Dalam bhnews.com dilaporkan bagaimana 'Pesona rimbunan bunga matahari' amat sesuai di kongsikan. Apa pun bunga matahari atau nama saintifiknya helianthus annuus tumbuh mekar di Sunflower Garden, Bagan Datuk, Perak. Penulis blog ada dua kali mengunjungi taman ini. Perak lazimnya akan mengingatkan kepada sejarah kesultanan Melayu kerana di daerah kecil itu terletaknya Beting Beras Basah yang kin isudah menjadi lokasi sangat penting bagi istiadat diraja Perak yang juga susur galur daripada Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Muzaffar Shah ketika baginda mula tiba di muara Sungai Perak. Daerah yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Ipoh itu pastinya menyimpan sebahagian sejarah Perak dan suasana pekan dengan deretan bangunan lama mengembalikan memori silam. Selain mengamati sejarah, biasanya kunjungan pengunjung ke Bagan Datuk untuk beriadah di Waterfront Bagan Datuk selain merasai keenakan juadah soto yang sinonim dengan pekan kecil itu. A[pa pun ironinya pekan kecil itu jarang dikunjungi 'orang luar' kerana lokasinya yang agak terpencil dan 'sepi' namun kini ia semakin mendapat perhatian dengan tarikan baru iaitu taman bunga matahari di Sunflower Garden, di Bagan Sungai Burung. Rimbunan kira-kira 2,000 pokok bunga matahari menjanjikan keindahan alam semula jadi. seperti suatu sasana damai di kampung. Bagi ramai pencinta bunga matahari atau nama botaninya helianthus annuus juga tidak perlu ke ladang bunga matahari di Thailand yang terkenal dengan keindahan flora. Pertumbuhan flora itu juga sangat unik kerana ia menghasilkan satu bunga untuk satu pokok dan dari morfologinya, ia mempunyai daun lebar dan berselang-seli kedudukannya pada tangkai yang menegak. Bunga matahari mempunyai kelopak bunga yang berbentuk tirus di hujungnya dan berwarna kuning cerah selain mengelilingi cakera berbentuk bulat. Pemiliknya iaitu Khor Weng Kiang, 46, berkata, taman bunga matahari itu dibuka bersama enam rakan baiknya sejak tahun lalu untuk merancakkan lagi pelancongan domestik. Dia mempunyai 2,000 pokok bunga matahari yang mengambil masa 90 hari untuk berbunga. Apa pun idea taman ini tercetus selepas melihat pengunjung mengambil gambar bersama bunga matahari dan bersama rakan terfikir mahu memanfaatkan tanah dengan tanaman ini. Selalunya bunga di sini untuk hiasan semata-mata dan bukan untuk kauci. Ketika ini kami tanam secara berperingkat supaya pokok boleh berbunga sepanjang tahun. Taman bunga itu kini menjadi tarikan baharu di Bagan Datuk dan ia menjadi tumpuan ramai bukan saja pengunjung dari dalam dan luar daerah ini, luar Perak. Setiap hari memang ramai yang datang terutama pada hujung minggu dan menjadi lokasi pilihan pengantin mengambil gambar kenangan. Dakwanya pesona bunga matahari dengan keceriaan warnanya memang memberikan hasil gambar terbaik tetapi pengunjung perlu peka warna baju supaya hasilnya lebih cantik. Taman itu dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 7 malam dengan bayaran bermula RM5 hingga RM13 mengikut usia dan 'port' bergambar turut disediakan seperti buaian, tangga langit, arca berbentuk hati dan aktiviti memberi ikan makan.
Menarik sembang dalam hmetro.com bertajuk 'Bunga matahari unik dan ia berkhasiat' untuk dijadikan rujukkan. Apa pun dilaporkan keceriaan warna bunga matahari pastinya membangkitkan aura positif bagi mata yang memandang. Apa pun nama botani Helianthus annus yang berasal daripada famili Asteraceae ini memiliki ciri fizikal seperti kelopak bunga berbentuk tirus berwarna kuning terang dan mengelilingi cakera bulat, manakala daunnya pula lebar serta kedudukannya berselang-seli. Seperti namanya, bunga ini memerlukan pencahayaan secukupnya bagi memastikan ia tumbuh segar. Istimewanya bunga matahari ini termasuk perilaku unik apabila bunganya sering menghadap matahari (heliotropisme). Diangkat sebagai bunga kebangsaan Ukraine, bunga matahari ini bukan sahaja mampu menaikkan seri laman bahkan ia memiliki khasiat terhadap kesihatan manusia. Ia turut dijadikan minyak masak, bunga matahari dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan masalah cirit-birit. Semasa penjagaan bunga ini juga mudah apabila ia memerlukan siraman air secara konsisten, proses pembajaan berkala dan kawalan serangga perosak bagi memastikan pokok bunga matahari kekal subur.
Dilaporkan juga dimana 'Ladang bunga matahari jadi tarikan di Perlis' yang menarik ramai pengunjung. Siapa sangka Perlis kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang hebatnya terletak di Taman Ular dan Reptilia bertempat di Sungai Batu Pahat. Kisah dari Kangar, Perlis yang kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang hebatnya terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat di sini dan menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Para pencinta bunga matahari juga tidak perlu ke negara jiran yang terkenal dengan keindahan flora itu, lebih-lebih lagi ketika pintu sempadan negara masih ditutup akibat pandemik Covid-19 kerana ladang itu dibuka dengan mengambil inspirasi daripada ladang bunga matahari Lopburi di Thailand. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar untuk dikongsi dalam media sosial. Ini terbukti apabila ladang bunga matahari milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar itu mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember tahun lepas. Ladang bunga matahari milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar itu mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dalam tiga bulan pertama. Menurut Pengurus Besar PKENPs dimana kini kebanyakan pengunjung adalah daripada golongan remaja dan ada berlaku penurunan pengunjung terutama yang berkeluarga. Kebanyakan pelawat datang pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Idea untuk membuka ladang itu, Norsiake berkata, pada asalnya kawasan taman itu adalah lembah (tanah mendap dan berair) serta tidak digunakan, bagaimanapun kakitangan unit publisiti dan promosi PKENPs mahu memanfaatkan kawasan itu sebagai produk alternatif dengan menanam pokok bunga matahari. Apa pun aktiviti penjagaan pokok itu juga mempunyai cabaran apabila tanah yang mendap perlu sentiasa digembur selain turut terdedah dengan kehadiran serangga perosak seperti siput dan ulat serta memerlukan pemantauan berterusan.
Dalam pada itu sudah ada 'Tarikan baharu di Kuala Selangor' yang amat menarik dikongsikan kisahnya. Kuala Selangor daerah yang cukup dikenali dengan pelbagai hidangan makanan laut selain turut popular menerusi aktiviti menyusuri Sungai Selangor bagi menikmati wajah malam berhias cahaya kelip-kelip. Namun, daerah yang terletak di bahagian barat Laut Selangor itu juga sebenarnya menyimpan 1,001 kisah sejarah Kerajaan Negeri Selangor, misalnya ia menjadi lokasi makam dan istana sultan-sultan terdahulu selain beberapa cerita sejarah lain termasuk di kisah batu hampar yang terletak di pintu masuk Bukit Malawati juga pusara Panglima Hitam. Selain itu, Kuala Selangor hari ini turut mempunyai tarikan baharu iaitu sebuah taman bunga yang dikenali sebagai Sunflower World, terletak di Pasir Penambang sejak setahun lalu. Ramai kini berkesempatan berkunjung ke taman bunga seluas 1.21 hektar yang bukan hanya menempatkan lebih 2,000 pokok bunga termasuk kira-kira 600 pokok bunga matahari, malah ada juga pusat konservasi kupu-kupu, lebah juga pelbagai jenis kumbang. Apa pun di taman itu pelbagai jenis bunga tumbuh subur dan sangat memukau pandangan. Antara jenis bunga yang ditanam di situ termasuklah bunga balung ayam (Celosia); Phlox Cuspidate Scheele; Marigold Tiny Sun Orange; Cosmos Cosmic Mix Detailed dan banyak jenis yang lain. Ramai kalangan para pencinta bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus, anda pasti akan lebih teruja melihat hamparan kekuningan bunga-bunga matahari yang mekar. Manakan tidak, umumnya taman bunga seluas itu biasanya hanya boleh didapati di kawasan beriklim sejuk seperti Cameron Highlands atau Genting Highlands di Pahang, manakala di negara luar pula, Thailand antara lokasi terdekat yang terkenal dengan keindahan keindahan flora ini. Apa pun keindahan yang sama ditawarkan di lokasi lebih dekat, tentu saja ia menarik kunjungan ramai. Ada sebuah pusat konservasi lebah, pelbagai jenis kumbang selain ia turut menempatkan lebih 30 jenis kupu-kupu. Antara spesis kupu-kupu yang boleh ditemui di situ termasuklah Rajah Brooke's Birdwing atau Trogonopetra Brookiana yang juga diberi jolokan kupu-kupu kebangsaan Malaysia. Selain itu, pusat konservasi berkenaan turut menjadi lokasi kupu-kupu jenis Common Tree Nymph, Malay Lacewing dan Great Eggfly. Secara keseluruhan terdapat kira-kira 3,000 kumbang daripada pelbagai spesies di serata dunia. Namun, setiap jenis kumbang mempunyai proses penjagaan yang berbeza mengikut cuaca sesebuah negara. Antara kumbang yang popular termasuk yang terbesar di Asia iaitu Chalcosoma Chiron Kirbyi (kumbang tanduk tiga) dan spesis Allotopus Moellenkampi Moseri (kumbang emas). Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua [ara pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.