Kejayaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menghasilkan baka ayam kampong baka Ayam Jerai @ Akar Putra UPM menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Kisah dimana setahun mendahului MARDI bila UPM pada tahun 2007 memulakan usaha membaik biak ayam kampung asli yang kemudiannya dinamakan Ayam Akar Putra sempena ayam hutan merah (red junglefowl) yang 'berakar' dalam dusun dan ladang 'Kampus Hijau'nya. Dilaporkan Ayam hutan merah telah menyumbang genetiknya dalam titisan asli induk jantan yang menghasilkan baka Ayam Akar Putra. Baka baru ini dikatakan boleh menghasilkan lebih dari 200 biji telur dalam tempoh bertelurnya berbanding ayam kampung tradisi yang mampu menghasilkan hanya seperempat dari itu selain tahan terhadap wabak penyakit. Akar Putra ialah baka ayam dual-purpose penelur atau pedaging. Bagi penyelidik dan pakar ternakan di UPM menjelaskan ayam kampung asli adalah ternakan warisan nenek moyang yang amat bernilai dan tidak boleh disia-siakan kewujudannya. Kajian mendapati ayam kampung mempunyai sifat-sifat premium sebagai sumber protein. Pengguna memberi testimoni yang positif megenai ayam kampung terutama pesakit yang perlu mengawal pemakanan atas nasihat doktor. Stigma yang mengatakan ayam kampung liat dan berhampas juga tidak benar kerana Ayam Jerai, produk yang diusahakannya bersama Rukambu Ranch di Yan Besar, Kedah sangat lembut dan manis jika disembelih ketika berumur kurang dari 4 bulan dengan berat bagi ayam jantan sekitar 1.5 kilogram. UPM terus aktif dalam aktiviti pembiakan terpilih (selective-breeding) hingga lahirnya baka tulen (pure lines) Ayam Jerai sempena mengambil nama lokasi ladangnya di kaki Gunung Jerai. Lokasi yang terpencil ini sangat sesuai bagi mengelak dari wabak penyakit yang merebak melalui manusia. Kedudukan di bawah gunung memberi bekalan air bersih tidak berklorin bagi ayam induk peringkat PS (parent stock) bagi pengeluaran anak ayam DOC (day old chick atau anak ayam umur sehari) baka Jerai. Apa pun dilaporkan daging Ayam Jerai enak serta ia mempunyai rasa manis semula jadi dengan teksturyang kenyal seakan-akan daging burung atau ayam hutan liar.
Bagi penternak pula di syorkan dapatkan baka tulen dimana ia sangat mustahak diperolehi dan dijaga ketulenannya supaya kesamaan fizikal dari segi corak dan warna bulu dan kadar pembesaran yang pesat dapat dikekalkan secra berterusan. Anak-anak DOC yang dijual kepada penternak akan menjadi lebih produktif melalui fenomena heterosis (hybrid vigour) cepat membesar dengan FCR yang bagus dan dapat menghasilkan telur dengan banyak. Baka tulen juga menjamin sifat-sifat baik ayam kampung seperti cergas, cerdas, imuniti tinggi, tekstur daging yang kenyal serta rasa daging yang enak dapat dikekalkan. Dengan ujudnya ayam kampung asli baka Jerai yang dilahirkan melalui peyelidikan Ayam Akar Putra UPM adalah untuk mendapatkan sifat-sifat yang ekonomik. Ayam Jerai hanya memerlukan satu jenis suntikan vaksin sahaja, iaitu ND (New Castle Disease) dan tidak perlu diberi vaksin Mareks dan IBD (Gumboro). Mereka juga mempunyai daya tahan tinggi kepada penyakit berak berdarah. Ayam Jerai didapati mewarisi kecergasan dan kelincahan ayam hutan. Dagingnya enak, mempunyai rasa manis semula jadi dengan tekstur yang kenyal seakan-akan daging burung atau ayam hutan liar. Penguatkuasaan dari segi pengkelasan dan perlabelan adalah perlu kerana secara langsung dimana ia memangsakan pasaran ayam kampung asli premium melalui manipulasi harga yang perlu dinobatkan dengan adil kerana kos pengeluaran yang lebih tinggi. Penyelidikan yang sangat lama, menjangkau hampir 20 tahun berjaya mempercepatkan pertumbuhan ayam Jerai untuk saiz pasaran 1 kg dalam tempoh 2 bulan sahaja berbanding baka ayam kampung tradisi yang mengambil masa hingga 6 bulan. Keperluan pasaran ayam kampung hidup dengan bentuk fizikal dan warna bulu tertentu dikekalkan. Walaupun diternak dalam sistem separa bebas ataupun menggunakan kaedah lepas bebas, Ayam Jerai tetap bergerak dengan aktif menjadikannya mempunyai otot, kulit yang nipis dan kurang lemak. Ia sesuai untuk diet yang sihat terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin, ahli sukan, orang yang mengawal berat badan dan kanak-kanak. Ia sesuai disembelih bermula dari umur 2 bulan bagi mendapatkan tekstur daging lembut atau 3 bulan bagi tekstur yang lebih kenyal mengikut jenis masakan orang Malaysia yang berbagai. Karkes Ayam Jerai mempunyai saiz yang seragam, lebih besar dan berisi dengan warna kulit yang tidak sebam hasil dari FCR yang efektif.
Dalam portal mediaprima.com dilaporkan 'Daging boleh cecah RM25 sekilogram' sesuai disembangkan. Usahawan ayam kampung yang melihat kepada bidang penternakan mampu menjadi kerjaya serasi buat dirinya bernama Nasrullah Mujaddidi sememangnya mempunyai cita-cita sejak kecil untuk berkecimpung di dalam bidang berkenaan kerana ayahnya juga terbabit dalam bidang sama. Dia memulakan ternakan pada 2018 di Yan, Kedah bermodalkan RM250,000 hasil pulangan modal perniagaan ternakan kambing miliknya. Dakwanya ternakan ayam kampung diusahakan adalah baka ayam kampung asli dihasilkan UPM, Ayam Kampung Akar Putra yang sudah pun dipatenkan jenamanya hasil kajian Profesor Madya Dr Azhar Kasim yang juga pensyarahnya. Dia ada menemui Dr Azhar dan memaklumkan hasrat untuk menjadikan Ayam Kampung Akar Putra ini sebagai produk komersial dan beliau juga bersetuju untuk saya menjenamakan produk ayam kampung hasil kajian beliau sebagai Ayam Jerai sempena lokasi saya menjalankan operasi pembiak baka ayam berkenaan di kaki Gunung Jerai. Bagaimanapun dari segi nama baka ayam perlu dikekalkan kerana ia sudah dipatenkan. Dia mampu untuk menghasilkan maksimum 1,800 telur seminggu. Memang agak besar mengenai modal yang dikeluarkan untuk menternak ayam kampung ini kerana saya perlu memastikan kualiti hasil ternakan dalam keadaan baik daripada proses bertelur sehingga dijadikan ayam kampung siap proses dimana modal tersebut digunakan untuk membangunkan dua unit reban ayam bersaiz 3,360 kaki persegi. Ia dilengkapi seunit bilik penetasan yang mampu menempatkan lima unit mesin inkubator berkapasiti 3,500 biji telur ayam, satu unit reban asuhan untuk anak ayam yang baru menetas (dipanggil brooder) dan seunit stor yang menempatkan ruang simpanan bahan makanan serta mesin bancuhan makanan ayam. Kalau pada permulaan dia cuma memiliki 200 ayam pembaka yang kini berkembang dan dikekalkan pada kapasiti 450 ekor ayam pembaka untuk dijual sama ada dijadikan daging diproses mahupun mendapatkan telur ayam kampung mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Daripada mula menetas dimana ayam kampung diusahakan bertelur seawal usia 15 minggu, tetapi umur terbaik untuk ternakan itu menghasilkan telur yang berkualiti bagi penetasan antara usia 17 - 18 minggu. Tempoh ayam kampung ini bertelur pula adalah selama 22 bulan. Purata bilangan telur yang dihasilkan sepanjang tempoh ayam ini 'berkhidmat' adalah 280 biji. Secara purata seekor ayam kampung betina ini menghasilkan tiga biji telur seminggu. Uniknya, baka Ayam Kampung Akar Putra ini jenis tahan lasak iaitu mempunyai daya tahan dan rintang penyakit yang baik kerana jumlah kematian (mortality) anak ayam amat rendah memudahkan kami mendapatkan hasil ternakan untuk dipasarkan. Kini dengan adanya 450 ekor induk ayam kampung itu maka haiwan ternakan berkenaan boleh hasilkan semaksimum 1,800 biji telur ayam seminggu. Prestasi kadar penetasan pula pada kadar 85 - 90% bergantung kepada tetapan dan olahan pada mesin inkubator. Faktanya adalah dalam operasi produksi haiwan ternakan dimana 70% daripada kos operasi adalah kos pemakanan haiwan. Ada cabaran untuk terus menjadi kreatif bagi mengolah makanan ternakan ayam kampung ini yang perlu dibela dalam tempoh masa lama tidak seperti ayam pedaging atau ayam pedaging berwarna yang boleh dituai dalam tempoh masa singkat. Dalam tempoh menternak yang lama itu juga perlu dipastikan ayam memperoleh makanan yang mengandungi nutrien cukup, supaya tumbesaran dan prestasi tidak terjejas. Antara lain cabaran dalam menternak ayam kampung asli ini adalah memberi kefahaman dan berkongsi ilmu dengan pengguna. Ini kerana terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna di pasaran mengenai ayam pedaging, ayam pedaging berwarna dan ayam kampung asli yang sebenarnya setiap jenis ayam itu mempunyai kualiti berbeza. Tiga jenis ayam di pasaran ini juga sudah tentu berbeza harganya sesuai perbezaan kualitinya dan umum mengetahui ayam kampung mempunyai kualiti dari segi tekstur dan rasa daging yang lebih baik untuk kesihatan. Disebabkan itu harga jualan dagingnya di pasaran boleh mencecah sehingga RM25 sekilo dan bagi sebiji telur dijual maksimum RM1.20. Ditanya adakah ayam kampung diproses miliknya dalam kategori organik dia tidak mahu mentakrif ayam ternakannya sebagai produk organik kerana ia memerlukan pensijilan dan pengiktirafan daripada badan yang terbabit seperti Sijil Organik Malaysia (SOM). Dia tidak akan mentakrif produk kami organik selagi ia belum diiktiraf. Permohonan akreditasi SOM adalah pelan kami pada masa hadapan. Kini dari segi pemakanan, ternakan Ayam Jerai menggunakan campuran 50% hidangan dedak dihasilkan sendiri yang dikenali sebagai Bokashi (terdiri daripada hasil peramanan produk sampingan pertanian, hampas soya dan padi beras hancur), 40% dedak komersial, dan 10% adalag dari tumbuhan hijau.
Dilaporkan ada baka Ayam Bulu Berwarna (coloured broiler) yang mana disebabkan kehadiran ramai buruh asing terutama dari Bangladesh dan Vietnam yang menyukai ayam hidup berbanding ayam daging yang siap diproses sama ada segar atau sejuk beku, membuatkan permintaan terhadap ayam bulu berwarna (colored broiler) menjadi besar. Terdapat 2 jenis ayam hidup yang ditawarkan, ayam telur pencen (culled layer hens) yang harganya jauh lebih murah dan dijual per ekor dan ayam daging berwarna (colored feather broiler) selalunya baka Sasso yang dipanggil ayam kampung kacuk. Keadaan ini biasa berdasarkan permintaan dan penawaran, yang abnormalnya ialah manipulasi harga atas nama ayam kampung. Penguatkuasaan dari segi pengkelasan dan perlabelan adalah perlu kerana secara langsung memangsakan pasaran ayam kampung asli premium melalui manipulasi harga yang perlu dinobatkan dengan adil kerana kos pengeluaran yang lebih tinggi. Berdasarkan beberapa faktor positif yang wujud dalam isu penternakan ayam kampung seperti bekalan makanan dari sumber tempatan dan wujudnya sumber baka ayam kampung premium, industri ini boleh menjadi satu lagi cabang penting penternakan dalam negara. Selain matlamat utama untuk menjana ekonomi, usaha ini dapat memberi alternatif kepada pengguna yang mengutamakan sumber makanan selamat, mereka yang sensitif dan elergik kepada kimia dalam makanan dan penggemar rasa semula jadi ayam seperti di zaman nenek moyang dahulu. Usaha hiliran seperti restoran menu tempatan juga lebih senang mendapat bahan mentah berupa ayam kampung siap sembelih yang berisi, berkualiti dan sedap pada harga yang munasabah. Seterusnya pengguna dapat menikmati menu ayam kampung asli yang gurih dan lazat pada harga mampu milik. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part1 dan Part 2 yang mesti dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.