Support My Blog

Monday, May 5, 2025

KISAH MENARIK TEMPURUNG KELAPA (PART 3)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2024 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah menarik tentang tempurung kelapa ianya untuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Di Machang, Kelantan ada pengusaha '
Pasangan suami isteri hasil 10 tan arang daripada tempurung kelapa' yang gigih dan wajar di contohi. Ada sepasang suami isteri dari Banggol Chantek sudah memanfaatkan tempurung kelapa terbuang di bandar ini untuk menghasilkan kira-kira 10 tan arang tempurung pada setiap bulan. Usaha Roswadi (50) dan isterinya, Hasni Mat Seman (39) kini tidak sia-sia apabila arang daripada tempurung kelapa yang dihasilkan mereka mendapat permintaan sehingga ke luar negara. Mereka mengusahakan arang tempurung sejak tujuh tahun lalu untuk dijual kepada peniaga kedai makan di sekitar Machang, malah turut dihantar ke kilang seluruh negara sebelum ia diproses semula menjadi pelbagai produk sampingan seperti kosmetik dan dieksport ke luar negara seperti Turkiye serta China. Arang tempurung yang dihasilkan akan melalui proses pembakaran secara tertutup di atas tanah lapang seluas dua ekar (0.8 hektar) menggunakan 10 tong logam dan gok (relau) yang diperbuat daripada batu bata dan tanah lumpur. Pada kebiasaannya kami memproses arang bermula jam 8 pagi tertakluk kepada keadaan cuaca, yang mana tempurung kelapa akan dimasukkan ke dalam tong logam serta gok untuk dibakar selama lapan jam sebelum dijemur serta dikeringkan. Selepas menjadi arang, tong logam dan gok akan melalui proses penyejukan sebelum kami mengeluarkan arang ini untuk proses pembungkusan dan diambil oleh kilang untuk dijadikan pelbagai produk. Kini disebabkan tuntutan kerja sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Machang maka dia perlu bijak membahagikan masa agar waktu kerjanya tidak boleh terganggu setiap kali ke bangsal untuk memproses arang. Bapa kepada lima anak berusia di antara sembilan hingga 17 tahun ini berkata, kebiasaannya dia mengambil tempurung kelapa yang dibuang di tempat pembuangan sampah di sekitar Machang dan selain membelinya dengan peniaga di kedai santan yang dijual di antara RM1 hingga RM1.50 bagi seguni tempurung kelapa. Kini permintaan arang tempurung sentiasa ada dan sangat tinggi, namun dalam sehari kami hanya dapat memproses kira-kira 200 hingga 300 kilogram tempurung kelapa. Permintaan terhadap arang tempurung akan meningkat lebih dua kali ganda setiap kali Ramadan berbanding hari biasa kerana ia turut dibekalkan kepada peniaga bazar di sekitar Kelantan. Kalau pada awalnya dia hanya belajar membuat arang tempurung daripada adiknya dan menggunakan dua tong logam untuk membakar tempurung kelapa yang akan diproses menjadi arang di halaman rumahnya. Dia dan isteri hanya menjual arang tempurung kepada peniaga secara kecil-kecilan sehinggalah ia mendapat permintaan tinggi dan kini kami menjadi antara pembekal arang tempurung di Kelantan dan seluruh negara. Arang masih diperlukan untuk membakar ikan, sate atau barbeku dan terutama dalam kalangan peniaga. Walaupun terdapat pelbagai peralatan moden untuk memanggang, pasti akan ada permintaan terhadap arang dalam kalangan pengguna yang lebih gemarkan kaedah tradisional menggunakan bahan bakar semula jadi. Arang tempurung yang sudah siap akan ia dimasukkan ke dalam guni untuk dihantar ke kilang yang memerlukan arang berkenaaan.  


Tidak jauh dari pengusha diatas di mana di Machang juga dimana dilaporkan 'P
eniaga arang tak menang tangan terima tempahan pelanggan' sesuai di jadikan bahan rujukkan. Seorang peniaga arang sanggup berulang-alik sejauh 110 km setiap hari untuk memproses arang tempurung yang diusahakan selepas tempahan meningkat lebih 50% sempena sambutan Hari Raya saban tahun. Bagi Nik Zaki Alhadi (32) yang tinggal di Kpg Tanjung Mas, Kota Bharu memandu kenderaannya ke Kampung Bukit Tiu dan tidak menang tangan menghantar bekalan arang kepada pelanggan di seluruh negeri. Dia ada memproses arang itu memberitahu mula sibuk mengumpul tempurung sebelum dihantar kepada seorang pembakar di Kandis, Bachok. Dia mengupah pembakar tempurung pada harga RM1 sekilogram dan maksimum penghantaran ialah 200 kilogram seminggu. Aktiviti pembakaran arang tempurung sebenarnya tahan lebih lama iaitu antara tiga hingga empat jam berbanding arang kayu. Foto paling bawah adalah menunjukkan arang tempurung yang sudah dipek dan akan dihantar kepada pelanggan. Biasanya dalam tempoh pembakaran itu, beberapa kilogram ikan dapat dibakar selain daging yang masak lebih elok tanpa menunggu lama. Apa pun selalunya pelanggan tidak berkira walaupun harganya agak mahal berbanding arang kayu namun sangat berbaloi dan lebih jimat. Dia berkongsi kaedah pembuatan arang dengan membeli bekalan tempurung kelapa di beberapa kedai menjual santan di sekitar bandar dan Pulai Chondong di Machang, Pasir Puteh serta Kuala Krai. Bapa kepada tiga anak berusia di antara dua hingga lapan tahun itu berkata, membuat arang mengambil masa agak lama kerana proses mengering yang lambat bergantung pada cuaca.Kini dia amalkan kaedah pengeringan dilakukan secara manual sahaja kerana dia masih mengumpul modal untuk membeli peralatan khas. Dia juga bersyukur kerana arang ini berkualiti tinggi dan lebih mampat yang menjadi faktor pembakaran lebih baik. Dia yang juga bekas seorang kakitangan di sebuah syarikat automotif itu berkata, arang yang siap proses akan diuji dengan cara membakarnya terlebih dahulu sebelum dijual. Arang akan dilupuskan jika pembakaran kurang dari tempoh dua jam kerana mahu memastikan pelanggan berpuas hati. Dulu asalnya dia hanya belajar memproses arang melalui YouTube namun kini sudah mempunyai dua mesin khas untuk tujuan membancuh dan membentuk arang. Dia yang kini mempunyai dua pembantu sedang memikirkan untuk bekerjasama dengan beberapa kedai runcit di negeri ini bagi meluaskan pasaran arang tempurungnya.


Tempurung kelapa memang diantara bahan yang paling sering di olah menjadi kratangan. Di Malaysia k
raf tangan dari tempurung dan batang kelapa seperti yang dihasilkan oleh Pengusaha Kraf Kelapa, Mad Saril Ahmad (63) di Bagan Datuk amat berkualiti. Dia yang tinggal di kawasan penanaman kelapa mampu memanfaatkan daerah tempat tinggalnya Bagan Datuk, iaitu antara hab penanaman kelapa terbesar negara, bekas pekerja swasta tersebut 'menukarkan' tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraftangan bernilai tinggi. Dia dakwa  idea mencipta barangan dan perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul, pada 2011. Dia memang ada bakat seni sikit melihat di dimana ada banyak penanaman kelapa matang disekeliling kampongnya dan ramai penjual santan memang akan bakar tempurung yang tak digunakan. Dia akan borong tempurung kelapa yang terbiar atau kelaa terbiar yang jatuh banyak jumlahnya. Dia akan bentukkan untuk hasilkan cenderamata kecil seperti key-chain dimana cenderamata dari tempurung itu mendapat sambutan, dimana dia mula menghasilkan jenis  barangan lebih besar saiznya seperti replika pokok kelapa, jambangan bunga malah menghasilkan mangkuk dan barangan dapur seperti sudip dan sebagainya. 


Kisah bagaimana '
Pensyarah UMP cipta konkrit ringan' wajar untuk dikongsikan.  Menyedari kos bahan binaan yang kian meningkat, sekumpulan penyelidik dan pelajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan konkrit ringan untuk sektor binaan menggunakan sisa bahan buangan industri kelapa sawit. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam UMP Dr Khairunisa Muthusamy berkata agregat ringan berkenaan dihasilkan daripada tempurung kelapa sawit dan bahan separa pengganti simen daripada abu terbang tanaman itu yang disifatkan lebih mesra alam dan tahan lama. Apa pun penyelidikan mengenainya dimulakan pada 2013 disertai pensyarah lain dan beberapa pelajar pascasiswazah dan kini ciptaan itu sedang dalam proses dipatenkan. Negara akan mengalami masalah kekurangan batuan untuk binaan kerana kepesatan pembangunan sektor industri. Sumber batuan ini pula selepas diguna lama-kelamaan akan habis.  Jadi sebagai alternatif, kita menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan ganti agregat kasar seperti batu granit untuk membuat konkrit yang lebih ringan. Dia yang juga ketua penyelidik kajian itu berkata langkah itu juga adalah antara usaha untuk mengurangkan kegiatan perlombongan dan kuari batu yang kini semakin meningkat berikutan keperluan industri pembinaan sehingga memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini akan memberi impak negatif kepada generasi akan datang yang bakal berhadapan dengan situasi kekurangan batu semula jadi untuk kegunaan industri pembinaan. Idea menghasilkan produk inovasi itu tercetus daripada hasrat kerajaan yang semakin bergerak ke hadapan untuk aplikasi teknologi hijau dan usaha menguruskan sisa buangan industri kelapa sawit dengan efisien. Malaysia adalah antara pengeluar terbesar minyak sawit di dunia dan industri ini banyak menjana sisa pepejal. Tempurung kelapa sawit dan abu terbang kelapa sawit adalah antara sisa tersebut. Kes bagaimana pembuangan abu terbang kelapa sawit di tapak buangan menyebabkan pencemaran alam. Memang kita ada konkrit biasa untuk pembinaan, tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan konkrit ringan yang mesra alam. Setakat ini, belum ada lagi konkrit ringan yang dhasilkan dengan mencampurkan dua jenis sisa buangan industri, itulah kelainan konkrit ringan yang kami hasilkan. Abu terbang kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan gantian simen lebih mesra alam serta berkeupayaan meningkatkan kekuatan dan lebih tahan lasak berbanding konkrit biasa menggunakan simen sepenuhnya. Kajian menunjukkan sekiranya kita menggunakan sedikit abu ini, ia akan meningkatkan kekuatan konkrit ringan. Konkrit ringan ini hanya menggunakan simen 80 peratus manakala 20 peratus lagi digantikan dengan abu terbang kelapa sawit. Harganya 30 peratus jauh lebih murah berbanding konkrit sedia ada. Ini kerana ia tidak mengandungi agregat semula jadi yang perlu dibeli daripada pengusaha kuari serta mengandungi kuantiti simen yang kurang. Apa pun kebanyakan industri pembinaan di negara maju telah pun menggunakan konkrit ringan kerana kos yang lebih efektif, namun di Malaysia ia masih merupakan perkara baharu. Sehubungan itu, beliau berharap penggunaan bahan itu dapat dikomersialkan di negara ini sama ada dalam bentuk konkrit bancuh siap mahupun konkrit pratuang sekali gus dapat memelihara alam sekitar daripada pencemaran sisa buangan industri kelapa sawit. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya berkaitan kisah menarik tempurung kelapa. Semuga semua tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...APA KISAHNYA..
BANYAK MEDIA...MELAPORKANNYA...
MEMANG MENARIK...KONGSI FAKTA...
SUMA MEMBACA...MUDAH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...