Support My Blog

Sunday, January 12, 2025

SEMBANG BAKA AYAM KAMPONG (Part 1)

AYAM KAMPONG
adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang tidak diketahui asal usul daripada kaum atau strain tertentu yang biasanya dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam kampong ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan sebagai salah satu aktiviti untuk sumber protin. Jenis Ayam Kampong (Gallus domesticus) adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala dimana di Negara Barat mereka selalu akan memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken). Pada penulis blog dimana penternakan ayam kampong merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk para usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh masa atau pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana Ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BiakBaka) telah diperkenalkan pihak oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia (JPV) iaitu melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ayam kampong ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang mana ia boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kamppong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh 31 Disember akhir tahun 2024 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal baka ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Beberapa jurnal nyatakan dimana ayam kampung di Malaysia dikatakan berasal dari ayam hutan merah (red junglefowl) dan ayam dibawa oleh pedagang dari China yang bernama ayam Canton. Selepas beberapa ketika kemasukan orang Eropah pula memperkenalkan baka dari barat. Percampuran baka-baka ini membentuk ayam kampung yang pada hari ini di Malaysia. Mungkin kerana berlaku proses iaitu persilangan sesama sendiri menyebabkan kebugaran ayam kampung menurun menjadikan FCR (feed convertion ratio) ayam kampung sangat lemah, mengambil masa sehingga 6 bulan untuk mencapai berat boleh pasar 1.2 hingga 1.5 kg. Kajian mendapati dimana kadar pengeluaran telur juga sangat rendah iaitu sekitar 50 - 60 biji setahun sedangkan baka ayam kampung yang dibuat pembiakan terpilih (selective breeding) mampu bertelur 180 - 250 biji setahun. Ciri ini penting kerana selain penternak ayam ini dapat menjual telur dan penternak seharusnya dia mampu mengeluar anak ayam DOC sendiri menggunakan inkubator dari induk terpilih (Parent Stok PS) miliknya. Harga DOC agak mahal jika terpaksa membeli tiap kali mahu memasukkan anak ayam iaitu kos sekitar RM3.50 seekor. DOC yang berkualiti juga boleh dijadikan satu produk tambah nilai kepada penternak untuk menjana pendapatan tambahan. Dalam laporan lain di nyatakan Baka Ayam Saga mempunyai sifat-sifat ayam kampung biasa dengan dagingnya yang kenyal dan pejal sesuai dengan masakan orang Malaysia dimana ia dapat membesar dengan lebih pantas dan seragam. Penulis blog ada beberapa kali melihat dan ujirasa ayam baka ini dahulu seasa bertugas di Pahang kebetulan keprojek ini di sekitar Muadzam. Saya ada menulis artikel yang bertajuk 'Apa dia Ayam Saga' yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini) untuk megetahui lebih lanjut. 


Apa pun kini di Malaysia terdapat sekurang-kurangnya 2 baka ayam kampung premium yang dihasilkan oleh agensi kerajaan bagi membantu penternak ayam kampong. Ayam tersebut adalah Baka Ayam Saga MARDI dan Baka Ayam Putra UPM (Ayam Jerai). Bagaimana pun mungkin masih sukar kepada bakal penternak ayam kampong unutuk mendapatkan anak ayam untuk di ternak semenjak ia dilancarkan sehingga kini kerana kekangan sumber bekalan baka tersebut. Baka pertma adalah Baka Ayam Saga MARDI yang dihasilkan agensi tersebut, Dalam Pameran Agro Johor 2024 yang di adakan di Yong Peng dimana seekor anak ayam baka ini dijual dengan harga RM3.50 seekor, Kalau hendak bela sebanyak 100 ekor maka kos untuk beli anak ayam ini sedah menjadai RM3,500! seperti poster di sebelah. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana MARDI sejak 2008 telah menjalankan pembangunan baka Ayam Saga bagi meningkatkan mutu baka ayam kampung dalam jangka masa panjang. Melalui beberapa ladang induk di Stesyen MARDI yang menyimpan baka 1,000 ekor induk betina kemudian dilaporkan pihak MARDI mengeluarkan sehingga 100 ribu DOC anak ayam kampung sebulan. Baka Ayam Saga ini adalah baka serampang dua mata didakwa ia boleh digunakan untuk sebagai baka ayam sembelihan dan juga ayam petelur. MARDI menjangka dapat mengeluarkan baka sebanyak sehingga 500 ribu ekor ayam saga sebulan menjelang 2025 sebagai ayam kampung sembelihan atau ayam penelur. Ada laporan dimana Ayam Saga mempunyai sifat-sifat ayam kampung biasa dengan dagingnya yang kenyal dan pejal sesuai dengan masakan orang Malaysia tetapi dapat membesar dengan lebih pantas dan seragam. Ia boleh mencapai berat yang sesuai untuk disembelih 1.2 hingga 1.5 kg dalam tempoh 8 minggu berbanding 24 minggu untuk ayam kampung biasa. MARDI membangunkan baka Ayam Saga ini menggunakan gabungan sumber genetik dari ayam kampung tempatan. Ayam Saga boleh mencapai berat sekitar 1.8kg bagi ayam jantan dan 1.5kg bagi ayam betina pada umur 10 minggu hingga 12 minggu. Ibu Ayam Saga sebagai penelur pula mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 biji hingga 120 biji telur seekor selama 70 minggu berbanding 50 biji hingga 60 biji bagi tempoh sama untuk ayam kampung biasa. Empat strain ayam kampung bagi menghasilkan Ayam Saga ialah Alfa, Beta, Gamma dan Tetta dengan matlamat bagi menghasilkan ayam yang cepat membesar (FCR terbaik) penghasilan telur yang banyak dengan menggunakan bahan tempatan alternatif kepada jagung dan soya yang lazim digunakan. Penggunaan bahan tempatan menjimatkan 15 peratus kos dedak berbanding penggunaan dedak komersial konvensional. Keupayaan Ayam Saga menkonsumsi makanan tempatan alternatif yang berserat tinggi adalah ciri positif berbanding ayam daging baka import, menjadikan Ayam Saga boleh diternak secara separa intensif atau lepas bebas dalam dusun dan ladang bagi meragut rumpai liar. Ini menjimatkan kos makanan yang semakin meningkat saban hari dan mengurangkan kos merumpai bagi dusun dan ladang. MARDI menjangka penghasilan Ayam Saga dapat membantu dalam mengurangkan kebergantungan import induk dan baka ayam jantan dan berharap penternak perseorangan dan syarikat mengambil manfaat darinya.


Dalam portal hmetro.com dirujuk kisah 'Ayam Saga Cepat Matang' sesuai di sembangkan. Apa pun dilaporkan keputusan seorang lelaki berusia 44 tahun ini berundur dari bidang kejuruteraan lapan tahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian dan penternakan nyata menampakkan hasilnya. Pengusaha pertanian bernama  Mohd Yazid Sulaiman yang melihat kedua-dua bidang itu mempunyai nada sama untuk menjana pendapatan dalam perniagaan. Beliau berasal dari Kuala Selangor itu awalnya mengusahakan tanah keluarganya seluas 0.8 hektar dengan melakukan kerja penanaman sayur-sayuran kemudian beralih kepada penternakan ayam kampung. Kini dia bukan sahaja petani yang menanam sayur-sayuran, malah pada masa sama bergelar usahawan dalam semua rantaian penternakan ayam. Dinyatakan pada awalnya dia mula menternak 300 ayam kacuk dengan modal permulaan RM3,000 bagi tujuan jualan daging dan mengembangkan kepada sebanyak 5,000 ayam kacuk. Namun begitu akibat cabaran bekalan dan persaingan ladang ayam kacuk pedaging kemudian dia melangkah setapak dengan menyertai pengeluaran anak ayam saga iaitu ayam kampung hasil kajian MARDI. Sejak itu dia menjadi peserta pengembangan ayam saga di bawah bimbingan Mardi dan Jabatan Veterinar. Sehingga kini dia mempunyai 5,000 ayam merangkumi pembaka dan anak ayam saga diman dia juga turut menternak ayam kacuk. Dakwanya baka ayam saga mempunyai keunikan rasa tersendiri dan tempoh matang untuk disembelih hanya mengambil masa tiga hingga tiga bulan setengah berbanding ayam kampung asli iaitu diantara empat hingga lima bulan. Bagi baka ayam saga kini dia bukan sahaja mengusahakan jualan baka akan tetapi sudah merangkumi semua rantainya iaitu bermula dari jualan telur sehingga daging sejuk beku. Dia bukan sahaja menjualnya di sekitar Selangor malah mempunyai pembeli di Kelantan dan Melaka dimana terkini ada mempunyai 4,000 ayam saga pelbagai peringkat usia. Apa pun dari segi makanan dimana  ayam yang diternaknya diberikan 80% makanan komersial dan 20% adalah makanan alternatif. Memang makanan ayam menjadi elemen paling penting dalam penternakan ayam berkualiti dan mampu menghindari penyakit. Isunya adalah dimana ketika ini harga makanan komersial harganya semakin meningkat dan ia boleh memberi kesan kepada kos penjualan kepada pengguna. Kini dia mencampurkan 20% makanan alternatif terdiri daripada pokok ketum ayam dan jagung yang ditanam di sekeliling ladang. Purata dia membelanjakan sehingga RM10,000 untuk makanan ayam sebulan. Ayam saga khasnya mendapat permintaan tinggi daripada pembeli kerana ia digemari pelbagai bangsa di Malaysia dan pekerja asing. Bagi telur ayam saga dijual pada harga antara 50 sen hingga 80 sen sebiji, anak ayam saga yang hidup dijual pada RM2.50 seekor dan daging ayam saga siap diproses mampu mencecah RM18 sekilogram kepada pembeli. Kini dia lebih fokus kepada penjualan anak ayam dimana secara purata mampu menjual sehingga 4,000 ekor sebulan dan bagi ayam saga matang, sehingga 500 ekor sebulan. Dia perlu bijak menguruskan bekalan supaya ia tidak terputus kepada pembeli dalam kalangan peniaga selain penternak. Dia juga mempunyai kedai makanan ternakan yang diusahakan bersama rakan sekampung dan Jasa Jaya Agro miliknya serta keluarga supaya penternak dapat membeli barangan keperluan penternakan pada harga berpatutan. Cabaran sentiasa ada dan sebagai pengusaha serta peniaga, perkara lebih penting ialah ilmu pengetahuan. Dia sendiri mengikuti pelbagai kursus untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini yang bukan sahaja mengenai ternakan dan aspek perniagaan. Insiden yang tidak dilupakan ialah ayam ternakan pernah mengalami kematian kerana serangan selesema. Jadi, apabila kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai kawalan penyakit itu, pastinya memberi kesan dalam perniagaan. Dalam dunia penternakan mudah untuk dimulakan akan tetapi perlu cekal berdepan cabaran selain kreatif. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part1 dan Part 2 yang mesti dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KAMPONG...PENTIN G BAKANYA...
PIHAK MARDI ... ADA BAKA AYAM SAGA....
UPM PULA... ADA BAYA AYAM PUTRA....
PERLU DI TERNAK... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(1 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...