Bagi penulis blog mendapati dimana pada masa kini teknologi pertanian terus berubah dimana hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar dan pembaziran. Diantara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi. Pihak kerajaan telah mengwar-warkan tentang aspek memperkasa pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam usaha bagi membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional. Kini terdapat banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global. Pihak kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan.
Menarik laporan bagaimana 'Fertigasi gantung selamat tanaman dari banjir'
emangat kentalnya tidak pernah luntur walaupun tanaman cili yang diusahakan pernah ditenggelami banjir apabila insiden musibah itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk bangkit dan mencuba pula teknologi fertigasi gantung. Bagi petani muda Mohd Khairil (33) dia memulakan tanaman cili fertigasi sejak 2015 di Kampung Nechang, Tumpat dimana hasil yang diperoleh biasanya ia cukup lumayan, namun dia berdepan risiko banjir kerana kawasan kebunnya terletak di kawasan rendah. Pernah ada kes ada 5,000 pokok cilinya ditenggelami banjir apabila kesemua tanamannya seluas satu hektar musnah dalam sekelip mata dan dia rugi kira-kira RM50,000. Kemudian takut dengan nasib sama kini dia mencuba teknologi fertigasi gantung dimana dia tidak perlu risau lagi tanaman cili ditenggelami banjir sebab semua pokok cilinya tergantung tinggi sama juga tanaman timun fertigasi gantung. Dia adalah graduan lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah pun membelanjakan RM25,000 untuk memulakan projek tanaman itu hasil bantuan kewangan daripada adik-beradik. memulakan dengan hanya 1,000 pokok cili yang pada asalnya dia sudah menggunakan sistem fertigasi atas tanah namun kini tanamannya itu semakin berkembang dan dalam semusim saya dapat tuai cili sekitar 2 - 3 mt. Pasarannya hanya sekitar negeri Kelantan sebab permintaan cili sentiasa ada dimana dia dakwa banyak kebaikan menggunakan teknologi fertigasi gantung, antaranya mengoptimumkan penggunaan tanah. Apa pun diantara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman.

Dalam portal bhnews.com dilaporkan dimana 'Petani belajar kaedah fertigasi di Australia' sesuai di kongsikan kisahnya. Kisah dari Kuantan, Pahang dimana tanaman cili secara fertigasi mampu meraih pendapatan di antara RM30,000 hingga 40,000 semusim untuk tempoh enam bulan dan ia bergantung kepada harga semasa. Bagi Muhammad Firdaus (30) dakwa dimana dia mempelajari teknik itu daripada petani di Australia, ketika bekerja di negara berkenaan. Ketika bekerja sebagai pemandu lori kontena selama dua tahun di negara berkenaan, dia bertemu beberapa pekebun bagi mendapatkan tunjuk ajar cara mengusahakan tanaman sayur secara komersial. Apa pun dakwanya teknologi pertanian moden diamalkan petani di Australia ini, saya gunakan untuk projek tanaman cili teknik fertigasi dan hasilnya amat memuaskan. Dia menanam cili itu dilakukan kawasan kira-kira 0.5 hektar di tanah milik keluarga di FELDA Bukit Goh iaitu dengan berbekalkan modal wang simpanan sebanyak RM29,000, saya mula mengatur langkah untuk menjadi pekebun sayur sepenuh masa, kerana tidak berminat lagi bekerja sebagai pemandu lori kontena. Apa pun dia kini berjaya menanam sebanyak 2,000 pokok cili Sakata 461 yang mampu menghasilkan 400 hingga 700 kilogram cili seminggu. Harga pasaran semasa antara RM4 - RM16 sekilogram. Pada peringkat awal pembabitan dalam bidang pertanian bukan mudah kerana cili yang ditanam memerlukan penjagaan berterusan bermula daripada menanam, hingga menuai hasil. Isu penyakit dan serangga mudah menyerang tumbuhan berkenaan sekiranya tiada pemantauan. Kini dia gembira dengan usaha yang di lakukannya dan sering berhubung dengan pegawai di Jabatan Pertanian untuk khidmat nasehat. Artikel ini di tulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 8,301 kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.