Support My Blog

Thursday, January 2, 2025

SEMBANG PENTINGNYA LANDSKAP DI RUMAH (Pt 1)

KEPENTINGAN LANDSKAP
(Landscape) dikeliling rumah sangat perlu dalam menentukan dan menstabilkan emosi penghuninya. Landskap adalah ia merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik dan tumbuh-tumbuhan terutamanya pemandangan kawasan desa atau taman dikawasan perbandaran. Konsep landskap juga dikaitkan dengan keadaan udara iaitu salah satu daripada saluran penting sumber nyawa kepada makluknya. Udara bersih menjadikan hidup manusia dan udara yang tercemar kan menyebabkan kesan negatif ibarat manusia yang mudah diserang penyakit. Aspek pencemaran alam sekitar bermakna kehidupan manusia juga bakal tercemar dimana perlu untuk semua menjaga alam sekitar iaitu perlunya teknologi hijau. Bermakna perlunya manusia kepada perlandskapan yang perlukan dan melibatkan proses merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia untuk bahagia. Kini ramai yang faham dimana landskap adalah taman buatan manusia dimana ada konsep rekabentuk landskap yamn mana ia menggabungkan elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk menwujudkan ruang di kawasan terbuka. Dalam pada itu di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau syarikat ada di lakukan aspek landskap yang juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman rekreasi bertujuan bagi mencantikkan aura pada pemandangan alam. Lazimnya pembinaan landskap juga ia perlu disesuaikan dengan fungsinya iaitu sama ada untuk bersantai atau hanya untuk sekadar penghias ruang semata-mata atau untuk dapat manuisa bergerak aktif di dalamnya. Diluar sana sudah ada landskap semulajadi namun kini ia mungkin diubah atau dibentuk dalam rekabentuk baru untuk menjaga kepentingan manusia. Manusia akan berusaha memperbaiki keadaan dengan tujuan tertentu yang mana ia melibatkan alam sekitar yang semulajadi diganggu gugat dengan pembinan bangunan, kawasan perumahan, ladang dan sebagainya. Akibat dari itu terjadinya tanah runtuh, pokok-pokok hijau ditebang dan berkurangan. Jika pembangunan tanah ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna maka ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu penting ada konsep perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Kepentingan landskap dapat memelihara alam sekitar dimana landskap selalu menambah nilai estetik sesuatu kawasan dan sekelilingnya termasuk aspek dalam mencantikkan kawasan dan pandangan keliling. Memberi pengguna suasana yang nyaman serta menyegarkan penglihatan akan dapat menghidu udara segar, deruan bunyi angin dari pohon-pohon, siulan burung-burung, bau harum dari kuntuman bunga-bunga. 
Secara tidak langsung sekadar dapat melupakan suasana hiruk pikuk yang dialami dan mampu menyerap tekanan semua. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya sembang akan kepentingan landskap untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Media laporkan ada 'Kuasa landskap' dimana ia asasnya adalah cuma sering dianggap tidak lebih daripada sekadar untuk pengindahan sesuatu rumah atau sudut di kawasan khas sahaja. Apa pun landskap mampu memberi impak lebih daripada itu termasuk menyumbang terhadap kesejahteraan hidup manusia. Terkini memang ramai yang mula minat dan menyedari 'kuasa' landskap sebagai terapi terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan mental. Jadi tidak hairan dimana kini trend membina landskap di rumah masing-masing mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ada yang b
ermula sekadar hobi dengan memilih pokok yang berdaun hijau atau tidak berbunga seperti pokok philodendron, colocasia, alocasia, pokok kelapa, pokok draco, paku-pakis dan kemoyang itu berjaya menghasilkan landskap yang memiliki aura tersendiri. Apa yang lebih menarik dimana ada pokok renek yang berbunga seperti bunga cina, gardenia, kenanga, melur, akar dani dan 'fountain grass' berwarna ungu serta putih yang disusun kemas. Mereka yang membuat  landskap menjadi platform agar dapat meluahkan kreativiti dan perasaan. Ada mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang landskap tetapi dengan perancangan rapi dibuat termasuk menyediakan pelan untuk memastikan susun atur pokok yang ditanam lebih teratur dan seimbang boleh disesuaikan dengan persekitaran ruumah. Selalunya sebelum siap sepenuhnya penghuni akan mula menanam pokok di sekeliling rumah secara berperingkat mengikut perancangan serta lakaran awal landskap yang akan dibina. Proses bagi menanam pokok dibuat secara berperingkat termasuk menggunakan pokok dari rumah sewa kemudian ditambah sedikit demi sedikit. Asas pemilihan pokok bukan sekadar cantik, malah turut mengambil kira akan bagaimana cara penyelenggaraannya. Kebanyakan pokok yang ditanam memerlukan tahap penjagaan rendah yang tidak perlu kerap dibaja, disiram dan dipangkas. Sebaiknya memilih pokok hijau kerana ia lambat luruh dan kekal lama selain dapat memberi ketenangan. Pokok berakar tunjang ditanam jauh dari rumah untuk mengelakkan mengganggu struktur rumah manakala pokok renek dan pokok herba ditanam dekat dengan kawasan rumah. Bagi rutin penjagaan pokok sebaiknya setiap dalam seminggu sekali perlu diperiksa keadaan pokok supaya sentiasa dalam keadaan baik. Daun pokok yang tua dan layu akan terus dipotong. Pokok hanya disiram mengikut keadaan cuaca dan baja ditabur pada setiap sebulan atau dua bulan sekali mengikut jenis pokok. Landskap dapat memberi rasa kepuasan tersendiri selain dapat memberi nilai estetika dan nilai tambah pada kecantikan kepada rumah. Bila melihat pokok yang sihat dan bunga yang cantik itu sendiri sudah menjadi satu terapi jiwa yang cukup istimewa. Hidup dikelilingi tumbuh-tumbuhan membuatkan kita rasa aman, tenang, nyaman dan sihat emosi.


Dilaporkan di media dimana '
Terapi ketenangan sepanjang masa' amat sesuai di sembangkan juga. Pemahaman yang baik berkenaan tanaman penting dalam merencanakan persekitaran lebih segar dan bermanfaat. Tanaman yang ada menghasilkan oksigen, makanan, gentian, bahan api, dan ubat-ubatan untuk kegunaan manusia dan hidupan lain. Malah ramai juga maklum tanaman menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Menempatkan beberapa tanaman hiasan sesuai dalam rumah antara pendekatan terbaik untuk persekitaran sihat. Menurut pakar landskap Jabatan Pertanian Muhamad Adli Salihin Samsudin, dalam kalangan kita selesa dengan beberapa tanaman hiasan dalam rumah kerana ia bukan saja membersihkan udara, malah menjadi terapi ketenangan sepanjang masa. Dalam rumah perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga enam jenis tanaman hiasan. Perkara paling utama yang perlu diambil kira adalah kesesuaiannya sebagai tanaman dalam rumah. Ini kerana kehadiran elemen semula jadi itu mempunyai fungsi tersendiri termasuk mampu membersihkan udara pada ruang kediaman anda. Diantara yang sesuai adalah pokok spider plant atau nama saintifiknya chlorophytum comosum. Ia dikatakan berfungsi menukarkan udara toksin menjadi oksigen. Sesuai dengan namanya, tanaman hiasan ini memiliki daun yang panjang dan terjuntai ke bawah seperti kaki labah-labah. Spider plant ini memiliki warna daun yang terdapat corak putih atau kuning hingga menjadikannya tarikan penyeri ruang. Ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun di udara sama seperti pokok peace lily yang dikatakan boleh menyingkirkan benzene, formaldehid trikloretilena, toluena, xilena. Tanaman hiasan ini juga mampu hidup subur di tempat teduh termasuk di bawah suhu 27 darjah Celsius selain sesuai diletakkan di kawasan taman. Pokok bamboo palm juga dikatakan tanaman hiasan dalaman ketiga terbaik menyingkirkan formaldehid dan sesuai ianya diletakkan pada ruang yang mempunyai perabot. Pasti pakis boston atau nama saintifiknya nephrolepis exaltata juga antara tanaman pembersih udara selain menyamankan suasana. Apa pun bagi penulis blog percaya sifat semula jadinya yang tahan lasak dan tidak perlu kerap disiram membuatkannya sering menjadi pilihan. Penyelidikan dari NASA Clean Air Study turut membuktikan dracaena fragrans atau dikenali sebagai corn plant mampu membersihkan yang dicemari formaldehyde, xylene dan toluene. Dalam keterujaan dengan tanaman hiasan di ruang dalaman, anda seharusnya peka dengan aspek penjagaan dan penyelenggaraannya. Sesekali dedahkan tanaman ini dengan cahaya matahari supaya ia kekal subur sepanjang masa. Lakukan siraman dan pembajaan berkala khususnya penggunaan baja organik dan gunakan juga tanah campuran yang betul. Jika tanaman hiasan seperti money plant atau nama saintifiknya Scindapsus aureus diletakkan dalam bekas berisi air, air berkenaan perlu kerap ditukar bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. Pada masa sama tanaman hiasan juga perlu bebas habuk atau debu. Lakukan aktiviti penyelenggaraan berkala termasuk mengelap daun pokok yang kerap terkena habuk.


Kenyataan '
Ruang terhad bukan alasan' untuk sesiapa membuat landskap yang menarik. Memang jika ada ruang boleh dijadikan tempat bersantai menggunakan konsep 'minimalis moden'. Zaman ini isu kekurangan tanah dan tiada ruang kosong antara alasan kebanyakan pemilik kediaman apabila terpaksa melupakan hasrat memiliki landskap di laman sendiri.
Sudah menjadi fitrah manusia hidup berinteraksi dengan alam semula jadi dan memiliki landskap dapat menyuntik panorama malar hijau. Apa pun bagi memenuhi keperluan itu konsep laman minimalis moden boleh memenuhi idea dan keperluan pemilik kediaman. Konsep minimalis moden antara trend landskap yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat kini. Apa pun gaya hidup masyarakat dan juga pemaju hartanah sekarang banyak menghasilkan kediaman dengan keluasan terhad. Keinginan tinggi memiliki ruang hijau dalam laman atau ruang kosong di kediaman mereka menjadikan konsep minimalis moden pilihan idea. Konsep penataan laman ini terasnya memberi penekanan fungsi ruang dan estetika dengan gaya lebih sederhana. Bagi pemilik baik rumah bertanah, bertingkat sehinggalah kediaman jenis villa, konsep minimalis masih mampu menepati keperluan pemilik kediaman terhadap landskap. Konsep minimalis moden yang tidak sarat dan mudah dilaksanakan pada sebarang ruang terbuka menjadikan ia kekal relevan walaupun dekorasi lama itu sudah dilakukan. Apa pun perkembangan trend konsep minimalis moden ini pada pengamatan saya tidak pernah 'outdated' sebaliknya ia kekal segar atau konsep rekaan laman popular sehingga hari ini.  Selalunya mereka yang tidak ada laman atau ruang sangat terhad memang kami sarankan konsep minimalis moden dimana konsep ini biasanya varieti pokok tiga hingga empat jenis dan kombinasi warna digunakan juga tidak lebih dari tiga. Elemen yang ada seperti tumbuhan semuanya berwarna hijau atau ada sedikit bunga putih dan batu sama ada warna semula jadi seperti kelabu dan putih. Apa pun visual untuk konsep ini biasanya dalam alur satu garisan dan tersusun, membuatkan ruang yang kecil tampak luas. Elemen landskap seperti tumbuhan, batu dan air digunakan secara minimum dan sederhana sudah memadai membuatkan pemilik kediaman boleh menikmati ruang laman terbabit. Ruang parkir kereta depan rumah juga sudah cukup untuk diubah menjadi ruang santai terbuka. Kombinasi pasu dijadikan kolam kecil dan susunan batu dan tumbuhan dalam pasu saiz sederhana serta kecil boleh mengubah ruang bosan menjadi tempat untuk 'healing' sebaik pulang kerja. Malah ia juga mungkin menjadi sudut kegemaran untuk tetamu jika menziarahi kediaman terbabit. Pilihan tumbuhan untuk konsep minimalis moden juga tidak kurang pentingnya. Karakter tumbuhan dipilih untuk konsep minimalis moden selalunya mudah sahaja iaitu jenis tanaman hiasan berdaun selain tahan lasak. Diantara yang selalu digunakan ialah Garcinia, Ficus elastic, Loropetalum, Sinsievera dan Fiddle fig kerana tanaman hiasan ini memerlukan kurang penjagaan. Ia sesuai dengan pemilik terutama yang baru berjinak-jinak untuk memiliki landskap di laman kediaman. Mereka yang sibuk selain mempunyai kekangan dari segi bajet, konsep minimalis moden antara konsep menata hias laman yang ideal untuk mereka. Konsep ini juga sangat membantu buat pemilik landskap yang mahu menaik taraf atau 'fusion' dengan elemen konsep lain. Kelebihan konsep minimalis moden ini ialah ia juga mudah untuk naik taraf atau beralih kepada konsep landskap lain. Contohnya kepada konsep tropika atau Bali, boleh tambahkan perincian tanpa perlu mengurangkan elemen sedia ada. Malah jika digabungkan dengan konsep lain, ia tidak menjejaskan nilai estetika pada landskap yang baru.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SENI LANDSKAP... LUAS MAKNANYA...
ADA YANG SIMPEL...KOMPLEKS ADA...
DIJAGA RAPI... HILANG TEKANANNYA...
MEMBACA ARTIKEL... TURUT SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 273, Le Glandeur Golf Resorts,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...