IKAN PUYU (Anabas testudineus) adalah sejenis ikan air tawar daripada famili Anabantidae dimana ia mendiami kawasan di sawah, tali air serta sungai-sungai kecil yang merupakan habitat utama. Spesies ini hidup dari apa yang penulis blog lihat secara berkumpulan dan mudah dijumpai dengan memerhatikan riak di permukaan air kerana ikan puyu akan mengambil udara untuk bernafas ke permukaan air. Di Malaysia terdapat 2 spesies Ikan Puyu yang biasa diternak di Malaysia iaitu 'Ikan Puyu Kampong' dan 'Ikan Puyu Siam'. Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang saiznya agak besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang terdapat di Malaysia. Ikan puyu menjadi pilihan dalam industri akuakultur kerana tahan lasak dan ia juga cepat membesar jika diberi makan dan persekitaran yang sesuai. Jangkamasa ternakan adalah dalam tempoh 3 - 4 bulan sahaja bergantung kepada pengurusan ternakan melalui kadar pemberian makanan (FCR), kualiti benih dan kualiti air. Keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik adalah digalakkan di permukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling. Mengikut kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran semulajadi seperti habitatnya. Penulis blog menjumpai jiran rumah yang menternak ikan puyu didalam kanvas dan tong air dengan komersil walau pun hanya ada 4 bekas. Dakwanya dia memang suka makan ikan puyu dimana dahulu minat mencarinya dengan memancing atau cara lain menangkapnya untuk dijadikan lauk. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang tentang ikan puyu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Di Sarawak sembang bagaimana 'Mitos Ikan Puyu' dilaporkan dalam media lokal dimana di dakwa yang ikan ikan puyu yang selalunya ada di dalam sungai atau parit mempunyai mitosnya sendiri. Kisah dari Sri Aman didakwa oleh Lizawati Bakar (35) yang berasal dari Kampung Hilir Sri Aman yang telah menjual ikan puyu di Pasar Lama Sri Aman sejak 2014 lagi. Dia juga selalu berpendapat ikan puyu mempunyai mitos tersendiri mengikut kepercayaan masing-masing dan petua-petua daripada orang tua dulu. Dakwanya kalau pembeli bangsa Cina dimana mereka selalunya membeli puyu bersaiz besar untuk tujuan sembahyang dan dilepaskan semula ke dalam sungai. Apa pun berlainan dimana kalau yang membeli itu berbangsa Melayu atau iban atau kaum pribumi lain dimana selalunya mereka beli untuk pelihara dalam rumah demi menjagĂ rumah daripada diganggu mahluk halus seperti iblis, sihir, santau mahu pun ilmu jahat. Lizawati juga berkata pendapatan hasil jualannya juga amat memberangsangkan. Dia yang dapat menjual ikan puyu bersaiz kecil dengan harga RM5 untuk lima ekor bagi ikan puyu yang bersaiz sederhana dengan RM10 manakala setinggi RM20 bagi ikan puyu yang bersaiz besar. Dalam sehari jika pelanggan datang sellalunya dia akan dapat menjual dalam 50 - 70 ekor mengikut saiz dan pilihan para pelanggan sendiri. Ikan puyu yang di letakkan dalam bekas botol plastik yang khas akan tahan lama jika dijaga baik oleh pembeli. Memberitahu dimana dia mendapatkan ikan puyu daripada para pemancing ikan puyu yang dikenalinya dan menghantar kepadanya dirumah. Bagi seorang pemancing ikan puyu dikenali Adam Rapni (55) dimana menyatakan dia memancing ikan puyu di sungai dan di ladang sawit di Nanga San. Dakwanya kerja pancing ikan puyu ialah kerja sampingan demi menambah pendapatan. Dalam sehari selalunya ddia mampu mendapat 50 - 60 ekor dimana dia akan hantar kepada para pembelinya. Bagaimana pun ikan puyu juga biasanya digoreng atau dibuat pekasam mengikut selera masing-masing.
Sembang bagaimana "Puyu Monster Bandar Diraja Klang' seperti dilaporkan oleh sinarharian.com sesuai untuk ia di kongsikan. Selalunya jika sesiapa yang mampu memperolehi banyak ikan yang bersaiz besar maka ketahuilah dua perkara ini bahawa lokasi memancing itu lubuknya jarang-jarang atau tidak diketahui pemancing lain dan juga terdapat sumber makanan yang banyak dimana ia menyebabkan ikan di kawasan berkenaan membesar dan menjadi monster. Apa pun perkara itu diceritakan oleh pemancing tegar Mohd Suffian (43) yang menemui lubuk puyu yang bersaiz monster ketika dia sedang casting haruan dalam kawasan estet kelapa sawit yang telah ditebang di Bandar Diraja Klang, Selangor. Dia bawa joran teleskopik dan suka bila memang terbukti cakupan yang terlihat masa casting haruan adalah cakupan ikan puyu. Apa pun bukan setakat puyu, ikan keli pun ada berkongsi lubuk yang sama. Dia yang di poanggil sebagai 'Yanz' dikampongnya dakwa dimana memang hanny bila dapat memancing puyu bersaiz monster dimana kini dia melupakan seketika kegemarannya casting haruan. Apa pun untuk memancing di kawasan berkenaan sangat mencabar kerana cuaca cukup panas ketika ini dan tiada pokok besar yang boleh dijadikan tempat berteduh. Dia perlu dan terpaksa bawa payung besar untuk dijadikan tempat berteduh, selain bekalan air minuman yang mencukupi dan dia beritahu yang jalan untuk akses ke lubuk puyu berkenaan hany aboleh menggunakan motosikal kerana lebih cepat dan mudah sekiranya mahu berpindah tempat. Dia telah tiga kali mengunjungi lokasi berkenaan dimana estet sawit ini yang mana dahulunya kawasan larangan dan disebabkan itulah penghuni lubuk di situ bersaiz monster kerana tiada sebarang gangguan daripada kaki pancing. Selepas pokok kelapa sawit ditebang, saya cuba mencari haruan di kawasan berkenaan sehinggalah bertemu lubuk puyu. Dakwanya memang seronok memancing dengan menggunakan joran teleskopik. Ini kerana ia bukan senang nak jumpa puyu bersaiz besar sekarang dengan memancing cara ini. Dia akan membawa pulang ikan puyu sebagai juadah keluarganya dan turut memberikan ikan tersebut kepada rakan yang lain. Apa pun dalam mempastikan yang hobi dan keseronokannya memancing spesies puyu, sebenarnya lubuk berkenaan akan lenyap buat selama-lamanya kerana dalam tempoh terdekat akan ditimbus dan diratakan untuk dijadikan kawasan perumahan.
Menarik fakta dimana ada peminat ikan di Kota Bahru berjaya 'Ternak ikan puyu dalam kolam DIY' untuk disembangkan. Bagi Mohd Izzat biasanya dia membuat persiapan membungkus benih ikan puyu yang diternak dalam kolam DIY dan gembira dengan hobinya. Kalau dua tahun lalu ideanya untuk mencuba untuk mengkomersialkan penternakan ikan puyu dipandang sinis dan tidak mendapat sokongan pihak berkaitan, namun kini usaha itu ternyata membuahkan hasil. Kini dilaporkan dimana dia kini mampu mendabik dada apabila menjadi satu-satunya pembekal benih ikan puyu atau nama saintifiknya Climbing Anabas di negara ini. Dia mampu membekalkan 30,000 - 50,000 benih ikan puyu hibrid setiap minggu. Apa yang lebih membanggakan, Mohd Izzat memiliki 10 kolam berkonsepkan Do it yourself (DIY) yang inovasinya menggunakan kanvas untuk menternak benih ikan dan transit ikan puyu sebelum dijual kepada pembeli. Awalnya dia sudah memperoleh bekalan benih ikan puyu baka Chumphon F1 dari Thailand sebanyak 200,000 hingga 250,000 ekor sebulan. Dia kiini memilih baka itu kerana ia berbeza dengan baka lain dari segi saiz fizikal yang lebih lebar seperti ikan talapia, isi agak tebal dan warnanya hijau kekuningan. Apa pun dalam tempoh tiga hingga enam bulan dimana benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah satu kilogram untuk enam ekor dan paling berat pernah saya ternak adalah 400 gram seekor yang menternak di rumahnya di Kampung Paya Lada, Kadok, Kota Bahru. Graduan Diploma Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dakwa selalunya benih ikan puyu dibekalkan ke seluruh negara secara pos menggunakan bas. Apa pun dia yang memiliki sijil sebagai pembekal yang diiktiraf dari Thailand turut memberi jaminan penggantian benih lain jika benih ikan puyu yang dibekalkan itu mati dalam tempoh 24 jam atau terbantut pembesarannya. Selain benih ikan puyu hibrid dimana dia turut membekalkan benih ikan ubi, sepat, belut dan akan datang adalah ikan emas pada harga borong. Dakwanya kini dia kini dalam proses menghasilkan makanan ikan (pelet) sendiri sebagai kaedah mengurangkan kos selain menjualnya dengan harga yang lebih murah kepada penternak lain. Artikel dalam blog anim agro technology ini diharap bermanafaat kepada semua. Wasallam!!!...IKAN PUYU...BERDURI BADANNYA.... IKAN YANG LASAK... BANYAK GUNA....
HALANG TOYOL...DI GORENG JUGA...
DALAM AKUARIUM...BERGERAK DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Jamadilawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.