Baja Organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaiknya dijelaskan ddimana baja organik asli termasuklah najis haiwan, kompos, cacing, bahan gambut, rumpailaut, kumbahan dan tahi kelawar (guano). Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potash dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk dari darah,serbuk dari tulang dan pati rumpai laut dijadikan baja organik. Selain itu bahan enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik. Apa pun membuat baja organik sama ada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada digunakan sebagai alternatif hasil jualan sambilan. Memang ia mudah untuk membuat baja Organik dimana lazimnya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan organik yang dikategorikan ia mengandungi unsur seperti Nitrogen, Kalsium, Phosphate serta nutrien lain yang tersedia didalamnya. Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sisa sayuran, sisa buah-buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang selalu dibuang setiap hari. Cara untuk membuat baja organik dirumah mudah dilakukan dengan menyediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman dan sebaiknya diletakkan jauh dibelakang rumah. Perlu dimasukkan bahagian bahan asas tersebut dengan bahan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah dan mesti dimasukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut. Proses seterusnya dimana boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 12 hari boleh dimasukkan sebotol 3 botol Yakult dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 3 kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama namun ianya boleh digunakan untuk tujuan pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 4 hari. Boleh dimasukkan campuran yakult dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut dimaa semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organiknya. Jika anda inginkan organik menjadi kering,campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan. Bagi MEMBUAT BAJA ORGANIK secara Komersil ia memerlukan kawasan 'dumping' dan memerlukan sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing, arnab dll. Longgokkan kesemua sisa tumbuhan, rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil dan juga bahan dahan-dahan kecil dan apa sahaja sebagai asas sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk tujuan mencurahkan bahan Yakult dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina.Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakult dan gula merah. Peram sehingga 2 - 3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 - 2 bulan sebelum ia dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan. Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila maka akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih kerana ianya adalah diantara agen proses pereputan yang baik.
Sebaiknya di kongsikan akan kelebihan baja organik berbanding dengan baja kimia. Selalunya penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik. Kelebihan baja organik yang pertama dimana baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Kedua dimana baja organik akan membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur. Kelebihan yang ke 3 adalah Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien sumber semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan proses dalam perkembangan tanah yang maksimum. Seterusnya ke 4 adalah baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Baja bukan organik atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan. Kelebihan yang ke 5 adalah dimana baja organik sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah. Bagaimana kelebihan tentunya ada juga kekurangan baja organik iaitu yang pertaa adalaj Baja Organik memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organik dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama untuk diseesaikan. Kedua dimana baja organik akan memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu apa yang penulis bloh teliti dimana baja organik hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa pertumbuhan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat. Kekurangan yang ke 3 adalah lazimnya terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organik yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul. Disyorkan agar semua petani amalkan gunakan baja semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang. Baja organik sangat digalakkan untuk ianya dapat mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan proses pertumbuhan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu masih kuat persepsi mengatakan bahawa baja organik tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Dalam portal bharian.com dilaporkan kisah 'Baja bio-organik untuk tanaman berkualiti tinggi' sesuai dijadikan rujukkan. Produk Baja Nadi iaitu inovasi baja terkini dalam dunia pertanian berjaya menarik perhatian ramai petani terutama pengusaha tanaman sawit apabila penghasilan tanaman mereka meningkat dan berkualiti. Terinspirasi daripada kesan dan akibat penggunaan baja kimia yang kini meningkat kepada alam sekitar, Pengasas Baja Nadi, Hasrul Hassan dengan tekad menggabungkan bahan semula jadi untuk mencipta formula unik yang memenuhi keperluan tanaman secara optimum. Dia kombinasikan semua bahan utama dan dihantar ke makmal yang diperakui, untuk menilai kekuatan dan kebolehupayaan baja ini bagi menggantikan baja kimia yang kita sedia maklum memberi kesan secara langsung kepada tanah dan manusia. Apa pun dengan kandungan bahan semula jadi yang diperakui dan bebas daripada bahan berbahaya, Baja Nadi menjadi pilihan yang selamat dan berkesan untuk tanaman. Baja Nadi sangat berbeza dengan jenama lain kerana ia dibuat daripada bahan semula jadi yang melalui ujian kekuatan dan keberkesanan di makmal diperakui. Perkara itu bagi memastikan setiap penggunaan Baja Nadi membawa manfaat yang optimum kepada tanaman dan tanah. Baja Nadi mengandungi kandungan mikrob baik yang tinggi untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan tanah dan menghalang jangkitan penyakit. Ini membuktikan keberkesanan baja ini dalam menyuburkan tanah dan meningkatkan produktiviti tanaman secara semula jadi. Apa pun operasi Baja Nadi yang berpusat di Yong Peng, Johor sejak 2013 menunjukkan kesungguhan syarikat ini dalam memberikan sokongan kepada industri pertanian tempatan. Diharap Baja Nadi akan terus menjadi pilihan utama dalam industri pertanian dengan memberikan alternatif yang selamat, berkesan dan berpatutan kepada petani. Selepas lebih 10 tahun berada di pasaran, saya juga berharap Baja Nadi ini dapat membantu semua petani mengubah persepsi atau upaya fikir ke arah yang lebih bermanfaat. Baja ini diharap akan dapat mengembalikan tanah kepada sifat semula jadi dan boleh menghalang jangkitan penyakit. Pada masa sama ia didakwa boleh meningkatkan produktiviti dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif berbanding baja yang ada di pasaran terutama baja kimia. Baja ini akan menghalang jangkitan penyakit bawaan tanah dan akhir sekali, meningkatkan hasil tanaman. Didakwa dimana baja ini turut membantu terutama pengusaha tanaman sawit dalam menghalang serangan kulat Ganoderma iaitu musuh utama tanaman sawit. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.