
BAWANG DAUN atau DAUN BAWANG (Allium fistulotum) adalah sejenis tanaman atau tumbuhan dari keluarga LILIACEAE yang di tanam di Malaysia dengan komersial. Tumbuhan ini dipercaayai berasal dari Negara China yang disebarkan keseluruh dunia sebagai salad penambah perisa kepada makanan seperti sop, mee goreng, sukiyaki, kueh mueh dan juga masakan ayam. Penggunaan daun bawang di Malaysia agak signifikan dalam makanan Cina dan Melayu sebagai penyedap bau dan rasa makanan. Nama lain daun bawang adalah seperti Welsh Onion ; Bunching Onion (English), Daun Bawang (Malaysia, Indonesia), Ciboule (Peranchis), Buyah (Filipina), khtum sanlok (Kemboja), hanh hoa (Vietnam) dan hom-ton ; hom-chin (Thailand). Artikel ini saya akan bentang teknologi tanaman bawang daun berdasarkan pembacaan buku, pemerhatian persendirian penulis dan perbincangan dengan beberapa petani yang penanam bawang daun di Melaka, Cameroon Highland dan Sekitar Johor.




Penanaman bawang daun di Asia Tenggara lazimnya menggunakan biji benih yang diimpot dari negara temperate dan disemai dalam kotak semaian. Keperluan benih dengan kaedah semaian nurseri sebanyak 2-4 kg/ha tetapi jika di tabur terus diatas batas perlukan benih sebanyak 8-16 kg/ha. Penanaman bawang daun diatas batas perlukan jarak 20 cm x 25 cm antara pokok secara mengubah semian atau membuat penjarangan (Kepadatan tanaman adalah 200,000 pokok sehektar). Anak semaian berukuran sebatang pensil atau 20-30 cm tinngi sesuai di ubah kebatas tanaman.

Tanaman bawang daun seperti pokok bawang mudah diserang penyakit dan perosak. Antara penyakit yang menyerang bawang daun seperti Bintik Ungu /Purple blotch (Alternaria porri), Penyakit Kulapok Downy (Peronospora spp), Penyakit Akar Putih (Sclerotium spp) dan juga penyakit yang di panggil "Yellow Dwarf Virus". Virus ini dibawa oleh serangga aphid yang akan menyebarkan keseluroh kawasan. Musuh tanaman bawang daun seperti Ulat ratus/Army worm (Spodoptera exigua), Ulat Makan Daun (Heliothis spp) dan juga Thrip Bawang (Thrips tabuci) yang mampu memusnahkan tanaman bawang daun.
Penuaian daun bawang di Malaysia dan negara tropika yang lain boleh dibuat sepanjang tahun tidak seperti di negara sejuk. Pokok yang sesuai dituai 2-2.5 bulan selepas ditanam dengan mencabut rumpun bawang, dibersihkan dan diikat ikut bundle. Kerja menuai daun bawang adalah intensif dan perlu berhati-hati agar daun bawang tidak rosak. Purata pengeluaran hasil bawang daun berbeza-beza seperti di Indonesia pada purata 7 mt/ha, di Taiwan (10-16 mt/ha) semantara di Jepun dan Korea mampu mencapai 25 mt sehektar. Pengeluaran bawang daun di Malaysia sekitar 4-5 mt sehektar dikawasan tanah rendah dan 5-6 mt/ha dikawasan tanah tinggi.
Bawang Daun adalah sejenis sayuran yang dikira agak penting juga untuk dikomersilkan dengan meluas apabila pasaran terjamin. Malaysia mampu menanam bawang daun sepanjang tahun kerana tidak ada gangguan cuaca. Pastikan anda mampu menanam bawang daun sendiri dari umbisi bawang merah yang ditanam didalam pasu. Kajian mengenai tanaman bawang daun perlu diteruskan di Malaysia dengan mencari spesis yang lebih sesuai dan amalan teknologi yang masih kurang di negara kita. Semuga artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada yang membacanya. Sekian.
TANAM BAWANG.....BAWANG DAUN.....
BANYAK DITANAM.... SEPANJANG TAHUN...
DAUN BAWANG....BANYAK GUNANYA....
TANAM SENDIRI...JIMAT BELANJANYA....
Related articles:
1. Bawang Putih (Klik disini)
2. Bawang Merah (Klik disini)
3. Leek (Klik disini)
4. Chacha Layar (Klik disini)
5. Saderi -Celery (Klik disini)
By
1. Bawang Putih (Klik disini)
2. Bawang Merah (Klik disini)
3. Leek (Klik disini)
4. Chacha Layar (Klik disini)
5. Saderi -Celery (Klik disini)
By
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.