SAYUR KANGKONG (Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal kangkong dari media sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.
Penulis blog amat suka makan SOTONG KANGKONG (Kangkong Cuttlefish) adalah sejenis makanan tempatan yang semakin popular masa kini kerana keenakannya dan juga harganya. Penulis blog sesekali pekena makanan enak sotong kangkong ini yang mudh di perolehi di beberapa Medan Selera disekitar Putrajaya, Johor Bahru dan Melaka. Bagaimana pun terkini saya dapat makan Sotong Kangkong Taiping di Medan Selera Perniagaan Bandar Taiping yang dikira sangat popular dikalangan orang tempatan dan pelancong luar yang berkunjung ke Taiping, Perak. Bukan sahaja peniaga Melayu yang berniaga sotong kangkong disini sebaliknya peniaga Cina dan India pun ada dilokasi ini. Selain daripada hidangan sotong kangkong di medan selera ini ada menyediakan pelbagai makanan lain seperti Yong Tau Foo, Nasi Goreng, Nasi Ayam, pelbagai jenis mee goreng kue tiow goreng, sate, rojak dan bermacam lagi. Memang sesak semasa penulis blog berkunjung semasa cuti sekolah baru-baru ini. Terdapat banyak gerai yang mempamerkan resepi sotong kangkong disini dengan banyak pilihan. Makanan seafood ini diminati oleh semua kaum dan juga peringkat umur kerana ia tidak pedas dan merupakan makanan laut yang popular. Sotong Kangkong ini dipercayai diasaskan oleh orang Cina dimana resepi ini kemudiannya disesuaikan dengan citarasa tempatan yang disukai ramai orang. Selain daripada mekanan Sotong Kangkong sering juga akan didapati Rojak Sotong Kangkong yang dibezakan sedikit dengan tambahan beberapa bahan didalamnya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sotong kangkong adalah 1 ekor sotong kembang dan dicuci bersih, 1 ikat kangkung muda dicuci bersih, Bijan panggang secukupnya dan juga Bawang goreng secukupnya. bagi membuat bahan sos maka diperlukan 2 ulas bawang putih perlu d tumbuk halus, 2 biji cili merah yang tumbuk halus, 4 sudu makan petis udang, 2 sudu makan sos hoisin, 2 sudu makan sos plum, 1 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap pekat, Gula secukup rasa, 1 cawan air serta sedikit bancuhan tepung jagung (jika perlu). Cara menyediakan dimulakan dengan mendidihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong kembang dalam air mendidih. Kemudian sotong dan kangkong celur tadi dihiris nipis dan ketepikan. bagi menyediakan so pula perlu dimasukkan air, cili merah dan bawang putih dan kemudian dididihkan. Selepas itu dimasukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat diman ia kemudian dikacau sebati dan buat ujirasa. Jika perlu memang perlu ditambah gula sehinga sesuai dengan citarasa. kemudian dididihkan sos dimana jika didapati cair maka dimasukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya. Selepas itu sos diangkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong. Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya diatas makanan tersebut sebelum ianya dihidangkan untuk sedia dinikmati. Sebagai info tambahan biasanya sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir tersebut anda boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.
Fakta menarik pasal kangkong untuk disembangkan dan kandungan nutrisi dan lazatnya makanan ada kangkong termasuk Rojak Petis. Rojak petis merupakan satu makanan berkhasiat dari pelbagai buah-buahan, sayuran dan petis. Kangkung yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat baik untuk kesihatan salah satu bahan rojak petis yang signifikan ada. Ini kerana diantara kandungan nutrisinya termasuk zat Vitamin A yang dilaporkan ia akan membantu menjaga kesihatan mata dan kulit. Ada juga zat vitamin C yang akan meningkatkan sistem imuniti dan melindungi tubuh daripada penyakit. Zat Besi pula akan membantu dalam penghasilan sel darah merah. Bahan serat dalam kangkong yang dimanan akan dapat membantu dalam proses pencernaan. Sementara itu ada zat Kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi.
Khasiat Kangkung Untuk TubuhMeningkatkan Sistem Imuniti dilihat apabila kandungan vitamin C yang tinggi dalam sayur kangkung membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Paling pasti apabila kangkong mampu membantu Melancarkan Sistem Pencernaan bila kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. Kangkong juga akan Meningkatkan Kualiti Darah sebab Zat besi dalam kangkung memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah dimana ini sekaligus mencegah anemia. Percayakah pembaca blog anim agro technology jika kangkong juga akan Menyuburkan Kulit sebab zat Vitamin A dalam kangkung membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah kulit menjadi kering dan berkedut. Paling bagus apabula kangkong akan Meningkatkan Kesihatan Mata sebab kandungan vitamin A yang tinggi juga penting untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata seperti rabun malam. Ada banyak cara dalam mengambil sayur kangkonh sebagai makanan. Kangkung boleh dimasak dengan pelbagai cara di antaranya seperti Resepi Kangkung Goreng Belacan yang merupakan sejenis hidangan popular ini selalu menjadi pilihan utama dalam menu keluarga Melayu. Kangkung digoreng dengan bahan seperti belacan, bawang putih, dan cili merah untuk memberikan rasa pedas yang menyelerakan. Kangkong juga sesuai di masak sebagai Sup Kangkung iaitu pilihan yang sesuai untuk jadi hidangan tengahari yang sihat. Ia selalunya dimasak dengan ikan bilis dan ditambah sedikit lada putih untuk rasa yang lebih menyengat. Paling sering adalah resepi Kangkung Tumis dimana mudah disediakan menggunakan sedikit bawang putih dan sos ikan untuk rasa yang simple tetapi lazat. Perlu tahu ciri memilih sayur kangkung yang berdaun segar dan tidak layu. Pilih kangkong yang mana batangnya harus kelihatan hijau cerah dan tidak pecah. Penyimpanan kangkung dalam peti sejuk untuk memastikannya kekal segar dengan cara membungkusnya dengan kain basah sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik agar kangkung tahan lebih lama. Bagi penulis blog dapati dimana kangkung adalah sayuran yang tidak hanya enak dimakan tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Tidak kira sama ada anda memilih kangkung darat atau kangkung air, kedua-duanya menawarkan manfaat kesihatan yang sama hebat. Mulakan gaya hidup sihat anda dengan menambahkan kangkung ke dalam menu harian anda. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda untuk mereka juga mendapat manfaat dari sayuran yang hebat ini. Cuba juga pelbagai resipi kangkung hari ini dan rasai perubahan positif dalam kesihatan anda. Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai untuk ia di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat terbaik kepada pembaca blog anim agro tgechnology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,

NAMANYA KANGKONG... POPULAR DIA...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.