Merujuk kepada tulisan rakan saya Adli Salihin di mana sebenarnya tanaman bunga yang tepat akan 'Beri impak berbeza di taman' sesuai di kongsikan. Ini kerana dilaporkan yang bunga matahari berupaya menambahkan visual keindahan taman. Salam estetika kepada semua. Minggu ini saya membicarakan berkenaan bunga matahari atau nama botaninya Helianthus annuus. Gabungan nama itu terhasil daripada bahasa Greek iaitu ‘helios’ yang membawa maksud matahari dan ‘anthos’ yang membawa maksud bunga. Terdiri daripada famili Asteraceae, pertumbuhannya juga sangat unik kerana hanya menghasilkan satu bunga untuk satu pokok. Dari segi morfologinya, ia mempunyai daun lebar dan berselang-seli kedudukannya pada tangkai yang menegak. Ia mempunyai kelopak bunga yang berbentuk tirus di hujungnya dan berwarna kuning cerah selain mengelilingi cakera berbentuk bulat. Ia boleh mencapai ketinggian antara dua hingga lima meter. Namun, karakter bunganya yang menghasilkan warna kuning menyerupai matahari itu, dilihat dapat memberikan impak berbeza pada taman dari segi visual. Menarikny dimana bunga ini mempunyai daun lebar dan berselang-seli kedudukannya pada tangkai yang menegak. Malah bunga yang dikatakan berasal dari Amerika Utara ini boleh dipelbagaikan kaedah penanaman sama ada ditanam di dalam pasu atau terus di tanah. Pada masa sama tanaman ini juga menarik dijadikan sebagai pagaran atau sempadan taman. Pada masa sama boleh digabungkan dengan pelbagai jenis tanaman hiasan lain bagi meningkatkan elemen estetikanya. Bunga matahari juga memerlukan kawasan yang menerima cahaya matahari yang terus dan penuh untuk kekal subur. Kitaran hidupnya pula kurang dari setahun jika ditanam di negara kita. Namun di kawasan tanah tinggi yang mempunyai suhu agak rendah, kitaran hidupnya juga lebih lama berbanding di tanah rendah iaitu kebiasaannya menghasilkan suhu tinggi. Kini selain ditanam sebagai salah satu elemen hiasan pada taman, bunga ini juga boleh dimakan. Ia perlu diproses terlebih dulu untuk dijadikan minyak masak dan bijinya sebagai kuaci. Malah ia turut menjadi makanan haiwan ternakan dan dikatakan mempunyai nilai perubatan terutama dalam membantu menyembuhkan penyakit seperti melegakan cirit-birit dan sakit kepala. Jika keseluruhan pokoknya yang sudah layu, ia boleh diracik halus dijadikan kompos bagi memperbaiki struktur dan kesuburan tanah. Bagi memastikan pokok ini kekal menghasilkan bunga menarik dan subur, ia hendaklah disiram secara konsisten kerana memerlukan banyak air. Pembajaan, kawalan serangga perosak dan penyakit juga penting bagi memastikan tanaman ini menawarkan keindahan semula jadi di taman.
Menarik sembang dimana 'Sejuta pengunjung disasar lawat Laman Agro-Food Florikultur iaitu Miracle Garden' semasa pameran MAHA. Foto menunjukkan petugas memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pokok bunga matahari di Laman Agro-Food Florikultur ‘Miracle Garden’ sempena MAHA 2024 di MAEPS, Serdang. Pihak Jabatan Pertanian sedia menawarkan keajaiban di Laman Agro-Food Florikultur 'Miracle Garden' dengan menggunakan bunga matahari sebagai tarikan utama sepanjang berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024. Tema 'Miracle Garden' dipilih untuk menonjolkan konsep 'Sunflower Biorhythm Bloomscape' iaitu dengan kepelbagaian kombinasi 100 jenis bunga dengan lapan elemen hiasan utama. Terdapat pelbagai kultivar bunga matahari, termasuk varieti biasa dan hibrid. Saiz bunga matahari boleh berbeza-beza bergantung pada kultivar, dengan sesetengah varieti menghasilkan bunga yang lebih besar berbanding yang lain. Apa pun jangka hayat bunga matahari secara keseluruhan, daripada penanaman hingga penuaian, biasanya adalah antara 80 hingga 120 hari untuk kebanyakan kultivar. Tempoh ini merangkumi keseluruhan kitaran hidup tumbuhan, bukan hanya tempoh pembungaan. Bunga matahari umumnya tidak bercambah semula dari batang yang sama selepas dicantas. Ia tumbuhan tahunan yang biasanya mati selepas menghasilkan biji. Tempoh pembungaan untuk kebanyakan bunga matahari adalah antara 5 hingga 14 hari, bergantung pada kultivar dan keadaan persekitaran. Pengisian laman ini direka menerusi kerjasama MARDI Corporation Sdn Bhd (MARDI Corp), Jabatan Landskap Negara dan syarikat swasta. Laman Agro-Food Florikultur ini bukan sahaja berfungsi sebagai tapak pameran semata-mata, malah Jabatan Pertanian turut menganjurkan pelbagai aktiviti sampingan. Ia adalah di antara elemen hiasan utama di laman ini adalah Tropical Walkway, mempamerkan pokok tropika biasa ditemui di negara ini. Kawasan ini direka untuk pengunjung mengenal pelbagai pokok tropika sambil menikmati suasana menenangkan. Selain itu, kita juga mempunyai bunga ros ditanam di sini sebagai simbolik kepada pelancaran buku Pakej Teknologi Tanaman Ros yang dilancarkan. Laman itu juga menonjolkan konsep Edible Landscape atau laman menempatkan tanaman boleh dimakan. Konsep ini menggabungkan tanaman makanan dan tanaman hiasan dengan nisbah 70 peratus tanaman makanan seperti tanaman seperti cili, terung, tomato, daun pandan dan serai serta 30% tanaman untuk hiasan. Kombinasi ini menjadikan laman ini bukan sahaja cantik dipandang, tetapi praktikal untuk kegunaan dapur. Konsep ini membantu pengunjung memahami cara menanam tanaman makanan dengan cara cantik selain memenuhi keperluan di dapur. Terkini industri florikultur menyumbang nilai eksport sebanyak RM2.68 bilion dari 2008 sehingga 2023, menjadikan Malaysia menjadi pengeksport florikultur ke-10 terbesar di dunia dengan destinasi utama adalah Jepun, Thailand, Australia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Antara bunga utama yang dieksport ialah kekwa, orkid, lili, ros, teluki, foliage dan keratan bunga lain-lain.
Menarik disembangkan apa itu Minyak Bunga Matahari dalam penulisan kali ini. Dilaporkan dimana minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap yang ditekan daripada biji bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak ini biasa digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan dalam formulasi kosmetik sebagai bahan pelembap. Dilaporkan juga seperti kebanyakan minyak sayuran dimana minyak bunga matahari yang diperoleh melalui penekanan sejuk berwarna kuning muda, sedangkan minyak panas ditekan mempunyai warna kuning kemerahan. Minyak yang diekstrak dan halus berwarna kuning muda dan jernih dimana minyak biji bunga matahari yang ditekan panas dan yang sejuk juga hampir tidak berbau. Mereka mempunyai aroma berminyak, kacang, dan berkayu ringan dengan nota panggang atau sedikit warna hijau. Titik lebur ialah -16 hingga -18 darjah Celcius atau titik kilat iaitu nilainya sekitar 316 Darjah Celcius. Titik asap tinggi minyak bunga matahari (440 hingga 475 ° F) menjadikannya pilihan yang padat untuk aplikasi panas tinggi seperti menggoreng dan menumis. Di Malaysia ramai yang gunakan minyak sawit yang murah, mudah di dapatkan dan sudah menjadi kebiasaang masyarakaynya berbanding dengan usaha cuba membeli atau menggunakan minyak bunga matahari yang jauh lebih mahak di pasaraya. Secara umumnya minyak dari biji bunga matahari akan di gunakan dalam dunia farmaseutikan atau perubatan dan untuk kegunaan memasak didapur. Bagi tujuan penggunaan farmaseutikal dan perubatan dimana sejak lama didalam industri farmaseutikal, minyak biji bunga matahari digunakan sebagai bahan pengisian dalam kapsul gelatin lembut. Dalam pada itu dilaporkan penggunaan jenis minyak biji bunga matahari didi dapur dan ia dianggap sebagai minyak masak yang berharga kerana serba boleh. Ini digunakan dalam memasak, dapat digunakan sebagai produk diet, dan juga sangat cocok untuk digunakan dalam produk makanan bayi dan dalam produksi mayonis, salad salad, dan marjerin. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua [ara pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.