Support My Blog

Tuesday, December 31, 2024

SEMBANG TEKNOLOGI FERTIGASI (Part 2)

TEKNOLOGI DAN SISTEM FERTIGASI adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilizer' dan 'irrigation'. Menerusi kaedah ini dimana sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Pada penulis blog dimana pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan iaitu tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar dan pembaziran. Secara teknikalnya dimana diantara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi ada beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasa pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan aspek bioteknologi, malahan ia turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional. Terdapat banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global. Diharapkan agar golongan petani akan membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Dalaam aspek ini masih belum terlambat untuk lebih ramai menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan melalui pelbagai teknologi termasuk Teknologi Fertigasi. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai teknologi fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Teknologi fertigasi banyak disembangkan dalam media tempatan untuj di rujuk seperti laporan '
Manfaat teknologi fertigasi' dalam hmetro.com. Daripada jurutera kepada usahawan tani. Itu yang menjadi pilihan Mohd Najib (35) dimana kira-kira enam tahun lalu kerana dia berasakan bidang pertanian mampu memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding bekerja makan gaji. Perkara itu tidak mudah dicapai dan dilhat dari mata kasar kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata dimana sepanjang bergelar usahawan tani kini dia bukan tidak pernah berpaling kepada kerjaya sebelumnya kerana hampir putus asa dengan pendapatan yang tidak mampu mencukupkan komitmen bulanan. Perkara itu berlaku dua tahun selepas dia mengusahakan kebun seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewanya. Asalnya dia sebenarnya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini dan segala-galanya bermula daripada kosong selain hanya belajar dengan kawan berpengalaman. Melihat orang yang berjaya hari ini dimana ia sebenarnya bukan mudah kerana mereka juga melalui proses dari bawah yang sukar. Perkara paling penting ialah ilmu pengetahuan untuk mengusahakan tanaman yang diinginkan termasuk proses memasar dan menguruskan perniagaan. Apa pun pada dia hanya mengusahakan tanaman terung dan tidak tahu cara yang betul. Maksudnya memastikan bekalan tanaman tidak putus selepas hasilnya diperoleh. Setelah berkursus dimana dia mula belajar mengenai teknologi pertanian bagi mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang lebih mampan. Dari mengusahakan tanaman secara konvensional pada 2015 kini dia sudah beralih kepada fertigasi untuk tanaman terung, cili, timun dan labu. Menerusi teknologi fertigasi dimana pemberian baja akan dapat disukat dengan lebih tepat sesuai dengan keperluan tanaman harian dan juga air. Cara ini ia lebih baik berbanding kaedah konvensional yang baja ditabur dengan banyak, apabila hujan terdapat pembaziran dan jika panas air tidak mencukupi. Apa pun teknologi fertigasi ini juga membantu memudahkan operasi siraman yang bersifat automatik dan tidak banyak ia membazirkan air. Hasil penggunaan teknologi ini membantu saya mendapatkan produk tanaman yang lebih bermutu daripada segi gred dan saiz. Malah tempoh matang juga lebih cepat dalam tiga hari berbanding secara konvensional. Kini dia sudah mengusahakan tanamannya di tanah seluas sekitar empat hektar yang disewa daripada Jabatan Pertanian sejak 2019 dan mengamalkan tanaman secara bermusim mengikut giliran sayur-sayuran. Setakat ini untuk musim cili dia mampu menghasilkan purata 1,500 - 2,000 kilogram (kg), terung 4,000kg dan timun sebanyak 4 tan. Tempoh matang setiap tanaman juga berbeza dimana pokok cili hanya memerlukan dua bulan setengah hingga tiga bulan dan timun sekitar 40 hari. Sebagai usahawan tani, kesabaran paling utama bagi memastikan usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan. Dulu dia sudah hampir putus asa dengan kembali ke kerjaya asal, tetapi apabila difikirkan semula, ini adalah cita-cita saya dan perlu diteruskan walaupun terdapat cabaran.


Dalam laporan lain '
Fertigasi bantal tingkat produktiviti' memang menarik disembangkan. Inovasi dalam pertanian kini semakin berkembang. Antaranya adalah teknik fertigasi bantal yang memperkenalkan cara baharu dalam menanam sayur-sayuran dan buah-buahan pada kepadatan tinggi. Meskipun istilah 'bantal' sering dikaitkan dengan tempat tidur, namun dalam dunia pertanian, fertigasi bantal merujuk kepada kaedah tanaman apabila plastik besar diisi dengan media tanaman campuran cocopeat dan tanah kemudian diikat sehingga membentuk bantal. Fertigasi yang berasal daripada dua perkataan Inggeris menggabungkan teknik 'fertilization' dan 'irrigation' iaitu pembajaan serta pengairan yang dapat memberikan hasil yang tinggi serta keseragaman buah yang sangat baik. Melalui fertigasi bantal, pengairan dan pembajaan dilakukan secara serentak bagi memastikan larutan baja dititiskan terus ke zon akar tanaman yang secara tidak langsung menjadikan pembajaan lebih efektif dan efisien. Bagi Penolong Pegawai Pertanian Fakulti Pertanian(FP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Fauzan Mohd Nasir dakwa dimana sistem ini membolehkan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan pada kepadatan tinggi. Kini dengan kemampuan satu bantal dimana ia dapat menampung sehingga enam pokok berbanding satu pokok pada polibeg biasa. Kebaikan lain fertigasi bantal ini ialah penggunaan sistem automatik untuk pengairan dan pembajaan mengurangkan keperluan tenaga kerja manual, seterusnya mengurangkan kos buruh. Di Ladang 15 FP UPM, dia sudah berjaya menanam tomato dan golden melon menggunakan sistem ini. Di Cameron Highlands pula, teknik ini digunakan dengan baik untuk menanam strawber. Apa pun penerokaan sistem fertigasi bantal itu selari dengan mana ada penghasilan 'blue print' keterjaminan makanan UPM untuk meningkatkan sumbangan universiti itu kepada keterjaminan makanan negara. Kaedah fertigasi ini bukan sahaja mampu bagi meningkatkan hasil dan mutu tanaman, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit tanah dan serangan musuh perosak. Kelebihan penggunaan teknologi sensor Internet of Things (IoT) dalam sistem fertigasi bantal memberikan data masa nyata yang membantu petani untuk memantau kelembapan dan keperluan air baja secara automatik bagi memastikan tanaman mendapat penjagaan optimum sepanjang masa. Walaupun sistem ini meningkatkan produktiviti ladang, namun ia mempunyai cabaran tersendiri dimana cara penyelenggaraan adalah cabaran utama dan memerlukan pemantauan 24 jam kerana pertumbuhan tanaman sangat cepat. Setiap pokok akan berebut untuk mendapatkan cahaya matahari. Jadi, apabila pokok ditanam secara rapat dengan kaedah ini, setiap daun pokok akan saling berkembang untuk mendapatkan matahari. Kerja pemantauan dan penyelenggaraan daun pokok yang menjalar perlu berterusan untuk memastikan keberkesanan sistem. Risiko apabila penyelenggaraan lambat dimana ia boleh menyebabkan kualiti buah berkurangan dan merosakkan pokok di sebelah pula. Saiz pokok dan buah yang tidak seimbang perlu dipantau setiap hari dimana perlu dipastikan semua pokok mendapat air dan sumber matahari yang mencukupi. gangguan perosak tidak menjadi cabaran yang besar sekiranya dikawal daripada peringkat awal tanaman. Apa pun langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan adalah penggunaan racun untuk menghalau Lalat Putih yang lebih dikenali sebagai whitefly memandangkan kawasan tanaman itu pernah terdedah pada jangkitan serangga itu. Demi menjaga gred buah yang manis dan berkualiti, setiap pokok hanya perlu menghasilkan satu buah sahaja. Jika satu pokok ada dua atau tiga buah, saiznya akan kecil dan kurang manis untuk dimakan. Jika mahukan setiap pokok menghasilkan dua buah, maka erlu mengubah suai formula kepekatan baja dan hal ini menyebabkan kos semakin meningkat. Sistem fertigasi bantal dalam pertanian membantu petani lain di seluruh Malaysia untuk menjadikan negara sebagai salah satu pengeluar utama sayur dan buah yang berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.


Berlainan kisahnya dimana '
Inilah derita kami pekebun cili fertigasi' penanam cili di Dengkil mengalaminya. Dilaporkan walaupun mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas kebun cili fertigasi diusahakan di Dengkil, Selangor sudah ditenggelami banjir besar Disember tahun lalu, Ahmad Irham Mohd Noor tetap gigih bangkit semula mengusahakan tanaman berkenaan. Dia yang juga bekas jurugambar akhbar lokal ada memaklumkan, sebanyak 2,500 polibag membabitkan 5,000 anak pokok cili yang baru sahaja sebulan ditanam musnah dalam bencana banjir itu. Semua anak pokok rosak selepas ia ditenggelami banjir selama enam hari apabila banjir naik sehingga ke paras pinggang dewasa. Anggaran kerugian termasuk anak pokok cili, baja, racun dan lain-lain mencecah RM100,000. Untuk memulakan semula tanaman nya yang memerlukan sekurang-kurang RM15,000. Dia tidak mahu menunggu terlalu lama dan berusaha mengumpul modal semula untuk memulakan semula tanaman cili kerana ia adalah sumber pendapatannya. Terbaru setelah dia selesai menanam 2,500 polibag anak pokok cili di tanah seluas satu ekar dengan bantuan keluarga serta rakan-rakan. Kejadian banjir yang berlaku dimana dia berada di rumahnya iaitu di Putrajaya. Dia yang tergamam apabila laluan ke kebun cili dinaiki air keesokan harinya dan baru tahu tiada apa boleh dilakukan. Dia hanya mampu terduduk melihat semua pokok cili saya musnah termasuk baja dan racun yang baru dibeli. Saya memang sedih tapi itu sudah takdir dan saya perlu bangkit semula. Pokok cili berkenaan kebiasaan sudah boleh dituai selepas tiga bulan ditanam dan mampu mencecah 3,000 kilogram semusim. Dakwanya sudah dua bulan banjir berlalu dan sehingga kini dia masih menunggu bantuan kerajaan.  Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel  ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI FERTIGASI...APA BENDA...
MENANAM TANOA TANAH...ADA BAJA...
BANYAK KELEBIHAN... BERBALOI JUGA...
MENYEMBANG SUDAH...TIMBUL MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,t
Senai, Johor Bahru
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1446H).
Posted from:
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...