(1 Rejab 1446H)
AYAM KAMPONG adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang tidak diketahui asal usul daripada kaum atau strain tertentu yang biasanya dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam kampong ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan sebagai salah satu aktiviti untuk sumber protin. Baka Ayam Kampong (Gallus domesticus) adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala dimana di Negara Barat mereka selalu akan memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken). Pada penulis blog dimana penternakan ayam kampong merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh masa atau pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana Ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BiakBaka) telah diperkenalkan pihak oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia (JPV) iaitu melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ayam kampong ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang mana ia boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kamppong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh 31 Disember akhir tahun 2024 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal beberapa isu dalam menternak ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Sejak dulu dimana ayam merupakan sumber protein popular kerana dapat diterima baik oleh semua bangsa dan agama di dunia. Sama ada ayam ini di hidangkan atau dimakan di rumah atau di restoran tradisi malah di restoran makanan segera antarabangsa (KFC, Nandos dll), ayam tetap menjadi pilihan ramai baik di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Menjadi kelaziman kebanyakan keluarga sering mengunjungi restoran makanan segera berasaskan ayam saban bulan atas permintaan anak-anak kerana citarasa dan kualiti. Penulis blog dapati dimana memang tidak syak lagi usaha menternak ayam merupakan satu usaha yang sangat berpotensi dan menjadi bidangusaha hebat jika diusahakan dengan betul sama ada ayam daging (broiler), ayam telur ataupun jenis ayam kampung. Ayam komersila dengan formulasi makanan yang khusus membolehkan ia di pasarkan dalam masa sebulan sahaja berbanding dengan ayam kampong mengambil masa lebih lama. Bagaimana pun sering di bincangkan akan kesedaran terhadap makanan bebas racun makhluk perosak dan antibiotik membuatkan permintaan terhadap daging dan telur ayam kampung semakin meningkat walaupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi. Rakan penulis blog dari Desaru, Kota Tinggi yang menternak ayam kampong menjual dengan harga RM48 sekilogram (Ayam Organik) dan permintaan terus meningkat. Sudah ada ramai pengusaha ayam kampong membuka gerai dan restoran ala kampung dimana mereka giat mempromosi menu ayam kampung dan menerima permintaan sangat hebat. Memang dilihat di Malaysia ada potensi untuk mengusahakan ternakan ayam kampung sangat cerah walaupun terdapat beberapa halangan untuk ayam kampung menjadi komoditi yang stabil bagi diniagakan secekap ayam daging malahan lebih untung jika di lakukan dengan komersil dan mengikuti piawaian.
Apa pun hasil tinjauan dimana masih ada halangan dan cabaran didalam menternak ayam kampong yang perlu di atasi dan diperhatikan. Dilaporkan dimana diantara halangan dalam industri ayam kampung ialah mengenai Kenaikan Harga Makanan Ayam dan Penggunaan Sumber Lain Alternatif Tempatan untuk menternak ayam kampong. Sejak pandemik covid-19, perang Rusia-Ukraine dilihat berlaku keadaan kenaikan harga jagung import yang menjadi komponen utama makanan ayam (sama ada ayam karen atau ayam kampong) yang menjadi masalah utama bagi industri ayam masa kini. Sejak seabad lampau jagung menjadi makanan utama bagi industri ayam lebih-lebih lagi apabila teknik membuat dedak pelet ditemui. Selanjutnya dengan pengenalan formulasi dengan gunakan sekitar 25% mil (meal) soya dan 55% jagung dalam makanan ayam menjadikannya 80% lengkap untuk diberikan kepada ayam agar cepat membesar. Tambahan sumber lain untuk memberikan tenaga seperti bahan kalsium, fosforus, mineral dan vitamin menjadikannya sebagai makanan ternakan ayam yang lengkap tetapi harga dipasaran semakin mahal. Formula ini diguna oleh syarikat-syarikat besar yang memonopoli industri ayam dan selalunya industri ini enggan berubah untuk menggunakan sumber tempatan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan bagi menurunkan harga makanan ayam dan harga ayam di pasaran. Pernah terlibat dengan kempen menanam jagung bijirin semasa bertugas dulu tetapi dilihat projek penanaman jagung bijirin di Malaysia masil kurang berjaya berbanding dengan segmen penanaman Jagung Manis. Dilaporkan isu bekalan sumber tempatan untuk menyediakan makanan ayam adalah tidak menentu seperti bekalan jagung bijirin dan bahan meal kacang soya menjadi kekangan di Malaysia. Industri ini dilihat ia sudah ada kartel atau telah mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh dari negara pembekal, sistem perkapalan pengangkut hinggalah sistem pemunggahan di pelabuhan negara pengimport. Mesin-mesin pengisar dan pengadun sekala besar juga direka khas untuk memproses bahan mentah ini menjadi formulasi makanan ayam komersil yang berkualiti. Belum ada kaedah dan formulasi baru dengan menggunakan sumber alternatif lokak atau sumber tempatan dan ini mungkin memerlukan masa yang lama lagi. Isu dan harapan untuk menurunkan harga makanan ayam dengan menggunakan sumber tempatan adalah nipis di Malaysia. Bagaimana pun diantara bahan alternatif tempatan untuk mengganti sebahagian penggunaan jagung dan soya import ialah cip ubi kayu, produk sampingan padi (dedak, kepala padi, beras hancur), ikan baja, kepala ikan bilis dan kernel sawit. Bahan alternatif ini dilihat ia mempunya kualiti, kandungan lembapan, bentuk fizikal dan bekalan yang tidak sekata. Potensi bagi aktiviti menternak ayam kampung berskala kecil masih berpotensi dengan gunakan bahan campuran sisa makanan, sisa industri kecil makanan dan sisa sayur boleh diberi makan kepada ayam sama ada secara langsung atau diberi makan kepada penternakan lalat askar hitam (BSF) dan larvanya diberi makan secara terus kepada ayam. Telah ada petani yang memberi makan anak ayam pada 14 hari pertama dengan dedak permulaan (starter mash) diikuti dengan 100% larva BSF hingga dijual. Larva kering juga boleh diproses menjadi tepung BSF untuk sumber protein dedak yang diadun lagi bersama bahan lain seperti sisa pemprosesan pertanian.
Antara isu dan cabaran dalam industri ternakan ayam kampong berkait dengan sumber atau bekalan Anak Ayam Kampung Bermutu yang berlaku. Ini kerana lazimnya ayam kampung asli sering dikaitkan dengan ayam tempatan yang membiak di sesuatu lokaliti sehingga membentuk suatu identiti yang tersendiri. Ada laporan dimana di Kepulauan Indonesia misalnya mempunyai maskot ayam kampung masing-masing yang unik. Apa pun situasi ini yang terpisah dengan lautan dan gunung-ganang membentuk ciri-ciri khas bagi ayam kampong yang tersendiri dan silang biak antara mereka dengan unik sehingga beberapa generasi memurnikan turunan menjadi baka asli dengan sifat-sifat yang tetap dan seragam. Bagi penternaak yang ingin membeli anak ayam kampong asli di Malaysia dengan jumlah yang banyak memang sukar untuk mendapatkannya. Ini kerana jumlah ayam kampong baka yang tersedia sangat sedikit dan belum ada industri baka ayam kampong tempatan yang berjaya menembusi cabaran ini. Apa yang ada di komersilkan adalah anak ayam kampong Hibrid (kacukan) yang dijual oleh syarikat tertentu sahaja. Belum banyak kejayaan menghasilkan ayam kampong lokal di Malaysia. Merujuk kepada jurnal dimana Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan penyelidikan dalam pembiakan ayam menerusi penghasilan baka kacukan antara ayam kampung dan ayam hutan yang dinamakan spesies Akar Putra. Penyelidikan adalah untuk menghasilkan baka ayam kampung yang lebih cergas, proses pembesaran yang lebih cergas, sekali gus meningkatkan jumlah pengeluaran telur. Dilaporkan penemuan baka baru ayam kampung itu mampu memberi nilai tambah kepada kegiatan komersial bidang itu, sama ada untuk daging atau telur dan mampu menampung kekurangan ayam kampung di pasaran berikutan permintaan tinggi masyarakat. Menurut Ketua kumpulan penyelidikan itu, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti UPM (UCTC-UPM), Prof. Madya Dr. Azhar Kasim dimana Akar Putra itu mampu menghasilkan 120 - 200 biji telur setahun berbanding ayam kampung yang biasanya bertelur sebanyak 50 biji setahun. Telur yang dihasilkan lebih besar, mencapai 60 gram sebiji berbanding telur ayam kampung biasa 45 gram selain warna kulit sawo matang. Apa pun tempoh pembesaran Akar Putra lebih singkat berbanding ayam kampung biasa iaitu tidak melebihi 13 minggu dan menghasilkan ayam seberat 1.2 - 1.4 kilogram seekor. Baka ini menguntungkan untuk aktiviti komersial kerana boleh dipasarkan lebih awal. Dilaporkan yang Ayam Akar Putra diternak secara lepas bebas supaya ia dapat kekal aktif untuk mendapatkan ayam yang berotot dan kurang lemak. Aktiviti pemeliharaan secara lepas dan juga organik ini dapat meningkatkan khasiat bukan saja daging, malah telurnya turut diperakui dalam banyak kajian. Ayam Akar Putra dikategorikan baka hibrid yang memiliki fizikal berbeza daripada ayam kampung biasa seperti leher tanpa bulu, berkaki panjang, badan yang jinjang dan lebih berisi dimana ia mempunyai lebih ketahanan terhadap penyakit terutama sampar. Apa pun dijelaskan UPM bahawa proses kacukan itu berlaku secara kebetulan iaitu apabila ayam hutan yang berkeliaran di kawasan itu memasuki UPM dan mengawan. UPM telah menjalankan penyelidikan bermula 2007 yang memberi tumpuan khusus kepada baka yang dihasilkan secara semula jadi dan kajian berjaya menghasilkan induk betina (female parent line). Baka Ayam Akar Putra mempunyai banyak kelebihan dan khasiat serta mempunyai potensi untuk menembusi pasaran luar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARGANYA MAHAL....DIMANA SAHAJA...
PERMINTAAN TINGGI...CABARAN ADA....
PERLU DI KAJI... MAKANAN DAN BAKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.