Selalu pengguna di Malaysia akan membeli kentang mentah dari pasaraya, kedai runcit atau pasar malam didalam kuantiti yang diperlukan untuk dijadikan makanan. Ramai yang suka makan kentang sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau akan malam dalam pelbagai kuliner. Karipap inti kentang diantara kuih tradisional yang sangat di sukai ramai. Petani di Malaysia agak jarang menanam kentang berbanding dengan petani di Indonesia dan negara ASEAN lain. Kentang di Malaysia adalah ia diimport dari pelbagai negara untuk keperluan domestik dengan nilai ratusan juta ringgit setahun. Apa pun sebenarnya sesiapa juga boleh menanam kentang sendiri di rumah dengan usaha menanamnya didalam Polibeg atau dalam pasu atau didalam batas kecil. Ada beberapa orang berjaya menanam kentang dalam polibeg secara hobi dan tanaman yang dituai mampu menghasilkan kentang yang berkualiti. Salah satu indikator kentang yang berkualiti adalah ukurannya yang besar dan kulitnya yang bersih. Kentang segar yang baru dituai tidak mengandungi lemak dan tinggi karbohiderat serta zat lain sesuai dijadikan sebagai makanan diet apa lagi amalan agronomi yang tidak menggunakan bahan kimia. Langkah pertama adalah Menyediakan Benih Kentang dimana benih kentang yang baik adalah didapatkan dari umbi kentang yang sudah memiliki tunas sekitar 3-5 buah dengan tinggi tunas sudah capai sekitar 2 cm. Cara untuk mendapatkan benih yang baik dengan membeli benih dari rakan yang ada menanamnya atau menggunakan umbi kentang yang sudah ada di rumah yang dibeli dari sumber terbaik. Pilih varieti kentang yang ada di tanam di negara jiran dengan bertanya kepada penjual dari mana sumber kentang yang dijual. Benih yang baik mempunyai potensi untuk bertunas da hidup dengan baik dalam polibeg. Sebaiknya dikumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu maka akan diligat pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang (Sila lihat foto dibawah). Pastikan benih sihat sahaja di pilih untuk penanaman dimana ia adalah salah satu faktur penting didalam aspek penjagaan dan penuaian kelak di lapangan.
Kaedah dan Persiapan Media Tanaman adalah sangat penting dimana bahan yang sesuai digunakan adalah dari tanah yang gembur, subur dan sedikit berpasir dengan pH sekitar pH5.0 - pH6.5. Sebaiknya penulis blog syorkan bagi membuat media tanaman yang baik dalam mencampur tanah dengan baja organik (boleh gubakan baja organik kommersil yang dijual) atau di campur dengan media seperti cocopeat. Bagi tujuan penanaman kentang maka perlu ada disediakan polibeg dengan ukuran besar sekitar 50 cm x 80cm yang berwarna hitam atau putih dan ada lubang dibawahnya untuk saliran air. Tanaman kentang mudah rosak jika ada genangan air didalamnya. Bagi menanam dalam pasu boleh pilih pasu yang sedrhana besar agar mudah di uruskan atau jika menggunakan batas kecil menggunakan papan sebagai dinding. Polibeg, pasu dan batas kecil perlu diisikan medium tanaman pada paras sesuai didalamnya. Sebaiknya susun polibeg atau pasu dilokasi yang mendapat cukup cahaya matahari dengan banyak dan pastikan ternaung. Kawasan tepi rumah yang terang sesuai dijadikan lokasi menyusun barisan polibeg atau pasu (Sila lihat foto disebelah). Menanam benih kentang perlukan amalan agronomi yang tepat agar pokok akan hidup subur dan mengeluarkan hasil. Bergantung kepada fasa penyediaan benih sebaiknya pilih benih yang sudah bertunas dan di buat lubang penanaman di dalam polibeg. Disyorkan penanaman benih kentang pada kadar kedalaman sekitar 7 cm dengan posisi tunas menghadap ke atas dimana sebaiknya dalam satu polibeg di bubuh sekitar 3-4 biji benih kentang. Padatkan dan dikambus umbi semua benih dengan baik dengan tunasnya berada diatas permukaan medium tanaman. Penyiraman peringkat awal penanaman perlu di buat dengan minima mengikut kelembapan medium dalam polibeg.
Sama dengan tanaman sayuran dan kentang di kebun dimana aktiviti amalan agronomi tanaman kentang dalam polibeg perlu di lakukan secara rutin. Kalau tidak dijaga dengan baik dimana pokok boleh layu sebab kekurangan air atau bersaiz kecil sebab kurang baja atau jadi rosak sebab di serang serangga perosak atau penyakit boleh berlaku. Apa pun memang penjagaan tanaman kentang dalam polibeg mesti di lakukan secara rutin agar pokok tumbuh subur dan mampu menghasilkan umbisi yang besar dan berkualiti. Sebaiknya dalam kaedah penyiraman dimana tanaman kentang boleh disiram setiap hari secara merata agar media tanaman dalam polibeg sentiasa tetap lembap dan membantu akar menyerap air dan nutrien bagi proses pertumbuhan kentang. Digalakan memberikan jenis baja organik secukupnya dalam polibeg disamping baja lain yang difikirkan sesuai. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi. Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai. Apa pun bagi tanaman kentang terytama dalam batas kecil aktiviti penambahan tanah adalah perlu berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polybag. Tanah perlu ditambah sekitar 3 - 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang. Bergantung kepada penjagaan tanaman kentang dimana lazimnya pokok kentang mengambil masa 70 - 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubisi sesuai untuk penuaian. Cara menuai boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning dimana polibeg boleh di pecahkan untuk mengambil hasilnya. Umbisi kentang ini boleh di gunakan terus atau di simpan selepas dibersihkan dan di gredkan mengikut keperluan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DALAM POLIBEG...SENANG SAHAJA...
BENIH DI SEMAI... POKOK DIJAGA...
3-4 BULAN TANAM...MENUAI KITA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.