Support My Blog

Friday, May 2, 2025

SEMBANG TENTANG BAJA NPK (PART 1)

APAKAH ITU BAJA NPK ?.
Perkataan 'NPK' dalam pertanian adalah merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman kepada mereka yang belajar dan terlibat dalam bidang pertanian. Hanya mereka yang biasa berkebun atau mereka yang mempunyai kerja berkaitan dengan sektor tanaman dan pertanian sahaja merupakan kumpulan yang mana tahu akan maksud NPK. Pada orang ramai yang masih aktif berkebun menggunakan baja kimia yang biasanya ada tertera tulisan NPK pada bungkusannya seperti N:15 P:15 K:15 atau pun baja N:12 P:12 K:17:2 (Sila lihat foto pada bungkusan baja diatas). Tetapi mungkin juga ramai orang ramai yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya. Penulis blog yang telah 39 tahun berkecimpung dalam sektor pertanian dan sering memberi ceramah teknikal kepada agen-agen pengembangan pertanian sudah memang amat biasa dengan perkataan NPK dan juga nombor-nombor yang tertera pada formulasi baja tersebut. NPK sebenarnya singkatan abjad yang bermaksud sebagai unsur kimia iaitu bahan Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (P - Potasium) dimana nombor-nombor yang ditulis disebelahnya pada bungkusan baja NPK adalah ia bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut. Sebagai contoh jika dipaparkan pada bungkusan nbaja N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan unsur Kalium (Potasium) sebanyak 17%. Apa pun penulis blog dapati ia memang amat penting bagi pemain industri pertanian dalam memahami asas kepada formulasi didalam proses pembuatan baja dan tahu keperluan formulasi NPK bagaimana yang dijual kemudian akan dibeli untuk tanaman mereka. Kadar angka NPK ini lazimnya diformulasi mengikut keperluan khusus seperti jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim tanaman, jenis tanah, kaedah pengurusan, fsktor cuaca atau keadaan faktur lain. Artikel pada subuh Raya Aidilfitri ke 8 tahun 2025 ini saya sembang degan menulis dalam blog "Anim Agro Tecgnology" mengenai apa itu baja NPK sebagai asas untuk pembaca semua dapat memahami baja tanaman untuk dirujuk.


Bagi penulis blog wajar untuk semua mengetahui dan memahami apa itu Baja NPK yang merupakan singkatan kepada unsur keperluan pertumbuhan tanaman iaitu Nitrojan (N), Posforan (P) dan Kalium (K). Unsur baja 'N' atau unsur Nitrogen dimana peranannya adalah nitrogen penting untuk merangsang pertumbuhan daun hijau yang subur dan pertumbuhan keseluruhan tanaman. Ia adalah komponen utama klorofil, pigmen yang bertanggungjawab untuk fotosintesis, dan menyokong pengeluaran asid amino dan protein. Unsur N bermanfaat bagi pertumbuhan daun yang lebih baik, peningkatan daya hidup tanaman, dan hasil tanaman yang lebih tinggi. Penting faham akan kata kunci bagi N iaitu ia baja nitrogen, pertumbuhan daun, klorofil, protein tanaman, daun hijau. Kedua adalah unsur 'P' atau Fosforus yang Peranan: Fosforus penting untuk perkembangan akar yang kuat, penghasilan bunga dan buah, serta pemindahan tenaga dalam tanaman. Ia membantu dalam pembentukan DNA, RNA, dan ATP (adenosina trifosfat), yang penting untuk metabolisme tanaman. P bermanafaat bagi sistem akar yang lebih kuat, pembungaan yang lebih baik, dan pengeluaran buah dan biji yang lebih tinggi. 'P' adalah baja fosforus, fungsi pertumbuhan akar, penghasilan bunga, perkembangan buah dan juga untuk metabolisme tanaman. Ketiga adalah unsur 'K' dimana ia adalah Kalium yang berperanan: Kalium mengatur pelbagai proses fisiologi, termasuk pengambilan air, pengaktifan enzim, dan fotosintesis. Ia meningkatkan kemampuan tanaman untuk menahan stres dan memperbaiki kualiti buah dan sayuran. K berguna bagi ketahanan terhadap kekeringan yang lebih baik, kualiti buah yang lebih baik, dan kesihatan tanaman secara keseluruhan. Bagi k dimana ia adalah baja kalium, ketahanan terhadap stres, pengaktifan enzim, kualiti buah dan menjaga kesihatan tanaman. Pentig semua faham akan nisbah NPK yang ditulis pada semua jenis pembungkusan baja menunjukkan peratusan setiap nutrien yang terkandung dalam produk tersebut. Sebagai contoh, baja yang dilabel 10-20-10 mengandungi 10% nitrogen, 20% fosforus, dan 10% kalium. Nisbah ini membantu anda memilih baja yang memenuhi keperluan spesifik tanaman anda pada pelbagai peringkat pertumbuhan. Cara menggunakan Baja NPK adalah dengan memilih Nisbah yang Betul iaitu dipadankan nisbah NPK dengan tahap pertumbuhan tanaman anda (contohnya, tanaman berbunga memerlukan fosforus yang lebih tinggi, sementara tanaman daun memerlukan nitrogen yang lebih tinggi). Sebagai panduan aplikasi baja NPK perlu mengikuti arahan pengeluar untuk kadar aplikasi untuk mengelakkan penggunaan berlebihan dan memastikan penyerapan nutrien yang optimum. Perhatikan tindak balas tanaman dan sesuaikan jenis atau nisbah baja jika diperlukan untuk menangani sebarang kekurangan atau simptom atau tanda ketidakseimbangan pada tanaman.


BAJA
adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang sering dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), Phosforus (P) dan Kalium (K) atau seing disebit sebagai baja NPK yang mana ia dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Biasanya antara bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah dan membantu utuk meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment) atau pun pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bagi menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Kini terdapat 18 unsur pemakanan tumbuhan yang diperlukan oleh tanaman dimana ia mengikut peringkat pertumbuhan, cara pengambilan unsur pemakanan tersebut dan jenis tanaman. Unsur yang paling utama dan paling penting dalam pertumbuhan hampir kesemua jenis tanaman ialah Nitrogen, Fosforus dan Kalium (N,P,K). Unsur Nitrogen sangat penting bagi pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal percambahan sehingga peringkat pembentukan daun. Unsur Fosforus pula dilaporkan amat penting bagi tanaman boleh lakukan pembentukan akar dan dahan, manakala unsur Kalium pula penting dalam pembentukan bunga dan buah. Dalam dunia pembajaan lazimnya disebuta 2 jenis baja asas iaitu Baja Kimia dan Baja Organik. Baja kimia adalah baja yang selalu dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik. Lazimnya kesan dari kekurangan tiga unsur utama ini akan menampakkan simptom secara umumnya pada daun (kurang nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang fosforus) dan tidak membentuk bunga (kurang kalium). Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur sekunder yang tidak kurang pentingnya dalam pertumbuhan tanaman iaitu kalsium, magnesium, sulfur dan sodium yang diperlukan tanaman untuk pertumbuhan yang subur.


Perlu diketahui dimana selain daripada unsur utama (NPK) juga ada unsur sekunder didalam baja ada juga unsur surih atau Pekit (Minor element) seperti Boron (B), Zink (Zn), Ferum (Fe), Manganan (Mn), Klorin (Cl), Molybdenum (Mo), Cobalt (Co) dan Tembaga (Cu) yang diperlukan oleh tanaman tetapi dalam jumlah yang sedikit. Unsur Pekit ini maksudnya sama ada atau tidak ada unsur surih ini dalam pembajaan tidaklah begitu signifikan dari segi pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun jika kepekatan unsur surih tinggi dalam tanah dimana ia akan menyebabkan toksik (keracunan) terutama bagi tanaman yang baharu disemai. Unsur seperti Oksigen (O2), Karbon (C) dan Hidrogen (H) yang tanaman perlukan adalah didapati daripada atmosfera iaitu dalam bentuk karbon dioksida dan air. Namun begitu biasanya unsur karbon dan hidrogen terdapat dalam baja urea disebabkan oleh penghasilan baja urea melalui proses ‘Haber’. Baja urea dihasilkan daripada gabungan gas nitrogen daripada atmosfera dengan hidrogen daripada gas asli contohnya seperti metana seterusnya membentuk gas ammonia. Secara teknikal dimana baja boleh dikelaskan mengikut empat kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu Baja Kimia (bukan organik), Baja Organik, Baja Galian (mineral) dan Baja Organik Sintetik. Cara pelepasan nutrien dalam setiap jenis baja ini adalah berbeza mengikut kandungan nutrien baja tersebut. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di rujuk kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA NPK... APAKAH BENDANYA...
SINGKATAN UNSUR...3 JENISNYA...
NITROJEN, POSFORAN... ITU 'NP'
'K' PULA... KALIUM SINGKATANNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...