Pertama dimana ada sedikit tips tanaman kacang botol atau kecipir atau kacang kelisa yang mudah di lakukan di rumah sendiri untuk kegunaan sendiri yang segar. Sebaiknya di gunakan polibeg besar saiz 20' x 22' atau 20' x 20' dengan jumlah yang sesuai mengikut pokok yang hendak ditanam. Digalakkan untuk mengisi media cocopeat penuh atau tanah campuran yang dijual di nurseri dan sebaiknya cocopeat tadia dipadatkan. Bagi mereka yang ada stok cocopeat terpakai lagi bagus di guna semula untuk menjimatkan kos atau membei sahaja yang baru. Sebaiknya disemai dulu benih kacang botol dalam tray semaian dan biarkan tumbuh dahulu. Dalam polibeg sebaiknya media ini dibasahkan dengan air baja kemudian tanam anak benih iaitu sebanyak dua (2) pokok setiap satu polibeg bagi tujuan iaitu membolehkan tidak ada kematian. Seterusnya disiram baja cecair AB (seperti jenis BME Plus) yang cukup unsurnya dengan bacaan EC 2.0 selama 3 - 4hari sekali sehingga media tersebut menjadi basah dan pada hari yang lain hanya perlu menggunakan air kosong sahaja. Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya (kalau terlalu banyak unsur Nitrojen nanti mudah ada masaalah lain seperti pokok terlalu rimbun dan kurang pengudaraan serta mungkin lambat berbuah). Selalunya jika di lihat selalu agak kuran risiko serangan perosak dan penyakit dan jika ada dikawal serangga terutama ulat dengan kawalan gunakan bahan 'organik propester'. Apa pun apabila umur pokok sudah matang dan berbunga perlu sentiasa di petik yang masih muda kerana jika lambat menuai maka kacang botor akan tua dan keras. Pastikan pokok ini di letakkan di tepi pagar rumah (ada pagar chainlink lagi baik) dan jika tiada mesti dipasang tiang junjung. Sebaiknya elakkan dari menggunakan baja dan racun kimia kerana kacang botor sesuai di makan terus enjadi ulaman atau di masak menjadi sayuran yang enak di akan dengan nasi. Gunakan baja organik dan bahan organik yang sesuai.
Memakan kacang botor yang segar di tanam sendiri atau membelinya di pasar memberikan nilai permakanan tersendiri. Terdapat banyak laporan mengenai khasiat Kacang Botol bagi tijuan kesihatan. Pertama dilaporkan khasiatnya adalah ia mampu Mengawal Diabetes sebab ada kandungan bahan kalsium berpotensi untuk mencegah diabetes. Bahan ini ia berkesan dengan cara mengoptimumkan metabolisma glukosa dalam badan. Kacang botol merupakan sumber kalsium yang amat baik untuk mengopitimakan metabolisma gula dalam darah dan mencegah diabetes dimana ia secara langsung memberi kesan kepada sel-sel pankreas yang dapat mengawal aktiviti rembesan insulin dan paras gula dalam darah. Makan kacang botol yang tinggi dengan kalsium bersama vitamin D didakwa ia mampu menstabilkan paras glukosa dalam darah. Ia juga di dakwa akan Meningkatkan Imuniti sebab ia kaya dengan vitamin C dan vitamin A dimana pengambilan kekacang membantu dalam menguatkan sistem imun, malah menyokong badan daripada sebarang kemungkinan jangkitan dan penyakit. Vitamin C dalam kekacang seperti kacang botol ini memainkan peranan sebagai perisai yang akan menangkis penyakit dan menjaga semua. Kedua-dua jenis vitamin ini membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang daripada jangkitan penyakit. Seterunya didakwa ia akan dapat Mencegah Penuaan sebab makan ulaman seperti kacang botol yang ada kandungan antioksidan yang tinggi sekaligus membantu melindungi membran sel daripada kerosakan akibat radikal bebas yang bertindak sebagai punca kanser serta timbul masalah pada fungsi organ serta memberi kesan-kesan penuaan. Vitamin C dan vitamin A dalam kacang botol ini akan menghalang permulaan penuaan pra-matang dan melindungi kulit daripada kedutan, jeragat dan kerosakan lain seiring meningkatnya usia. Ia akan memperbaharui sel-sel kulit dan membantu dalam merawat keanjalan kulit. Ke empat dimana kacang botor dilaporkan akan Mengurangkan Simptom Migrain sebab selalunya apabila ada pengurangan tryptophan boleh memburukkan kesakitan yang berkaitan dengan sakit kepala, ketegangan dan migrain. Makanan seperti kacang botol memiliki jumlah tryptophan yang baik dimana bahan asid amino ini akan dapat mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan tekanan dan ketegangan. Mengambil kekacang ini boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain serta ia membantu dalam penghasilan serotonin iaitu bahan yang seterusnya menawarkan kelegaan daripada simptom migrain. Dakwaan jika ulam ini ada Tinggi Manfaat untuk Wanita Mengandung seperti folate. Amalan pemakanan bersama kekacang ini didapati bermanfaat semasa kehamilan. Ia membantu menyokong nutrisi yang sihat untuk janin dan mengelakkan timbulnya sebarang kecacatan berkaitan tiub saraf kepada bayi yang bakal lahir. Selain kandungan folat unsur sumber zat besi dalam kacang botol akan mengurangkan risiko anemia pada si ibu.
Seterusnya kacang botor juga ulaman yang Bersifat Anti-radang dimana ekstrak dari kacang ini didapati boleh mengurangkan penghasilan komponen kimia yang pro- keradangan seperti IL-6. Ada juga unsur Manganese didalam kacang botol yang didakwa ia juga berpotensi mengurangkan keradangan. Sifat antioksidan didalam bahan mineral ini berfungsi dalam melegakan sebarang kesan seliuh atau bengkak. Siapa sangka jik akhasiat kacang botor juga Baik untuk Mata dimana pengambilan kacang botol secara rutin dikatakan dapat mencegah timbulnya masalah mata seperti glaukoma dan katarak menurut beberapa kajian dan penyelidikan. Perkara ini disebabkan kacang botol juga ia mengandungi vitamin B1 atau dikenali sebagai bahan Thiamin dimana bahan ini akan dapat meningkatkan penglihatan serta melindungi serta menguatkan otot mata. Sayur ini akan dapat juga Memberi Tenaga termasuk bahan mineral fosforus (P) didalam kacang botol didakwa mampu untuk meningkatkan kecergasan dan boleh membantu dalam menangani masalah seperti keletihan dan otot lemah. Kajian pada tahun 2017 membuktikan kandungan bahan guna yang berbeza dalam kacang botol termasuk glukosa, gula-fruktosa, sukrosa, laktosa, galaktosa dan maltosa akan dapat meningkatkan tenaga individu yang memakannya secara konsisten. Kesan seperti makan kacang botor akan Menyihatkan Tulang sebab ada kandungan kalsium dalam kekacang mempunyai pelbagai manfaat signifikan. Kacang botol merupakan sumber yang baik untuk tujuan mendapatkan mineral kalsium dimana ini sekaligus baik untuk kesihatan tulang. Perkara ini seterusnya akan mengurangkan risiko mendapat osteoporosis kepada peminat kacang botor. Dalam masa yang sama kandungan kalsium di dalam kacang botol juga bermanfaat untuk kesihatan organ lain seperti bahagian gigi dan kuku. Paling kurang dipercayai jika memakan kacang botor akan dapat ia Membantu Penurunan Berat Badan sebab ia adalah makanan jenis sihat dan mempunyai kandungan kalori yang rendah. Ia juga mempunyai lebihan jumlah serat yang membantu dalam penurunan berat badan yang sihat. Kandungan serat dan kalori yang rendah membantu memberi rasa kenyang. Apa pun info ini secara tidak langsung membawa kepada cara pengurangan pengambilan snek secara berterusan dimana makanan yang tidak baik akan ia menyebabkan penambahan berat badan yang tidak perlu.
Menarik dalam portal bernama bertajuk 'Rezeki kacang botol' untuk dikongsi dan disembangkan. Bagi pemuda Syed Firdaus yang mengusahakan projek tanaman kacang botol secara komersial di Kampung Tamin sesuai di rujuk. Dia kini mampu tersenyum lebar apabila tanaman kacang botol diusahakan mendapat permintaan tinggi daripada pemborong sekitar Selangor. Baginya projek tanaman kacang botol itu diusahakannya secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar. Ada ramai petani mengusahakan tanaman seperti timun, cili, terung, kacang panjang dan bendi, tetapi dia memilih kacang botol atau kacang kelisa. Dakwanya dimana kerja penjagaannya juga tidak rumit dan kurang terdedah kepada serangan penyakit kecuali ancaman lalat buah. Selepas dua bulan tanaman itu sudah mula untuk ia mula mengeluarkan hasil dan pokoknya tahan lama. Minatnya terhadap pertanian bermula sejak kecil berikutan kerap menemani bapanya mengusahakan kebun. Apa pun di laporkan selepas tamat pengajian di Kuliah al Lughah Waddin di Pekan dimana dia terus membabitkan diri dalam bidang pertanian. Dia pernah mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pertanian di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor dan gembira apabila harga kacang botol yang stabil membolehkan dia memperoleh pendapatan agak lumayan. Kacang botol ini dipetik setiap dua hari sekali dan dihantar ke Pasar Borong Selayang di Selangor dan Pasar Besar Jerantut serta mampu mengeluarkan 100 kilogram selang sehari tuaian. Semuga tulisa ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM... KELILING RUMAH SAJA...
DIDALAM POLIBEG...DI PASANG JUNJUNGNYA...
MENJADI ULAMANAN...MASAK SAYUR JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.