Support My Blog

Friday, January 3, 2025

SEMBANG PENTINGNYA LANDSKAP DI RUMAH (Pt 2)

KEPENTINGAN LANDSKAP
(Landscape) dikeliling rumah sangat perlu dalam menentukan dan menstabilkan emosi penghuninya. Landskap adalah ia merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik dan tumbuh-tumbuhan terutamanya pemandangan kawasan desa atau taman dikawasan perbandaran. Konsep landskap juga dikaitkan dengan keadaan udara iaitu salah satu daripada saluran penting sumber nyawa kepada makluknya. Udara bersih menjadikan hidup manusia dan udara yang tercemar kan menyebabkan kesan negatif ibarat manusia yang mudah diserang penyakit. Aspek pencemaran alam sekitar bermakna kehidupan manusia juga bakal tercemar dimana perlu untuk semua menjaga alam sekitar iaitu perlunya teknologi hijau. Bermakna perlunya manusia kepada perlandskapan yang perlukan dan melibatkan proses merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia untuk bahagia. Kini ramai yang faham dimana landskap adalah taman buatan manusia dimana ada konsep rekabentuk landskap yamn mana ia menggabungkan elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk menwujudkan ruang di kawasan terbuka. Dalam pada itu di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau syarikat ada di lakukan aspek landskap yang juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman rekreasi bertujuan bagi mencantikkan aura pada pemandangan alam. Lazimnya pembinaan landskap juga ia perlu disesuaikan dengan fungsinya iaitu sama ada untuk bersantai atau hanya untuk sekadar penghias ruang semata-mata atau untuk dapat manuisa bergerak aktif di dalamnya. Diluar sana sudah ada landskap semulajadi namun kini ia mungkin diubah atau dibentuk dalam rekabentuk baru untuk menjaga kepentingan manusia. Manusia akan berusaha memperbaiki keadaan dengan tujuan tertentu yang mana ia melibatkan alam sekitar yang semulajadi diganggu gugat dengan pembinan bangunan, kawasan perumahan, ladang dan sebagainya. Akibat dari itu terjadinya tanah runtuh, pokok-pokok hijau ditebang dan berkurangan. Jika pembangunan tanah ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna maka ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu penting ada konsep perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Kepentingan landskap dapat memelihara alam sekitar dimana landskap selalu menambah nilai estetik sesuatu kawasan dan sekelilingnya termasuk aspek dalam mencantikkan kawasan dan pandangan keliling. Memberi pengguna suasana yang nyaman serta menyegarkan penglihatan akan dapat menghidu udara segar, deruan bunyi angin dari pohon-pohon, siulan burung-burung, bau harum dari kuntuman bunga-bunga.
Secara tidak langsung sekadar dapat melupakan suasana hiruk pikuk yang dialami dan mampu menyerap tekanan semua. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya sembang akan kepentingan landskap untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Aktiviti landskap dilihat ia menjadikan '
Laman indah landskap menarik' dimana memerlukan kesungguhan dan ilmu dalam mengerjakannya. Hasilnya persekitaran halaman rumah dengan elemen semula jadi bantu memberikan ketenangan pada penghuninya dan memberikan ketenangan. Apa pun rumah yang memiliki landskap laman menarik bukan sahaja selesa untuk didiami, malah ia turut memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya. Dari segi nilai hartanah dimana kediaman yang menawarkan latar landskap menarik dikatakan bernilai lebih tinggi berbanding rumah dengan halaman tidak terjaga. Dianggarkan dimana harga kediaman berlandskap menarik dijual sehingga 12% lebih tinggi berbanding rumah biasa. Selain itu, halaman kediaman yang dihiasi dengan landskap pepohon rimbun juga bukan sahaja lebih redup, malah dapat membantu mengurangkan bahang panas di sekitar rumah. Ia dapat membantu pemilik menjimatkan tenaga elektrik kerana bahang panas kurang terasa dan tidak perlu membuka kipas atau pendingin hawa sepanjang masa. Dari segi psikologi pula bila memiliki landskap menarik di halaman rumah juga dikatakan dapat membantu memberi ketenangan kepada penghuninya. Apa pun isu kesibukan harian dan tekanan yang dialami ketika berada di pejabat boleh hilang jika dapat membelai bunga ataupun pokok tanaman lain di laman rumah pada hujung minggu dimana landskap yang redup menyamankan suasana rumah. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa landskap halaman rumah yang terjaga elok dapat membantu didalam mengurangkan risiko jenayah. Kajian pakar jenayah ada mendapati ada hubungan antara kadar jenayah dengan landskap kejiranan. Mereka percaya persekitaran halaman kejiranan dan rumah yang usang, lusuh dan tidak terurus menaikkan dorongan kepada seseorang untuk melakukan jenayah. Sementara halaman yang terurus dan dijaga rapi boleh menenangkan pemikiran dan mewujudkan rasa selamat yang boleh menurunkan risiko jenayah. Apa pun dengan semua kelebihan itu sebaiknya jangan biarkan halaman rumah anda terbiar tanpa dijaga. Keluasan halaman bukan ukuran utama kerana tidak kira luas atau sempit, jika kena cara penataan, ia tetap kelihatan menarik. 


Pada penulis blog bagi pembaca blog yang masih mencari-cari idea untuk menghiasi laman rumah disenaraikan beberapa cadangan untuk dijadikan sebagai inspirasi semua. Pertama adalah perlunya ada 'Kolam atau Air Pancuran' sebab konsep landskap halaman dilihat sememangnya tidak lengkap tanpa elemen air baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Terdapat banyak jenis kolam atau pancuran yang boleh dijadikan pilihan sesuai, namun ia perlu disesuaikan dengan keluasan halaman serta bajet. Kolam ikan koi  misalnya sesuai untuk mereka yang memiliki peruntukan lebih kerana harga seekor ikan itu memang mahal harganya.  Biarpun mahal namun bagi yang mengutamakan kedudukan dimana kolam ikan koi paling sesuai untuk menghiasi halaman rumah. Jika memiliki bajet terhad maka kolam air pancuran biasa juga sudah memadainya kerana kos penjagaannya tidak terlalu tinggi. Kolam air pancuran menjadi pilihan utama untuk landskap halaman rumah kerana bunyian air mengalir dapat memberi ketenangan kepada penghuninya. Sebaiknya kena berhati-hati dalam memilih jenis rumput tiruan supaya tidak timbul masalah penjagaan di kemudian hari. Cadangan kedua adalah 'Pemasangan Rumput Tiruan' dimana ramai yang memilih memasang rumput tiruan di halaman rumah bagi menjadikan kawasan itu lebih hijau dan mendamaikan. Pada penulis blog sebenarnya perlu berhati-hati dalam memilih jenis rumput tiruan supaya tidak timbul masalah penjagaan yang akan timbul di kemudian hari. Ada jenis rumput tiruan jenis 'indoor' jangan sesekali dipasang di luar rumah kerana ia akan cepat rosak kerana terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan. Sebaiknya dipilih rumput tiruan khas untuk guna 'outdoor' dan tahap ketebalan atau kelembutan bergantung kepada jenis serta harga. Bagi cuaca Malaysia misalnya apa yang penulis blog faham antara jenis rumput yang menjadi pilihan ramai ialah 'Japanese carpet grass', 'Philippines carpet grass', 'cow grass' dan 'pearl grass'. Masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya dan terpulang kepada citarasa dan kehendak. Rumput tiruan jenis 'cow grass' dan 'pearl grass' umpamanya dikatakan lebih murah dan tahan lasak, tetapi teksturnya lebih kasar. Rumput 'Japanese carpet grass' dan 'Philippines carpet grass' pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi akan tetapi lebih lembut apabila dipijak selain tampak mewah. Kelebihan utama rumput tiruan antaranya boleh menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan selain selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak. Aspek kekurangannya apabila rumput itu ada risiko boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang matahari. Ada dicadangan untuk buat 'Taman Mini Ala Bali' sebab konsep landskap ini sesuai bagi mereka yang suka atau gemarkan pepohon merimbun, arca hiasan, kolam pancuran, mahupun perabot kayu. Ia juga sesuai untuk semua jenis saiz halaman. Dalam pad itu dicadangkan juga 'Gaya Minimalis Ala Scandinavia' dimana jika halaman rumah ada memiliki keluasan terhad dan dimahukan landskap yang ringkas maka dilihat konsep ini paling sesuai. Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi set kerusi rehat atau meja makan berona semula jadi sudah mencukupi untuk menyerlah keindahan halaman kediaman anda. Boleh juga menggunakan 'Barang Kitar Semula' dimana jika ada banyak barangan yang tidak terpakai boleh dikitar semula untuk mencantikkan lagi halaman rumah. Diantara barangan yang boleh dikitar semula termasuk tayar, tin, botol plastik dan perabut lama. Gunakan kreativiti dan panduan yang ada bagi menghasilkan pelbagai hiasan menarik untuk halaman rumah.


Banyak konsep landskap termasuk 'Persekitaran segar terapi semula jadi' dimana ia menjadi kesukaan ramai orang. Apa pun seni bina landskap turut akan membabitkan sains dan seni mengubah suai kawasan dengan menyusun atur sesuatu yang semula jadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen secara terancang dalam suatu pelan komprehensif. 
Prinsip rekaan landskap pula merangkumi elemen tertentu termasuk kesatuan (harmoni), penegasan (tarikan) dan kepelbagaian (mengelakkan kebosanan). Apa pun keindahan landskap tidak hanya terletak pada kesuburan hamparan hijau tanaman, malah kesesuaian dan keselesaan komuniti di persekitarannya perlu menjadi keutamaan. Ini kerana elemen itulah secara tidak langsung berperanan sebagai terapi semula jadi khusus buat masyarakat bandar yang berdepan tekanan kerja saban waktu. Lantas landskap sejuk mata memandang sering menjadi pilihan supaya waktu berada di rumah lebih bermakna atau pelaburan yang dikeluarkan dengan membeli hartanah eksklusif berbaloi. Apatah lagi landskap itu sendiri mempunyai kepelbagaian fungsi termasuk perlindungan dan teduhan, mengawal pencemaran alam dan mengimbangi ekologi seta kehidupan fauna. Hasil kerja landskap itu menarik dipandang dimana ia memerlukan idea, gabungan, prinsip penanaman, susun atur dan keseimbangan yang perlu diambil kira. Lazimnya bila wujudnya idea ia memerlukan pelan perancangan yang perlu dimulakan terlebih dulu, supaya landskap terhasil mengikut kehendak asal diinginkan. Selain itu perancangan juga penting dalam merealisasikan landskap yang mampu bertahan lama dan menjimatkan kos terutama penyelenggaraannya. Bagi jenis 'Landskap privasi' seperti lokasi di Eco Majestic iaitu lokasi pembangunan perumahan baru di Semenyih, Selangor turut membawa gambaran menarik dalam perancangan landskap di keseluruhan persekitarannya. Semuanya dilihat ia dirancang rapi supaya pemilik kediaman di kawasan itu lebih selesa dan berada dalam suasana privasi sepanjang masa. Jenis landskap itu bertujuan mengekalkan keindahan semula jadi di kawasan itu selain mendekatkan komunitinya dengan persekitaran segar dan sihat dimana kediaman yang dilihat berlatarkan landskap mesra alam tentunya menjadi idaman setiap pemilik. Secara keseluruhannnya cara landskap yang diketengahkan itu turut memberi peluang kepada tetamu atau pengguna laluan di Eco Majestic untuk lebih menghargai keindahan alam. Di setiap bulatan pula, elemen landskap ditampilkan dengan gaya tersendiri dan dari pintu masuk arah utara ke kawasan perumahan mewah dan eksklusif itu, aura kolonial dan moden klasik kontemporari sudah terasa sebaik merentasi laluan ‘karpet merah’ sebagai pengenalan utama berada di Eco Majestic. Dalam dataran landskap hijau yang diselari dengan seni bina pada setiap kediaman dengan setiap fasa mempunyai tema tersendiri. Begitu juga dengan landskap di Linear Park yang menjadi taman tumpuan apabila dilihat menyediakan pelbagai kemudahan kepada semua lapisan usia. Tanaman herba juga ditempatkan sebagai mengimbangi persekitaran hijau itu di Linear Park itu.


Bagaimana pembaca blog tahu untuk gunakan 'Manfaat ruang balkoni' rumah sendiri sehingga menarik. Bagi jenis rumah tertentu ia ada balkoni iaitu antara ruang luaran yang penting kerana ia memberi nilai tambah sesebuah unit kediaman terutama di kawasan bandar atau lokasi yang menyajikan situasi atau pemandangan indah. Memang tidak mustahil harga unit kediaman bersama balkoni dengan ada pemandangan yang menarik jauh lebih mahal berbanding pemandangan menghadap bangunan. Balkoni adalah elemen penting bangunan bertingkat terutama kediaman. Ia bukan saja menjadi ruang tambahan sebaliknya berfungsi sebagai sistem pengaliran udara yang efektif, sekali gus dilihat akan mengurangkan haba dalam rumah. Dalam menyerlahkan nilai estetikanya, pemilik perlu mencari idea bijak dan perlu bersesuaian dengan cita rasa peribadi bagi memanfaatkan ruang balkoni. Selalunya balkoni bersaiz kecil atau besar bukanlah ukuran utama kerana paling penting dimana yang perlu menyesuaikan idea dengan ruang balkoni sedia ada supaya memberi keselesaan peribadi. Namun segelintir rakyat tempatan hanya menjadikan balkoni sekadar tempat untuk menyidai pakaian sahaja dan mencacatkan permandangan. Bagi penulis blog perlu ada perkongsian idea dekorasi balkoni yang dipetik menerusi carian Internet ini dapat memberi inspirasi kepada anda memperindahkan lagi ruang ini. Pertama sebagai orang pertanian adalah aktiviti Menanam Sayur dimana aktiviti ini diantara trend popular hari ini apabila ia menawarkan tumbuhan boleh dimakan seperti sayuran kelihatan menarik sebagai tarikan landskap. Disarankan anda menanam sayuran hijau yang membuatkan pandangan mata lebih tenang, malah ia turut membekalkan oksigen di rumah. Ia akan turut mampu mengurangkan perbelanjaan isi rumah apabila anda boleh menggunakannya dalam penyajian makanan dan keselamatan juga terjamin. Jangan hadkan idea dekorasi taman sayur tipikal yang hanya ditempatkan di bahagian lantai. Anda mungkin boleh menjadikan sayuran atau tanaman herba ini hiasan landskap pada dinding mengikut kesesuaian dan saiznya. Kedua adalah aktiviti Menanam Bunga Segar dimana pelbagai warna bungaan pasti berjaya menghasilkan landskap balkoni yang sangat menarik. Anda boleh memilih jenis bunga yang mudah berbunga, menghasilkan haruman dan pelbagai spesies bagi mencipta kelainan serta kombinasi ton lebih unik. Sentuhan tata hias juga perlu dipelbagaikan sama ada di atas lantai, bergantungan mahupun hiasan dinding. Ketiha menjadikan balkoni ini sebagai Ruang Santai dimana rumah adalah ruang selamat dan beristirahat, jadi sebaiknya kita memanfaatkan ruang balkoni sebagai tempat untuk menenangkan fikiran. Semua boleh mendapatkan idea dekorasi balkoni menerusi carian di Internet, drama, majalah, atau berkunjung ke kafe hipster. Menghirup udara sejuk bersama secangkir kopi pada sebelah malam pastinya memberi ketenangan selepas penat melaksanakan rutin harian. Keempat aadalah ruangan ini di buat sudut dengan Pilihan Perabot mengikut cita rasa. Apa pun sebaiknya bagi ruang balkoni bersaiz kecil, sepasang kerusi bersama meja kopi sudah memadai. Anda juga boleh memilih bangku atau meja jenis yang siap dibina (tetap) menggunakan material kayu yang pastinya menyerlahkan lagi ruang balkoni. Balkoni jenis terbuka disarankan anda memilih perabot yang tahan lasak seperti tidak mudah pudar dan tahan kelembapan kerana perubahan cuaca di Malaysia adalah tidak menentu. Jenis balkoni jenis tertutup (selalunya berkaca) menjadi kelebihan kerana ia boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis perabot termasuk diperbuat daripada fabrik seperti bantal. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SENI LANDSKAP... LUAS MAKNANYA...
ADA YANG SIMPEL...KOMPLEKS ADA...
DIJAGA RAPI... HILANG TEKANANNYA...
MEMBACA ARTIKEL... TURUT SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 273, Le Glandeur Golf Resorts,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...