Menarik fakta bagaimana 'Bunga teratai terbesar di dunia ditemui' berada di London untuk di kongsikan. Pokok Teratai yang biasanya ditemui tumbuh di dalam kolam, sungai atau lombong dengan kuntuman pelbagai warna dengan saiz yang kecil. Namun unik akan penemuan pokok teratai terbesar di dunia dengan kelebaran daun hampir 3.05 meter tumbuh di Taman Botani Diraja London dan ia mengejutkan saintis dan menjadi perhatian ramai. Spesies baharu teratai dari jenis Victoria boliviana ini ditemui oleh sepasukan saintis, sebenarnya sudah hidup liar selama 177 tahun dalam taman berkenaan terletak yang terletak di Kew, di barat daya London. Daun teratai gergasi itu tergolong dalam satu daripada tiga genus Victoria itu boleh menyokong berat sekurang-kurangnya 79.8 kilogram (kg). Bunga teratai berkenaan akan berubah daripada putih menjadi merah muda pada malam hari. Penemuan itu menunjukkan pencapaian yang hebat. Apa pun dilaporkan yang penulis blog rujuk dimana ciri teratai gergasi sesuai dengan namanya iaitu ukuran daunnya adalah besar dengan diameter boleh mencapai tiga meter dengan panjang antara tujuh hingga lapan meter. Permukaan daunnya tampak rata dengan tepian daun menguncup ke atas. Bahagian bawahnya pula ditutupi duri yang membantu menyokong daun menahan beban apabila berada di atas air (Sila lihat foto paling atas sekali). Difahamkan bunga tumbuh hingga berukuran 40 sentimeter dan terjadi selama satu musim dengan bantuan kumbang dari genus Cyvlocephala yang meningkatkan proses pendebungaan bunga. Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kg. Teratai adalah spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia berasal daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan. Bunganya selalu ia menguncup waktu malam dan hasil kajian mendapati rahsia tumbesaran teratai gergasi ini terletak pada kitaran hidupnya iaitu ia sudah bermula sejak proses pendebungaan lagi. Bunganya akan mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang. Bauan manis ini menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini. Apabila menjelang waktu malam, bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalamnya. Bunga ini didebungakan oleh kumbang. Lazimnya pada satu musim, setiap pokok bakal menghasilkan 40 hingga 50 daun dan setiap daun akan membesar lebih daripada tiga meter diameter setiap hari dan ia terus membesar sehingga melebihi ukuran berkenaan. Apa pun mengulas mengenai penemuan teratai Victoria boliviana, Ahli taksonomi, sistematik dan botani lapangan taman itu, Alex Monro, berkata ia sebagai data baharu bagi spesies tumbuhan berkenaan, di samping dapat mengenal pasti spesies baharu dalam genus. Ia suatu pencapaian hebat di taman ini dan amat penting untuk semua pengunjung mengenal pasti dan mendokumentasikan kepelbagaian tumbuhan bagi tujuan melindunginya serta mendapat manfaat secara mapan daripadanya. Umum digalakkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teratai dimana kajian laporkan bahawa spesies baharu teratai Victoria boliviana sering dikelirukan dengan spesies Victoria amazonica iaitu salah satu daripada dua spesies teratai gergasi yang diketahui sebelum ini. Apa pun hasil kajian adalah untuk meningkatkan semua ilmu pengetahuan tentang teratai Victoria. Apa yang lebih menakjubkan, di Kew adalah satu-satunya tempat di dunia yang menanam ketiga-tiga spesies teratai Victoria secara bersebelahan, lantas ia memudahkan proses pengecaman dan perbandingan setiap spesies tumbuhan itu. Kajian itu mendapati Victoria boliviana berbeza secara genetik daripada dua spesies pokok teratai lain, tetapi paling berkait rapat dengan spesis Victoria cruziana.
Merujuk portal HMDigital.com dimana ia mengisahkan akan 'Keistimewaan teratai' untuk disembangkan kali ini. Dilaporkan dimana flora akuatik daripada keluarga Nymphaeaceae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong. Ia akan mekar kembang di atas permukaan air, bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia. Ia juga memiliki ukuran diameter bunga antara 5 - 10 cm dimana bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda (Sila lihat foto di sebelah). Pada penulis b;og dimana diantara spesies bunga teratai yang popular, Nymphaea caerulea berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru, Nymphaea gigantea violacea berwarna putih campuran ungu, Nymphaea jamesoniana berwarna putih kekuningan dan Nympaea pubescens berwarna merah jambu selalu di lihat dilokasi ia ada ditanam. Ramai perlu tahu jika ia menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam. Bunga teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangkan insomnia, menormalkan tekanan darah, menghilangkan tekanan dan memelihara kesihatan mata. Berasal dari Mesir berikutan peninggalan kuno di makam Ramses II, dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisional masyarakat Mesir kuno. Tumbuhan ini juga dipercayai terus merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai persembahan bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin. Uniknya lagi dimana pokok teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Apa pun pada waktu menjelang petang, bunganya kembali kuncup dan tenggelam ke dalam air.
Dalam negara pula tumbuhan Teratai menjadi daya tarikan kepada ramai pengunjung ke Taman Botani Pulau Pinang di Jalan Kebun Bunga akan terpegun melihat daun teratai spesies Victoria Amazonica yang terdapat di pintu masuk taman berkenaan. Lapisan daun teratai itu yang menghiasi kolam iaitu di hadapan taman berkenaan adalah pemandangan yang menakjubkan dan pengunjung tidak akan melepaskan peluang merakam gambar kenangan. Daun yang berukuran melebihi 1 meter itu terlalu halus dan nipis untuk menahan berat manusia dan ianya spesies tumbuhan berbunga iaitu yang kedua terbesar dalam keluarga teratai Nymphaeaceae. Wilayah asal tumbuhan air ini ialah dari Amerika Selatan beriklim tropika, khususnya di Guyana dań Lembangan Amazon. Victoria amazonica memegang gelaran teratai air terbesar di dunia dengan daun yang boleh mencapai saiz sehingga 3 meter. Penulis blog sudah dua kali mengunjungi taman ini semasa dalam tugasan dahulu dimana amat menarik untuk kunjung semula selapas bersara. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
DALAM AIR TAWAR...TUMBUHNYA...
PELBAGAI KISAH ... DAN CERITA...
SESUAI DI RUJUK...INFO BERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.