Support My Blog

Friday, January 17, 2025

SEMBANG BUAH MENGKUDU (PART 3)

BUAH MENGKUDU (Morinda citrifolia Linn) pada penulis blog memang tidak asing kerana ada menanamnya semasa dulu ketika bertugas di Mersing, Johor. Tanaman mengkudu juga merupakan tanaman tahunan (perenial) yang berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan ianya mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang dan ranting. Cabangnya tumbuh dengan cara mendatar dengan arah keluar kanopi tanaman dimana pada bahagian hujungnya ada berbuah. Daun pokok mengkudu adalah termasuk sebagai daun tunggal, terdiri atas satu helai daun setiap satu tangkai daun (petiolus). Bentuk daun adalah lonjong dengan ukuran panjang antara 10 - 40 cm dan lebar antara 15-17 cm dimana ia bergantung tahap kesuburan tanaman. Pada permukaan daun bahagian atas selalunya penulis blog dapati ia berwarna hijau kilat tetapi sebaliknya pada bahagian bawah warnanya adalah hijau agak pucat. Marfologi tangkai daun adalah pendek dan melekat pada ranting atau cabang secara berselang-seli atau secara berpasangan (paired). Apabila diteliti didapati umumnya semakin subur pertumbuhan tanaman maka semakin rimbun dan besar ukuran daunnya. Pokok mengkudu pernah menjadi tanaman popular satu ketika dahulu apabia buah mengkudu didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit termasuk mampu membunuh sel kanser melalui produk munuman ''Jus Noni''. Jus ini mampu mencapai harga runcit yang tinggi dipasaran pada masa itu menyebabkan ramai petani yang berusaha untuk menanamnya. Bagaimana pun terkini pada tahun 2025 kegilaan untuk penanaman pokok mengkudu sudah tidak kedengaran lagi seperti sekitar tahun 2000 (dudah sekitar 25 dahulu). Artikel tengahari ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya sembang mengenai kisah pokok pasal mengkudu dan beberapa info berkaitan dari media lokan dan antarabangsa bagaimana kehebatan tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kali pertama baca kisah bagaimana 'Resepi Nasi Goreng Daun Mengkudu Berbumbu Pedas Berempah' dari Indonesia untuk di kongsikan. Didakwa dimana seperti buahnya, daun mengkudu juga kaya khasiat sehat. Bisa dikonsumsi sebagai isian nasi goreng berbumbu pedas berempah yang enak. Daun mengkudu atau noni juga punya khasiat untuk menambah imuniti seseorang dan mengawal kandunga gula dalam darah sehingga menjaga kesihatan kulit dan proses pencernaan. Selain dimakan mentah dimana ia juga enak untuk campuran nasi goreng. Sebaiknya di pilih daun mengkudu yang muda agar tidak terlalu keras teksturnya. Nasi goreng berbumbu cili api dan dibubuh daun crkut (kencur) memang ia makin sedap rasanya apa lagi kalau ada lelur ayam. Resepi nasi goreng boleh ditambahkan bahan lain seperti bakso, daging ayam atau daging lain. Ramuan dengan cili padi yang pedas atau menyengat dan reangupnya daun mengkudu membuatkan rasa nasi goreng ini lebih unik. Bahan diperlukan adalah seperti 5 sudu minyak masak, 1 batang daun bawang (yang dihiris kasar), 3 helai daun mengkudu muda (dihiris halus), 1 butir telur ayam, 500 g nasi putih sejuk, 5 sudu kicap manis, 1 sudu kecil serbuk perisa dan 1/2 sudu serbuk lada hitam. Bahan lain adalah 5 biji cili padi, 3 biji cili besar, 5 biji bawang merah, 3 siung bawang putih, 2 cm cekur (Kencur), 1 sudu belacan dan garam. Bahan untuk hiasan adalah timun (yang dihiris tipis) dan juga kerupuk udang. Cara Memasak dengan memanaskan minyak dan ditumis ramuan halus hingga cukup masak dan harum. Masukkan daun bawang dan juga daun mengkudu dikacau sehingga layu. Asingkan dalam kuali dan masukkan telur ayam dimasak dan bergumpal kecil. Seterunya adalah memasukkan nasi putih, kicap manis, serbuk perisa dan lada hiram. Besarkan api dan dikacau sehingga sebati. Matikan api dan masukkan kedalam bekas hidangan dan di tabur dengan bawang merah goreng dan bahan hiasan lain. .Sebagai tips perlu di pilih daun mengkudu yang muda agar aromanya tidak terlalu tajam dan boleh juga di tambah dengan bahan seafood seperti ikan masin, bakso atau daging ayam. 


Menarik dalam portal negara jiran bertajuk '
Cara Mengonsumsi Buah Mengkudu' untuk ianya di sembangkan kali ini. Bagi penulis blog dimana memakan buah mengkudu mentak atau mengkusu masak segar amat jarang di lakukan sebab rasa dan baunya yang menyengat. Oleh itu selalunya buah mengkudu akan dimakan sebagai Mengkudu Segar (siapa suka), Jus Mengkudu atau Teh Mengkudu. Bagi mereka yang suka memakan Mengkudu Segar dengan memilih buah yang sesuai dan esti ia dicuci bersih kemudian ia dipotong kecil-kecil. Buang bijinya dahulu dengan bersih sebelum ia di makan secara langsung atau menambahkannya ke dalam salad buah dan salad sayuran untuk mengurangkan rasa pahitnya. Mungkin dimasa akan datang akan ada resepi buah mengkudu masak, buah mengkudu muda dan daun mengkudu yang sesuai di makan dengan menyelerakan sekali. Ramai pilih mengambil Jus Mengkudu dimana membuat jus mengkudu mudah ssahaja dilakukan iaitu dengan memotong buah dan memasukkannya kedalam mensin pengisar (bender) bersama air secukupnya. Setelah hancur kemudian ia di tapis jusnya dan sebaiknya mesti di minum segera. Jus mengkudu boleh juga ia dijadikan minuman hebat dengan mencampurkannya dengan jus nanas atau jus buah-buahan lain untuk mengurangkan rasa pahit dan baunnya yang kuat. Paling kurang diketahui mungkin mengambil buah mengkudu sebagai Teh Mengkudu. Apa pun sesiapa boleh membuat teh mengkudu dengan cara buah ini direbus setelah di potong dalam air se hingga airnya mendidih dan kemudian ia di tapis dan bagi menguragkan rasa pahit sesuai untuk ditambahkan sedikit madu atau gula sesuai selera. Buah mengkudu dikenali ia adalah bermanfaat untuk menurunkan kolesterol, meningkatkan sistem imuniti, boleh mengawal tekanan darah, membantu mengawal diabetes dan mengatasi masaalah keradangan sendi. Buah ini diambil sebagau buah segar, diolah menjadi jus, atau dijadikan teh dan di campur madu untuk mengurangkan rasa pahitnya. Mengambil mengkudu sebaiknya dijaga terutama bagi pembaca blog ini yang mempunyai masalah kesihatan tertentu dan dapatkan nasihat doktor. 


Menarik apabila membaca teknologi iaitu bagaimana 'Cara untuk menyediakan jus Mengkudu Peram' untuk di kongsikan. Apa pun di musim hujan selalunya hasil buah mengkudu di pokok akan meningkat dan berkualiti. Membuat jus mengkudu merupakan cara peling popular di lakukan pengusaha. Apa pun perlu dingat jika j
us mengkudu memang bagus tetapi tak boleh juga diambil terlalu kerap. Kalau ikut kepercayaan orang melayu buah mengkudu mempunyai terlalu banyak enzim, sebab itu tak boleh juga diambil berlebihan. Dilaporkan di Hawai buah mengkudu akan diperam selama berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Hasil peraman ini amat masam dimana cara memakannya adalah ia diminum sedikit demi sedikit. Buah mengkudu yang masak akan dimasukkan ke dalam botol. Lalu diperam di tempat panas sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum boleh diminum. Hasilnya buah ini akan dibotolkan dan tinggalkan di dapur dan elakkan dimasukkan dalam peti sejuk. Pemeraman ini lazimnya memerlukan suhu khatulistiwa yang panas. Apa pun jangan terkejut jika hasil peraman ini tidak akan basi atau berkulat atau berulat. Perlu hanya tutup tudung botol kejap-kejap sebab lazimnya manusia memang tidak suka minum dan bau jus mengkudu ini sama jugalah seperti serangga dan mikrob dimana organisma ini pun tidak sudi mendekati buah ini. Apa lagi buah mengkudu yang diperam ini menghasilkan sejenis cuka yang sangat masam secara semulajadi dan memang tidak perlu hendak memasukkan pengawet lain. Dalam pada itu daun mengkudu juga tidak disukai oleh serangga perosak tanaman dimana sesiapa boleh ambil daun mengkudu, dikisar lalu ambil airnya dan kemudian dimasukkan dalam tong racun serangga perosak lalu direnjis atau di sembur kepada tanaman di rumah atau di kebun dimana tiada serangga perosak akan datang. Dilaporkan disyarikat-syarikat komersil yang menjual jus mengkudu peram @ cuka ini dimana biasanya mereka akan mencampurkan cuka ini dengan jus anggur untuk menghilangkan rasanya yang tidak sedap. Sebotol besar biasanya dijual dengan harga RM100 ke atas dan memang berbaloi. Dipasaran ada produk cuka ini yang dijual seperti ubat titik di bawah lidah untuk menambah aliran oksigen dalam darah. Memanglah bahan berasid seperti cuka ini mempunyai ion hidronium (H3O +) yang mempunyai lebihan molekul oksigen. Sesiapa yang ada pokok mengkudu di rumah maka bolehlah diawet dengan cara ini dan diambil cukanya. Janganlah dibiarkan buahnya terbuang begitu sahaja dimana ia adalah dibazirkan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MENGKUDU... APA CERITA....
KURANG DI TANAM...DI MALAYSIA...
BANYAK LAPORAN.. DALAM MEDIA...
APA KISAH.,. MARILAH MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...