Di Malaysia dan beberapa negara lain biasanya bunga raya akan di tanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan beriklim tropika dan separa tropika atau dkawasan taman rekreasi. Dengan ciri-ciri bunganya besar, berwarna merah, keras, tetapi tidak berbau ia mencantikkan lagi landskap kawasan rumah (Sila lihat foto disebelah). Dilapangan dilaporkan ada pelbagai kultivar, varieti dan bunga raya kacukan telah dihasilkan dimana warna bunga yang pelbagai kombinasi warna menarik. Bunganya dilaporkan ia boleh dihancurkan dalam air dan dicampur dengan air limau nipis menjadi pewarna makanan dan boleh menjadi sejenis minuman berkhasiat. Bunga raya digunakan juga bagi mengilatkan kasut di sebahagian kawasan di negara Indiadimana kalangan orang Cina juga sering mereka ada menggunakannya untuk tujuan ini secara tradisi atau sebagai bahan pewarna rambut hitam. Menanam bunga raya di keliling rumah memerlukan penjagan yang mudah termasuk perlu disiram setiap 1-2 minggu sekali bagi membolehkan tanah kering sedikit, ditanam dengan lokasi yang penoh menerima cahaya matahari serta suhu yang ideal adalah sekitar 20 - 38 Celcius. Pokok ini sesuai dan lebih baik ditanam di luar rumah yang cukup cahaya dan elakkan menanam di lokasi terlindung kerana sukar untuk mengeluarknan bunganya. Apa pun amalan agronomi yang baik dengan aktiviti pembajaan iaitu memberikan baja seimbang yang tinggi Nitrogen (N), Posforan (P) dan juga Kalium (K) yang diberikan setiap bulan pada musim bunga atau masa panas dan kurang kerap pada musim hujan. Gunakan baja dengan formula larut air yang mana kuantiti penggunaanya disesuaikan dengan saiz tanaman. Apa pun amalan penyiraman dijalankan dengan baik iaitu selepas pembajaan untuk penyerapan nutrien yang optimum dan untuk mengelakkan berlaku kes akar terbakar. Aktiviti cantasan atau pun pemangkasan pokok bunga raya penting agar pokok tidak menjadi 'semak' sebab cantasan baik akan menyerlahkan lagi keberadaan bunga yang mekar. Pangkas batang yang mati atau lemah dimana bentuk tanaman pada akhir musim bunga selepas berbunga untuk meningkatkan pertumbuhan dan berbunga. Gunakan alat pangkasan yang tajam agar boleh memotong dengan kemas dan sehingga satu pertiga boleh dibuang untuk proses peremajaan. Pokok bunga raya mudah di biakkan dengan cara Keratan Batang (Cutting Method). Ambil bahagian batag yang sihat, tidak berbunga, panjang sekitar 3-6 inci, pokok matang dan berbatang separa matang. Keratan di letakkan dalam nurseri atau polibeg untuk beberapa minggu sebelum berakar. Penting membuat amalan Menukar Pasu jika pokok bunga raya di tanam dalam pasu. Pindahkan bunga raya ke dalam pasu baru setiap 2-3 tahun sekali pada musim bunga untuk merangsang pertumbuhan. Gunakan pasu yang lebih besar satu saiz untuk tujuan akar berkembang baik. Apa pun sebaiknya sepepas ditukar pasu disiram selalu agar lembap selama seminggu hingga okok ini pulih sepenuhnya.
Ramai pembaca blog ini yan mungkin fikir perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah itu bunga kebangsaan Malaysia adalah Bunga Raya. Ini kerana bungga raya adalah simbol kebangsaan yang melambangkan identiti negara. Setiap kali sambutan hari merdeka sudah pasti bunga raya akan menjadi hiasan untuk pelbagai majlis atau acara rasmi kemerdekaan, logo hari merdeka, poster merdeka dan sebagainya yang menunjukkan semangat patriotik dan kebanggaan negara (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya ada beberapa buah negara lain yang turut juga menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan mereka bahkan spesies yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia iaitu Hibiscus rosa-sinensis juga serupa dengan negara lain tersebut kecuali Korea Selatan, Jamaica, Haiti dan juga Papua New Guinea. Pernah berlaku apabila di Korea Selatan dimana bunga ini dijadikan simbol Sukan Olimpik dinemakan sebagai 'Mugunghwa' iaitu dari spesis Hibiscus syriacus. Kepentingan bubga raya dalam kaedah perubatan tradisional ada banyak yang di ketahui. Ini kerana dalam perubatan tradisional tempatan di Malaysia dilaporkan bunga raya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Sejak dulu diketaui jika dalam perubatan Cina dan Melayu dimana bunga raya dipercayai mempunyai sifat penyembuhan yang boleh membantu dalam merawat batuk, demam dan pelbagai gangguan kesihatan lain. Kehebatan yang di katakan ia mampu untuk Mengawal Tekanan Darah dimana caranya dengan mengambil bahagian daun dan bunga raya sering dijadikan teh dan dikatakan rasanya seperti buah cranberry. Kebaikan bunga raya ini ialah ia mempunyai kesan anti-radang dan anti-oksidan, membantu dalam merawat masalah pencernaan, meredakan batuk, dan mengurangkan tekanan darah. Kehebatan lain dikaitkan dimana bunga raya akan Meredakan Penyakit Kulit sebab ciri anti-radang yang terdapat pada bunga raya membantu meredakan keradangan dan kemerahan pada kulit. Amalan tradisional dilaporkan bunga ini digunakan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, eczema, dan kulit kering. Paling lazim dimana bunga raya mampu Menurunkan Suhu Demam iaitu menggunakan lendir bunga raya untuk menurunkan suhu demam adalah salah satu amalan perubatan tradisional yang telah lama dipraktikkan di beberapa budaya termasuklah di Malaysia sendiri. Lendir bunga raya atau yang biasanya dapat diperoleh dari bunga atau daun emmang dikatakan ianya ada mempunyai sifat-sifat yang dapat membantu dalam kaedah mengurangkan suhu badan. Dizaman dahulu sewaktu penulis blog masih kecil sesekali ibu sering menggunakan alternatif ini dan mungkin masih ada yang mengamalkannya sehingga kini.
Banyak kajian dilakukan menjadikan ekstrak Bunga Raya dalam bahan kosmetik untuk kecantikan. Kepentingan bunga raya bukan sahaja menarik kerana kecantikannya akan tetapi ia juga kerana khasiatnya yang boleh menyumbang kepada penjagaan kulit dan rambut secara efektif. Ini menjadikannya bahan yang popular dalam pelbagai produk kosmetik dan penjagaan diri termasuk dapat bantu Melebatkan dan Melembutkan Rambut. Apa pun penggunaan lendir bunga raya untuk melebatkan dan melembutkan rambut adalah satu amalan tradisional yang mempunyai manfaat berdasarkan sifat semulajadinya. Lendir bunga raya mengandungi pelbagai komponen aktif termasuk polisakarida, flavonoid dan bahan vitamin yang dikatakan memberi manfaat dalam penjagaan rambut. Polisakarida membantu dalam melembapkan rambut dan kulit kepala, sementara flavonoid dan vitamin menyokong kesihatan rambut. Selain itu, penggunaan ekstrak bunga raya ini jugak dapat mengurangkan rambut kerinting. Kehebatan bunga raya dikaitkan dengan kemampuannya Melembapkan Kulit sebab bunga raya mempunyai sifat pelembap yang membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Banyak produk masker muka atau facial mask menggunakan ekstrak bunga raya untuk mengurangkan kedutan wajah dan mencerahkan tona kulit. Selain itu juga dilaporkan bunga raya juga sering dijadikan bahan dalam krim, losyen, dan serum untuk memberikan khasiat tambahan kepada kulit. Ekstrak bunga raya juga boleh ditemui dalam sabun dan pembersih muka untuk membersihkan kulit sambil memberikan manfaat tambahan. Kehebatan seterusnya ia Agen Anti-Penuaan apabila bunga raya kaya dengan antioksidan seperti vitamin C yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, ia juga mengandungi Asid Alpha-Hydroxy (AHA) yang membantu merangsang pengelupasan kulit, membuang sel-sel kulit mati, dan merangsang pembaharuan sel kulit baru. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM... DIMANA SAHAJA...
AMALAN AGRONOMI...PERLU DI BAJA...
BUNGA CANTIK.. RAMAI YANG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.