Menarik kisah jika ada kalangan rakyat Malaysia yang tidak kenal akan bunga kebangsaan ini iaitu BUNGA RAYA. Lazimnya siapa yang tidak kenal dengan bunga raya? Ada pelbagai kegunaan dan khasiat bunga raya yang anda mungkin tidak tahu. Beberapa rujukkan ada menyatakan dimana bunga raya yang mana ia dipercayai berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik semenjak tahun 1960 dirasmikan sebagai jenis bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Ini kerana selain daripada keindahan semula jadinya dimana iaa juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India. Mengetahui aka apakah kegunaan dan khasiat bunga raya adalah satu perkara yang wajar di ketahui sebagai rakyat Malaysia. Apa pun kajian mendapati jika kesemua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Dikongsikan beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui. Pertama dimana bunga raya dilaporkan ia mampu Menjaga Rambut penggunanya. DIlaporkan ada komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang. Apa pun tidak ramai pembaca blog yang ahu menggunakannya berbanding dengan menggunakan syampu moden yang ada banyak jenama di pasaran, mudah di beli dan pengaruh iklan. Kajian menyatakan jika bunga raya ini ia dipercayai dalam menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan kes rambut beruban. Apa pun perlu di fahami jika bagi tujua untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya sebaiknya bahan asas seperti bunga-bunga itu dikeringkan dahulu dan ia dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala. Walau pun ia bukanlah proses susah melakukannya akan tetapi persoalannya kenapa pembaca dan pengguna masih kurang mengamalkannya di Malaysia manje=adi satu persoalan. Mugkin ramai kalangan penduduk di Malaysia yang sudah tidak menanam bunga raya di kawasan rumah atau tidak percaya dengan testioni ini.
Ada kajian menyatakan jika bunga raya ini juga mampu untuk Merawat Demam dan Sembelit jika di gunakan dengan cara betul. DIlaporkan dimana sejak dahulu lagi iaitu bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat tradisional untuk merawat pelbagai keadaan. Beberapa laporan ada nyatakan dimana orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik. APa pun kajian dikaitkan dimana ada kesan iaitu penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit. Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause. Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia. Kalangan para pembaca blog ini mungkin ada yang berminat jika bunga raya dikitkan mampu untuk dapat Merendahkan Tekanan Darah Tinggi dan Paras Kolesterol kepada pengamalnya. DIlaporkan terkini dimana hebatnya tumbuhan ini menjadi popular sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi atau hipertensi. Khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung. Dilaporkan dimana sebatian bioflavonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolesterol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat. Paling terbaru jika khasiat bunga raya dalam cara ia Membantu mengurangkan berat badan. Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan. Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan. Selalunya apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (penuh dengan gula dan kanji), mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan. Laporan pubmed.gov dakwa bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase (kumpulan enzim yang dpt menukarkan kanji menjadi gula). Jika seseorang yang kerap minum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan. Jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam pada itu dilaporkan yang bunga raya mampu Meningkatkan Sistem Imun penggunakan dimana selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak. Bunga raya juga mempunyai khasiat dimana setiap 100 gm nilai permakannya adalah ada 1.145 g protein, 2.61 g lemak, 12.0 g serat, 1,263 mg kalsium, 273.2 mg fosforus, 8.98 mg besi, 0.029 mg karotena, 0.117 mg tiin,
0.277 mg riboflavin dan juga 3.765 m niasin. Disebabkan semua nutrisi itu maka minuman teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
Menarik sumber lain mempaparkan akan khasiat dari daun bunga raya untuk di kongsikan. Apa pun bunga raya ialah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Bunga raya ini juga ada pelbagai jenis dan warna. Ada yang bersaiz besar dan ada juga yang kecil. Sewaktu saya kecil-kecil dahulu , memang mudah untuk berjumpa dengan bunga raya ini di mana-mana sahaja berbanding pada masa sekarang. Ada laporan kajian menyatakan dimana Bunga Raya Putih dikatakan ia adalah mempunyai nilai perubatan yang tinggi daripada bungaraya yang berwarna lain seperti warna merah, jingga dan sebagainya. Selain warnanya yang cantik dilaporkan dimana daun bunga raya dan bunga raya ini mempunyai aspek nilai perubatan yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk meredakan demam dan kepanasan. Ada banyak testimoni dimana semasa anak-anak mereka demam dimana ada yang akan mencari pokok bunga raya ini untuk dijadikan bahan penawar demam. Antara testimoni dimana bunga raya ini didakwa mampu untuk Meredakan Kes Demam Panas yang menyerang badan kanak-kanak di rumah. Walau pun ada yang gunakan ubatan moden seperti sirap dan panadol akan tetapi pilihan alternatif ii sesuai diamalkan juga. Apa pun cara-cara melakukannya adalah dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya yang segar dai keliling rumah atau rumah jiran atau taman-taman awam (janga rosakkan pokok di taman awam). Kemudian dimasukkan ke dalam bekas mangkuk atau plastik dan di tambah sedikit air. Perlu diramas-ramas daun bunga raya ini sehingga daun tadi mengeluarkan lendir yang pekat didalam air. Kemudian perlu disapukan lendir tadi ke bahagian kepala anak dan juga pada bahagian badan yang lain dan mesti di biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga anak sembu dari demam. Ia amat praktikal dan menjimatkan kos serta berkesan. Bunga Raya juga di laporkan ia mampu untuk Mencantikkan Rambut iaitu dilaporkan mampu untuk ia menghilangkan kelemumur, mengilatkan rambut dan juga akan menyejukkan kulit kepala. APa pun cara-caranya adalah dengan mengmbil beberapa helai daun bunga raya yang segar dan masukkan ke dalam bekas, tambah sedikit air
Ramas sehingga daun tadi mengeluarkan lendir. Kemudian disapukan lendir tadi ke bahagian kepala dan keseluruhan rambut dimana perlu dibiarkan ia serap atau seakan jadi kering. Kemudian ia dicuci dengan air bersih. Kehebatan dari bunga raya seterusnya adalah ia mampu Merawat Luka, Gatal Kulit atau Penyakit Kulit kepada mereka yang sesuai. Apa pun caranya adalah dengan mengmbil beberapa helai bunga raya dan daun bunga raya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Seterusnya bunga raya sesuai untuk ia dapat Merawat mata yang bengkak atau radang iaitu degan mengambil beberapa helai bunga raya yang segar. Ia kemudian direbus sehingga mendidih dan cuci mata yang bengkak dengan air ini. Apa pun sebaiknya air rebusan ini juga boleh diminum untuk merawat asma, batuk, selsema dan untuk mengeluarkan kahak. Bunga raya juga boleh digunakan sebagai pengilat kasut. Caranya hanya ambil sekuntum bunga raya dan gosokkan di kasut. Tapi rasa sayang pula hendak mengorbankan bunga yang cantik ini untuk digunakan pada kasut agaknya. Adalah digalakkan agar pembaca blog semua untuk menanam pokok ini di rumah masing-masing. Pokok bunga raya ini juga boleh ditanam di dalam pasu sekiranya tiada tanah di kawasan rumah. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...JARANG DIGUNA...APA SEBABNYA....
MUDAH DITANAM... DIRUMAH SAJA...
GUNA SENDIRI...AMAL SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.