Support My Blog

Wednesday, January 8, 2025

RIZOBAKTERIA DAN KAJIAN KEGUNAAN

RIZOBAKTERIA 
adalah kumpulan bakteria tanah yang mana ia bermanfaat dan hidup di sekitar akar tumbuhan yang mana dilaporkan ia memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan tanam-tanaman. Mikroorganisma ini semakin mendapat perhatian dalam pertanian lestari atau pertanian organik kerana potensinya untuk merencatkan berlakunya penyakit tumbuhan dan juga didakwa ia mampu meningkatkan kekuatan tanaman melalui pelbagai mekanisme. Penulis blog yang belajar mengenai mikrob ini semasa di universiti dan kursus teknikal mendapati dimana penggunaan rizobakteria sebagai agen kawalan biologi menawarkan alternatif mesra alam kepada racun perosak kimia. Kaedah ini sekali gus dilihat ia menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan-bahan kimia dalam pertanian dan menyokong kesihatan ekosistem. Apa pun dilaporkan dimana keupayaan rizobakteria untuk mengawal patogen tumbuhan dilakukan melalui beberapa strategi iaitu ia termasuk penghasilan sebatian antimikrob, persaingan untuk nutrien dan ruang, induksi ketahanan sistemik didalam tumbuh-tumbuhan dan parasitisme langsung terhadap patogen. Dilaporkan dimana rizobakteria juga boleh ianya membantu merangsang pertumbuhan tanaman dengan menghasilkan bahan seperti Fitohormon, Meningkatkan pengambilan nutrien dan Memperbaiki struktur akar. Apa pun beberapa kajian menyatakan dimana antara beberapa kehebatan dan manfaat berganda ini menjadikan rizobakteria sebagai alat yang berpotensi tinggi untuk aplikasi dalam aktiviti Pengurusan Perosak Bersepadu dan peningkatan hasil atau produktiviti tanaman. Sudah banyak kajian di lakukan oleh saintis di Malaysia mengenai kehebatan dilakukan agen rizobakteria ini. Merujuk kepada kajian MARDI yang dijalankan di 
Cameron Highlands yang dilihat ia merupakan lokasi yang unik dan strategik bagi rizobakteria sesuai dirujuk. Lokasi kajian ini terletak pada altitud tinggi dengan iklim sejuk dan lembap sepanjang tahun serta kawasan ini terkenal sebagai pusat utama pengeluaran sayuran dan makanan lain di Malaysia. Potensi rizobakteria dari Cameron Highlands sebagai agen kawalan biologi dan penggalak pertumbuhan tanaman dinilai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai rizobakteria dan kajian kegunaannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam kajian MARDI ini ada s
ebanyak 42 isolat rizobakteria berjaya diasingkan daripada tanah rizosfera di kawasan penanaman kobis bulat dan ciri-ciri morfologi serta pengecaman Gram telah dilakukan untuk mengenal pasti bakteria yang berpotensi. Sebahagian besar isolat yang diperoleh adalah Gram-positif dan terdiri daripada bentuk rod dan kokus. Aktiviti penggalak pertumbuhan tanaman dinilai melalui kemampuan rizobakteria untuk mengikat nitrogen, melarutkan fosfat dan kalium, di mana beberapa isolat menunjukkan aktiviti yang signifikan dalam menyediakan nutrien penting kepada tanaman. Saringan aktiviti antimikrob menggunakan kaedah resapan cakera dan dwikultur menunjukkan bahawa beberapa isolat mampu menghalang pertumbuhan patogen tanaman seperti Xanthomonas sp. dan Fusarium sp. membuktikan potensi mereka sebagai agen kawalan biologi yang efektif. Apa pun dilaporkan yang keberkesanan rizobakteria ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja dan racun perosak kimia akan tetapi ia juga ada menyumbang kepada peningkatan kesihatan tanah dan kelestarian pertanian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa rizobakteria dari Cameron Highlands berpotensi tinggi untuk diaplikasikan dalam amalan pertanian mampan sebagai agen kawalan biologi dan juga bahan penggalak pertumbuhan tanaman. Dilaporkan yang tanah di Cameron Highlands mencipta ekosistem mikro berbeza yang boleh mempengaruhi kepelbagaian dan aktiviti mikrob tanah, termasuk rizobakteria. Tanah yang kaya dengan bahan organik dan amalan pertanian intensif di kawasan ini menawarkan peluang yang baik untuk meneroka kepelbagaian rizobakteria yang mungkin tidak terdapat di kawasan lain. Selain itu, peningkatan penggunaan input pertanian seperti baja dan racun kimia di Cameron Highlands untuk meningkatkan hasil tanaman telah menimbulkan kebimbangan mengenai impak jangka panjang terhadap kesihatan tanah dan alam sekitar. Ini menjadikan kawasan ini sebagai tapak kajian yang sesuai untuk mencari alternatif berasaskan biologi seperti rizobakteria yang dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia sintetik. Hasil daripada pengenalpastian dan pencirian rizobakteria yang berpotensi sebagai penggalak pertumbuhan tanaman dan fungsinya sebagai agen kawalan biologi, kajian ini dapat menyumbang kepada amalan pertanian yang lebih mampan dan mesra alam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka asas dan kepelbagaian rizobakteria di Cameron Highlands, menjalankan perincian bakteria sebagai penggalak pertumbuhan tanaman dan menilai aktiviti sebagai agen kawalan biologi. Adalah diharapkan pemahaman yang lebih mendalam tentang rizobakteria tempatan ini, kajian ini diharap dapat memberikan maklumat berguna untuk aplikasi pertanian mampan yang lebih berkesan di Malaysia.


Hasil kajian ini dilaporkan dimana ia
 menunjukkan bahawa rizobakteria dari kawasan tanah tinggi di Malaysia iaitu Cameron Highlands mempunyai potensi yang besar sebagai agen kawalan biologi dan penggalak pertumbuhan tanaman. Dengan keupayaan untuk mengikat nitrogen, melarutkan fosfat dan kalium, rizobakteria ini bukan sahaja dapat menyediakan nutrien penting kepada tanaman, tetapi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia. Selain itu, aktiviti antimikrob rizobakteria terpilih terhadap patogen tanaman seperti Xanthomonas sp. dan Fusarium sp. membuktikan bahawa rizobakteria ini berfungsi dengan berkesan sebagai agen kawalan biologi. Kajian ini juga menekankan kepentingan mengenal pasti dan mengkaji rizobakteria tempatan yang unik di Cameron Highlands, di mana keadaan tanah dan iklim yang spesifik mencipta ekosistem mikro yang berbeza, memberikan peluang untuk penerokaan lebih lanjut dalam pengurusan perosak bersepadu dan peningkatan produktiviti tanaman. Secara keseluruhan, penggunaan rizobakteria ini menawarkan pendekatan yang lebih mampan dalam amalan pertanian yang bukan sahaja meningkatkan hasil dan kualiti tanaman akan tetapi juga telah jelas ada menyumbang kepada kesihatan tanah dan aktiviti perlindungan alam sekitar. Sebaiknya kajian lanjut di lakukan berkaitan dengan teknologi ini dengan mengambil kira akan pakej amalan teknologi yang sesuai di lakukan oleh penanam sayur komersial sama ada di kawasan tanah tinggi atai tanah pamah.


Penggunaan baja organik dalam pertanian adalah satu amalan lestari dimana jika berb
akti pada tanah hasil yang selamat dan berkualiti akan didapatkan. Merujuk pada media lokal dimana ada laporan dimana dengan berkelulusan dalam bidang sains komputer akan tetapi usahawan muda ini kini menjadi 'saintis' baja organik menerusi penyelidikan dan pembangunannya (R&D) dilakukannya sendiri. Pengasas produk Baja Organik jenama Siana iaitu Nurazah Fathirah (32) dakwa baja berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada sisa ternakan dan pertanian yang diproses menjadi produk berkualiti. Dia yang  menceburi bidang berkenaan secara serius dua tahun lalu dan projek pertama dilakukan bersama sebuah syarikat menjual durian. Dakwanya lagi dimana lazimnya syarikat menjual durian berhadapan masalah untuk melupuskan isu kulit durian. Usahanya dalam mengkomposkan 30 tan kulit durian menjadi baja kompos organik yang bertaraf kualiti antarabangsa menggunakan teknologi nano berjaya dilakukan. Baja kompos yang terhasil berkualiti tinggi kerana dilaporkan ia memang mengandungi mikroorganisama berkesan berfungsi untuk menyuburkan tanah, sekali gus meningkatkan kualiti tanaman. Satu perkara yang hendak ditekankan ialah pada masa ini perubahan iklim begitu ekstrim dan fenomena itu menjadi mimpi ngeri kepada petani. Ini kerana mereka buntu dalam memikirkan cara untuk menjadikan tanaman tahan lasak daripada bencana dan bebas penyakit. Penggunaan baja organik adalah penyelesaian kepada masalah ini dimana dia terus giat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan petani supaya beralih menggunakan baja organik. Ini kerana penggunaan baja kimia di Malaysia sudah sebati dan ia menjadi pilihan petani kerana menjimatkan kos, kepekatan nutrien tinggi dan hasil tanaman lebih baik. Penggunaan baja ini dalam jangka masa lama menyebabkan mikrob di dalam tanah mati dan tanah keras serta berasid. Apa pun selepas lima hingga 10 tahun dimana tanah yang menggunakan baja kimia akan mati dan kos pemulihan sangat mahal. Dalam kes lain dimana di Eropah mereka memang sudah mengharamkan penggunaan baja kimia atau racun sintetik. Apabila Malaysia menggunakan banyak baja import kesan sebenarnya ia membantu negara luar melupuskan sisa tanaman, buah-buahan dan ternakannya. Keadaan itu sebenarnya membuka ruang bakteria dari negara luar bermutasi di Malaysia dan menyebabkan pertanian di negara ini bermasalah. Ini adalah baik untuk kelestarian pertanian di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
RIZOBAKTERIA.... ITU BENDA APA....
KAJIAN SAINFIFIK... ADA RUPANYA....
KAJIAN SIAP... LAPORAN DI BACA...
KAJIAN LANJUT... PETANI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...