atau ia sama seperti udang harimau dan udang putih dimana ia juga merupakan spesies haiwan yang penting dalam industri akuakultur di Malaysia.  Udang galah lazimnya ia mempunyai saiz badan yang besar dan boleh dikatakan ia juga adalah salah satu spesies udang air tawar terbesar untuk di makan. Ada beberapa kajian juga menunjukkan bahawa semakin gelap perairannya maka kemungkinin akan semakin besar saiz udang galah tersebut. Bagi penulis blog dimana secara amnya udang galah mempunyai saiz badan yang besar dan boleh dikatakan sebagai salah satu spesies udang air tawar terbesar dengan panjang badan udang galah dewasa adalah sekitar 25 cm. Kini didalam ternakan udang galah pula dimana pakar luar negara menegaskan bahawa asasnya adalah dengan menyediakan persekitaran air yang sesuai dan memastikan ketumpatan udang galah yang betul. Ini perlu disertai dengan penggunaan teknik seperti membersihkan kolam, teknik pembajaan air, rawatan larva, teknik pemberian makanan, pengurusan stres, dan pengurusan kualiti air. Apa pun kesemua langkah ini adalah penting untuk memastikan kawalan yang berkesan sepanjang proses ternakan udang galah. Habitat sesuai ini membolehkan pertumbuhan udang galah akan lebih cepat, kadar penyakit yang rendah dan saiz yang besar dan seragam dapat dicapai apabila tempoh ternakan berakhir. Saya pada kedinginan subuh ini menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa cara ternak dan kisah udang galah untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Menternak udang galah merupakan satu kerja yang tidak mudah untuk dilakukan sebab ada banyak faktur yang mana menentukan kejayaan atau kegagalan berlaku. Kalau ikan mati ianya akan timbu di permukaan air dan mudah di kenalpasti akan tetapi kalau udang mati ianya akan tenggelam di dasar kolam dan tidak kelihatan untuk di diagnos. APa pun secara umumnya bagi penyediaan kolam ternakan udang galah berskala komersil adalah disarankan memilih kolam yang berkeluasan 5-10 ekar keseluruhan kawasan dengan kedalaman air dalam kolam sebaiknya diantara 1.2 hingga 1.5 meter. Pastimya ada sumber air bersih yang berterusan sepanjang masa dengan kualiti air yang di jamin tidak tercemar. Sebagiknya bagi aktiviti melepaskan benih udang galah dimana saiz benih udang galah yang disyorkan adalah sekitar 3-4 cm panjang dengan kepadatan ternakan sebanyak 70,000 hingga 80,000 ekor setiap ekar (Sila lihat foto disebelah). Hasil tinjauan penulis blog kepada ramai penternak udang dan sebagai syor teknikal dimana biasanya pengusaha akan melakukan pembasmian kuman pada kolam 12 hari sebelum melepaskan benih udang galah dengan menggunakan 200 kg kapur hidup bagi setiap ekar. Ini amat kritikal jika kolam tersebut sudah beberapa kali di ternak dengan spesis udang sebab semua patogen penyakit perlu di basmi. Sebaiknya 6 hari sebelum melepaskan benih ia perlu diberikan baja organik yang dibuat daripada campuran najis ayam dan bakteria asid laktik dengan nisbah berat 100:2 ditabur dan dibiarkan untuk diperam selama tiga hari sebelum disembur ke dalam kolam. Apa pun disepanjang proses semasa menternak udang galah sebaiknya setiap 8 - 10 hari iaitu sebanyak 200 gram asid amino vitamin ditambah bagi setiap ekar untuk menstabilkan keseimbangan tumbuhan alga serta memastikan pH air kekal antara bacaan pH7.5 - pH8.8. Satu lagi petua dimana sebelum melepaskan benih dimana benih atau larva udang galah perlu dirawat dulu dengan ubat menggunakan iod metionina selama 20 - 30 minit dengan dos sebanyak 0.3 gram iod metionina bagi setiap meter padu air. Pengusaha perlu mempunyai asas ilmu pengetahuan dan juga beberapa peralatan menguji air, mengenalpasti jenis makanan sesuai dan ilmu diagnosis penyekit didalam menternak udang galah. 


Salah satu ancaman didalam menternak udang galah yang selelu berlaku adalah gangguan berdasarkan perubahan cuaca dan keadaan kesihatan udang dimana sebaiknya penternak perlu menyesuaikan kuantiti pemberian makanan untuk mengurangkan lebihan sisa makanan dan kekotoran, sekali gus mengurangkan bekalan nutrisi bagi patogen. Sebaiknya semasa proses pemberian makanan dimana setiap kilogram makanan udang dicampurkan dengan bahan ubat untuk mampu ia meningkatkan daya tahan penyakit dan ketahanan stres udang galah. Penternak juga disyorkan menggunakan 200-300 gram oksigen tambahan berbentuk butiran yang mengandungi natrium karbonat bagi setiap ekar terutama pada waktu malam untuk meningkatkan tenaga udang galah. Ini juga membantu menghalang pembiakan bakteria vibrio dan aeromonas. Apa pun lazimnya jika terdapat kemudahan baik dimana para penternak udang galah akan menggunakan bahan pembasmi kuman yang kurang merangsang seperti iod metionina untuk proses pembasmian kuman. Penternak juga perlu menyesuaikan jumlah makanan yang diberi berdasarkan perubahan cuaca dan kesihatan udang iaitu penting bagi cara mengurangkan sisa makanan dan kekotoran dalam kolam ternakan dimana ini sekaligus mengurangkan sumber nutrien untuk patogen. Semasa musim hujan yang lebat atau ketika hujan berhenti seketika dimana penternak perlu menyembur bahan penstabil kualiti air ke seluruh kolam untuk ianya dapat meningkatkan daya tahan stres udang galah. Apa pun penting dijaga dimana dalam segi pengurusan kualiti air dimana para penternak boleh menggunakan bakteria bermanfaat seperti Bacillus, Bakteria nitrifikasi, Bakteria Asid Laktik, Bakteria fotosintesis, dan EM (Effective Microorganisms) untuk tujuan memperbaiki kualiti air. APa pun perlu juga bagi menggunakan mikroorganisma khusus iaitu setiap 7-8 hari sekali iaitu dengan menggunakannya secara bergilir antara Bacillus, bakteria fotosintesis, dan EM setiap 21-24 hari. Langkah ini dilaporkan ia akan membantu menyeimbangkan kandungan alga dan bakteria dalam air kolam serta mampu untuk mengawal tahap kejernihan air antara 30-40 cm. Cara ini dilaporkan juga akan dapat menstabilkan kualiti air serta mengurangkan kandungan bahan berbahaya dalam kolam. Apa pun penting dimana dalam cara pemberian makanan kepada udang galah pastikan yang makanan diberikan dua kali sehari iaitu dengan setiap sesi berlangsung selama tiga jam. Jumlah makanan yang perlu diberikan adalah sebanyak 4-6% daripada berat badan udang galah dan di jaga mengikut peringkat umur.


Menarik kisah bagaimana '
Proses benih udang galah' dimana walaupun ada penternak berdepan pelbagai rintangan dan cabaran ada dua sahabat karib mengusahakan kolam ternakan udang galah di Terengganu yang turut mempunyai pusat pembenihan udang galah di atas bukit di Kampung Kua, Kuala Berang, Terengganu. Bagi Mohd Rahmat (32) dakwa iaitu selepas dua tahun mengusahakan penternakan udang galah dengan benihnya dibeli daripada pembekal di Manjung, Perak dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kini dia dan rakan kongsinya Syed Mohd Imran (24) yang beralih dalam melakukan pembenihan sendiri untuk mendapatkan benih udang bagi penternakan. DIlaporkan mereka membelanjakan RM25,000 untuk membina pusat pembenihan seluas 15 meter panjang dan lima meter lebar selain mempunyai kelengkapan pembenihan antaranya tangki gentian kaca, gas oksigen dan akuarium. Ternakan udang galah diusahakan sejak 2016 ini mempunyai 28 kolam dimana kini hanya 12 kolam yang aktif dan mengeluarkan hasil antara 45 hingga 48 kilogram udang setiap kolam, manakala putaran pengeluaran hasil ialah dua kali setahun dimana dengan adanya pusat pembenihan sendiri mereka kini tidak perlu lagi mendapatkan benih daripada pihak luar kerana setiap kolam memerlukan 2,500 hingga 3,000 benih udang yang mendapat permintaannya paling tinggi khususnya dalam pengusaha kolam pancing di sekitar Terengganu. Kini pusat pembenihan udang galah yang diwujudkan bersama rakan pada penghujung tahun lalu kini mempunyai 70,000 benih udang galah yang sudah menetas dan berada di dalam tangki asuhan. Induk udang galah diperoleh daripada individu yang menjalankan aktiviti membubu udang di Sungai Nerus, Kuala Nerus dan dengan adanya pusat ini saya bersama rakan dapat menjimatkan kos membeli benih, selain dapat menternak udang dalam kuantiti lebih banyak. Udang galah diternak secara konvensional tanpa menggunakan alat pengudaraan dan ketahanan udang daripada serangan penyakit mendorong dia dan rakan memperluaskan perusahaan yang dijalankan. Kawasan kolam yang terletak kira-kira empat kilometer dari laluan utama dan berada di atas bukit membolehkan setiap kolam dibekalkan dengan air bukit pada setiap masa. Selain itu, proses menuai hasil juga lebih mudah apabila saluran dibuka bagi tujuan iaitu mengeringkan kolam untuk tujuan penuaian hasil. Kin kolam bersaiz 12 meter panjang dan lapan meter lebar itu mampu memuatkan 3,000 anak udang galah yang diperoleh hasil bantuan Jabatan Perikanan Daerah Hulu Terengganu dan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, Glemi Lemi, Jabatan Perikanan, Jelebu, Negeri Sembilan. Kos permulaan agak tinggi iaitu RM20,000 kerana perlu menyewa jengkaut untuk membina kolam di kawasan bukit itu dan usaha dilakukan amat memuaskan hati apabila udang yang diternak dapat dijual selain permintaannya tinggi. Kolam ini tidak memerlukan penjagaan khusus kerana kami hanya membiarkan saja udang di dalam kolam, selain tidak menggunakan sebarang peralatan moden yang memerlukan pengawasan sepanjang masa. Semuga artikrl ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TERNAK UDANG GALAH... ADA CARA...
KOLAM DI BINA...MASUK BENIHNYA...
DIBERI MAKAN...RAWAT SENTIASA...
BACA ARTIKEL ... SUDAH JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...