
SAWI HIJAU (Brassica rapa cv group Caisin) atau Pak Choi merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori sawi dari keluarga Cruciferae. Tanaman ini merupakan salah satu daripada 5 jenis sayur daun yang luas di tanam di Malaysia setiap tahun. Beberapa jenis sawi lain yang di tanam di Malaysia seperti sawi pahit, sawi jepun, sawi bunga , sawi putih dan juga kailan. Seluas 8,230 hektar sawi di tanam di Malaysia pada tahun 2010 dengan sebanyak 23,565,000 kilogram bernilai lingkungan RM 24 juta. Kajian penulis mendapati Negeri Johor adalah negeri yang menanam paling luas sawi hijau iaitu seluas 2,280 hektar (27%) daripada pengeluaran sawi di Malaysia. Nama lain sawi hijau adalah seperti Caisin, Flowering white cabbage (English), Mock Pak Choi (USA), Caisin ; Sawi Hijau ; Sawi Kembang ; Sawi Kembang (Malaysia) dan Phakkwantung ; phakkat-kheokwangtung (Thailand). Sawi merupakan tanaman singkat masa dan ditanam secara komersil monokrop oleh petani yang bertaraf komersil juga. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk memberikan teknologi tanaman sawi hijau berdasarkan pembacaan buku teknologi, pemerhatian di kebun komersial sawi dan hasil temubual dengan beberapa petani terutama di Johor yang mana saya bertugas hampir 15 tahun.





CEPAT BERHASIL...SEBULAN SAHAJA...
HARGA 10 SEN/KG..ITU CABARANNYA..
SAYUR UTAMA ..DALAM MALAYSIA...
HARGA 10 SEN/KG..ITU CABARANNYA..
SAYUR UTAMA ..DALAM MALAYSIA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Sayuran Yongkah,
Machap, Kluang,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 20 Oktober 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.