Dalam portal hmetro.com di laporkan bagaimana 'Udang kara air tawar asing mampu ancam ekosistem' sesui disembangkan secara ilmiah. Apa pun terkini dilaporkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. Dilaporkan dimana pihak Jabatan Perikanan (DOF) sentiasa menjalankan kerjasama dan kempen kesedaran mengenai ancaman beberapa spesies asing yang mampu mengancam ekosistem sungai termasuk udang kara air tawar. Di Negeri Sembilan sahaja ada laporan disepanjang tahun 2024 pihaknya sudah menjalankan beberapa siri program memburu ikan asing di negeri itu. Kempen Buru Ikan Asing dan Inventori Perikanan Darat yang dibuat di Sungai Mambau contohnya adalah untuk memburu spesies ikan asing dan dilakukan sama diseluruh NS. Hasil daripada program yang dibuat dan analisis dimana setakat ini DOA belum menjumpai spesies udang kara air tawar di perairan Negeri Sembilan lagi. Apa pun tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. DOF melaksanakan program pendidikan dan kempen kesedaran masyarakat mengenai pentingnya dalam menjaga ekosistem perairan daripada segala jenis spesies asing yang memberi ancaman. DOF juga akan meningkatkan penyelidikan mengenai impak udang kara air tawar terhadap ekosistem tempatan dan bagaimana menguruskan populasi mereka secara mampan. Aktiviti penguatkuasaan juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan tiada mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985 yang berkaitan spesies asing. Apa pun kerjasama dengan pihak penternak komersial juga sentiasa dijalankan dari masa ke semasa supaya pengusaha sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebenarnya secara teknikal udang ini mudah membiak dan satu garis panduan ketat dan lengkap sudah pun dikeluarkan supaya penternak komersial dapat mengikutinya dan pihak DOF sentiasa memantaunya. Para penternak juga mempunyai persatuan mereka sendiri yang selalu berhubung dengan Jabatan Perikanan. Sebelum ini dilaporkan oleh Harian Metro semalam melaporkan ujud udang Kara Air Tawar yag mempunyai rasa yang sedap dan harganya mencecah RM100 sekilogram namun spesies pendatang berkenaan berisiko mengancam spesies ikan tempatan didalam sungai.
Akhbar sama laporka isu 'Onar udang pendatang' untuk ianya di rujuk dan disembangkan. Dilaporkan spesis Udang Kara Red Claw boleh mengganggu akan keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat. Walau pun banyak testimoni menyatakan yang udang ini memang sedap dimakan, namun jika terlepas ke perairan umum dimana spesies 'pendatang' ini berisiko mengancam ekosistem dan kehidupan populasi ikan air tawar tempatan di Malaysia. Meskipun ancamannya kini tidak serius berbanding ikan baung ekor merah atau ikan bandaraya (suckermouth catfish) namun ancaman udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia ini tetap perlu diberi perhatian (Sila lihat foto disebelah). Pihak JAbatan Perikanan nyatakan spesies berkenaan mempunyai ciri atau sifat pemakanan yang sama seperti ikan bandaraya dan dikategorikan sebagai omnivor. Udang ini awalnya dibawa masuk untuk diternak secara komersial oleh pengusaha kolam di seluruh negara. Pada kebiasaannya ada restoran tertentu menawarkan menu masakan udang kara air tawar ini walau pun dilihat udang ini sukar ditemui dijual secara terbuka di pasar. Selalunya pihak restoran akan menempah udang ini terus daripada pengusaha kolam pada harga sekitar RM40 ke RM55 sekilogram. DOF dakwa jika udang 'pendatang' ini bagaimanapun dikesan memasuki perairan umum mungkin disebabkan kejadian banjir di kolam atau dilepaskan dalam jumlah yang kecil oleh penternak persendirian yang menjadikannya sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. Jika ada berlaku pelepasan spesies ini ke dalam perairan awam boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat menyebabkan perubahan dalam biodiversiti perairan terbabit. Udang ini adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Ia tidak makan ikan hidup yang bersaiz besar. Ia juga makan tumbuhan seperti rumpai yang mana memberi saingan kepada ikan tempatan. Ikan tempatan juga tidak makan udang ini kerana kulitnya yang sangat keras melainkan ikan pemangsa seperti toman. Apabila saingan sengit, anak dan telur ikan tempatan dimakan udang asing ini seterusnya menyebabkan ikan tempatan di sesuatu kawasan yang dimonopoli udang ini akan berkurangan. Kehadiran udang kara air tawar dalam kuantiti yang banyak di perairan awam turut boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan air dan struktur ekosistem. Udang ini biasanya menggali lubang di dasar sungai atau tasik, yang boleh mengganggu struktur tanah dan menyebabkan hakisan. Aktiviti ini juga lama-kelamaan boleh memberi kesan negatif terhadap tumbuhan akuatik dan hidupan air lain yang bergantung kepada habitat itu. Sehingga kini DOF belum menerima aduan mengenai kehadiran spesies berkenaan di mana-mana sungai di seluruh Negeri Sembilan dan negeri lain. Inventori yang DOFNS jalankan sebelum ini menerusi program memburu spesies pendatang juga tidak pernah menemui udang ini di Negeri Sembilan. Jika ada aduan yang di terima secara tidak rasmi menerusi media sosial mendakwa udang ini ditemui di tasik dekat Taman Tasik Seremban akan disiasat.
Bagaimana pun berlainan pula bagi usahawan penternak udang apabila dilaporkan 'Penternak udang kara kesal sering dipersalahkan orang ramai' untuk di sembangkan. Ada laporan dimana udang kara air tawar adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Ramai orang akan menuding jari kepada penternak udang kara air tawar secara komersial setiap kali penemuan spesies itu di mana-mana perairan umum. Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Perdagangan Udang Kara Air Tawar Malaysia (Mifta) iaitu Suhaidy Shuib dakwa dimana sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan ia akibat kolam ternakan. Dia dakwa pada setiap kali mesyuarat agung tahunan (AGM), pihaknya sering kali mengingatkan ahli yang terdiri daripada lebih 200 individu supaya mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perikanan (DOF). Apa pun sebelum udang kara ini dibenarkan untuk diternak secara komersial di negara ini, pihak persatuan berusaha keras untuk mendapatkan kebenaran daripada DOF bermula 2019 sebelum satu SOP khas dikeluarkan pada 2021. Sidah ada SOP berkenaan memang sudah sempurna dan kami selalu mengingatkan semua penternak supaya mengikuti apa yang digariskan dari masa ke semasa supaya kelebihan yang diberikan pihak kerajaan tidak disalahguna. Ada pihak seperti pencinta alam sekitar menuding jari kepada penternak sekiranya berlaku pelepasan ikan di perairan umum, namun pihaknya mahu diberikan bukti. Dia boleh panggil mana-mana pihak untuk memasang bubu di perairan awam berdekatan kolam saya dan lihat adakah wujud udang kara di dalam air berkenaan. Diantara perkara yang dititikberatkan kepada penternak di dalam SOP yang digariskan dimana penternak perlu mempunyai daya jejak iaitu mengetahui setiap kilogram (kg) udang yang dipelihara pergi ke mana. Sebagai contoh kolam miliknya di Hulu Langat dilanda banjir pada 2021. Pada masa itu dia mempunyai 600kg udang dan selepas banjir surut, sebanyak 598kg didapati mati dimana maksudnya diamemang mempunyai rekod tepat dimana tiada udang yang terlepas. Kini dia yang mempunyai kolam di Selangor dan Negeri Sembilan dakwa pihaknya kesal atas tuduhan daripada beberapa pihak lain. Penternakan udang ini dilihat menjanjikan pulangan lumayan dan menyeru golongan muda untuk turut berkecimpung dalam bidang ini. Pihak persatuan pastikan tiada yang melanggar SOP kerana natijahnya kami sendiri yang menanggung jika udang tidak dibenarkan lagi diternak di negara ini.
Isu bagaimana media sama laporkan 'Terlalu banyak dalam parit sampai dah jemu nak makan' dalam hmetro.com amat menarik juga. Kisah dipetik dari sekitar kawasan Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor, udang kara air tawar yang asalnya berharga mencecah sehingga RM100 sekilogram kini seolah tiada harga. Bagi penduduk di kawasan berkenaan dikatakan boleh menangkap udang kara air tawar berkenaan di dalam parit di hadapan rumah mereka sahaja sehingga sudah jemu untuk selalu memakannya lagi. Saintis Masyarakat, Mohd Ilham Norhakim Lokman mendakwa isu ancaman udang berkenaan agak unik berbanding spesies lain kerana ia boleh dijual di pasaran dan dimakan. Kalau biasanya spesies invasif ini lebih menjurus kepada ikan sahaja dan isu ini sama seperti ikan bandaraya dimana ia mungkin tiada harga dan tidak dimakan oleh majoriti masyarakat di negara ini. Namun bagi spesies udang ini, orang makan dan memang diternak secara komersial serta mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Namun ia terlalu banyak di kawasan saliran di Ayer Hitam hingga tahap menakutkan. Beliau yang juga Penyelidik Pelawat enCORe Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memaklumkan boleh menangkap 30 ekor udang berkenaan dalam tempoh sejam menggunakan bubu. DIa dakwa dimana kalau sebelum ini kawasan parit di hadapan rumah penduduk yang sebelum ini ada ikan asal seperti sepat, puyu dan haruan kini semakin berkurangan dan lokasi itu didominasi udang berkenaan. Penduduk tidak perlu bersusah payah untuk beli udang kara ini pada harga mencecah RM100 sekilogram berikutan ia boleh tangkap di hadapan rumah. Apa pun udang ini semakin banyak di saliran parit di kawasan ladang. Apa yang lebih membimbangkan jika spesies udang 'pendatang' ini masuk ke kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam Utara kerana difahamkan seekor udang betina boleh menghasilkan 100 ke 1,000 telur (Sila lihat foto paling bawah sekali). Dia yang aktif menyertai kajian dan beberapa program kesedaran bersama pakar daripada universiti tempatan nyatakan dimana kalangan komuniti di kawasan berkenaan mula menunjukkan minat dan sedar mengenai spesies udang 'pendatang' berkenaan. Apa pun selepas beberapa program yang dilakukan dimana kalangan masyarakat yang sebelum ini menganggap udang ini spesies tempatan mula tahu mengenai ancaman udang kara dan berminat untuk mencegahnya. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.