SAYUR KANGKONG (Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 Celcius dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksidan dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira sembang pasal kangkong dari beberapa sumber sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.
Menarik dalam portal sinarharian.com bertajuk 'Tuai lebih satu tan kangkung hidroponik sebulan' memang menarik kisahnya. Bagi Muhd Syafiq sayuran kangkung yang hampir matang dan sedia untuk dituai menjadi kepuasan dirinya. Dia yang berada di Besut, Terengganu telah mengusahakan tanah terbiar dengan menanam kangkung secara hidroponik membuahkan hasil apabila berjaya menuai lebih satu tan sayuran itu dalam tempoh sebulan. Dia dan rakannya telah memulakan tanaman di atas tanah seluas 0.2 hektar bagi memperoleh pendapatan sampingan dengan berkongsi modal sebanyak RM35,000. Mereka tidak menyangka hasil tanaman itu mendapat sambutan hangat kerana ia dilakukan sekadar mengisi waktu terluang. Cara menanam kangkung secara hidroponik bagi mencari sumber pendapatan sampingan di samping mengisi masa lapang dan tidak sangka usaha ini membuahkan hasil yang memberangsangkan sehingga mampu meraih pendapatan kira-kira RM4,000 dalam tempoh sebulan di Kampung Gong Kepas, Besut. Merekayang bekerja sebagai 'freelance' di sebuah syarikat swasta dakwa setakat ini jumlah kangkung yang dituai dalam tempoh seminggu mencecah 300 kilogram (kg) dan dijual pada harga RM5 setiap sekilogram bagi jualan runcit. Selalunya dalam masa seminggu kita akan tuai dan jual kangkung ini sebanyak tiga kali, tetapi jumlah itu sebenarnya masih belum mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan. Pelanggan tetap yang sentiasa mendapatkan bekalan kangkung ini adalah dalam kalangan pengusaha kantin dan restoran. Disebabkan kangkung ini mendapat permintaan tinggi setiap hari maka mereka juga terpaksa menghadkan pembelian bagi setiap pelanggan. Mereka menggunakan kaedah pertanian moden dengan menggunakan sistem hidroponik dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tanaman kangkung yang juga digelar 'sayur longkang' itu. Kaedah ini ia dapat mengawal dan memantau bagi memastikan sistem pengairan di sepanjang kawasan tanaman tersebut berjalan dengan lancar. Apa pun dengan kecanggihan teknologi dilihat kualiti hasil pertanian tanaman 'sayur longkang' ini lebih terjamin dan kaedah tanamannya juga lebih mudah serta tidak menggunakan tenaga yang lebih. Mereka kini sedang merancang untuk meluaskan kaedah tanaman secara hidroponik itu dengan pelbagai tanaman kontan lain termasuk sawi dan berhasrat untuk mengusahakan tanaman sayuran lain yang sesuai menggunakan kaedah hidroponik.
Berlainan pula sembang pasal kangkong di Pendang, Kedah apabila isu 'Tali air cetek, dipenuhi kangkung - Pesawah' untuk dikongsikan. Dilaporkan ada sekitar 20 orang pesawah di Kampung Alor Ali dan Kampung Tok Pauh Mukim Bukit Raya di sini mengalami kerugian apabila tidak dapat mengerjakan sawah kerana masalah perparitan. Bagi pesawah Abdul Hamid (45) dakwa tali air di kawasan sawah seluas 30 hektar itu tidak diselenggara dengan baik dimana ini menyebabkan ia semakin cetek selain dipenuhi kangkung (Sila lihat foto disebelah). Keadaan itu berlarutan sejak lima tahun lalu walaupun aduan kepada pihak bertanggungjawab sudah diajukan beberapa kali. Selalunya apabila musim hujan inilah masalah sawah disini bertakung dalam sawah dimana pihak MADA meminta pesawah ikut jadual tanaman tetapi macam mana hendak ikut kalau air masih bertakung. isu sama berlaku juga pada musim panas apabila air tidak boleh masuk ke dalam sawah menyebabkan proses tumbesaran padi akan terbantut. Apa pun setiap kali musim tanam padi maka pesawah disini akan rugi RM1,000 bagi setiap 0.3 hektar yang kami usahakan. Pesawah lain Ahmad Puzi (62) dakwa kali terakhir tali air berkenaan diselenggara adalah kira-kira tujuh tahun lalu dimana kini ia kembali cetek. Pesawah disini pernah berpakat mengumpul duit RM50 seorang untuk menyewa jengkaut bagi membuang kangkung di situ, namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah itu sepenuhnya. Tali air ini perlu didalamkan tapi kosnya terlalu tinggi, kami tak mampu nak sewa jengkaut untuk tempoh yang lama. Setiap kali musim padi pesawah hanya balik modal dan terpaksa bayar hutang kepada tauke padi dan MADA bagi pembelian benih padi. Rakannya pesawah Rosli Ahmad (52) dakwa keadaan yang dihadapi itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung kos membayar sewa jentera membajak dan membeli benih sebanyak dua kali. Sepatutnya pesawaj disini sudah mula menabur tapi sekarang terpaksa tangguh dulu, saya pula perlu bayar sewa kepada pemilik setiap musim. Jika MADA tidak mengambil tindakan kami tidak tahu bila kami boleh mula menabur benih dan mereka harap MADA mengambil berat aduan kami ini kerana sudah terlalu lama menanggung kerugian.
Kisah yang ini agak unik untuk disembangkan apabila ada 'Budak 6 tahun tanam kangkung, kongsi 10 keluarga' dan patut di contohi. Kisah dari Slim River, Perak dimana berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan (6) yang mula menanam kangkung dan kini hasil tanaman itu turut dikongsinya dengan 10 keluarga lain. Dia yang juga belajar sebagai murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Slim Permata, Slim River. Dia membeli tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya kemudian digunakan bagi membeli baja. Modal itu hasil tabungannya yang diberikan keluarga dan mampu menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan. Dakwanya kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran. Kalu sebelum ini dia tidak gemar makan sayuran namun selepas menanam sendiri kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran. Kemudian selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu dimana selebihnya disedekahkan kepada jiran. Aktiviti ini selalu dilakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat terbaik kepada pembaca blog anim agro tgechnology kali ini. Wasallam!!!...NAMANYA KANGKONG... POPULAR DIA...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.