Menarik di sembangkan jika hasil dari beberapa kajian dan penyelidikan pakar dimana didapati buah cermai mengekalkan kadar kolesterol darah dengan kebolehan menurunkan LDL (kolesterol jahat). Ia turut mencegah aterosklerosis (mendapan plak di arteri) karena memiliki antioksidan yang kuat iairu sehingga dapat melindungi dari masaalah penyakit jantung. Selain itu hasil kajian menyatakan dimana buah cermai mengandungi kadar polifenol yang tinggi yang mana dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah berkaitan dengan urin. Buah ini juga dapat membantu dalam proses penyerapan insulin yang membantu penurunan gula darah pada penghidap diabetes. Buah Cermai juga kaya akan vitamin A yang penting dalam proses penghasilan kolagen. Kolagen adalah bahan yang diperlukan oleh kulit untuk tetap muda dan elastik dimana ia menjadikan seseorang akan awet muda. Buah cermai yang memang ia kaya serat, polifenol dan air masih kurang digemai oleh masyarakat umum jika dimakan mentah segar begitu sahja kerana kebanyakan buahnya adalah sangat masam. Perkara ini akan membuatkan dimana buah cermai yang dilaporkan ia mempunyai ciri anti-inflamasi yang membuatkannya sebagai penawar dari sakit perut. Amalan dengan mengambil satu sudu teh jus buah cermai pada waktu perut kosong didakwa akan dapat mengubati sakit perut. Kajian mendapati dimana diantara ingredien Aktif dalam uah cermai adalah seperti polifenol, flavonoid, asid tanin, crystalline, prolifenol, vitamin A dan lupeol. Menarik kongsi info bagaimana asas farmakologi tradisional Buah Cermai dimana diantara kegunaan lain pokok ini adalah bahagian kayu dan dahan kayunya adalah ia boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Di Malaysia dilaporkan yang akar pokok cermai yang direbus dengan air bersih dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati asma. Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan. Ia juga mempunyai banyak kegunaan antaranya meredakan pening kepala (selepas keguguran), melawaskan kencing, meredakan demam campak dan demam kuning, mengawal tekanan darah, rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara, jantung, dan masalah batu karang, mengawal aras glukosa dan aras kolesterol dalam darah.
Kurang banyak pembaca blog ini yang mengetahui akan beberapa menafaat Buah Cermai untuk kesihatan awam. Pertama didakwa buah cermai mampu Menurunkan Kolesterol sebab ia adalah sumber serat yang luar biasa atau yang dikenal dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Serat ini membentuk suatu lapisan yang membantu menurunkan penyerapan kolesterol dari makanan. Konsumsi ini secara teratur dapat menjadi bagian penting dari strategi pencegahan penyakit kardiovaskular. Buah cermai juga akan Membantu Sistem Pencernaan bila kandungan serat yang tinggi dalam buah cermai tidak hanya baik untuk kesehatan jantung sahaja akan tetapi juga berperanan penting dalam membantu sistem pencernaan. Serat membantu melancarkan proses pencernaan, mencegah sembelit dan memastikan yang tubuh dapat menyerap nutrisi secara optima untuk dapat menjaga kesihatan dan kesegaran secara menyeluruh. Ia didakwa memgubatu Masaalah Diabetes dimana pokok cermai boleh dijadikan tambahan yang sangat baik dalam isu ini bila kandungan seratnya membantu mengatur kadar gula dalam darah dan membantu mengawal penyerapan gula dimana makan buah cermai pilihan yang bijak untuk menjaga keseimbangan gula dalam darah. Buah cermai dikaitkan baik untuk kawal Diuretik dengan meningkatkan pengeluaran bahan urin dan ini membantu membersihkan racun dari badan serta membantu fungsi ginjal yang optimal dimana ini akan mencegah timbulnya masalah kesihatan terkait ginjal. Buah cermai membantu Mencegah Penuaan Dini sebab ada zat ntioksidan dalam cermai yang melawan stress oksidatif dan kerosakan sel, memberikan perlindungan tambahan terhadap kesan buruk sinaran matahari. Kandungan vitamin C, vitamin E dan fitonutrien menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya. Ia dilaporkan mampu Meningkatkan Kesuburan terutama dikalangan lelaki jika makan buah cermai akan menawarkan manfaat khusus dengan meningkatkan kesuburan. Nutrisi yang kaya dalam buah ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma serta membantu secara optimal bagi lelaki dalam kemampuan mendapatkan anak. Paling unik jik abuah cermai mampu Meringankan Kanser walau pun ia tidak dapat menggantikan pengubatan moden kanser dimana makan buah cermai secara rutin dapat memberikan kesan positif. Nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat membantu meringankan beberapa keadaan kesehatan pesakit kanser.
Buah cermai tidak banyak di konersilkan atau di proses untuk dijadikan makanan seperti buah-buahan tropika yang lain. Bagaimana pun penulis blog selain pernag banyak kali makan buah cermai segar ada juga ujirasa sira buah cermai yang halwa buah cermai di kampong dahulu terutama musim perayaan Hari Raya Puasa. Kebanyakan buah cermai lokal jika di petik dan agak matang dan dimakan segar akan terpejam mata akibat kemasamannya (kecuali ada varieti buah cermai yang manis). Apa pun penulis blog kongsikan bagaimana cara untuk Sira Buah Cermai yang enak, tahan lama, edible dan mudah membuatnya. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah 1 kg buah cermai, Air garam, 1 cawan air dan juga 3 cawan gula serta alatan memasak. Buah cermai segar sebaiknya di rendam buah cermai ke dalam air garam semalaman. Kemudian air buahnya ditapis dimana didalam kuali boleh juga dimasukkan air dan gula. Rebus gula sampai mendidih dan kemudian di masukkan buah cermai yang sudah ditoskan tadi. Sebaiknya cara memasak adalah dengan memasak guna api sederhana dimana mesti dikacau sekali sekala. Apa pun lama kelamaan sira akan jadi lebih pekat dan dilihat yang buah cermai akan bertukar warna bila makin kering. Seterusnya apabila warna sudah gelap dan air gula sudah kering maka di matikan api dan diangkat keluar untuk disejkkan dan disimpan dodalam bekas. Sira Cermai yang masam-masam manis selalu menjadi hidangan yang disukai ramai oleh semua orang tidak kira umur atau jantina. Semuga tulisn ini memberi info berguna kepada pembaca log anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...Selamat mencuba!.
MUDAH IA DITANAM...SENANG DI JAGA...
BANYAK KHASIAT... KENLAH DI BACA....
DAPAT ILMU... MULAKAN TANAMNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.