Support My Blog

Thursday, January 16, 2025

SEMBANG BUAH MENGKUDU (PART 2)

BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia Linn) pada penulis blog memang tidak asing kerana ada menanamnya semasa dulu ketika bertugas di Mersing, Johor. Tanaman mengkudu juga merupakan tanaman tahunan (perenial) yang berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan ianya mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang dan ranting. Cabangnya tumbuh dengan cara mendatar dengan arah keluar kanopi tanaman dimana pada bahagian hujungnya ada berbuah. Daun pokok mengkudu adalah termasuk sebagai daun tunggal, terdiri atas satu helai daun setiap satu tangkai daun (petiolus). Bentuk daun adalah lonjong dengan ukuran panjang antara 10 - 40 cm dan lebar antara 15-17 cm dimana ia bergantung tahap kesuburan tanaman. Pada permukaan daun bahagian atas selalunya penulis blog dapati ia berwarna hijau kilat tetapi sebaliknya pada bahagian bawah warnanya adalah hijau agak pucat. Marfologi tangkai daun adalah pendek dan melekat pada ranting atau cabang secara berselang-seli atau secara berpasangan (paired). Apabila diteliti didapati umumnya semakin subur pertumbuhan tanaman maka semakin rimbun dan besar ukuran daunnya. Pokok mengkudu pernah menjadi tanaman popular satu ketika dahulu apabia buah mengkudu didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit termasuk mampu membunuh sel kanser melalui produk munuman ''Jus Noni''. Jus ini mampu mencapai harga runcit yang tinggi dipasaran pada masa itu menyebabkan ramai petani yang berusaha untuk menanamnya. Bagaimana pun terkini pada tahun 2025 kegilaan untuk penanaman pokok mengkudu sudah tidak kedengaran lagi seperti sekitar tahun 2000 (dudah sekitar 25 dahulu). Artikel tengahari ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya sembang mengenai kisah pokok mengkudu dan beberapa info berkaitan dari media lokan dan antarabangsa bagaimana kehebatan tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kalangan pembaca blog ini ada yang belum kenal dan ada yang sudah kenal dengan buah mengkudu. Dilaporkan yang khasiat buah ini tidak hanya terkenal oleh masyarakat lokal akan tetapi juga oleh masyarakat Tahiti. Mereka yang mana menyebutnya sebagai 'Buah Noni' memang ia sudah memanfaatkan khasiat mengkudu untuk kesihatan dan kecantikan. Menurut Prof Dr Sumali Wiryowidagdo dari Indonesia, buah noni yang terkenal kualitasnya berasal dari kepuluauan Tahiti Nui (Perancis Selatan) yang dikenal dengan Tahitian Noni. Manfaat noni boleh ia mematikan mikrobe dan melancarkan buang air besar serta mampu melancarkan keluarnya air mani dan mampu untuk ia meningkatkan daya ketahanan badan. Ia didakwa juga dapat mengatasi masaalah radang dan alergik dan melawan sel kanser. Buah Noni terbukti dapat menolong pesakit yang terkena masaalah Kanser (67%), Masaalah Sakit Jantung (80%), Masaalah Stroke (58%), Kegemukan (72%) dan penyakit lainnya. Penyelidikan pakar menunjukan dimana kandungan antioksidan dalam jus daun dan jus buah Tahitian Noni dapat memperlambatkan akan sel radikal bebas yang memengaruhi penuaan kulit. Apa pun buah mengkudu atau dikenal juga sebagai 'Buah Pace' dalam bahasa Jawa telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional di berbagai budaya kerana ada kandungan nutrisinya yang kaya. Buah ini mengandung vitamin C, antioksidan dan berbagai zat bioaktif yang bertindakbalas terhadap kesihatan secara keseluruhan. Sering dilaporkan jika antara salah satu manfaat utama dari buah mengkudu adalah kemampuannya dalam membantu menurunkan kadar kolesterol yang merupakan faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular. Dengan demikian dilihat yang buah mengkudu dapat menjadi ubat semulajadi yang efektif bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung mereka. Kajian saintis laporkan bahwa mengambil buah mengkudu secara rutin dapat memberikan kesan positif dalam mengawal kadar kolesterol. Bahan dalam buah ini bekerja iaitu dengan cara menghambat penyerapan kolesterol di dalam badan iaitu sehingga membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).


Dalam portal liputan6.com pula ada di laporkan bagaimaa 'Amat Mengejutkan Ada 5 Manfaat Buah Mengkudu yang Wajib DiKetahui' pembaca blog semua.  Buah mengkudu memiliki nama lain noni, pace atau starvation fruit yang telah lama dipercayai ia mempunyai banyak sekali manfaat yang baik bagi kesihatan. Apa pun bau atau aroma menyengat dari buah mengkudu serta rasanya yang pahit kerapkali membuat orang menjadi malas untuk mengunyahnya secara langsung. Oleh karena itu selain menjadikan buah mengkudu dalam bentuk kapsul memang  ada cara yang mudah untuk mengambil buah yang satu ini iaitu dengan membuat jus mengkudu. Dengan menjadikan buah mengkudu jus maka rasa pahitnya akan lebih sesuai diminum dalam menghilangkan bau ketika diteguk secara langsung daripada harus dikunyah lebih dulu. Khasiat yang ada dari buah ini pertama adalah ia mampu Meningkatkan kekebalan badan sebab buah mengkudu mempunyai khasiat untuk meningkatkan sistem kekebalan dalam tubuh. Perkara tersebut disebabkan buah mengkudu mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin C juga dipercayai ia adalah sabagai salah satu bahan yang terbaik bagi dapat memelihara sistem kekebalan tubuh sebab tubuh manusia tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C dan ia harus didapatkan dari sumber lain. Buah Mengkudu dilaporkan ia akan Menjaga Kesihatan Jantung dengan menurunkan risiko penyakit jantung sebab ada kesan antioksidan terkandung dalam buah mengkudu. Sesiapa juga digalakkan meminum jus mengkudu untuk memelihara kesihatan jantung. Ia juga dapat Meredakan Keradangan dan juga antiinflamasi di dalam jus mengkudu sehinggakan perkara ini boleh membantu dalam meredakan rsa sakit pada kawasan sendi-sendi. Saintis laporkan dimana manfaat dari jus mengkudu berpotensi untuk mengurangkan rasa sakit pada persendian serta mampu dalam meningkatkan jangkauan pegerakan fizikal. Khasiat llain adalah ia dapat Mengatasi Kes Darah Tinggi sebab kandungan bahan zat skopoletin yang terdapat dalam buah mengkudu dipercayai berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan skopoletin juga berperanan penting dalam mengawal tekanan darah memjadikan ia dapat menjadi salah satu penyelesaian mereka yang ssedang berusaha untuk menurunkan tekanan darah tinggi secara herbal. Dengan meminum 4 auns jus mengkudu setiap hari secara rutin iaitu selama sebulan dapat membantu dalam mengurangkan kes tekanan darah tinggi. Akhirnya dimana ia juga mampu untuk  Mencegah dan memperbaiki kerosakan sel tubuh sebab ramai yang terdedah kepada radikal bebas yang bersumber dari pencemaran, asap rokok, racun dan juga sinaran matahari terlalu berlebihan. Kerosakan akibat ini boleh merosakkan sel-sel kepada manusia. Buah mengkudu dipercayai boleh untuk mengurangkan kadar radikal bebas serta membantu dalam memperbaiki jika adanya kerosakan sel-sel tubuh.


Menarik dalam portal batampos.com yang bertajuk 'Empat Bahaya Buah Mengkudu: Kenali Risiko dan Efek Sampingnya' untuk disembangkan. Portal ini laporkan jika buah mengkudu (Morinda citrifolia) telah lama dikenal dalam pengubatan tradisional sebab ada banyak khasiatnya. Mengkudu sering dianggap akan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meredakan isu keradangan dan membantu aspek kesihatan pencernaan. Bagaimana pun pengambilan buah ini dalam jumlah berlebihan atau tanpa pengawasan mediks dapat menimbulkan beberapa risiko. Antara potensi bahaya buah mengkudu yang perlu diketahui sebelum memasukkannya dalam diet harian perlu di ketahui. Mengkudu mengandungi zat aktif seperti damnacanthal, scopoletin dan anthraquinones dimana ada beberapa kes ia akan menyebabkan kerosakan pada hati. Kajian menunjukkan bahwa penggunaan mengkudu yang berlebihan dapat memicu toksisiti hati terutama jika pengguna mempunyai kes masalah hati. Risiko pada individu yang sudah ada kes pada hati dimana buah mengkudu akan memburukkan lagi situasi. Toksisiti yang berlaku ini apabila ada simptom seperti mual, muntah, sakit perut dan penyakit kuning. Ia juga memeng boleh menyebabkan Keradangan apabila ada pengguna yang mengalami reaksi alergi terhadap mengkudu, terutama jika memiliki riwayat alergi terhadap buah-buahan atau tanaman tertentu. Reaksi alergi ini dapat berupa ruam kulit, gatal-gatal sehingga berlaku sesak nafas.
Tindakbalas alergi dapat terjadi dalam bentuk yang ringan hingga keadaan yang parah. Mereka yang baru pertama kali mencuba ambil buah mengkudu sebaiknya mengambilnya dalam jumlah sedikit terlebih dahulu untuk melihat reaksi tubuh. Ancaman lain termasuk ia akan Meningkatkan Risiko Tekanan Darah Rendah sebab mengkudu mengandungi mineral potasium (K) dalam jumlah yang cukup tinggi. Ini akan dapat membantu menurunkan tekanan darah. Namun kes lain dimana bagi individu yang sudah memiliki tekanan darah rendah (hipotensi) atau sedang mengambil ubat penurun tekanan darah dilihat buah mengkudu dapat menyebabkan tekanan darah turun drastik. Kes tekanan darah yang terlalu rendah dapat mengakibatkan kepala pening, lemas sehingga ia boleh pingsan. Sebaiknya pesakit hipotensi atau yang menggunakan ubat antihipertensi perlu menghindari ambil buah mengkudu berlebihan. Ancaman lain adalah dimana buah mengkudu akan Berinteraksi dengan Ubatan Lain yang diambil juga ancaman. Buah mengkudu akan ianya berinteraksi dengan beberapa ubat moden lain terutama ubat penurun tekanan darah dan ubatan untuk mengatasi masalah hati. Kandungan kalium dalam mengkudu juga selali ia dapat berinteraksi dengan ubat diuretik yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa pun kesan tidakbalas atau interaksi ubat lain dengan buah mengkudu dapat mengurangkan keberkesanan ubatan tersebut atau bahkan menyebabkan kesan sampingan lain yang serius.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MENGKUDU... APA CERITA....
KURANG DI TANAM...DI MALAYSIA...
BANYAK LAPORAN.. DALAM MEDIA...
APA KISAH.,. MARILAH MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...