Support My Blog

Monday, January 20, 2025

SEMBANG PASAL KANGKONG (PART 1)

SAYUR KANGKONG
(Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal kangkong dari beberapa media sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Kangkong yang 
juga dikenal dengan istilah bayam air adalah tanaman yang popular di kalangan petani dan di sukai pembeli di Malaysia. Kangkung dilihat ia merupakan salah satu tanaman yang banyak ditemui di negara beriklim tropika dengan bentuk daun memanjang dengan lebar sekitar 2.5-8 cm bergantung kepada jenisnya. Menanam kangkong diatas tanag berbatas atau secara hidroponik sangat mudah dibuat sendiri di rumah dan boleh di jadikan hobi yang dilihat ianya menguntungkan. Kandungan butriei bagi setiap 100 gram (g) kangkung segar yang masih mentah terdiri dari Air (91 g), Protin (3.4 g), Lemak (0.7 g), Kabohiderat (3.9 g), Serat (2 g),  Abu (1 g), Kalsium (67 mg), Posforan (54 mg), Besi (2.3 mg), Natrium (65 mg), Kalium (250.1 mg), Tembaga (0.13 mg), Zink (0.4 mg), Beta-Karoten ( 2.8 mcg), Karoten (5.542 mcg), Vitamin Thiamin (0.07 mg), Riboflavin (0.36 mg), Niasin (2 mg) dan juga Vitamon C (17 mg). Meskipun kaya akan berbagai nutrisi penting dilaporkan kangkung merupakan jenis sayuran yang rendah kalori dimana sebelum dimasak secawan daun bayam hanya mengandung sekitar 28 kalori. Sayur kangkong bukan cuma rasanya yang enak sebaliknya ada banyak khasiat jika dimakan dengan rutin. Khasiat pertama dimana kangkong mampu Menjaga Kesihatan Mata sebab ia kaya kandungan vitamin A. Vitamin A mampu melindungi kornea dan lapisan mata dari infeksi bakteria dan virus serta ia juga boleh meningkatkan produksi cairan guna mencegah mata kering. Khasiat kedua dimana sayur kangkong adalah sumber Antiradang yang mujarab. Peradangan biasanya ditandakan dengan gejala seperti ngilu dan pembengkakan. Kangkung diketahui juga ampuh dalam melawan peradangan yang diakibatkan oleh infeksi bakteria seperti Staphylococcus aureus dan Bacillus subtilis. yang boleh menyebabkan pelbagai masaalah kesihatan termasuk keracunan makanan.  Kangkong mampu Mencegah Diabetes hasil kajian keatas tikus makmal dimana didakwa sayur kangkung bekerja sebagai antioksidaj efektif yang mampu menangkal oksidasi penyebab diabetes pada sel-sel tubuh ibu hamil dan janin. Kangkong mampu Melawan Kerusakan Hati (liver) daripada insiden kerosakan, luka dan peradangan. Saintis dapati dimana kangkung boleh memicu pengepuaran enzim yang akan membersihkan (detoksifikasi) hati dari racun dan zat sisa yang dapat menganggu organ hati. Kangkong didakwa ia boleh Mencegah Dehidrasi sebab tingginya kandungan berbagai jenis mineral dalam kangkung membuat sayur ini baik untuk mencegah isu dehidrasi karena peranan utama mineral seperti kalium dan natrium yang ada di dalamnya. Apa pun kedua-dua mineral tersebut bertanggung jawab untuk menjaga keseimbangan cairan dan kadar elektrolit dalam tubuh. Memakan sayur bayam air ini boleh mencegah dari kehilangan terlalu banyak cairan dalam badan. Keenam dimana khasiatnya adalah ia dapat Mengatasi Kes Anemia kerana selain menjaga cairan dan elektrolit, mineral yang terdapat dalam sayur kangkung juga bisa membantu untuk atasi isu gejala anemia seba ia kaya dengan zat besi fosforan. Zat besi sendiri sangat ampuh untuk meningkatkan aktiviti penghasilan sel darah merah (hemoglobin). Sel darah merah diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel dan organ tubuh Anda, misalnya jantung dan otak. Khasiat yang terakhir adalah kangkong didakwa mampu Meningkatkan sistem kekebalan tubuhbadan sebab ia akan mengurangkan isu dan risiko penyakit kronik dan membantu mencegah penyakit lain yang disebabkan oleh lemahnya sistem kekebalan. Dalam sayur bayam ia tinggi akan vitamin C yang mampu meningkatkan kekebalan tubuh sekaligus melawan kerosakan sel.


Menarik dalam hmetro.com dimana '
Jual kangkung nekad sambung belajar' untuk disembangkan. Bagai ungkapan 'Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya' sesuai menjadi panduan buat remaja penjual kangkung yang berusaha mencari wang simpanan untuk tujuan melanjutkan pelajarannya. Bagi Iskhandar Mokhtar (18) dimana dia mengambil inisiatif berniaga kangkung hasil tanaman bersama bapanya kumpulkan duit.  Dia yang juga anak sulung daripada dua beradik sudah pun menerima tawaran belajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Apa pun sebaik menerima surat tawaran dia tersenyum gembira namun dalam masa yang sama risau dan sedih memikirkan pembiayaan di sana. Kos persediaan sebelum ke sana juga belum tentu cukup menyebabkan dia terfikir untuk melupakan hasrat melanjutkan pelajaran. Kemudian dia cuba mencari jalan sementara masih ada masa dengan menjual kangkung di sekitar kampung walaupun hasilnya tidak seberapa. Hidup mereka sekeluarga seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang mana ibu bapa saya hanya penoreh getah yang tinggal di Kampung Kok Kiyeh, Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan. Idea menjual kangkung dengan harga seringgit seikat dimana daia mampu pulangan memperoleh RM10 sehingga RM15 sehari dan disimpan untuk membeli barangan persiapan serta menyediakan dokumen penting. Walau pada awalnya dia berasa putus asa tetapi selepas dinasihati bapa, dia bangkit mencari peluang untuk mendapatkan wang selain berharap dapat memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nanti. Sabar menjual kangkung sekalipun, kerana ia tetap rezeki halal, hasil saya dan bapa berbudi pada tanah. Walaupun wang saya dapat tidak seberapa tetapi ia bernilai bagi kami sekeluarga. Dia memang mahu melanjutkan pelajaran kerana sedar hanya dengan peluang ini boleh dia memajukan diri selain merubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik.


Berlainan di Langkawi yang di laporkan portal bernama bertajuk '
Tanam semalu air, kangkung sebagai penapis air semulajadi di Pantai Tengah' sebagai langkah bijak penduduk tempatan. Didakwa dimana ramai sukarelawan menanam lebih 2,000 batang pokok semalu air dan kangkung di parit monsun Tasik Anak, Pantai Tengah, Langkawi, Kedah sebagai aktiviti CSR yang baik. Hasilnya ada lebih 2,000 batang pokok semalu air (water mimosa) dan kangkung telah ditanam di parit monsun Tasik Anak, Pantai Tengah yang akan berfungsi sebagai penapis semula jadi supaya sisa air yang mengalir ke laut lebih bersih dan tidak berbau. Inisiatif murni tersebut dianjurkan Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) dengan kerjasama 10 pengusaha hotel dan resort sekitar lokasi berkenaan dengan tujuh agensi kerajaan serta lima badan bukan kerajaan dan dua universiti awam. Presiden Niagakawi, Anthony Wong, berkata pokok semalu air dan kangkung yang ditanam akan bertindak seperti ‘tanah lembap yang dibina’ untuk memperbaiki air yang di parit tersebut sebelum mengalir ke laut. Tumbuhan semalu air dan tumbuhan kangkung air memerlukan nutrien dimana tumbuhan ini akan menyerap bahan seperti fosfat, nitrite, ammonia dan logam berat di dalam parit tersebut, sebelum seterusnya membersihkan air dan menyahbau sebelum sampai ke dalam laut. Dijangka tiga bulan diperlukan untuk semalu air dan kangkung ini membiak di parit Tasik Anak dimana aia seterusnya proses semula jadi itu berjaya merawat sisa air dan menjadikan air itu selamat, sebelum mengalir ke laut. Wong yang juga pemilik Frangipani Langkawi Resort and Spa sebuah pusat peranginan empat bintang yang terletak di Pantai Tengah, terharu dengan dedikasi yang ditunjukkan 65 sukarelawan yang terbabit dalam program tersebut dalam usaha memastikan persekitaran lokasi tersebut sentiasa terpelihara. Program hari ini merupakan julung kali diadakan di luar Frangipani Langkawi Resort and Spa, selepas inisiatif yang sama kita laksanakan sejak 2005 di kawasan resort itu, menunjukkan kejayaan.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat terbaik kepada pembaca blog anim agro tgechnology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KANGKONG... POPULAR DIA...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...